Apr 23, 2010

shukatsu

10:57 PM
tadi baru sahaja pergi membeli suit dan kasut untuk shukatsu. oh shukatsu ? aaa nanti on 3rd may akan diadakan career fair di tokyo.oleh yang demikian, kami para pelajar tahun 4 akan ke sana la untuk sesi temuduga. kalau ada rezeki after grad nanti terus dapat kerja.kalau tidak, menganggur sahaja di rumah. 

then, tadi baru sahaja senaraikan apa yang patut diselesaikan sebelum tarikh keramat tiba. cuak x cuak juga ngan resume tidak buat lagi, mentally not ready yet. dengan english nye pera-pera berterabur sumpah x tipu! malu gila lah nak pergi shukatsu mcm ni. bahasa jepun pun tak usah nk cerita la takat tuh aje. aduh pening2. 

bila boleh bercerita kat abah ni? call umah asik x dapat. dail talipon tangan asik tak berjawab. secara rasminya mmg x inform lagi kat abah dah selamat naik tahun 4. cuma dapat gtau kt kakak n adik. harap2 kakak tidak lupa utk inform kat abah.

rindu la kat umah T_T walaupun kadang2 balik tu asik membuta dan memerap je kat dalam bilik tidak ada gaya macam anak yang bagus langsung + tidak ada ciri2 orang nak buat menantu kalau pandang sebelah mata pandang dua belah baru okay kot haha, (mak aih panjang lebar) tetapi tetap berasa rindu nak balik bermalasan di rumah daripada bermalasan di sini.

oh cuba untuk bercakap menggunakan bahasa melayu baku.ternyata gagal. terasa begitu banyak perkataan yang disalah gunakan dan gagal mencari perkataan yang sesuai. 

5 ♥:

meow2 said...

gambare shukatsu.. heee..

Zatil Aqmar on April 25, 2010 at 8:31 PM said...

at least kau dh beli suit & kasut.aku suit takde lg weyyy cane nii :(( preparation lg la..

ckynwan on April 25, 2010 at 9:30 PM said...

so sila la pegi beli skang!!! haha kang xsempat nanti kalo nk kena potong seluar tu take time jugak lam 2 3 hari.

preparation langsung xde nih haha

AMIEROZIANA on April 26, 2010 at 9:26 AM said...

lupa nk bgtau...tepon rumah rosak hr tuh abah dh potong dah....call hp dia jer la.....

gud luck for the iview....

ckynwan on April 26, 2010 at 1:14 PM said...

ooo yeke.patot la xleyh nk call. tp slalu call henset abah mesti xberangkt. joe nk blk eh? nnti tepon henset die la

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting