May 20, 2010

daily life start @ 1030 dan kenkyu start @ 1330..erk?

6:16 PM
ok2. sejak akhir-akhir ni begitu malas nak update blog kesayangan ni.tadi semasa dalam perjalanan datang ke lab@研究室, baru aku perasan yang setiap hari aku akan mulakan hari baru pada jam 1030 pagi. isnin-jumaat.kanarazu (wajib..erk?)kol 1030 pagi mata terbuntang luas. tidak kira malamnya aku melelapkan mata pada jam 9 malam mahupun 4 pagi. oh sebelum itu, wajib terjaga pada antara pukul 530~630am. so, which one is my biologycal alarm?

oleh kerana aku masih tidak mempunyai pointer yang mencukup untuk grad, maka aku terpaksa merajinkan diri mengambil beberapa subjek. walaupun pada mulanya menggatalkan diri untuk mendaftar beberapa subjek yang tidak mempunyai kepentingan, fitrah kejadian diriku yang sangat lemah untuk bangun pagi, maka aku mengambil keputusan untuk drop. Dengan ini, jadual harian ku semuanya bermula dari pukul 1030 pagi.

secara amnya, aku akan ke kelas pagi kemudian baru pulang ke rumah untuk mengisi perut yang terobek usus-ususnya sebelum aku akan kembali ke kampus untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar tahun 4 di lab aku yang dikenali sebagai 計測制御研究室@Instrumentation & Control Engineering Laboratory Group @ makmal kejuruteraan instrumentasi dan kawalan <-- cik google y cakap hehe

oleh kerana aku terpaksa menghadirkan diri ke kelas pada waktu pagi selama 3 hari seminggu, aku membuat kesimpulan sendiri untuk hadir ke lab selepas waktu makan tengah hari iaitu 130. dan akan pulang ke rumah mengikut keadaan. adakalanya aku pulang seawal yang mungkin. jam menunjukkan angka 5 pasti aku sudah lesap. tetapi kebelakangan ini, kekangan kerja yang bertimbun memaksa aku mengikat diri di kerusi sehingga kadang kala nya menjangkau pukul 230 pagi. oh itu semalam kerana aku terpaksa menyiapkan repot untuk di hantar pada hari jumaat ini. alhamdulillah sudah selesai.

dan aku bersyukur kerana sehingga hari ini walaupun aku hanya menunjukkan diri selepas waktu tengah hari, penyarah ku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hati nya. asalkan kerja yang diberikan selesai dalam masa yang ditetapkan.

mungkin mereka yang mengetahui cerita aku ini membatalkan hasrat untuk memilih lab ini di tahun akhir nanti. haha ada aku kesah?

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting