Jun 16, 2010

hari ini

6:35 PM
assalamualaikum~
salamsejahtera~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku pada hari ini :
bangun dari tidur sahaja terus on komputer, log in facebook, sign in yahoo messenger, sign in blog, log in mixpod (apa beza sign in dan log in? hehe). Boleh dikatakan inilah perkara wajib yang aku lakukan tatkala membuka mata.Tambahan lagi komputer bersebelahan dengan katil. Senang. tanpa perlu bangun, sambil guling2 golek2 atas katil pun mampu. Pantas. bak kata pepatah dunia di hujung jari sahaja. oh lagi satu, Twitter. semakin menggila bukan?

Jarang sekali menadahkan tangan kesyukuran kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan tatkala membuka mata.Belum kira lagi solat subuh yang terlajak. Jarang sekali memasang bacaan ayat-ayat alquran sedangkan ia boleh membersihkan hati yang saban hari makin kotor. Astaghfirullah~ inikah yang aku cari-cari selama ini?

Aku pada hari ini :
Perkataan-perkataan kasar seperti menyumpah seranah, perkataan-perkataan  yang terang2 mengandungi unsur negatif tanpa segan silu meniti di bibir. Tidak kira lah tatkala tertekan, marah, bengang dan macam keadaan yang seangkatan dengannya. Tidak malu kah? mengaku seorang Islam, perempuan. pakai tudung dah manis la konon2 tapi bahasa? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Bukankah lebih baik menjadikan Alhamdulillah, MashaAllah, Subhanallah, Astaghfirullah, Innalillah dan lain-lain sebagai satu bahasa yang sinonim sebagai orang Islam. tapi perlulah bersesuaian dengan tempat. Jangan lah apabila orang lain ditimpa musibah kita cakap Alhamdulillah. tak baik tau......

ayuh kawan-kawan..kita mampu mengubahnya.. sikit2 lama2 menjadi bukit.InsyaAllah dengan izin-Nya tapi perlulah berusaha.

\(^_^)/


4 ♥:

nua on June 16, 2010 at 9:12 PM said...

yes u can! smngt2.. hehe.. =)

Anonymous said...

eh, keybod dh sehat ke?

ckynwan on June 17, 2010 at 5:55 PM said...

ketuk bagai nk rak laa hahaha

huda on June 19, 2010 at 11:55 AM said...
This comment has been removed by the author.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting