Jul 6, 2010

makan daging babi jadi apa?

11:41 PM
suatu hari, pagi-pagi tak berapa nak buta(selalunya pagi-pagi buta) aku tiba di bilik kenkyu. bersiap sedia untuk makan fishball goreng tepung maka datangla sensei kesayangan

"awalnya kamu datang. dah sarapan ke? eh makan daging ke as breakfast?kaya katakan"
sensei tahu aku dapats cholar berapa banyak sebulan
"eh bukanlah sensei, ni fishball je"

"oh lupa kamu tak boleh makan daging."
aku sengih je.xjadik nak menikmati sarapan dengan jayanya

"sorry la kalausaya banyak tanya tapi kalau kamu makan daging yang x halal ni ada apa-apa berlaku ke"
"erm.....(sambil otak berputar ligat mencari ilham)kalau ikutagama saya kalau x ikut peraturan dia nanti jadi orang jahat" 

 kadang-kadang susah kita nak explain secara detail.nanti diorang tak paham. sebelum ni pun terkial2 nak kena gtau pasal daging halal tak halal.boleh makan daging yang disembelih secara halal sahaja dan banyak lagi.

"oh saya paham. tapi kalau daging babi pulakmacam mana?memang tak boleh makan langsung kan? kalau makan badan kamu jadi apa-apa ke nanti?"
tu diaaaaaaaa, dah keluardah killer question. bab babi ni la yang susah

"kalau tak salah saya, dalam babi ni ada binatang yang kekal hidup walaupun babi ni dah mati. nanti binatang tu hidup lam badan manusia lak" 
terus aku bagitahu pasal cacing pita dalam babi ni. betul ke x ek?

"eh pepandai je kamu ni?mana ada binatang hidup?"
"tapi saya pernah tengok video yang keluar ulatkalau letak air coke"

"oh dah dibuktikan ke?"
"macam tu la lebih kurang"

..............................................................(dua-dua terdiam seketika)

"tapi daging babi memang tak baik untuk kesihatan.walaupun ktorg ni xde la kepercayaan ke apa tapi daging babi memang takelok. kadang-kadang je makan"
"oh yeke.haaa sebab tu la agama saya haramkan makan babi"

dan sensei pun beredar lah.pening aku nak jawab.berpeluh-peluh.begitulah selalu kalau orang jepun tanya kenapa tak boleh makan daging kat pasar dorang ni. yela, pelik la bagi dorg. kat pasar tak leh makan tapi beli kat internet boleh pulak. kena la terang ada syarat dia untuk makan.kena sembelih bagai tu.sapa yang boleh sembelih.macam-macam lagi la.


2 ♥:

jaja2901 on July 7, 2010 at 10:11 AM said...

btolla tu.rsenye babi x leh mkn sbb kotor kn?
binatang kne sembelih dlu sbb nk buang darah kotor dlm bdn dorg kn?pastu br bleh mkn..babi mne bleh sembelih.xde leher..sbb tu babi x leh mkn sbb die kotor
btol ke fakta ni?tp ak pnh dgr la.kalo ssh sgt nk trg kt dorg psl halal haram mkn .

pooja said...

btol la tuh. yg ak pnah bace, mende yg kite mkn akn effect ngan perangai kite. sbb tu x leh mkn binatang buas, berkuku tajam, nnti perngai kite pon buas, ssh dikontrol.

kalau babi kn de pengotor, then dorg the only binatang yg benarkn mate dorg mengawan dgn mane2 jantan/betina babi yg len. ade setgh pendapt kate, sbb tu mat saleh or org yg mkn babi neh kadang2 perangai camtu - ade affair len/ tak kesah partner ade affair len walopon da kawen.

but to tell japanese that dorg mkn daging yg kotor is quite shitsurei, kan? lgpon babi kt sini dibela bersih (kot) - mesti dorg ckp camtu.

ak biase nye cakap org islam ade care sembelih yg khusus, selain drpd care tu, binatg tu x leh dimkn. kalo dorg tny nape tak leh mkn babi lgsg, ak cakap je "maaa... setsumei shinikui kedo, chanto riyuu ga arun desu yo..."

haha. jahil tol ak nk terangkn.

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting