Jul 14, 2010

roh macam hantu dah kurus kering

11:06 AM
semalam berusrah.nak kongsi pasal roh dan jasad.ada yang aku selit2 sikit hihi 

manusia dibahagikan kepada dua. roh dan tanah. manusia dijadikan daripada tanah dan ditiupkan roh untuk menghidupkan jasad. kita pada hari ini, memang sehabis mungkin nak bagi keperluan kepada jasad. makan nak yang sedap2 saja. bosan nak masak sendiri g pulak beli makan segera.mcD? jangan la duk makan makanan yang bagi sumbangan kat israel tu. dahla kita ni nak g perang tak mampu, nak tolong bagi duit pulak.

*selingan, cuba perhati keliling kamu. start from your clothes, perfume, shoes, bags, foods dan banyak lagi barang2 yang kamu beli dan guna tu. cuba check sikit jenama tuh ada tak dalam list kat sini dan sini . kot2 la ada kan. malas nak tekan? takut untuk tahu kebenaran? meh nak senaraikan

                                                                                                                                                                                                                                                                          


pakaian nak tutup badan pun nak yang ok saja. kalau duk negara 4 musim pakaian pun tukar ikut musim. pantang nampak new brand, new design cepat je sambar takut orang lain dapat dulu.limited edition katakan. taknak tertinggal takut dikatakan mundur. haiihh manusia2.berlumba2 nak nampak cantik di sisi sesama manusia. 

tapi lupa pulak kat satu lagi kombinasi manusia iaitu roh. roh ditiupkan oleh Allah. kepadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. bila mati, tubuh kita di tanam dalam tanah. tempat asal di mana kita di jadikan daripada tanah. roh ditiupkan oleh Allah daripada langit. mulia tempatnya. dan kepada Allah jugalah roh ni akan kembali. nanti dah mati esok-esok yang nak jumpa Allah roh ini lah. bayangkan, jasad kita dari tanah semasa di dunia sangat lah teliti penjagaannya. tapi bila mati bukan semua pun kita boleh bawak mati kan. bayangkan pula keadaan roh yang nak jumpa Allah. macam mana kita jaga? padahal `makanan` roh inilah yang akan kita bawa nak jumpa Allah di dunia lagi satu. 


bak kata kawan aku, kalau lah roh kita ni boleh digambarkan macam jasad.entah-entah dah macam rupa kartun hantu yang kuar dari badan.lemah longlai kurus kering.dah kita yang tak jaga? apa yang kita selalu buat untuk kerohanian? solat 5 waktu belum tentu sehari semalam. kadang-kadang 2 hari baru cukup lima waktu. kenapa? terlajak subuh. puasa sunat? puasa ganti pun liat dah nak masuk ramadhan baru nak ganti. abes bila nak puasa sunat? yang wajib pun tak lengkap. inikan pula tambahan. 

marilah sama-sama ingat-mengingati untuk memberi santapan rohani. kadang-kadang kita stress, tensen pegi menyanyi melalak, tengok drama 24 hours. konon-konon hilang la tu stress. padahal jasad yang lagi penat. yang perlukan perhatian rohani kita tu. jangan sampai Allah dah tutup hati kita ke arah itu.




أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ 

Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran

surah 47:ayat24


yosh! kurangkan tengok drama sampai lewat malam. kalau solat sunat kan lagi bagus. T_T ish2 teruknya. santapan rohani yang makin kurang.macam mana nak g jumpa Allah kelak? hmmmmm

2 ♥:

klautakjumpajalancallaku said...

very VERY very VERY very VERY like this post! thankyou

ckynwan on July 14, 2010 at 6:26 PM said...

terima kasih kembali. baru je dapat semalam ilmu ni.sebelum lupa elok kongsi dulu hihi

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting