Aug 19, 2010

bila anda mula menulis blog?

12:01 PM
assalamualaikum =)
hai hai bai bai jangan babai dulu okeh

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

meh nak tanya satu soalan. sejak bila anda mula menulis blog? sejak bangku sekolah? sejak mula tahu mengeja
 "saya ada buku "?
perghh menipu sikit-sikit la bai. sambung soalan seterusnya. macam mana boleh mula terfikir nak buat blog? sebab saya jiwang ha ha ha ha okay2. biarlah aku cerita sikit macam mana dan bila segalanya bermula. cewah~



kalau korang tengok blog archive aku ni memang la aku start entri pada (jap nak p ushar, lupa pulak) 9 oktober 2009. eh kalau 9 sept 2009 dah jadik nombor cantik.--> 090909


tapi sebenarnya aku da start blogging since 2008. awal tahun gitu. tak caya p tengok profile aku dan kat situ tertera 
on blogger since february 2008
haa. aku tak tipu kau. macam mana boleh start blogging? atau terfikir nak tulis blog? kan aku dah cakap kat atas tu, aku jiwang haha. sebenarnya aku memang menulis diari since aku sekolah lagi. takde la masa dah start tahu sebut A, B, C tu terus start tulis diari. ntah apa-apa je lawak tak kena tempat kekeke

memang setakat ni dah berapa diari aku yang terkumpul. setiap tahun beli satu. tak campur lagi ngan yang aku bakar after SPM dulu. aku tak menulis setiap hari. tapi banyak jugak la yang aku tulis. tentang hari-hari yang aku lalui. siapa-siapa yang bertuah dan terpilih tu, aku bagi la baca diari tu. ada lagi 2 3 buah dalam almari kaca tu. tapi lama-lama rasa macam malas nak menulis pulak. mana tak nya, dah ada komputer sendiri dan rumah sewa sendiri kat jepun ni. so aku mula buat blog. setahun bertahan kat blog lama yang kemudiannya aku ubah jadi step by step. entri lama-lama semua aku delete. sebab aku dah berpindah ke blog ni. bila fikir balik sayang pulak sebab banyak kenangan lam blog tu. masa delete semua entri tak terfikir nak save as draft.

dulu menulis suka-suka. tak heran siapa yang baca. kalau bacanasib anda le. tak kisah berapa follower. tak ada pun tak apa. tapi hari ni, setiap hari aku check follower. tiap hari aku check nuffnang. check traffic. rasa macam dah tak best nak menulis macam dulu. seronok dah hilang. 

kamu pula bagaimanakah?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting