Aug 6, 2010

blogging cara red mummy boleh dapat income RM40k.

7:51 PM
assalamualaikum =)
salam sejahtera
hye people
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

seperti biasa, takde kerja nk buat aku blogwalking aje lah. selalunya aku bukak banyak2 tab, bukak blog orang len and aku boleh stay satu hari suntuk hanya untuk blogwalking sahaja. kadang-kadang tak perasan pun, eh tetiba dah malam kan.

tadi aku pergi terjah blog razis ni. melalui blog si dahlia sebab dia tinggalkan komen kat chatbox aku. aku pergi blog razis ni sebab ade entri pasal orang yang singgah ke 22222 akan dapat hadiah rm10. so aku pergilah lawat sekalik xkena pulak. then baca-baca entri kat situ terjumpa lak entri pasal Pencita Merah.The Red Lover.The Diva yang yang didatangi kakitangan LHDN sebab nk audit pasal income tax. kenapa? sebab dia dapat income RM40k dengan hanya tulis blog. eh takdelah tulis blog semata2. banyak la yang dia and husband dia buat. aku nak tulis pun tak reti. so why not kau pergi terjah je RED MUMMY ni kejap.

aku suka baca blog ni. terus melekat . semua tab yang aku bukak tadi dah tutup haha banyak tips yang ada dalam tu. aku ni baru je mula daftar kat nuffang. hari2 duk tengok bape orang click page aku kan. sebab nanti dapat income. sekali bila dapat tahu psl RED MUMMY NI terus tersentak kau. haha 

nape aku suka Red Mummy? bukan la suka sayang macam tu. suka blog la maksudnya. sebab aku pun tak kenal lagi kan Red Mummy ni. so awal2 ni kita cakap suka baca blog dia lah kan. 

1st, bahasa. aku nih jenis memilih jugak la nak baca blog orang. tak kena ngan gaya aku susah sikit la nak lekat. tapi red mummy nye bahasa aku suka. dekat je ngan pembaca. xde la skema benau. so layan je. sempoi~

2nd, blog dia tak serabut. kadang-kadang bila pergi blog yang kuar ape ntah bunga2 kat tepi tu ; Nuffnang Xchange. mungkin benda ni banyak membantu ko up traffic tapi aku rimas bila kuar kat tepi2 tuh. nanti kita tanya pendapat Kak Red macam mana.

3rd, blog Kak Red banyak tips segala. aku baru je baca brape entries and buat aku nak baca lagi. nanti nak start dari awal la hahaha mmg xde keje aku ni kan.

4th, sumber inspirasi aku untuk terus tulis enti banyak2 per day. dulu hadkan 1 je entri per day pastu bila rajin up sikit tambah la 4-5 entries. tu pun dah rasa macam BANYAKNYEEEEE!!!!! kang orang cakap aku hima(free) bebenor. tapi bila baca blog Kak Red aku lagi rasa semangat nak buat banyak post hahaha pedulik ape kah. blog sendiri hehehe

nanti bila aku baca lagi dari sana aku kongsi kat sini, xpe kan Kak Red? hihi
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting