Aug 12, 2010

juadah ramadhan #02

10:54 PM
hai hai haiiii~
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

macam mana puasa today? banyak dugaan tak? bagi mereka yang masih berada di jepun dan sedang menikmati holiday tu harap2 la bersabar. maklumlah komuniti muslim di jepun sangat sikit. maka terpaksa la menahan kesabaran tengok mereka nih makan aiskrim.sejuuuuuuuuuk di musim panas ni. memang mencabar!

seperti semalam, nak kongsi juadah untuk hari ini. ikan goreng masak kicap sampur sos banyak hahahaha


bahan-bahan
  • ikan
  • bawang putih
  • bawang merah
  • sos tomato
  • sos cili
  • serbuk cili kering
  • gula
  • garam
  • air


cara-cara
  • gorengkan ikan di dalam kuali kemudian asingkan
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
  • campurkan serbuk cili, sos tomato, sos cili, kicap dan serbuk jintan kemudian masukkan ke dalam kuali selepas selesai menumis bawang
  • goreng sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuah
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • masukkan ikan goreng
  • tunggu sehingga masak
sebenarnya harini bukak puasa ngan junior dan rakan lain. so banyak lagi la lauknya. memandangkan yang ni je aku amek gambar so yang ni lah sahaja untuk harini.

p/s : teringin nak makan murtabak!!

2 ♥:

Zatil Aqmar on August 12, 2010 at 11:10 PM said...

OII GILE LAH SEDAP LAUK NI nasib baik aku dah berbuke! will definitely try the recipe sbb dah lama tak mkn ikan hehe.

ckynwan on August 12, 2010 at 11:24 PM said...

hehe sila2. demi kawan2 aku sanggup berkongsi resepi tuh. haha padahal simple je kot =P
sila update masakan kau jugak okeh haha

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting