Aug 10, 2010

kesian mereka tak sempat jengah ramadhan

11:38 PM
salam semua. dah niat puasa? jangan lupa. kang esok penat je berlapar dahaga.eh dah macam pantun 3 kerat pula.

aku rasa semakin lama, hasrat untuk menubuhkan sekolah mengandung dan kebenaran untuk remaja kahwin awal semakin meningkat. mana taknya. aku bukak berita bahagian jenayah je nampak berita sedih ni. bukan satu. tapi tiga. bayi yang tidak berdosa di buang. rasa macam wartawan ni suka pulak mengeluarkan berita sensasi ni ek di bulan ramadhan ni.


IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.

PULAU PINANG 9 Ogos - Hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah.


SEGAMAT 9 Ogos - Seorang wanita warga emas terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan ditinggalkan di hadapan rumahnya di Pekan Jabi di sini malam tadi.


hmmm..kesian mereka tak sempat menyambut ramadhan. Ajal maut di tangan Tuhan. tapi perlu ke begini cara kematiannya? 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting