Sep 21, 2010

jepun VS malaysia

3:47 PM
ok. mungkin entri aku ni aku bikin panas saja kan. tapi aku nak sangat berkongsi pengalaman aku kat negara maju 10 tahun ke depan ni. sila relax dulu ok semua orang. tunggu aku abes tulis dulu br nk label aku lupa daratan atau apa okeh. hari ni aku nak cakap pasal pengangkutan awam di malaysia. komuter. gara-gara peritiwa 15 september, memang aku nekad nak buat entri ni.tak nak cakap pasal benda lain, tapi pasal komuter atau tren. erm bas sket2 masuk jugak

aku bukan nak compare cmne.cuma nak ceritakan dari awal semasa korang tunggu tren sehingga lah korang turun balik. ok lapang kan dada. taknak hard-feeling okeh.

1. semasa tunggu tren. 
cmne korangtunggu tren? ya aku tahu la duduk, kalau seat penuh korang berdiri. tapi kat mana korang tunggu?

nampak tak perbezaan? serius aku tak tipu. walaupun aku jarang-jarang naik tren kat sini, tapi kalau travel memang ini yang aku nampak dan kena prektikkan. di setiap stesen akan di pintu tren akan berhenti kat mana. so tak perlu nak berpeleseran satu platform tu sementara tunggu tren sampai. just tunggu tren smpai. tapi kat malaysia macam mana la sangat stesen kan. dan mungkin lagi satu kekurangan sebab tren men suke2 je berhenti kan. 

2. apabila tren sampai.

time ni semua dah berpusu-pusu gerak g kat tepi tu. intai-intai. pastu bajet kat mana tren nak berhenti.



pastu tak reti2 nak tunggu orang keluar dulu. sebuk je kan nak redah masuk. pastu mula lah ade yang tertinggal anak dalam tren. berbeza sekali kat sini, org jepun memang tunggu semua yang nak turun habis turun dulu baru la yang kat luar masuk. kalau dah penuh tak perlu nak tolak2 boloskan diri jugak nak masuk sampai kena ada orang jerit baru nak stop.

nampak muka senyum kaler biru kat atas tu? haaa kalau kat sini, dorang yang muka kaler biru ni akan turun dulu kalau dorg kat depan pintu sebab bagi laluan org nak keluar. kemudian masuk balik. aku tak tipu. sebab haritu baru je aku naik tren dari airport nak balik fukui.

3. manner dalam gerabak

ni memang out terus lah kalau kat malaysia. aku tak cakap sembarangan sebab haritu masa naik tren dari stesen putra ke batu tiga tak henti-henti aku dengar macam-macam bunyi. lagu raya ada, lagu omputih ada. macam-macam ada.ayat kursi pun ada. takbir raya pun ada. lengkap. boleh tak kalau nek tren silent mode? 

kat sini memang kena silent mode kalau masuk kenderaan awam. tak kira la bas sekalipun. aku pun dah terbiasa setiap kali nak naik bas atau tren, mesti silentkan henset. 

orang jepun ni bukan nye tak de henset. bukan xde org dorg nak msg atau call sebab dorg ni workaholic. tapi bisnes pon kena layan. dorg msg je memanjang. malah kadang2 semua duk pegang henset je lam tren. tapi in silent mode la. kalau ada important call sekalipun masuk, boleh je angkat tapi terus cakap 

"eh, aku dalam tren ni, nanti aku call kau balik ok"
4. ladies coach. 

heh tak macam ladies coach je aku rasa kan. ada lagi yang tak boleh kenal pasti jantina masing-masing. 
so apa yang kita perlu buat?lu pikir la sendiri. malu kadang-kadang bila kawan atau cikgu jepun yang pernah holiday kat malaysia. 

6 ♥:

Mamek Eaturmusicx on September 22, 2010 at 1:01 AM said...

huhu. sifat rakyat malaysia dah macam tu.. cian2

ckynwan on September 22, 2010 at 9:39 AM said...

tu la masalahnye.
tapi kalau kita tak mula dulu sapa nk mula kan?

dan perlu ada undang2 tegas kalau nak menangani masalah ni

kalau jepun boleh, malaysia xkan tak boleh kot..

lets do it!

Gen Fujita on September 23, 2010 at 4:09 PM said...

kat Jepun handphone berbunyi dalam kenderaan awam dah dikira kurang sopan. kat sini bermacam-macam kerenah manusia mentaliti kelas ketiga terutama bila melibatkan kemudahan awam. btw, nice entry. :)

ckynwan on September 23, 2010 at 4:45 PM said...

betol tu. memang mengganggu betol. nonstop dari satu stesen ke satu stesen. haiihhh

btw, tenkiu incik gen fujita. nama ape tu? hehe

Danial Jaafar 🇲🇾 on September 24, 2010 at 9:28 PM said...

ah, kat australia dulu pon macam tu. kalau ade yang jenis tak beradab nak tak tunggu orang keluar, nanti kena sound beramai-ramai la.
tapi kat malaysia, semua orang tunggu depan pintu. kalau aku sound,aku plak yang kene sebab aku minoriti =___=

wah study kat jepun eh? nak pergi sebenarnye, member sekolah pon ade sorang je lagi kat sane. hahah kena pergi sementara dia masih ada XD

ザ-sylver- S on September 24, 2010 at 9:39 PM said...

slalu gak cultural shock kat mesia. Kene lak gi ukm naik komuter petang2 orng kuar keje..
Ada la satu ari ni , aku cube la poyo2 beratur kat depan, pastu ade pakcik uzur ni bongkok2 dok blakang.rasa bersalah pn ade, nk je kasi die dok depan.yang tua didahulukan kan...(tak kasi pun sbnarnya)
Dlm 5 minit tren datang, sumer dah macam orang giler, berebut mcm hape..last2 aku yng tk dapat naek.Haram tul.Yang lagi hampehnye, tau2 pakcik td dah duk kat dlm tepi tingkap lagi....
???

terpaksala aku tunggu tren 15 menet seterusnya..sampai ukm kene lecture free, yeay--

baru aku tau ,orng cun ni bila marah lagi cun rupanya ..hahahaha
sekian..

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting