Dec 3, 2010

bina keyakinan diri melalui penulisan blog?

4:54 PM
siapa yang kenal aku dari sekolah menengah, kenal aku kat aaj tau la macam mana perangai aku. tahu la macam mana sikap aku. dari luaran memang orang kenal aku as a happy-go-lucky person mungkin. jenis yang sukaaaaaaaaaaaa sangat bercakap. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat gelak. oh tak lupa. kalut. ni masa kat aaj satu lagi sikap aku yang dikenal pasti.ceit!

tapi pernah tak orang tanya, pernah tak orang selami dalam hati aku masa tu. mungkin aku tak bagi ruang untuk mereka yang pernah kenal rapat ngan aku. aku tak pernah bagi ruang untuk masuk dan tengok apa yang aku simpan dalam hati aku. oh ini bukan soal hati dan perasaan, mahupun masa untuk jiwang-jiwang. erm complicated??

kalau lah kamu2 yang pernah kenal aku dulu, mesti perasan yang aku ni orang yang suka memendam perasaan. nope! aku bukan jenis yang murung tak bergaul.aku cuma x suarakan segalanya dengan jelas. tapi semalam kawan aku ada cakap. aku sekarang dah lain sket.hahaha.

since aku tulis blog, mungkin. blog aku tak macam blog orang lain.blog yang ada macam2 maklumat. blog aku lebih kepada online diary. apa yang aku rasa, seronok mahupun sedih, saat mahu ketawa girang mahupun menangis tersedu-sedan, aku zahirkan di sini. mungkin aku x tulis direct. sebab niat asal bukan nak suruh orang paham, tapi cukuplah sekadar aku keluarkan dari sangkar hati. sebab lumrah manusia yang mahu bercerita. 

dan aku juga serupa. tapi mungkin aku lebih selesa kongsi di sini. orang baca tak baca itu belakang kira, orang suka tak suka pun lain ceritanya. yang penting , semuanya terhambur. sebab memendam perasaan itu memeritkan. tak begitu?

p/s: rasa macam tajuk x kena ngan isi. lantaklah haha
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting