Mar 22, 2012

kesah temuduga #1

6:59 PM
Assalamualaikum!

huuuu lamanya rs tinggalkan blog kesayangan aku ni. last post 13 march, seminggu lebih. eh baru seminggu lebih ke. kenapa rs mcm sebulan?? hahahaha

maklumla aku ni baru start keje, mood nk blogging mmg lingkup terus hak2. hari2 keje mmg haram la nk ada smangat. pastu mula la berangan, konon2 nak buat entri weekend. eh y all tau x, weekend tu amatlah nikmat kalau berehat2 setelah penat keje sminggu! xde maknanya aku nak blogging bagai. byk lagi nk kena uruskan. jadik housewife le pulak di hujung mgu hak2.

ok mukaddimah dah panjang.

oleh kerana aku dah ada keje, br la berani sket nk wt entri psl temuduga.ak bukan la nk bg tips nk berjaya lam temuduga, sebab kalo aku terer sgt mesti da dpt ms 1st time temuduga mcm 1st company dulu kan? haha. so aku nk kongsi pengalaman sepanjang aku pergi temuduga. tu je.

1st of all, sebelum nk pergi temuduga..aku setkan lam kepala. semua terletak di tangan Allah. rezeki masing-maisng. tapi semestinya la kau kena usaha jugak bukan berharap semata-mata.

so bila aku pergi temuduga, banyak kali dah sgt. even ms aku ngah keje kt 1st company, after resign. byk kot tp xde la smpai x terkira. cuma mls nk kira haha. bila xdpt, frust tu mmg la ade kan. tp bila aku teringat satu kisah ni, mmg hati aku sejuk balik.tenang blk. diceritakan oleh on of my fren. 

si A ni menganggur. dlm 1 pertemuan, dia mengeluh sebab dah byk temuduga y dia bg tp x dpt. tp byk2 dia tu xde la smpai 5 temuduga dia pergi. but still, 5x pon kita dah rs penat kan. tapi si B pulak mencelah. 

"kalau setakat 5 je diam boleh x. aku dah pergi berpuluh2, satu pon x sangkut"

lalu diamlah semua org. ok ayat betul dia xde lah sebijik tp aku olah sket2. cuma point dia cmtu la. so bila aku gagal dpt keje sekali, 2 kali, 3kali...aku sabar la. sebab ada lagi orang yang dah berpuluh2 temuduga pergi tapi xdpt2.

pastu pulak, aku dapat tahu yang aku mengandung. beberapa temuduga aku cancel. sebab mcm dah yabai penatnye. pastu pulak ada company y direct sentuh psl pompuan mengandung. wpun time tu aku br je 6mgu preggy. rs mcm xkn dpt la kan. haha. kilang mana nk amek pompuan ngandung weiiiiiii.

pastu lepas tu aku gugur. kena pulak cancel temuduga, tolak 2nd chance utk temuduga. mcm2 lah rs halangan tu. rehat la kejap. then bila dah ok smbung blk. xsangka bila dah sihat sket, ade 1-2 company y pgl 2nd interview. see! rezeki tu dtg bergolek2.

dan akhirnya aku diterima di salah sebuah company yang....ermmm..ada yang kenal n ada y xkenal. haha. ayat xleyh blah. dan aku x sangka diterima walaupun sebelum temuduga berlaku 1 insiden y xpernah jadik masa aku pergi mana2 temuduga. pening? lantakkkkk haha

adakah aku masih di peringkat mukaddimah? hahahahaha. ok la, sebab dah panjang, lepas ni aku kongsi lak pengalaman betul time temuduga. soklan apa kena tnye.apa y aku buat. aku bukan nk bg tips.sbb aku xtau.tp aku nk kongsi ape y aku pernah lalui, n kalo korg dpt korek snirik tips tu lagi bagus. kan?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting