Jun 10, 2012

Dear doctor,

12:38 AM
Sedikit luahan hati dari saya, selaku rakyat malaysia yang serba biasa...yang mungkin akan jatuh sakit bila-bila masa, ditimpa kemalangan atau apa sahaja yang memungkin diri ini untuk ke klinik, mahupun hospital demi mendapatkan rawatan dan nasihat dari yang pakar.

amatlah diharapkan kerjasama dari pihak doktor, mahupun jururawat untuk menyambut kedatangan kami seadanya , jangan diberikan masam muka yang berkerut2 kerana apabila dalam kesakitan, jiwa kami sensitif, sakit kami makin terasa. kalau kami lagi arif dari doktor, kami memang xkn datang ke klinik doktor.

setinggi-tinggi penghargaan sekiranya doktor memeriksa kami dengan teliti, setulus ikhlas..walaupun mungkin sakit kami hanyalah sebesar hama di mata doktor. tapi bagi kami, ia sebesar2 yang kami sangkakan kerana kami amat naif..sebab itu kami memerlukan khidmat dari yang mengetahui. dan jangan sesekali memberitahu kami dalam keadaan yang menyampah, berperasaan seperti " benda kecik macam ni pun nak kecoh2 ke?", kerana kami risaukan kesihatan kami.

doktor yang kami sanjungi, 

jangan sekadar membuka klinik untuk mendapatkan wang, sekadar memberikan ubat sebagai satu2nya solution untuk setiap penyakit. kami pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat dan panduan tentang kesihatan kami. doktor lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami, apa yang kami perlu lakukan jangan sekadar berkata "saya bagi ubatlah, makan sampai abes. dah abes datang lagi" sekurang2nya berilah kami keterangan jelas tentang apa status penyakit kami, sejauh mana bahayanya, jika doktor sendiri tak pasti seharusnya doktor sarankan supaya kami buat pemeriksaan lanjut di hospital yang bertauliah. 

doktor yang budiman,

amatlah besar penghargaan sekiranya doktor mencari pembantu yang bertauliah di kaunter ubat. apabila kami bertanyakan khidmat yang disediakan di klinik, janganlah diajar untuk HANYA memberikan jawapan seperti " ya, doktor boleh buat, boleh test kat sini" kerana kami amat2 kecewa apabila setelah penat menunggu sejam dua, sebenarnya klinik doktor tidak menawarkan perkhidmatan yang kami kehendaki.

sekian sahaja dari saya, insan yang mungkin akan singgah di klinik-klinik mahupun hospital tempat doktor berkhidmat.

Sekian, terima kasih.

p/s : there is a reason why i post this. stay tuned.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting