Oct 21, 2012

how i spent my weekend #8

11:00 AM
reactions 
0 ♥
bla bla bla..boring..boring..boring...tp tak kira. nk cter jugak...

minggu lepas boleh dikatakan minggu yang agak disaster la jugak hak2..

alkesahnye aku ada dinner with team. bertempat di golden horses you all.. teringat balik ms buat shinbokukai aaj dulu. best kottttttttttttttttttttttttt. ballroom besar gabak. ngan persembahan sumer. so aku sgt2 excited!

tapi excited pun baju untuk dinner baru gigih nak cari hari sabtu. dinner start kol 630. kol 10 pagi br kua nk g cr baju kan. mmg bagus!

so pagi2 sabtu kua g jusco bukit tinggi, xtaulah ape y meroyan boleh smpai ke sana last2 bj y aku cari xde pun. HAMPA!   patah balik ke shah alam.  byk sket kedai2 semua. aku nak cr baju y xnak la vogue sangat. bia boleh pakai byk kali. kang glam2 sgt pakai skali membazir pulak kan. biar alah membeli menang memakai x gitu?

so lam kol 3 lebih br la smpai umah. mmg baju bau kedai lagi la...hantam saje lah..

nak dijadikan cter, broadband kt umah kami buat hal. xleyh nk online langsung. eh bukan broadband buat hal, digi ngah upgrade sistem kt kws umah kami. mmg great timing! so jadiknye xsempat la nk google jalan ke hotel. kami kua umah kol 5 lebih. lepas asar senang. hubby ckp dia mcm tau2 jalan ke sana. dekat ngan UPM katanya. so kami follow la signboard ke UPM.

tp biasalah hubby, dalam xtau jalan tu bwk laju kemain. duk lane paling kanan alamatnye terlepas la simpang. xtau dah bape kali kami terlepas simpang pastu terpaksa u-turn jauh smpai dah kol 630 pun duk sesat2 lagi.  last2 aku suh tnye orang, tu pun nk tgu aku ngamuk dulu la kan. nape la laki ni susah sgt nk tnye orang wpun mmg xtau, mmg dah sesat sana sini. tup2 bila tnye org, kua simpang kejap je dahnmpak signboard ke hotel. fuhhh sabar aje lah.

pastu smpai2 kompius pulak nak parking mana. jakun punya psl. dah lmbt punya psl. kami g parking kt kws org tgk lumba kuda parking, seberang jalan hotel. dah la free kan. pastu xpk ape dah sbb dah smpai hotel pun kol 7. sepatutnye dah start dah majlis ni tu y risau sgt. nasib baik belum start. sempat la solat maghrib kejap..

the dinner was great. ada performance, games, lucky draw etc. but too much gangnam style. everything must have gangnam style. nak pusing2 rebut kerusi gangnam style, persembahan king n queen pun gangnam style. kinda boring n too much! ye la, bukan semua org sanggup nak buat gaya gangnam style. pakai ayu2 tetiba nk terkinja2 kan. pape pun tahniah kepada semua pemenang!

makanan? hmm not bad la. wpun makaroni agak keras kekeke







alamak dah tinggal sisa2 br ingat nk amek gambar mkn. sebenarnye byk lagi mkn y disediakan. bihun goreng. salad. byk lagi lah..




tgu time xde orang br boleh posing cmni haha



ingatkan dah cukup bertuah sebab menang lucky draw rupa2nya tidak...alkesah tpt kami parking sudah tutup berkunci rapat siap ada rantai besi melintang depan pintu. dah cane nk blk? cari guard pon nan ado..maka kami baliklah naik teksi smpai umah..

pagi esoknye jalan2 lagi ke hotel sebab nk amek kete punya pasal. pegi la sana naik komuter tau dari padang jawa sampai serdang! 

sampai2 lam kol 6 cmtu, nasib baik pagar dah dibuka sebab orang dtg nk tgk kuda kan. syukur sangat2. tapi nasib kami belum cukup baik. dari jauh nampak kucing berkeliaran kat bawah kereta. bila pergi dekat, rupanya kucing baru beranak. si anak xpandai lagi nak jalan. si ibu dah lari lintang pukang. dek kerana terlalu takut, 2 ekor anak kucing ni masuk kat bwh kereta bhg enjin nak bersembunyi. penat kami panggil xmo kua. lagi sekor duk sembunyi kat bhg spring tayar depan. tarik punya tarik x dapat. 

last2 panggil pakcik guard yang tengah meronda. pulun la kami nak keluarkan anak kucing ni. 1jam jugak lah berhempas pulas...degil betul xmo kua. bila pakcik tu hulur tangan dr bonet depan digigitnya! huwaaaaaaaaa nasib baik bukan aku yang hulur. aku mmg anti sikit kucng gigit ni. hak2

nasib baik la last2 dpt jugak bwk kuar. marah kemain si anak kucing. garang tau. kami lepaskan dia ke tpt adik bradik dia y lain. dan kami beransur pulang...

tamatlah aktiviti hujung minggu kami yang penuh dengan adegan mencemaskan. kui3

p/s : sowi lah byk gambar snirik kekeke. gambar lain xboleh nk letak atas sebab y x dpt dielakkan hihihi

Oct 20, 2012

How i spent my weekend #7

11:25 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

saya kembali lagi....seperti biasa nak berkongsi cerita di hujung minggu.. ada orang tanya saya buat apa di hujung minggu selain terbongkang hak2. meh sini nak cter..

2minggu lepas, aku pergi ke Kalumpang resort yang terletak di Hulu selangor..mula2 berangan nak pg jalan2 kat perak sebab ingatkan kalumpang ni kat tanjung malim...sebab mmg kena guna highway keluar ikut tanjung malim... eh betul ke ape aku ckp tp cmtu lah. tup2 smpai sana rupanya kami berada di kawasan hulu selangor..

perjalanan lebih kurang sejam lebih , cmpur sesat lepas kuar tol tanjung malim(xengat dah sbenanrnye betul ke x haha) sebab jalan kat situ sangat memeningkan. jalan atas bawah berlapis2 nasib baik ada cousin yang keje sana so bg direction kat kami..

nak masuk ke resort kena lalu jalan kampung yang kecik sket..biasala nak tempat mandi-manda yang cantik haruslah hujung2 kampung takkan tengah2 bandar pulak kan..kalau tengah2 bandar nanti air dah jadi warna teh ais pulak kekekeke

kami ke sana bersama2 sedara2 yang lain. bermalam satu malam di sana. kawasan tu boleh tahan la, sesuai untuk family sebab xbanyak tempat yang dalam, air pun x deras sangat..boleh nak bersantai2. pastu disediakan kemudahan tali untuk tempat berpegang sambil2 mandi sungai...

aku excited la of cos nak mandi sungai tapi memikirkan ada insan lain yang bernyawa dalam perut ni ditahan2 sikit la dari buat kuak lentang gaya bebas whatsoever...tengok orang mandi je la hihihi... 

jom layan gambar!

pergi satu hari satu malam je tapi bwk baju mcm nak duk seminggu hak2

orang xpandai berenang kena pakai pelampung. ahaks

mak buyung kena celop2 kaki je, xleyh buat kuak lentang


ada orang excited terlebih




salah satu rumah penginapan yang ada kat situ




taman haiwan pun ada tapi xberapa banyak lah.


sumber air gunung tempat amek wudhu'



ayam pun ado



excited nak tangkap ikan








sekian laporan....boleh lah untuk mengisi kekosongan di hujung minggu....seronok pergi ramai2.

home made pizza

3:58 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum....

sejak2 pregnant (sekarang dah 13minggu!!) ni asyik nak makan apa yang terbau kat hidung, selalunya terlintas di fikiran kan tapi aku ikut hidung. hak2 pelik2 sudah..adakah ini namanya mengidam? entahla belalang, saya pun xtau..

alkesah haritu masa on the way balik,mcm terbau2 pizza texas hand y mkn kat jepun dulu...terbayang sudah segala y sedap2.. pizza seafood, tuna, ketam,udang..slurppp meleh air liur.. pastu hubby tnye nak g mkn kt pizza hut ke domino? tp hati batu x mo, nak buat snirik jugak hak2. sebab kt kedai tu alahai sikitnya la isi. i suka y topping banyak2 gitew..

maka terus bergegas lah pergi jusco beli barang2 nak buat pizza... harga beli barang lagi mahal dr mkn kt kedai pizza hak2. tp xpe puas hati hehehe

bahan-bahan
mix vege
sotong
udang
mayonis
base pizza -> sebab xjumpe beli base lain sket..
mozarella cheese
tuna
sosej

cara-cara
letak semua bahan atas base ikut ctarasa sendiri
masukkan dalam oven pada suhu 200 selama 15min  / sehingga masak.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! siap dimakan.











Oct 10, 2012

JANGAN JADI BODOH!

9:02 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum...

ops2. sebelum apa2 sila bertenang, beristighfar banyak2..ramai yang terkejut kang baca tajuk dah pengsan mati la aku hak2..


alkesahnye pagi tadi, ada la lalu kat jalan simpang tiga..kat mana tu xperlu la aku gtau kang xpasal2 ada orang datang cari kan..huish mintak dijauhkan....

ok kat simpang tiga ni, memang agak sibuk la sebab kiri kanan orang semua nak masuk keluar, lagi2 time nak pergi kerja..haruslah sibuk...

pastu, dekat dengan parking kereta.. mungkin la kapasiti tak mencukupi , ada la kereta yang tuannya tak fikir panjang parking betul2 kat selekoh nak keluar. baik sebelah kiri mahupun sebelah kanan. jadiknya tinggal satu ruang yang cukup untuk satu kereta je lalu. tu pun terpaksa menyempit2..memang pagi2 bikin orang panas la kan.

tapi yang paling menariknya, kat salah sebuah kereta tu diconteng besar-besaran. dengan marker warna hitam. kereta pulak putih. permanent ke x wallahuallam.. nak tau tulis apa?

JANGAN JADI BODOH.
INI BUKAN TEMPAT PARKING KERETA.
FAHAM !!

HAHAHAHAHAHA. Memang padanlah dengan muka. saper suruh pergi cari kerja nak susahkan orang. cuba la fikir sikit. orang double parking bangun lambat tu pun kira boleh lagi la nak menahan sabar, nipis2 kulit bawang. kang dah xpasal2 kena conteng.. nak kesian pun , xdatang rasa kesian tu sebab buat kerja x fikir dulu. alahai manusia zaman sekarang...

Oct 6, 2012

How i spent my weekend #6

12:59 AM
reactions 
0 ♥
mmmmm...ni entry dikumpul2 dr zaman entah bila...
x berkesempatan nak update...
pastu bila dah mcm ni mulalah mls nk menulis panjang2...
so,enjoy the pics!

kasut pegi ofis..rs mcm comel pulak hak2. sbb aku pakai sumer haruslah comel kuang3


my long-distance-bestfren's wedding day. xtau kenapa kami kt tgh berdiri cm askar. sbb buat majlis kt dewan askar kot haha


very the merah makngah! semoga berbahagia selaluuuuuuuuuuu!
ok dah abes pasal wedding. now pasal makan2 pulak. last month dpt gaji hubby terus dihabiskan hak2....kami makan di ole2 bali. my faveret!




hubby's faveret

mine

salmon ste-ki

eh dah abes mkn2. now wedding balik.... ni pulak wedding ex-dormmate time skolah menengah dulu2.. kami smpai lambat so x berkesempatan nak jumpa y lain2. tp sempat jumpa hannah n ika, tu pun dorg dah nk blk..xsempat bergambar... 

lepas tunggu punya tunggu dapatlah jugak bergambar dgn pengantin....so comel as always...

semoga berbahagia selalu my fren!!



eh dah abes?? hahaha beriya je kan mcm gambo byk sgt... next time lah pulak.. esok nk pergi perak, nanti amek gambar byk2 lah! insyaAllah...

till then~


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting