Nov 23, 2012

Rindu yang menggunung

5:54 PM
reactions 
0 ♥
4,5 hari kebelakangan ini rindu kat arwah abah begitu membuak2

haritu jumaat lepas dapat msg dari no abah. 

aku tersentak seketika. sebelum ni mana pernah dapat msg dr no abah. selalu call je lah kalau dari no abah. dulu abah mana tau nak msg2 ni. ni tentu adik2 kat umah msg guna no abah.

tersentak sebab abah dah tak ada. Luluhnya hati ketika itu Tuhan saja yang tahu . usaha sebaik mungkin kawal perasaan, supaya mata yang berkaca-kaca tu x pecah berderai. segan kalau orang kat ofis nampak. buat2 sibuk dengan kerja.

dan sejak itu tiap2 malam aku mimpi abah. macam2 mimpi. seronok bergelak ketawa macam biasa.

bila bangun ... xdapat nak gambarkan perasaan.

Ya Allah tenangkan hatiku ini. aku redha dengan ketentuanMu. 

Sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu melainkan mereka mampu untuk menempuhinya.


Nov 18, 2012

is it true?

11:54 AM
reactions 
0 ♥
I'm afraid Mr Einstein is right.

suatu hari...

me n husband pergi makan kat satu kedai makan y agak glemer la, masakan kampung, ktorg panggil kedai kelantan sebab semua waiter mcm ckp kelantan je haha. ok x lawak. nama sebenar kedai itu ialah SRI TTDI. dkt TTDI shah alam. kalau time mengidam ikan patin masak tempoyak mmg akn terjah kedai ni. kalau t.ari kena pergi awl2 sebab lambat2 boleh abes. budu, sambal belacan, tempoyak ulam semua ada. heaven!

eh tersalah bg intro, xpsl2 promote kedai org wpun xpdt komisyen.. just sharing hehe

cter sebenar baru nak bermula...

so, hari tu masa kami g makan kat kedai tu..kami duduk bersebelahan dengan couple. couple waras la sebab sorg lelaki sorg pompuan. skang ni couple mcm2 versi pon ado. laki n laki atau pompuam n pompuan pon boleh jadi dorg couple gak kekeke

tapi xtau la dorg ni kawan ke, pasangan kekasih ke, hubby n wifey ke... y itu x dpt la nk dipastikan.

ok2. cmni. masa kami smpai tu dorg dah ada la. dua2 xbercakap. masing2 duk ngadap phone masing2. smartphone kot. sehinggalah makanan dorang smpai, dorang makan, makanan kami smpai, kami mkn. kami pergi bayar n balik. dorang langsung x bercakap walau sepatah. masing2 duk ralit tengok smartphone sendiri. xtau lah kalau dorang ni borak kat phone je . yelah skang mcm2 app ada. whatsapp lah ape lah sumer free x berbayor kan.

nmpak mcm kami ni stalker lak kan.  nk wt cmne. kt depan tu ada tv. kadang2 kami pusing tgk tv. kadang2 kami borak x hengat dunia, nk wt cmne kami dua2 xde smartphone hak2.

bila aku gtau hubby, hubby pon perasan. nk tau hubby ckp ape?

haaa..nanti kalau ada smartphone dah xlayan suami sendiri la tu. so xleyh beli smartphone! *sambil gelak evil..

ceit! aku pulak y kena, tp xkira jugak. nak beli jugak hak2

tapi kadang2 mmg xdinafikan, mmg ada sesetengah orang y mcm ni. maklumlah senang dah nk check fb, twitter, blog n mcm2 lagi lah. x kira masa 24 hours tolak waktu tidur, asyik mata mengadap phone aje.

aku pun pernah berkawan ngan org y jenis mcm ni. bila time kua sama2, lepak2 skalik dia srg je duk sebok ngan phone. tgk itu, tgk ini. takut sgt terlepas news. kadang2 bila org tnya ke..senyaaaap je. sbb duk asyik sgt ngan phone mana nk dengar org tnye. kalau dia sorg tertinggal kt blakang pon x kesah . last2 mmg malas nk layan la. bek xyah kua kan...

moral of the story? : kore ga wakaranai to zenbu wakaranaiyo!

Nov 10, 2012

Terlepas cakap

9:52 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

lama sudah x tulis ape2 tapi harini nak berkongsi satu cerita kekeke

korang ada x sesiapa di kalangan korang yang senang sangat terlepas cakap.. urmmm bukan terlepas cakap yang menyakitkan hati tu tapi terlepas cakap perkataan yang x sesuai dengan keadaan, atau terlepas perkataan yang langsung x wujud.

xreti sebenarnye nak terang tapi aku x jumpa kotoba malay atau english yang tepat tapi mungkin sebab aku yang bebal sangat x tau hahahah

alkesah di suatu hari ...

Scene 1

A : tadi kan ramai gila orang beratur kat LRT nak beli kupon
B : kupon? kupon ape?
A : yela, orang beratur kat mesin tu nak beli kupon..
B : Token ke?
A : ...............
A & B : gelak smpai terguling2

Scene 2

A : harini kan, nak makan se....se... ( smbil tangan buat gaya sejemput tu)..haaaa secopok! harini nak makan nasi secopok je
B : Secopok tu apa?
A : Secopok la.. secopok nasi.
B : Secopok tu byk mana? secupak ke? hahahaha
A : ...............................
B : sebenarnye nak cakap SECOet / setoPOK ke...treus jadi SECOPOK ek
A :  .............*muka stress tahan gelak hak2

tu antara contoh2 la y org y aku kenal ni senang sgt terkeluar perkataan yang xkena tempat, xwujud, pendek kata perkataan yang dia sorang je faham. tapi sebab aku dah lama kenal dia, maka aku selalunye bleh agak la apa dia nk ckp haha

memang boleh buat aku x kering gusi lah...

Nov 3, 2012

Tinggal kenangan

12:28 PM
reactions 
0 ♥
Dah nak masuk 2 bulan abah xde, tapi kadang-kadang rasa macam biasa. Rasa macam abah xde pergi kerja, tak pun pergi memancing. abah memang jarang kat umah. so rasa macam kehilangan abah macam kehilangan sementara je.

Tapi, kalau time abah ada dulu..bila datang je rindu nak bercakap2, call je abah. borak sikit2, gelak banyak2. kadang2 sekali call bukan terus boleh cakap..kena pandai carik timing yang betul. kena tengok jam, time ni abah kat masjid ke, kat ladang ke, kat kebun getah ke...

sekarang sudah berbeza, bila rindu kat abah xboleh dah nak capai phone untuk cakap ngan abah. sebab memang xdapat dah. sampai satu tahap rindu membuak2 tak tertahan. memang dah lumrah kalau orang yang dengar, yang baca ni mesti cakap banyakkan doa, banyakkan baca alfatihah sedekah kat abah. bukan aku x buat, setiap kali lepas solat dari kecik sampai besar mmg doa untuk family, doa untuk kawan xpernah putus. bila ma and abah dah xde doa aku panjang sikit mntak kesejahteraan di sana. ya aku tau, tapi aku bercerita sebab nak meluahkan rasa yang terbuku di hati je.

bila dah smpai tahap rindu sangat2, aku akan doa mintak dapat jumpa abah dalam mimpi pun jadi lah. dan Alhamdulillah aku mmg selalu mimpi arwah abah. macam2 mimpi. kadang2 dalam mimpi tu abah macam kat dunia lain, tengok je ktorg. kadang2 aku mimpi abah macam biasa je borak2. tapi kebanyakannya abah macam kat dunia lain. perhatikan ktorg. 

Dulu bila arwah ma xde, abah lah segala2nya bagi kami. buat apa2 pun fikir abah dulu. nak makan sedap2 pun fikir abah kat kampung bukan selalu makan sedap. nak simpan duit ribu riban pergi melancong pun fikir banyak kali, lebih baik bagi abah. abah dah berkorban macam2 untuk kami, kerja keras untuk kami.

sekarang bila abah dah xde,, macam dah hilang tempat bergantung. kehilangan abah yang amat besar. bila pergi mana2, buat apa2 mesti akan teringat kat abah. "kalau abah ade mesti cmni-cmtu". bila nak beli kereta baru, teringat abah cakap beli je vios ke, honda ke. *sebab abah anti proton, kereta abah selalu rosak.* bila teringat rumah yang beli,x sempat nak tunjuk kat abah. xsempat nak bawak abah datang rumah baru kami nanti. bila teringat jepun, dulu abah pernah cakap jangan tukar semua duit jepun, abah nak satu. tapi abah terlambat cakap dah tukar semua.

semua abah. 

dulu sebelum arwah ma xde, aku mimpi buruk. sebelum arwah ma meninggal aku sempat jugak peluk2. sebelum arwah abah xde, aku pernah mimpi abah meninggal, masa ni abah tengah sakit2 kat hospital. tapi terkilan sebab xsempat nak peluk2 abah, borak2 ngan abah masa kat hospital. duk jauh di selangor, abah kat terengganu. bila time balik melawat orang dah ramai, semua tunggu giliran nak jumpa. masuk 2-3 minit je.

raya tahun depan, sepatutnya semua giliran kat umah abah. ms raya tahun ni, dah berangan2 umah mesti meriah raya tahun depan, semua akan ada. tapi siapa sangka, walaupun kami semua insyaAllah beraya kat umah, abah yang pergi meninggalkan kami.

Yang pergi tak akan kembali, yang hidup masih lagi perlu berjuang.

Doaku tak pernah putus, semoga arwah abah n ma tenang di sana. 
Doaku mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman,
Doaku mereka dijauhkan dari seksaan kubur

Really miss them T_T
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting