Mar 9, 2013

Antara TAHU dan SEDAR

9:58 AM
Assalamualaikum!

Semalam masa on the way pergi kerja, terdengar satu topik yang menarik di IKIM.

Orang yang tahu tidak semestinya sedar,

tapi orang yang sedar insyaAllah dia tahu.

Nak bagi contoh senang, kita tahu yang kita ni tak kaya mana pun, tapi TAK SEDAR diri nak berlagak macam orang kaya. kita beli macam2 barang yang berjenama walaupun kita tahu diri sendiri tak mampu tapi sebab x sedar diri. Erk, kasar sangat ke haha.

Erm contoh lain..

Kita tahu apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, tapi adakah kita betul2 sedar akan tanggungjawab itu?

So, sama la juga dengan perihal di bawah. seperti yang dikongsikan kat IKIM smalam.

Kita tahu bahawa kita adalah hamba Allah , tapi adakah kita sedar yang kita ni hamba Allah?

Kalau kita sedar yang diri ini hamba Allah, mestilah kita tahu yang kita ni hamba Allah kan.

Kita tahu, tapi kenapa masih lagi tegar melakukan perkara yang dilarang, dan tinggal perkara yang disuruh..

Kita tahu apa yang kita buat itu satu dosa, tapi kita sedar atau tidak yang kita ni sedang buat dosa?

Sebab manusia ni memang tidak akan lari dari melakukan dosa, bahkan sesiapa yang merasakan diri dia tak pernah buat dosa, tidak melakukan dosa, tidak berdosa itu pun merupakan satu dosa. -quote dari IKIM

Jadi, bila kita sedar yang kita ni dah berdosa, apa yang perlu kita lakukan?

Paling cepat, paling mudah, teruslah beristighfar.

Kemudian disusuli dengan bertaubat.

So, rasa-rasanya kita sekarang ni sudah mempunyai kesedaran atau sekadar “tahu” tapi belum “sedar”?

Marilah sama-sama kita renung2kan…

p/s : tetiba aku pulak yang pening kepala bila baca banyak2 kali. sedarkah aku?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting