Mar 31, 2013

Bengot ....

3:45 PM
reactions 
0 ♥
Penyakit lama dah kembali, setelah sekian lama tenggelam..

Situasi : tengah parking kereta..

A : Bengot tak kereta?
B : hah? Bengot? * sambil dalam kepala duk fikir apakah perkataan yang digabungkan kali ni
.
.
.

.
B : nak cakap ape sebenarnya? xleh fikir la ...
A : erm....Belok + senget 


Belok + senget = BENGOT....

KO MAMPU??? hahahahahaha

Mar 17, 2013

tak paham..

10:53 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum...
__________________________________________________________________

Kenapa mereka perlu buat begitu?

kelisa di letak mini cooper

Proton wira diletak nama ford

Viva/myvi diletak passo

-tak-ingat-kereta-apa diletak tanda Mitsubishi

ini yang aku sendiri nampak la. aku rasa banyak lagi yang lain yang aku x perasan sebab aku ni memang jenis xkenal jenis kereta...hak2

oh, mungkin mereka nak perdaya orang-orang macam aku kot. LOL

apa-apa pun saya harap mereka bahagia.

tapi kan, tetiba terfikir. kalau lah ditakdirkan aku berdepan dengan satu kemalangan / insiden yang memerlukan aku mengenalpasti kereta yang terlibat. 

dan kereta2 ni diletakkan dengan nama-nama kereta atau pembuat kereta yang berlainan semasa aku cuba mengenal pasti. x ke haru nanti? mesti xvalid kat mahkamah kan. bagi nombor plat tapi bila check kat jpj kuar kereta lain dari y aku sebut.. haaaaa. masalah tuuu

ok enough.sooooo drama kan? aku merapek je sebenarnya hahaha. sorrylah mak meroyan di malam hari sebab bosan~

yosh mari bersemangat untuk bekerja di hari esok!!

p/s : ketika entri ini dipublish, saya sedang diulit mimpi indah barangkali. oh terima kasih teknologi sebab ada option untuk  buat autopublish. mcm x ikhlas buat entri kan :P

Cakap tak serupa bikin?

10:11 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum! 

Hari itu, terdengar satu perkongsian ilmu..kat radio ape ntah. Oleh HM TUAH. 

Dari Abu Zaid, Usamah bin Zaid bin Haritsah ra., Rasulullah bersabda, 
“Pada hari Kiamat, ada seorang laki-laki didatangkan lalu dilemparkan ke dalam neraka. Ususnya keluar. Ia berputar-putar seperti keledai yang berputar mengelilingi penggilingan.” 
 Penduduk neraka mengerumuninya dan bertanya, 
“Hai Fulan, bukankah kamu yang menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang kemunkaran?” 
Dia menjawab, 
“Ya. Dulu, aku menyuruh mengerjakan kebaikan, tetapi aku tidak melakukan kebaikan itu. Aku juga melarang adanya kemunkaran, tapi aku sendiri melakukan kemunkaran itu.” 
(Riwayat Bukhari & Muslim). 

 Bila sekali imbas dengar, semua mesti macam tertumpu kepada para ustaz, ustazah, ulamak je kan . 

tapi sebenarnye ianya adalah secara menyeluruh. 

Sesiapa pun yang kerjanya, ataupun dia menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan, tidak terhad kepada perkara yang islamik semata-mata maka mereka juga tergolong dalam golongan yang akan dihisab di neraka seperti yang dinyatakan di atas. 

 Bagi contoh mudah. Pemimpin duk pungpang2 kat tv cakap pasal rasuah contohnya, tapi kalau dia sendiri mengamalkan rasuah pun dah kira termasuk 

Doktor yang hari2 menasihatkan pesakit pasal pemakanan ke, pasal kesihatan ke tapi last2 dia sendiri tak amalkan…pun termasuk jugak. 

Malah orang biasa2 yang xde spesifik kerja dalam bidang penasihat ni pun termasuk jugak kalau tak amalkan apa yang disampaikan. 

 Tetiba buat diri ini termenung sendiri. 

 Suatu ketika dulu, masa Zaman jadik naqibah, zaman2 sekolah suka sangat berkongsi ilmu bila lepas solat asar berjemaah. 

Teringat bila ketika diri ini ditanyakan bermacam2 soalan, nasihat diberikan berdasarkan ilmu yang sedia ada. Semestinya la akan beri jawapan yang terbaik, yang disarankan dalam Islam tentang suatu perkara. 

Tetapi bila difikirkan balik, adakah semua yang keluar dari mulut tu diamalkan 100%? 

 Tersentak seketika.

Mar 9, 2013

Antara TAHU dan SEDAR

9:58 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Semalam masa on the way pergi kerja, terdengar satu topik yang menarik di IKIM.

Orang yang tahu tidak semestinya sedar,

tapi orang yang sedar insyaAllah dia tahu.

Nak bagi contoh senang, kita tahu yang kita ni tak kaya mana pun, tapi TAK SEDAR diri nak berlagak macam orang kaya. kita beli macam2 barang yang berjenama walaupun kita tahu diri sendiri tak mampu tapi sebab x sedar diri. Erk, kasar sangat ke haha.

Erm contoh lain..

Kita tahu apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, tapi adakah kita betul2 sedar akan tanggungjawab itu?

So, sama la juga dengan perihal di bawah. seperti yang dikongsikan kat IKIM smalam.

Kita tahu bahawa kita adalah hamba Allah , tapi adakah kita sedar yang kita ni hamba Allah?

Kalau kita sedar yang diri ini hamba Allah, mestilah kita tahu yang kita ni hamba Allah kan.

Kita tahu, tapi kenapa masih lagi tegar melakukan perkara yang dilarang, dan tinggal perkara yang disuruh..

Kita tahu apa yang kita buat itu satu dosa, tapi kita sedar atau tidak yang kita ni sedang buat dosa?

Sebab manusia ni memang tidak akan lari dari melakukan dosa, bahkan sesiapa yang merasakan diri dia tak pernah buat dosa, tidak melakukan dosa, tidak berdosa itu pun merupakan satu dosa. -quote dari IKIM

Jadi, bila kita sedar yang kita ni dah berdosa, apa yang perlu kita lakukan?

Paling cepat, paling mudah, teruslah beristighfar.

Kemudian disusuli dengan bertaubat.

So, rasa-rasanya kita sekarang ni sudah mempunyai kesedaran atau sekadar “tahu” tapi belum “sedar”?

Marilah sama-sama kita renung2kan…

p/s : tetiba aku pulak yang pening kepala bila baca banyak2 kali. sedarkah aku?

Mar 3, 2013

jangan la buat aku rasa marah smpai nak nanges macam dulu lagi~

11:28 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

tajuk tak panjang lagi boleh?

haaa pagi2 lagi dah nak buat aku emo kan...

alkesahnya sekarang ni tengah menunggu panggilan dari pakcik2 perabot yang janji nak hantar barang pukul 10, tapi sekarang dah nak masuk pukul 1130 pun xde sebarang panggilan telefon lagi. cemano?

sebab tu semalam awal2 lagi aku dah cakap bila bosnye cakap nak hantar pukul 11 aku xnak terima.sebabnya kalau janji pukul 11, pukul berapa baru boleh sampai kan. tengok sendiri la, janji kol 10 pun belum tentu pukul 11 korang sampai.

waduh2...gi mana ni?

sekurang2nya telefon la dulu ke apa, ni panggilan telefon pun xde. kami sebagai pelanggan la jugak yang nak kena call balik? masalahnya call xberangkat semua...


kenapa servis ini macam? benci la! dush2~

kita pun ada plan sendiri yang nak dibuat di hujung minggu ni. bukan nak mengabdikan diri menunggu barang je satu hari..

cukuplah peristiwa dulu sekali, xkan setiap kali nak hantar barang kena jadik macam ni.

Mar 2, 2013

♥♥♥ miss both of you ♥♥♥

12:01 PM
reactions 
0 ♥
currently i am in my 32 weeks. will be having my 1st baby in 1 months ++

how i wish she was here with me right now...
how i wish he was here too..
how i wish both of them were here with me...

been sick for a week now..batuk2 nonstop, selsema..sometimes, instead of mengadu2, merengek2 to hubby, i want to do the same thing with her...

sometimes when i had those false contraction / they called it as braxton hicks contraction , i just want to ask them what am i supposed to do...i am very scared...

while preparing for some baby clothes etc. , i just want to ask her what i need to bring to the hospital...

sometimes, i wish to have her beside me during pantang later...what should i eat or take during that time....

This is my 1st baby, i never have any experience on how to handle it. all will be a new experience for me and i really wish to have her, to tell me how to raise a baby, how to hold my own little baby, how to bath him/her when he/she is very tiny and weak...etc.

But i know, all of that are impossible to happen to me right now. I know it very well but i just miss them badly T_T


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting