Jul 11, 2013

Ahlan wasahlan ya ramadhan...

1:22 AM 0 ♥

Assalamualaikum!

Kejapnye rasa dah kembali menjengah ramadhan.
Syukur masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.
Syukur masih diberi petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki diri dan menambah amalan di bulan penuh barakah ini.
Syukur ya Allah....

Hari pertama ramadhan agak kelam kabut. Langsung tak terjaga dari tidur, tak dengar bunyi alarm. Sedar2 je dah 520. Eh sempat lagi nak sahur ni. Tapi si kecik pun time ni jugak lah nak sahur. Kena susukan dulu pulak. Giri2 je makan sahur tapi nasib baik sempat kekeke

Masa sahur, tetiba terlintas sesuatu. Hidayah dari Allah untuk diri yang sentiasa lagha nih.

Time sahur tadi, suami tak makan sekali. Hanya makan herbalife dan minum air je, pening kepala katanya maka nak sambung tidur kejap.

Dalam hati tetus teringat suatu Kisah dan terdetik " eh kejap lagi nak solat lah mintak Allah hilangkan pening kepala suami"

Ya Allah ya Rahman ya Rahiimmmm....

Tak pernah selama aku hidup mencecah suku abad ni didatangkan di dalam hati untuk melakukan solat 2 rakaat sebab pening kepala semata2. Kalau solat mintak tolong YaRabb ni selalunya masalah yang dah besar sangat, masalah yang buat hati x senang duduk, masalah yang buat diri sendiri menangis tersedu2 tak tahu nak buat apa maka pertolongan Allah yang didambakan.

Setakat pening kepala panadol kan ada, tak gitu pemikiran kita selama ini?

Berbalik kepada kisah. Kisah apa ye?

Kisah 1.
Suatu hari terbaca satu ilmu yang dikongsikan di fb. Selalulah amalkan keluar 1dapat 10, dan juga solat 2 rakaat.  Maksud kata solat ni, serahkan bulat2 kepada Allah. Bila buntu ke , ada masalah sekecil2 zarah sekalipun kembalilah kepada Yang Maha Kuasa.

Jangan cepat nak cari ubat2. Bukan salah nak ikhtiar tapi sebelum apa2, baiklah kita jumpa Yang Maha Esa terlebih dahulu.

Kisah 2.
Juga dikongsikan di laman fb.  Aku sudah lupa sama ada kisah ini berlaku kepada para nabi atau alim ulamak . *tu la lambat sangat kongsi ilmu, dah hilang ingatan.

Hamba Allah s.w.t ini jatuh sakit, maka dia berdoa kepada Allah s.w.t mintak disembuhkan penyakit itu. Lalu Allah s.w.t memberikan petunjuk kepadanya sesuatu/ubat yang boleh menyembuhkan penyakitnya itu. ALHAMDULILLAH sembuh. Tak lama kemudian, penyakit itu datang kembali. Tanpa berdoa terlebih dahulu, hamba Allah ini terus pergi mendapatkan ubat seperti yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t awal2 dulu. Tapi sakitnya tidak hilang. Maka dia berdoa dan memohon petunjuk kenapa penyakit itu tidak hilang.

Sebabnya, kali kedua ni dia tidak memohon pertolongan Allah s.w.t sebaliknya percaya yang ubat itu yang boleh menyembuhkan penyakitnya.  Sebenarnya yang menyembuhkan hanyalah Allah s.w.t, cuma melalui ubat itu.

Kat sini boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita.

Setiap kali sakit, demam, pening kepala, senggugut, gastrik, dan lain2 lagi penyakit remeh temeh, dan juga setiap kali ditimpa masalah2 yang tak besar sangat impaknya, berapa ramai di kalangan kita memohon pertolongan dari Allah sebelum mengambil ubat2an atau jalan penyelesaian?

Teruk kan kita ni?

Astaghfirullah.... marilah banyakkan beristighfar dan mulakan dengan azam baru lepas ni.

Aku tak cakap kat orang, ni untuk petingatan diri sendiri jugak yang makin hanyut, sebelum lemas marilah kita berusaha ke arah kebaikan!

Amin.

*entri ramadhan kena islamik sket hehehe.
**selamat berpuasa semua!
***seronok dapat balik sejam awal dari biasa hehehehe

Jul 4, 2013

Kisah hari ini

11:45 PM 0 ♥

Assalamualaikum!

Petang tadi kua awal dari opis. Nak pergi jemput puteri kesayangan.

Sampai di traffic lights,  lampu merah tengah menyala dan di hadapanku berduyun2 kereta beratur menunggu lampu hijau.

Aku yang baru u turn merapatkan kereta ke kereta depan.

Tiba-tiba....

Si pemandu kereta di hadapanku keluar,  di tangan pegang satu bag.
Dibuka pintu belakang, ambil lagi satu bag.

Dalam hati..."nak tukar bag kot sementara lampu merah, sempat la kot"

Meleset rupanya...

Si pemandu kemudian kunci pintu kereta, dan berlalu melintas jalan di sebelah kanan , meninggalkan kereta di tengah2 jalan.

No signal, no lampu kecemasan..nothing!

Membuatkan aku terpinga-pinga.

Apakah yang berlaku?

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting