Showing posts with label fyp. Show all posts
Showing posts with label fyp. Show all posts

Feb 18, 2011

mari buat gegaran sejagat!!!!!!!!!!!!

♥ 1:34 PM 0 ♥
hello semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa! perghhhhhh dah lama nya aku x membingitkan keadaan kat blog aku nih. act hari2 aku bukak je blog ni cuma tu lah,  bukak cmtu je. xde mood weyh.

dalam kepala ni banyak sgt benda nk cerita. sebulan dua ni banyak sangat cerita2 yang aku nak kongsi, start from my besday sampailah ke saat aku submit my thesis. yes! yesterday. i submitted my thesis. dah siap cop sensei.

and tinggal lagi result exam. and if everything ok, semuanya akan setel! dah boleh balik rumah packing  barang masuk lam kotak.sental2 rumah dan aku nak naik flight balik msia.

i will make sure, petang 26 mac aku dah ada kat tanah malaysia. i will! no matter what. so wait for me my dear beloved family. we will meet soon!

okay, saikin satu benda yang duk asik terperangkap je lam kepala otak nih is pasal kerja. fyi, i already got an offer from this kaisya in penang. dulu masa zaman2 muda remaja xreti nak fikir pasal masa depan memang xpk banyak n i just accept it. dah sign bagai. n now when i think about it, rasa macam taknak pergi penang pulak. u know why, aku dah selalu sangat jauh ngan family. 

ermm.. memang la rasa nak cari keje kat selangor n my family kat terengganu act tapi compare to penang, i prefer selangor sebab my sister, brother, sedara mara , sepupu sepapat ramai lagi kat selangor n i have nobody in penang! hehe

since sekolah menengah aku jarang sangat balik rumah. until now. dah bape tahun dah. and rasa macam dah tiba masa nye aku nak eratkan hubungan kekeluargaan ni. cewah.

lagipun, balik msia nanti dengar2 cte ade job fair kat midvalley.15-17 april. so why not aku cuba nasib kan. rezeki di mana2 kan. hehehe

Jan 28, 2011

semoga segalanya dipermudahkan olehNya.

♥ 2:03 PM 0 ♥
just a simple n quick update.

susunan untuk final presentation dah kuar. aku adalah orang terakhir di hari terakhir. sesi pukul 5:25-6:25 pada 9hb 2. siapa nak datang mai memeriahkan majlis tapi jangan hentam. kalau aku buat onar buat2 xkenal sudah ahaha.

ok ni jadual dan tarikh penting.

8febb  : final exam
9feb   : final exam + fyp presentation
10feb : final exam
18hb : hantar thesis
18feb-5mac : kemas umah,packing barang, hantar barang
6mac : kuar rumah, menumpang kasih kat rumah kouhai
23mac : graduation day
26mac : flight to malaysia


Ya Allah permudahkan lah segala urusanku.

Dec 31, 2010

salji akhir tahun

♥ 2:00 PM 0 ♥
sedar atau tak, cepat atau lambat, harini merupakan hari terkahir bagi tahun 2010. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. walaupun kehidupan kat sini macam xde la rasa sangat sebab sem masih belum berakhir. sekarang ngah cuti musim sejuk. dari 23hb haritu sampai la 5hb jan. dan kelas akan bersambung seperti biasa lepas ni sampai la awal bulan 2.final exam start akhir bulan 1 lagi la bagi pelajar tahun akhir. cuti pun macam tak cuti sebab makin busy ngan fyp. fyp presentation on 8/9 feb. graduation day will be on  23rd march. doakan agar aku dapat pulang dengan bergaya!

oh. berbalik kepada tajuk. sama seperti tahun lepas, hari terakhir tahun 2009 pun salji turun dengan lebat kalau tak silap aku. 1 january 2010 pun salji turun dengan lebat. sama macam sekarang. salji ngah turun dengan agak lebat.  penutup tahun yang menarik kan?

salji yang terkumpul di tepi tingkap umah

pemandangan luar rumah
umah aku di tingkat 3

salji ngah turun
esok dah masuk tahun baru. azam 2010 yang buatmasa 1 january dulu dah tertunai ke? aku no hal sebab aku x buat apa-apa azam pon =P hahaha aci x? xcaya, pergila selongkar balik entri hari pertama 2010 {post}. 

azam tahun 2011?kita tengok cmne mood aku esok nk  buat azam baru ke x haha.

ー真実はいつも一つであるー

Dec 18, 2010

Say NO to holiday & snowboard.NO NO NO! T_T

♥ 4:45 PM 0 ♥
its saturday everybody.SATURDAY. you know what it means when we write it in CAPITAL LETTER? dun know? like i care. yeah, its saturday yet im here in my lab.LAB.again in capital letter. but no surprise when i see my labmate here,even its saturday. 

ok.failed!

nanka kimochi tsutaenai(?) kalo aku gedik gelenya nak tulis in english. sorry for my bad english. ok diulangi.hari ni hari SABTU. kenapa aku tulis lam huruf besar2 gedabak tu .sebab biasanya kalau hari sabtu aku nonbiri(bermalasan) je kat umah.guling2 lam futon sambil layan conan kun. comel pon comel.conan kun la, aku comel sket2 je haha

eh tak jawab lagi persoalan.aku bukan saje2 nak rajin datang lab hujung minggu ni. tapi TERPAKSA. sebabnya programming aku baru je nak masuk separuh, tapi kalau ikut jadual sepatutnya dah siap kot. dan betapa malangnya nasib aku sebab programming ni kena siap hari rabu ni.which is 4hari lagi! dan another berita yang amat gembira ialah nak kena hapyou(present) kat sensei hari jumaat. hapyou tu maksudnye sotsuron hapyou. presentation for my fyp. tapi tidak termasuk result la sebab simulation tak jalan lagi.

oh.oh another GOOD news! hari selasa pulak pagi2 lagi kena pergi sekolah rendah sebab nak kenalkan negara malaysia ni kat budak2 sekolah yang berminat sangat nak tahu pasal negara lain. sila berterima kasih lah kepada labmate saya yang gedik2 pergi hantar nama kan. pagi2 buta nak kena bangun oihhhh.pukul 8 kotttttt.sejok2 ni?

so, now do you get it why im here eventhough it`s SATURDAY?

p/s : nampak gaya xleyh la follow dorang y nk men snowboard on 23rd. my presentation will be on the next day.gilo apo?
p/p/s : habes 15minutes sbb nk tulis blog HAHAHA

-back to my fyp-

Nov 26, 2010

terima kasih Allah

♥ 8:49 PM 0 ♥
seperti aku duk membebel dalam entri lepas, pagi tadi aku ada discussion ngan sensei(=lecturer) bersama2 dengan budak2 len. harini turn kami (aku & quy2) untuk terang pasal final year project. sebab last week akmi terangtersangkut-sangkut dan penggunaan perkataan yang salah untuk term neural network. seminggu rasa tak tenang, tak senang duduk. tambah2 pulak dengan peristiwa hari khamis tu. dengan keadaan yang macam tu, nak terang apa pun tak tahu.

malam tadi aku sengaja lupakan pasal discussion. buat2 macam harini xde pape. blogging, calling2 then aku tidur. bangun pagi konon-konon nak pergi awal tapi aku tidur balik. then masa ni dah cuak sangat. time ni la rasa macam kalau kena cirit birit pun xpe. demam ke, pitam ke. semua nak lah. paling jahat nak sensei pun cirit birit sekali! hahaha kejam gila aku ni. tapi memang tak jadik kenyataan lah. nak bangun pagi rasa tak semangat langsung. memang down je. pasrah di atas segala yang akan berlaku la. time mandi dah set mind betul-betul, think positive.after perasaan gemuruh reda baru keluar dari bilik air. macam mana bil gas tak melambung? haishhh.

sepanjang perjalanan 10minit jalan kaki, aku baca ayat kursi. sebab teringat cerita cikgu aku masa darjah 6. dia citer pasal ape ntah, tapi macam lepas dari something buruk sebab baca ayat kursi la. cikgu aku pesan suh amalkan baca ayat kursi ni. pastu dan-dan pulak kawan aku cakap dia baca ayat kursi sebelum cikgu  masuk kelas, terselamat dari kena check kerja sekolah. eh panjang la pulak. sebenarnya aku dah blur tak ingat apa-apa dah ayat nak tenangkan hati ke apa lagi kan. so aku baca je la ayat kursi. nonstop. memang serah segalanya kat Allah.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" 
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.

sebelum start terang, dah bagitahu buat powerpoint untuk flow chart je. sebab memang tak tahu nak terang apa. sensei la taknak cakap semalam! then, budak master duk terang pasal dia nye fyp. 40mins! aku dah gelabah. sebab benda yang sepatutnya aku kena terang adalah macam budak master tu terang kat depan. abes je terang-terang, turn ktorg lak.

quy2 g terang. aku back up kat belakang. bila betul sensei cakap " aa betul tu", dan bila salah sensei dah tak guna ayat hikmah dia "korewa dame dayo! sotsugyou dekinai. kore wakaranaito, dame dayo" dan Alhamdulillah, aura sensei menurun banyak sangat harini. walaupun muka dia semalam macam singa. dan dia tak marah2 sampai boleh buat aku down seminggu macam dulu. 

dan segalanya syukur tak terhingga kepada Tuhan.......

p/s : sebab tu la duit banyak habis tadi. jeng jeng jeng
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting