Dec 9, 2013

Bahana kafein?

1:09 AM
reactions 
0 ♥

Jam dah pukul 1pagi waktu tempatan.

Tinggal aku sorang terkebil2, diapit sang putera dan puteri di kiri dan kanan.

Kenapa begini? Sepatutnya aku lena dibuai mimpi,  walaupun bukan mimpi indah aku rela diulit mimpi ngeri sedikit daripada terkebil2 menghitung biri2 begini....

Tadi di secret recipe

Aku balun cappuccino cheese

Berserta dengan ice chocolate white coffee? Aaahhh persetankan namanya, aku lupa turutannya. Yang penting semua ada.

Tanpa segan silu teguk lagi cafe mocha si dia.. bertalu2...

Lalu beginilah akhirnya...

Memang aku tidak pernah belajar dari pengalaman lalu!

Bagaimana bisa aku bangkit pukul lima? Waduhhh!! 

Esok jadi zombie.

Brain....brain....I want brain....brilliant brain.....

Nov 13, 2013

Bikin panas

10:27 PM
reactions 
0 ♥

Kat atas jalan raya ni ada dua manusia y bisa membuatkan darah menyirap.

1. Belok kiri kanan x bg signal. Kalau mmg jalan kosong xde orang xpo la. Ni duk melangut tgu tup2 dia nk masuk simpang rupanya. Ni contoh ye.

2. Signal dah elok bagi, tp x amek kira ada org ke x kt sebelah, terus je belok. Apa dia ingat kita ni halimunan ke apa?

Kalau kome nmpak kawe buat gini jugok, silelah hon kuat2 bagi ambe sedar diri hak2.

Nov 3, 2013

makanan apa namanya lembing?

7:19 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

suatu hari aku makan nasik. ada satu lauk yang agak masam2. aku xtau apa dia.

lantas tanya orang sebelah.

A; ni sayur ape ek>? *dlm hati dah agak mcm *** tapi takut salah makanye aku bertanya.

dgn konfidennya si B menjawab.

B : lembing.

A: haaa? lembing? *muka aku dah abes berkerut dengar jawapan..

B : yela , lembing.

A : lembing?? * tanya lagi dengan nada mintak kepastian.

tiba2 si B terdiam...

B : eh belimbingggggggggggggggggg...

A : gelak pecah perut la jwbnye hahahaha

ini belimbing buluh.

ini pula lembing.

sila cari persamaan mereka . kekeke

Aug 26, 2013

USTAZ HASHIM MOST WANTED YO!

3:31 PM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Sape kenal ustaz hashim angkat tangan!

Nak jugak aku kenal ustaz hashim selaku jurunikah @ tok kadi ni. Kesian org ramai y xleh kahwin, xdpt surat nikah etc.

Alkesahnye,  aku rs dah nak masuk setahun dah perkara ini berlaku.

Hampir setiap hari aku dapat panggilan telefon mencari ustaz hashim.

Pernah gak tanya mana dapat nombor. Dorang cakap dapat dari website putrajaya? Entah lah belalang. Penat jugak nak jawab wrong number hari2. Kadang2 bila cakap wrong number pun depa duk call jugak tapi tukar pemangil. Adeh!

Smalam hubby menyamar sat. Geram sangat dah.

Memula suara orang laki, aku angkat. Gtau la salah nombor. Xsmpai 5saat lepas tu, masuk lagi 1 panggilan dari nombor sama.  Aku suh hubby angkat. Hubby buat la suara garau ala2 ustaz gitew hak2.

Kali ni pemanggil perempuan lak.

Pemanggil : hello...
Hubby : hello Assalamualaikum! * dgn suara garau okay
Pemanggil : ni ustaz hashim ke?
Hubby : ye saya.

Kemudian pemanggil tu bagi kt partner dia si lelaki pulak.

Pemanggil : ustaz hashim ke ni?
Hubby : Bukan. Salah nombor.
Kedengaran di belakang.
Kan dah kata bukan, nak jugak telefon lagi sekali.

Ktorg senyum gelak2 sket sebab kelakar plus geram.

Haaaiihhhhh...

Siapa la yang salah update nombor salah ni. Bila aku cakap dah nak masuk 2 tahun guna nombor ni, dorang terkejut pulak.

Ada jugak yang bagi sms siap, tanya masa lapang mintak ustaz jadi jurunikah. Jangan lepas ni ramai yang xleh nikah sudah.

Daku x bersalahhhh....

Aug 7, 2013

selamat hari raya!

2:25 AM
reactions 
1 ♥
Assalamualaikum!

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

tahun ini raya bertiga! Tahun lepas bertiga jugak tapi sorang duk dalam perut lagi hehehe

doakan kami selamat sampai!

Damia nyenyak tidur lam kerta. 

Jul 11, 2013

Ahlan wasahlan ya ramadhan...

1:22 AM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Kejapnye rasa dah kembali menjengah ramadhan.
Syukur masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.
Syukur masih diberi petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki diri dan menambah amalan di bulan penuh barakah ini.
Syukur ya Allah....

Hari pertama ramadhan agak kelam kabut. Langsung tak terjaga dari tidur, tak dengar bunyi alarm. Sedar2 je dah 520. Eh sempat lagi nak sahur ni. Tapi si kecik pun time ni jugak lah nak sahur. Kena susukan dulu pulak. Giri2 je makan sahur tapi nasib baik sempat kekeke

Masa sahur, tetiba terlintas sesuatu. Hidayah dari Allah untuk diri yang sentiasa lagha nih.

Time sahur tadi, suami tak makan sekali. Hanya makan herbalife dan minum air je, pening kepala katanya maka nak sambung tidur kejap.

Dalam hati tetus teringat suatu Kisah dan terdetik " eh kejap lagi nak solat lah mintak Allah hilangkan pening kepala suami"

Ya Allah ya Rahman ya Rahiimmmm....

Tak pernah selama aku hidup mencecah suku abad ni didatangkan di dalam hati untuk melakukan solat 2 rakaat sebab pening kepala semata2. Kalau solat mintak tolong YaRabb ni selalunya masalah yang dah besar sangat, masalah yang buat hati x senang duduk, masalah yang buat diri sendiri menangis tersedu2 tak tahu nak buat apa maka pertolongan Allah yang didambakan.

Setakat pening kepala panadol kan ada, tak gitu pemikiran kita selama ini?

Berbalik kepada kisah. Kisah apa ye?

Kisah 1.
Suatu hari terbaca satu ilmu yang dikongsikan di fb. Selalulah amalkan keluar 1dapat 10, dan juga solat 2 rakaat.  Maksud kata solat ni, serahkan bulat2 kepada Allah. Bila buntu ke , ada masalah sekecil2 zarah sekalipun kembalilah kepada Yang Maha Kuasa.

Jangan cepat nak cari ubat2. Bukan salah nak ikhtiar tapi sebelum apa2, baiklah kita jumpa Yang Maha Esa terlebih dahulu.

Kisah 2.
Juga dikongsikan di laman fb.  Aku sudah lupa sama ada kisah ini berlaku kepada para nabi atau alim ulamak . *tu la lambat sangat kongsi ilmu, dah hilang ingatan.

Hamba Allah s.w.t ini jatuh sakit, maka dia berdoa kepada Allah s.w.t mintak disembuhkan penyakit itu. Lalu Allah s.w.t memberikan petunjuk kepadanya sesuatu/ubat yang boleh menyembuhkan penyakitnya itu. ALHAMDULILLAH sembuh. Tak lama kemudian, penyakit itu datang kembali. Tanpa berdoa terlebih dahulu, hamba Allah ini terus pergi mendapatkan ubat seperti yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t awal2 dulu. Tapi sakitnya tidak hilang. Maka dia berdoa dan memohon petunjuk kenapa penyakit itu tidak hilang.

Sebabnya, kali kedua ni dia tidak memohon pertolongan Allah s.w.t sebaliknya percaya yang ubat itu yang boleh menyembuhkan penyakitnya.  Sebenarnya yang menyembuhkan hanyalah Allah s.w.t, cuma melalui ubat itu.

Kat sini boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita.

Setiap kali sakit, demam, pening kepala, senggugut, gastrik, dan lain2 lagi penyakit remeh temeh, dan juga setiap kali ditimpa masalah2 yang tak besar sangat impaknya, berapa ramai di kalangan kita memohon pertolongan dari Allah sebelum mengambil ubat2an atau jalan penyelesaian?

Teruk kan kita ni?

Astaghfirullah.... marilah banyakkan beristighfar dan mulakan dengan azam baru lepas ni.

Aku tak cakap kat orang, ni untuk petingatan diri sendiri jugak yang makin hanyut, sebelum lemas marilah kita berusaha ke arah kebaikan!

Amin.

*entri ramadhan kena islamik sket hehehe.
**selamat berpuasa semua!
***seronok dapat balik sejam awal dari biasa hehehehe

Jul 4, 2013

Kisah hari ini

11:45 PM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Petang tadi kua awal dari opis. Nak pergi jemput puteri kesayangan.

Sampai di traffic lights,  lampu merah tengah menyala dan di hadapanku berduyun2 kereta beratur menunggu lampu hijau.

Aku yang baru u turn merapatkan kereta ke kereta depan.

Tiba-tiba....

Si pemandu kereta di hadapanku keluar,  di tangan pegang satu bag.
Dibuka pintu belakang, ambil lagi satu bag.

Dalam hati..."nak tukar bag kot sementara lampu merah, sempat la kot"

Meleset rupanya...

Si pemandu kemudian kunci pintu kereta, dan berlalu melintas jalan di sebelah kanan , meninggalkan kereta di tengah2 jalan.

No signal, no lampu kecemasan..nothing!

Membuatkan aku terpinga-pinga.

Apakah yang berlaku?

Jun 11, 2013

Bila rasa diri hebat...

6:50 PM
reactions 
0 ♥

Mulalah fikiran jadi sempit.

Alkesahnye, suatu hari semasa jalan2....
Tiba-tiba datanglah kereta sport meluncur laju, of course la kat lane laju. Nak menang je kejenye. Ok la fine, bagi la jalan. Nak sangat hambek lah ek.

Tiba di satu traffic lights,  kelihatan kereta tadi berada di tengah2 between 2 kereta. Intai jalan jap. Eh, jalan 2 lane je. yang dia p duk kat tengah2 tu nape?

Bila lampu da hijau, tengok kat lane kanan kereta kancil. Ngan kancil pun xnak kalah ek?

Xsempat nak tengok melayu ke x, kalau x dah boleh cakap melayu mudah lupa. Tapi itu x penting sebab bukan nak ckp psl melayu ke, cina ke, india ke...tapi ini soalnya MANUSIA MUDAH LUPA!

tetiba emo kan hak2

K bai!

Jun 1, 2013

Instagram

1:52 PM
reactions 
0 ♥

Td ada tgk 1 video parody pasal instagram kt fb.

Dah mcm virus kan skang ni, buat ape2 pon sumer nk amek gambar..

Dalam byk2 cte lam video tu, aku x terasa mana pon sbb br je berjinak2 ngan menda alah ni.

Ingatkan selamat la tapi rupa2nya x hahaha

Sbb bila smpai 1 part dorg perli. Bila da kahwin penuh pulak timeline ngan gambar anak2 pulak.

Hahahahaha

Mmg ak la tu. Awal2 dulu lagi la. Setiap hari wajib 2keping gambar. 1 bgn pagi, 1 lagi nk tdo mlm. Alkesah nye start guna instagram kat kg ngah berpantang. Tepon hubby pulak kurang canggih. Maka aku akn tag hubby kat twitter je lah nk tunjuk gambar damia. Rindu seorang ayah ok.

So alang2 da ada instagram sumer pulun pakai lah hak2.

Skang kurg dah...kot

Sape rimas tu boleh unfollow je. Tp tgk la nanti kalo da ada ank snirik. Kalo boleh setiap saat nk snap mcm2 riak wajah y comey itu.

Aku kan ibu muda, haruslah excited! Kekekeke

Tgk snirik la instagram ak penuh ngan muka damia je.

May 31, 2013

Sensitive much?

1:23 AM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Suatu hari masa pergi hospital umra sebab nak check damia.

Pungpang2 cter2 ngan doktor keadaan damia yang selsema, hidung tersumbat, cter pasal kws umah y ada construction bla3....

Tiba-tiba....

*cewah tiba2 pulak kan. Mcm tulis karangan time sekolah pulak bila smpai tang saspen tu hak2

Ok2, tiba doktor tanya aku cmni

"Awak ni jenis sensitive ke?"

"NO! "

Cepat2 aku jwb tau hahaha. Sbb aku ingat doktor assumed anak aku ikut genetic ak y sensitive so senang nk dpt penyakit. Ak jwb la gtu sbb ak ni jenis susah sket nak sakit demam tp kalau da kena sakit, lama la melaratnye. Gituuuuu.

Pastu doktor diam jap then smbung...

"No, sensitive y mcm ni. Contohnya kalau masuk lam sebuah bilik,  ada org y tgh marah so you da boleh rasa aura kemarahan tu"

Aku terdiam. Pandang suami. Suami pun terdiam, pandang aku balik.

"Erm, im not sure.. kadang2 kot"

"The way you hold your baby, nampak mcm you jenis sensitive"

"Really?"

Hahahahahahahaha

Gelak dalam hati tapi xtau gelak maksudkan apa sebenarnya. Hak2

Am I?

May 25, 2013

Ketentuan..

10:21 AM
reactions 
0 ♥

Siapa sangka..

Dulu kecik2 zaman kanak2 ribena suka kat org lain mcm setengah mati.

Bila da besar sket konon2 da matang, suka orang lain pulak. *onna!

Tapi mcm xpernah didatangkan peluang utk org y disukai tu sedar, ataupun mereka sedar cuma tidak digerakkan hati utk dtg kt aku

Bila da masuk umur boleh kawen, bercinta bagai dunia ni milik kami berdua je

Tapi lagi sekali semua mcm x ke mana2 pon...masing2 hanyut mcm di alam fantasi yang diciptakan sendiri.

Di hujung cerita cinta,tak Siapa sangka aku akan bertemu jodoh dengan orang lain, yang selama ni mmg dekat je ngan aku...

Cuma kami yang x menyedari..atau belum sampai ms utk semua itu.

Kerana Itu semua ketentuan dariNya.

Dan kini aku bahagia bersama keduanya.

Doaku semoga jodoh kami panjang, dunia dan akhirat.

P/S : jiwa rock kapak sket di pagi hari hak2

May 6, 2013

Semangat menunaikan kewajipan!

5:46 PM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Semalam penuh timeline dengan gambar berjari biru.

Tanda da menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Begitu juga kami sekeluarga hehehe

Semangat damia blk mengundi tau.

Mula2 encik suami mengundi di kampungnya kemudian baru lah kami sekeluarga pulang ke kampung aku pulak.

Bergegas jugak la nak kejar abg ak yang nak bertolak balik kelantan pulak, nasib baik lah sempat kan.

Aku antara orang yang terakhir mengundi.

1st time beb!

Sampai kena iring dari awal hingga la ke tempat mengundi. 

Dupdap Dupdap berdebar2 sepanjang perjalanan hak2

Pastu tangan aku kena taram 4, 5 kali jugak la ngan dakwat kekal tu. Alang2 orang last kan hak2.

Tapi seronok, pengalaman pertama mengundi katakan.

Malam tu pulak Dupdap2 tgu keputusan, last2 aku tdo aje. Slow bebenor nak umum.

Sape2 y x mengundi,  rugi besar tau..

Tgu PRU14 la puloks hehe

P/s : xmo ulas keputusan, kang mcm2 spekulasi y timbul.

May 4, 2013

Testing2...

8:50 PM
reactions 
0 ♥

Assalamualaikum!

Saje je gedik nk buat new post.

Testing sket hak2

K, bai!

May 2, 2013

it's not that easy~

1:04 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

semenjak, 2 - 3 menjak kebelakangan ni ( act im not really sure when it started ) , ada 2 - 3 perkara yang sibuk duk bertapa dalam otak aku. 

masih xde jalan penyelesaian. walaupun aku tahu sebenarnye jalan penyelesaian tu dah lama ada..cuma aku masih lagi ego mungkin? takut dengan bayang-bayang sendiri?

bila suara sebelah sini cakap " just let it go, life must go on...bla3 " hati aku dah layu, bersedia untuk memberi ruang..

tapi tang tu jugak suara sebelah sana pulak berbisik " its not that easy....can you just forget everything?"

hati aku jadi berbelah bahagi balik...dan seterusnya sehingga ia dah terlalu lama terbuku..aku pun xtau sampai bila ia akan kekal terbuku di sudut itu...

tapi aku x pedulikan semua itu~

*sigh*

p/s : aku suka menulis bila suasana yang nyaman dan tenteram..sebab hanya ketika itulah segala2nya jelas dan nyata...

Apr 29, 2013

rindunyaaaaa

12:26 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

hmmm sejak2 beranak ni lagi la aku mengabaikan yang ni, asyik duk fokus kat yang lagi satu je.. banyak cerita sejak2 bergelar ibu kan.

xtau lagi? haa mmg ketinggalan zaman. untuk pengetahuan, saya sudah selamat melahirkan bayi perempuan 3minggu yang lalu, maka sebab tu la blog ni terbengkalai hak2

.
.
.
.
.
.

hmmm..rsnye kalau x beranak pun, blog ni akan terbengkalai jugak. sbb dah hilang momentum kana. sedih kan? sebab dulu aku suka bercerita, tanpa kesah apa orang nak fikir. aku hanya menulis mengikut naluri...

tapi itu dulu..selepas segala-galanya berubah 

bila suatu ketika aku terlalu dambakan perhatian..

dan bila semuanya terserlah, tiada apa yang asli...semua bukan lahir dari hati...

*sigh*

Apr 27, 2013

oh PRU 13

5:38 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

lagi berapa hari je nak mengundi

aku excited!

sebab 1st time mengundi. mintak2 aku x buat onar macam2 kat tempat mengundi.

mana la tau tersadung kerusi ke, terlanggar meja ke sebab excited sangat kan haha

haritu pusing2 naik kereta pergi kenduri, tengok macam2 replika di tepi2 jalan.

warna biru dan hijau..

ada kereta kebal, roket, meriam, wau bulan yang besar gabak gila, layang2 pun besar gabak, kereta, van malah kerbau pon ado! jangan main2 haha

macam2 dah duk dengar berita kurang enak di TV berkaitan PRU13. bom la, itu la ini la...

haihhhh..kenapa la xnak bertanding secara sihat dan berhemah.

apa2 pun jangan lupa keluar mengundi ye kawan2.. aku pun insyaAllah boleh la setakat nak pergi pangkah undi kan..

p/s : aritu dengar talk kat TV9 oleh SPR, ibu2 yang ada anak kecil tak perlu beratur kan? hihihi

Apr 6, 2013

aku berdarah merah hak2

3:35 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum....

Pernah dengar tak perangai manusia mengikut jenis darah?

Darah A perangai macam ni, darah B macam gitu...haaa pernah dengar x?

Kalau orang Jepun ni, sesetengah dari mereka sangat obses dengan jenis darah. sampaikan masa interview / temuduga pun ditanya jenis darah..sebab dah set dalam kepala dorang, perangai ikut jenis darah. tapi tu la, xsemuanya sama ikut 100% kan..

Satu hari kat ofis, ada akak2 grad jepun jugak la tanya kat aku, darah jenis apa. pastu aku suh dorg agak2. boleh pulak dorang cakap aku ni darah A. mana aku x gelak guling2. sebab dorang cakap aku ni buat kerja kat ofis , seolah2 aku ni berdarah A la. walaupun bukan hak2.

perangai darah A yang macam mana dorang kaitkan ngan aku? meh kita tengok.

sumber
yang ni je sebenarnye hak2... kalau ikutkan aku ni ada la sikit2 mcm ni. sebab aku ni agak kelam kabut orgnya. so kalau buat apa2 mesti nak prepare awal2... kena ada list. kena ada time table. nak kira waktu bekerja pun aku ada jadual. pendek kata aku nak semua perfect, supaya aku x kelam kabut di kemudian hari. n sebab aku ni jenis xsuka berserabut nak fikir byk2.. semua kena ada manual la pendek kata hak2..

tapi tu je la kot perangai org berdarah A y terlekat kat aku. padahal ada lagi org y betul2 berdarah A yang sangat2 la berperangai darah A. erk paham x? kalau kat umah toka mmg xde langsung la hahahahaha. sebab aku ni jenis tekitou je. sebab aku berdarah O kekekeke.. meh jenguk apa lagi y dikatakan mengenai orang berdarah O.

sumber bergambar dari : sini 

yang ni agak betul. contoh kalau dah plan nak g jalan2 pastu nk bwk bentou, sanggup aku tdo 2-3 jam je nk prepare.
tapi kalau x, mmg aku bantai tdo smpai tengahari hak2
hmmm ada la y kena dgn aku tapi ada y x. lah benda2 mcm ni boleh berubah.. kalo ikut jenis darah je kesian la kan. kucar-kacir dunia..

Kalau korang nak tau pasal jenis A, B , dan AB jenguk sendiri lah kat sini : link

Mar 31, 2013

Bengot ....

3:45 PM
reactions 
0 ♥
Penyakit lama dah kembali, setelah sekian lama tenggelam..

Situasi : tengah parking kereta..

A : Bengot tak kereta?
B : hah? Bengot? * sambil dalam kepala duk fikir apakah perkataan yang digabungkan kali ni
.
.
.

.
B : nak cakap ape sebenarnya? xleh fikir la ...
A : erm....Belok + senget 


Belok + senget = BENGOT....

KO MAMPU??? hahahahahaha

Mar 17, 2013

tak paham..

10:53 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum...
__________________________________________________________________

Kenapa mereka perlu buat begitu?

kelisa di letak mini cooper

Proton wira diletak nama ford

Viva/myvi diletak passo

-tak-ingat-kereta-apa diletak tanda Mitsubishi

ini yang aku sendiri nampak la. aku rasa banyak lagi yang lain yang aku x perasan sebab aku ni memang jenis xkenal jenis kereta...hak2

oh, mungkin mereka nak perdaya orang-orang macam aku kot. LOL

apa-apa pun saya harap mereka bahagia.

tapi kan, tetiba terfikir. kalau lah ditakdirkan aku berdepan dengan satu kemalangan / insiden yang memerlukan aku mengenalpasti kereta yang terlibat. 

dan kereta2 ni diletakkan dengan nama-nama kereta atau pembuat kereta yang berlainan semasa aku cuba mengenal pasti. x ke haru nanti? mesti xvalid kat mahkamah kan. bagi nombor plat tapi bila check kat jpj kuar kereta lain dari y aku sebut.. haaaaa. masalah tuuu

ok enough.sooooo drama kan? aku merapek je sebenarnya hahaha. sorrylah mak meroyan di malam hari sebab bosan~

yosh mari bersemangat untuk bekerja di hari esok!!

p/s : ketika entri ini dipublish, saya sedang diulit mimpi indah barangkali. oh terima kasih teknologi sebab ada option untuk  buat autopublish. mcm x ikhlas buat entri kan :P

Cakap tak serupa bikin?

10:11 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum! 

Hari itu, terdengar satu perkongsian ilmu..kat radio ape ntah. Oleh HM TUAH. 

Dari Abu Zaid, Usamah bin Zaid bin Haritsah ra., Rasulullah bersabda, 
“Pada hari Kiamat, ada seorang laki-laki didatangkan lalu dilemparkan ke dalam neraka. Ususnya keluar. Ia berputar-putar seperti keledai yang berputar mengelilingi penggilingan.” 
 Penduduk neraka mengerumuninya dan bertanya, 
“Hai Fulan, bukankah kamu yang menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang kemunkaran?” 
Dia menjawab, 
“Ya. Dulu, aku menyuruh mengerjakan kebaikan, tetapi aku tidak melakukan kebaikan itu. Aku juga melarang adanya kemunkaran, tapi aku sendiri melakukan kemunkaran itu.” 
(Riwayat Bukhari & Muslim). 

 Bila sekali imbas dengar, semua mesti macam tertumpu kepada para ustaz, ustazah, ulamak je kan . 

tapi sebenarnye ianya adalah secara menyeluruh. 

Sesiapa pun yang kerjanya, ataupun dia menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan, tidak terhad kepada perkara yang islamik semata-mata maka mereka juga tergolong dalam golongan yang akan dihisab di neraka seperti yang dinyatakan di atas. 

 Bagi contoh mudah. Pemimpin duk pungpang2 kat tv cakap pasal rasuah contohnya, tapi kalau dia sendiri mengamalkan rasuah pun dah kira termasuk 

Doktor yang hari2 menasihatkan pesakit pasal pemakanan ke, pasal kesihatan ke tapi last2 dia sendiri tak amalkan…pun termasuk jugak. 

Malah orang biasa2 yang xde spesifik kerja dalam bidang penasihat ni pun termasuk jugak kalau tak amalkan apa yang disampaikan. 

 Tetiba buat diri ini termenung sendiri. 

 Suatu ketika dulu, masa Zaman jadik naqibah, zaman2 sekolah suka sangat berkongsi ilmu bila lepas solat asar berjemaah. 

Teringat bila ketika diri ini ditanyakan bermacam2 soalan, nasihat diberikan berdasarkan ilmu yang sedia ada. Semestinya la akan beri jawapan yang terbaik, yang disarankan dalam Islam tentang suatu perkara. 

Tetapi bila difikirkan balik, adakah semua yang keluar dari mulut tu diamalkan 100%? 

 Tersentak seketika.

Mar 9, 2013

Antara TAHU dan SEDAR

9:58 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Semalam masa on the way pergi kerja, terdengar satu topik yang menarik di IKIM.

Orang yang tahu tidak semestinya sedar,

tapi orang yang sedar insyaAllah dia tahu.

Nak bagi contoh senang, kita tahu yang kita ni tak kaya mana pun, tapi TAK SEDAR diri nak berlagak macam orang kaya. kita beli macam2 barang yang berjenama walaupun kita tahu diri sendiri tak mampu tapi sebab x sedar diri. Erk, kasar sangat ke haha.

Erm contoh lain..

Kita tahu apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, tapi adakah kita betul2 sedar akan tanggungjawab itu?

So, sama la juga dengan perihal di bawah. seperti yang dikongsikan kat IKIM smalam.

Kita tahu bahawa kita adalah hamba Allah , tapi adakah kita sedar yang kita ni hamba Allah?

Kalau kita sedar yang diri ini hamba Allah, mestilah kita tahu yang kita ni hamba Allah kan.

Kita tahu, tapi kenapa masih lagi tegar melakukan perkara yang dilarang, dan tinggal perkara yang disuruh..

Kita tahu apa yang kita buat itu satu dosa, tapi kita sedar atau tidak yang kita ni sedang buat dosa?

Sebab manusia ni memang tidak akan lari dari melakukan dosa, bahkan sesiapa yang merasakan diri dia tak pernah buat dosa, tidak melakukan dosa, tidak berdosa itu pun merupakan satu dosa. -quote dari IKIM

Jadi, bila kita sedar yang kita ni dah berdosa, apa yang perlu kita lakukan?

Paling cepat, paling mudah, teruslah beristighfar.

Kemudian disusuli dengan bertaubat.

So, rasa-rasanya kita sekarang ni sudah mempunyai kesedaran atau sekadar “tahu” tapi belum “sedar”?

Marilah sama-sama kita renung2kan…

p/s : tetiba aku pulak yang pening kepala bila baca banyak2 kali. sedarkah aku?

Mar 3, 2013

jangan la buat aku rasa marah smpai nak nanges macam dulu lagi~

11:28 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

tajuk tak panjang lagi boleh?

haaa pagi2 lagi dah nak buat aku emo kan...

alkesahnya sekarang ni tengah menunggu panggilan dari pakcik2 perabot yang janji nak hantar barang pukul 10, tapi sekarang dah nak masuk pukul 1130 pun xde sebarang panggilan telefon lagi. cemano?

sebab tu semalam awal2 lagi aku dah cakap bila bosnye cakap nak hantar pukul 11 aku xnak terima.sebabnya kalau janji pukul 11, pukul berapa baru boleh sampai kan. tengok sendiri la, janji kol 10 pun belum tentu pukul 11 korang sampai.

waduh2...gi mana ni?

sekurang2nya telefon la dulu ke apa, ni panggilan telefon pun xde. kami sebagai pelanggan la jugak yang nak kena call balik? masalahnya call xberangkat semua...


kenapa servis ini macam? benci la! dush2~

kita pun ada plan sendiri yang nak dibuat di hujung minggu ni. bukan nak mengabdikan diri menunggu barang je satu hari..

cukuplah peristiwa dulu sekali, xkan setiap kali nak hantar barang kena jadik macam ni.

Mar 2, 2013

♥♥♥ miss both of you ♥♥♥

12:01 PM
reactions 
0 ♥
currently i am in my 32 weeks. will be having my 1st baby in 1 months ++

how i wish she was here with me right now...
how i wish he was here too..
how i wish both of them were here with me...

been sick for a week now..batuk2 nonstop, selsema..sometimes, instead of mengadu2, merengek2 to hubby, i want to do the same thing with her...

sometimes when i had those false contraction / they called it as braxton hicks contraction , i just want to ask them what am i supposed to do...i am very scared...

while preparing for some baby clothes etc. , i just want to ask her what i need to bring to the hospital...

sometimes, i wish to have her beside me during pantang later...what should i eat or take during that time....

This is my 1st baby, i never have any experience on how to handle it. all will be a new experience for me and i really wish to have her, to tell me how to raise a baby, how to hold my own little baby, how to bath him/her when he/she is very tiny and weak...etc.

But i know, all of that are impossible to happen to me right now. I know it very well but i just miss them badly T_T


Feb 23, 2013

Bila B.Jepun dicampur dengan BM

11:20 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Memang xleyh nak tahan2 lagi dah, kena jugak cerita kat sini. haha

Selalunya kita dengar, guna , bercakap menggunakan bahasa melayu yang dicampur dengan English . dah jadi biasa sangat kan bahasa rojak ni .

Pernah dengar x keadaannya bila bahasa jepun dicampur2 dengan bahasa melayu ? bukan campur2 macam biasa tapi luar biasa sangat sampai gelak nak pecah perut terus rasa nak terberanak, adeh.

A dan B tengah berbicara pasal barang yang xjadi dibeli di tesco petang tadi.. mari kita ikuti perbualan mereka .

A : Mana kita nak beli ni ? 
B : Kat Jusco la
A : Aru kana ( = ada ke ek ) kat jusco
B : Aru ah ...eh?
A :    kemudian gelak guling

Aru = Ada 

Selalu mana ada orang campur2 rojak sampai cmtu skalik. sebab "ah" tu mcm bukan bahasa melayu pun kan , just bhs pasar kita je tapi bila combine smpai mcm tu skalik buat aku gelak guling2.

comel kan si B. sebab selalu sangat tersasul mcm tu. hahahahaha

ok2, aku tau mungkin ramai x rasa kelakar tapi bia la aku nk gelak guling2 jugak.

Feb 19, 2013

when will you be mine?

8:49 PM
reactions 
0 ♥
Angan-angan xmau tinggi lagi ke? haha

Tapi tengok aje lah y mampu..

banyak lagi yang perlu didahulukan..

x gitew Baby D?


jangan tanya kenapa saya nak yang ni
*sigh*

Day 22 : Post something that you dream about

Feb 17, 2013

beringat sebelum kena

1:08 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

dulu bila naik kereta xpernah nak perasan sangat perangai2 manusia yang kurang berhemah di jalan raya.

tapi sejak dah pandai drive sendiri ni, walaupun xjadik driver sekadar jadi co-pilot aku makin alert dan perasan lah macam2 kerenah manusia di jalan raya.

xperlu aku nak hurai satu2 sebab semua orang pun macam dah terkena kat diri sendiri, terkena dengan perangai manusia yang ego, xreti bahasa, buat jalan macam diri sendiri yang punya daaaaaaaaaaaaan macam2 lagi lah. 

kalau nanti xmelibatkan nyawa orang lain xpe la jugak, kalau melibatkan orang lain tu yang buat kita hangin satu badan, ye dak?

meh nak cter satu insiden yang berlaku betul2 depan mata sampai jantung berdegup kencang, seperti genderang mau perang~EH?

alkesahnya kami on the way ke bangi, melalui lebuhraya SKVE. time ni x banyak sangat pun kereta atas jalan, sebab semua orang ngah bercuti raya cina lagi. kami gerak dari ofis lepas balik kerja.

time ni pun kami bersantai2 aje lah, encik suami pun bawak dgn kelajuan 80-100km/h cmtu la. sebab mmg aku xbenarkan lebih 100. nanti jantung aku cepat aje mengepam darah.so encik suami stay je 80.

kami kat lorong tengah. tetiba kat lorong kanan , kami dipotong oleh kereta myvi yang macam dikejar oleh kereta Viva. time ni encik suami cakap yang kereta Viva ni laju lain macam aje. aku xtau la sesi kejar mengejar ke apa sebab nampak sangat kereta Viva tu gopoh semacam nak potong myvi tu. 

pastu sebab macam xlepas nak potong, dia masuk lane tengah which is depan kami lah yang beza jarak dalam 2-3 kereta macam tu tapi xde kereta la antara kami. kat lane tengah ni pun ada sebuah kereta yang sama laju ngan myvi kat bhg kanan so Viva ni xlepas nak potong, dia nak masuk balik macam tu je kat lane belah kanan. 

bayangkanlah dengan kelajuan yang aku pun xtau berapa, kereta Viva dah goyang2 sebab nak tukar lane tiba2 pastu memang dah goyang kiri kanan, hilang kawalan,pusing langgar divider tengah, kereta berpusing2 terbalik kat tengah2 jalan raya, lalu depan kereta kami, lalu di tengah2 antara 3 buah motor di lane kiri, pecah cermin kanan bhg pemandu, terseret ke divider kiri tepi jalan dan terbalik lagi sekali. nampak pemandu cepat2 keluar dari cermin driver y dah pecah, kereta dah terbaring atas jalan.

within a few seconds! right in front of us!

aku dengan jantung berdegup2 kencang tu, paksa encik suami berhenti, pergi tolong. ada kereta lain berhenti jugak depan kami tepi jalan, kuar kereta sambil call polis/ambulans aku xtau lah. motor yang sipi2 nak kena langgar tadi pun berhenti tengok mangsa kemalangan yang xmembabitkan orang lain. encik suami cakap pemandu kereta sorang2 je, xde bawak penumpang ke apa. cedera di tangan sikit, ada la darah2.

lepas terbalikkan kereta ramai2, semua orang blah biar pemandu tunggu sorang2. encik suami cakap semua orang pun macam bengang sebab tau dia bawak laju macam orang gila, nasib baik xmembabitkan orang lain. kira dia sorang2 je la yang terbabit.

lepas tu mmg mata aku xlepas dari meter kereta encik suami. jangan mimpi la nak lepas 80. cuak tau x! bukan setakat aku, baby D dalam kandungan pun boleh cuak tau~

so kawan2 yang memandu di jalan raya, silalah berhemah. ni salah satu contoh aja yang menyebabkan kemalangan. banyak lagi kerenah manusia yang macam2, yang boleh menbahayakan nyawa orang lain.

Feb 3, 2013

bila orang malas nak buat post baru

1:19 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

hari demi hari
dah bosan nak jenguk blog snirik
semangat nak menaip dah x berkobar2 seperti suatu ketika dulu

tapi...
tetap dirasakan suatu kemestian nak update
bukan sebab takut hilang follower
bukan sebab takut orang dah jemu buka celoteh ckynwan

tapi...
sebab dirasakan untuk kepuasan diri sendiri
itu yang lebih utama


jadi?
apa isu untuk harini ?

nothing......

bye2!

Jan 20, 2013

terlepas cakap #2

6:59 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

mari kita berkongsi cerita~sambungan dari kisah terlepas cakap #1

situasi 1 :sedang berborak2 psl diri sendiri sehinggalah ditanyakan soalan berikut

A : bila masuk keje kt ofis ni?
B : bulan lepas , tahun 2
A : ye bang? *mintak diulangi jawapan tadi
C : salah la!
B : eh bukan. tahun lepas, bulan 2

situasi 2 : si B bukak cermin kereta utk amek parking ticket. kemudian...

B : tolong tutupkan syiling. *sebab dia nak pusing stereng utk membelok
A : hah? cermin la . haha
B : eh. salah! tutup cermin! hahaha

ada lagi satu, tapi lupa..memang mengimbau kembali kenangan tersalah sebut mustika dan mastika. nanti aku cerita hehe.

teringat dan teringin

1:03 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

sumber : blog ajakbicara


Aku ni sangat suka kalau dpt tgk ikan. sape y kenal aku, terutamanya org2 tertentu kt nihon dulu tau la kot mcm mana sukanya aku ngan ikan dan air ni. maklumla membesar dlm sungai hak2.

lagi2 kalo pg akuaria ke. tgk ikan2 dlm akuarium, sgt teruja. mcm xleyh nk berhenti tgk. seronok dan boleh terleka kalo tgk ikan, lagi2 kalo ikan y cantik2 comel kan.

mungkin ak mewarisi sedikit sbyk hobi dr arwah abah. abah mmg suka la ikan2 ni. kt umah siap ada akuarium lagi. da bermcm2 ikan da pernah hidup dlm akuarium kt umah tu. dpt ikan sungai kalau masih hidup sihat mesti abah letak lam akuarium.

kalau dah minat apa pun boleh kan.

malam tadi mimpi arwah abah. ngah bersiap sedia segala kelengkapan nak menyambut cucu. xtau lah mcm mana boleh mimpi mcm tu. kiranya aku nak bersalin kat umah la. bersalin sendiri. seram pulak bila pk2 blk. walaupun secara logiknya, kalau arwah abah masih hidup haruslah dikejarkan aku ke hospital kalau nak bersalin kan. xdenye nak suh bersalin sendiri kat umah hehe

tadi masa jalan2 shopping, lalu kat kedai tgh2 ruang jalan tu, jual akuarium y kecik comel. jual ikan bagai. cantikkkkkkkkkkkk. mmg berkenan. sebenarnya dah lama tringin tapi duk fikir2, hmm xpe lah, lain kali lah. dah byk sgt lain kali tu.setiap kali lalu kat tpt jual akuarium ni mesti nak berhenti tgk ikan2 tu. xberhenti pon mesti pandang lama lah.

bila tgk tu teringat pulak kat arwah abah.

esok nak beli kana~

Jan 12, 2013

meroyan

10:38 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

haih lama sudah tidak buat post baru. mood nak blogging dah kelaut. mungkin sejak akhir2 ini fikiran aku banyak tertumpu pada kerja dan anak dalam kandungan, cewah konon2. padahal memang skang otak mcm x aktif sangat. langsung xmo nak fikir pasal ape2. kosong je mcm xde ape pong. haihhh

so serba sedikit tentang diri ini sekarang ini.

diri sendiri?

Alhamdulillah, sekarang sudah berbadan 2. minggu ke 25 kini. baby pompuan ke lelaki xtau lagi. tgu dah masuk 7 bulan nak try g scan tgk gender. harapan? keinginan? entah. xde spesifik nak laki ke pompuan. yela, anak pertama kan. syukur dapat zuriat di saat ada insan yang mungkin lama dah tunggu zuriat kan. so, aku lebih dari bersyukur bila dapat pregnant lagi setelah gugur dulu. 

family?
sekarang baru sebulan++ duk umah baru, lepas setahun di rumah lama. Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan keluar dari kejiranan sebegitu. di rumah baru skang ni so far ok, xde apa2 yang rasa xpuas hati ke apa, cukup ok dan selesa sesuai dengan kehidupan kami mungkin. ak xde la nak demand2 mcm2 kan. kami pun tengah pelan2 mengayuh sampan , xnak bagi tenggelam.

kerja?

Alhamdulillah, masih bertahan di tempat kerja sekarang. in sha Allah bulan depan masuk setahun. macam x percaya je. rasa macam sekejap pulak kerja kat sini. so far so good. xde la rs stress ke apa. boleh lagi nak menelan dan menerima keadaan sekeliling. walaupun mungkin ada yang xkena di sana sini, mungkin bagi sesetengah org xbest , ala biasa la tempat kerja, kalau milik bapak ko baru la best kan haha. so xde apa y luar biasa, hanya biasa2 saja yang mana aku masih boleh kerja macam biasa kekeke.

masa depan?
xtau nak cter apa psl masa depan haha. aku hanya manusia biasa xde la ada perancangan besar gabak pon kan. kalo ada pon xkn aku nak bukak cter kat sini kan. hak2

cuma sejak dua menjak ni asyik fikir pasal diri sendiri la, untuk ke arah lebih baik. dulu rs mcm dah lalu zaman jahiliah. zaman x fikir pape pon. xdela nk kata skang ni ni dah jadik baik gila ke apa. cuma rs mcm ntah lah, dah byk sgt bermain2 ngan hal dunia. mungkin sbb dah kahwen, so xde dah benda2 nk fikir sgt mcm zaman alam remaja kan. maybe la sbb tu kana. ape2 pon, semoga aku diberi kekuatan utk menjadi lebih baik, untuk keluar dari kegelapan. Amin.

ok lah,bosan dah tulis panjang2. nanti nak tgu next entri maunya lepas anak kua kot hak2. 

Assalamualaikum!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting