Jun 9, 2011

jangan mudah selesa

10:10 PM
Alhamdulillah, dah nak masuk 6 minggu aku keje. 1st time ni keje. seumur hidup xpernah pon buat part time ke keje mana2. setakat jadik babysitter kt umah snirik tu adalah. Masa mula2 masuk memang aku tak nafikan, sangat2 la cuak dan risau. sekarang pun cuak gak. cuma berkurang sket la. masih banyak lagi yang aku perlu belajar. banyak nak kena catch up. aku ni dah la under maintenance. kena la tahu banyak machine. 

mula2 join project team dulu, aku duk je kat tepi machine tengok dorang buat keje. nak tanya segan. plus, tak tahu nak tanya apa. boss lak mcm garang je. serious cuak. masa tu rasa mcm hopeless gila! tercegat je macam tunggul kayu kat sebelah machine besar gedabak. orang ke hulu ke hilir buat keje, aku terkebil2 pegang buku pegang pen tapi xtau nak tulis apa.

tapi lama2 aku dah boleh la nak bukak mulut sikit2. nasib la ada yang bukak mulut dulu. lama2 aku dah boleh masuk sket. nak masuk line pon xde la rasa segan ke apa. sekarang ni dalam kepala ada satu je. takyah malu nak tanya. xkesah lah nampak macam kau bodoh gila bila tanya, janji kau tanya! xde la nanti jadi bodoh sombong kan.

tu cerita ngan bos kecik. ngan bos besarpulak lain kesahnya. mula2 join department meeting dah kena buat meeting minutes. aku  ni lagi la biol, cmne nk buat meeting minutes ni oiiiiii. memang la kalo g mana2 aku suka je bwk pen ngan kertas. tapi skang ni dah alam kerja kot. mana boleh pen ngan kertas tulis cincai2. haaaaaaa, time ni pon berat jugak mulutnya nak tanya org. mula2 nk start tanya tu tangan dah seram sejuk bagai. mana taknya, dalam department aku ada 2orang je pompuan. i kan pemalu. hak2. *lempang sket bleh?

hari2 berlalu dengan pantas. penat toksah cte la. walaupun aku x buat keje mcm dorang kan. tapi ada la sket2. setakat panjat machine, buat wiring bla3 tu ada la sket2. x campur ngan aku melatah sana sini sebab dengar bunyi macam2 dari machine. adoi malu la oiii!

sekarang ni xtau la mcm mana dah nk update, xde masa. balik2 je rumah penat kot. lepak2 jap kalau baring kompem lelap terus. pastu malam pulak tumpukan sepenuh perhatian ngan engage n wedding preparation. *ehemmmm* nak tau story pasal tu g jenguk stepbystep ok.

till then~

p/s : isi ngan tajuk lari lintang pukang, korang kan dah besar pandai2 sendiri la cari kaitan n buat kesimpulan ek. hihi
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting