Jun 12, 2011

pengsan sebab stress keje?

5:30 PM
reactions 
pada suatu hari....

entah di mana silapnya, hari itu tidak seperti hari-hari  biasa. rasa macam penat sangat. mengantuk terlebih2 yang memang tak boleh nak tahan dah. menguap tak henti2. pening pun bukan main mencengkam kepala aku. time terima ilmu dari Iiex Montana & the gang pun aku samar2 je masuk lam otak.

balik dari line, aku naik tangga pelan-pelan je. mata separuh bukak separuh tertutup. tetiba sampai di tangga teratas fikiran aku mulai kabur. macam xnampak sangat jalan. pastu terus gelap. 

aku dengar bunyi bising-bising di sekitar aku. macam suara Hovenia Dulcis. Cunninghamia Lanceolata pun ada. eh macam suara doktor. aku pura2 tidur. konon2 xsedar lagi la. 

doktor : badan dia terlalu letih. dan juga stress
Hovenia : aduh macam mana boleh jadik macam ni. baru je keje.

aku (dalam hati ) : ehhhh. mana boleh macam tu. 
lalu aku terus bangkit. nanti kena buang keje mcm mane?
 aku : doktor! saya sehat je. saya ok. saya yakin mampu handle keje ni
doktor : tapi badan awak tak mampu.
aku : ..................................

saya taknak berhenti keje! 

pastu tengok2 jam dah pukul 5. eh dah boleh balik. maka siap2 kemas bag terus turun tangga dengan sihat walafiat.

haaaa, kalau nak tahu ni la yang aku duk mengelamun time mengantuk x menahan last week. boleh x? kadang-kadang keje penat sampai macam2 boleh muncul lam kepala otak. lagi2 nak tunggu saat2 terakhir masa nak keluar scan id card. haihhh, keje oh keje.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting