Jun 10, 2012

Dear doctor #2

8:13 AM
ok, ini bukan lagi post luahan perasaan macam last post. cuma nak bercerita sikit kejadian di sebalik surat rasmi kepada doktor secara tak 'rasmi' tu..

kalau nak cter pengalaman berjumpa doktor ni , aku memang xlayak la sebab baru beberapak kali pergi klinik. Alhamdulillah, diberi kesihatan oleh Allah. tapi xtau lah kenapa, setiap kali pergi ada aje masalah dengan doktor yang bertugas. 

pertama sekali peristiwa masa aku keguguran. macam mana aku boleh fobia nak pergi jumpa doktor walaupun tengah menahan sakit2 keguguran. masih tersimpan di kepala otak sampai sekarang macam mana doktor on call layan aku malam tu ; sehari sebelum aku gugur. marah2 aku sebab datang malam2. dia ingat aku ni rajen sangat la kan nak datang malam2. lepas tu dengan pembantu yang jugak marah2, cakap macam aku ni pernah mengandung sepuluh kali kan. aku ni 1st time pregnant sah2 la cuak kalau darah dah keluar berketul2. nasib baik hari aku gugur tu dorang xde. kalau ada memang laju je mulut aku kang.

dan aku memang x boleh tahan lah kalau dah membabitkan mak ayah kan.

minggu lepas, aku balik kampung. kenduri kahwin dan menjenguk abah yang disyaki penyakit batu karang. balik memang tujuan nak membawa abah ke klinik. macam mana x risau, bila mak beritahu abah gatal2 lepas makan satu ubat  dari klinik kesihatan. maybe abah alergik kat ubat tu. 

doktor sekalian, kalau tarikh ubat expired in MAY 2012..dan memang lah abah pergi bulan 5, adakah ubat itu masih boleh digunakan? mana la tau kan kot1 badan gatal sebab ubat dah expired.

ok, sambung cerita. sebelum ni abah dah pergi hospital,, bila check air kencing semua memang doktor cakap ada sisa batu karang. n abah cakap "doktor suspect ada batu karang". suspect? or maybe penggunaan bahasa abah y salah. but the doctor only gave abah ubat-ubatan. no other solution. x cakap pon boleh check tengok kat perut ke apa. just bagi ubat. sepatutnya doktor kena bagitahu, dah la yang pergi tu orang tua x reti nak bertanya. kan?

 hari sabtu  last week kan cuti agong so we expect hari ahad pon akan cuti la. tapi redah jugak pergi bandar jerteh sebab nak jugak bawak abah. mula2 pergi berdua je ngan suami ke klinik. kesian abah kalau pergi2 klinik x bukak langsung. bila kami pergi, doktor ada sekali. dah siap tanya pasal perkhidmatan. memang boleh buat. so i told them nanti nak datang balik la. oh, i called earlier but no one answer the phone..sigh! thats why we went first to check.

then petang tu pergi lah dengan harapan boleh la scan. sebab doktor kata kalau batu karang dah ada, memang boleh scan. pergi dua buah kereta sebab adik2 nak follow nak g mandi pantai lepas abes jumpa doktor. abah sampai dulu. tanya kat klinik cakap doktor akan masuk pukul 330. masa tu kol 130 cmtu la. so abah pergi surau nak sembahyang la sementara tunggu. then aku sampai, bila pergi klinik akak kat kaunter tu cakap doktor dah x masuk. padahal selang 15 minit aje lepas abah aku tanya. so aku tanya la " tadi cakap kat abah saya, doktor nak masuk 330" n guess what she said? " xjadi masuk"

perghh memang nak terbakar je rasa. dengan xde signboard apa2, what if kalau ktorg tgu sampai 330 n pergi balik dia cakap doktor xde? menyirap jugak la kan. ok la, maybe doktor ada emergency, doktor pon manusia biasa tapi sakit hati tengok abah datang sakit2 tu sia2 aje. g tanya klinik2 lain pon useless. sbb xsemua ada perkhidmatan y kami nak.

maka kami balik kosong jela. esok paginya, pagi2 lagi kami pergi ke klinik yang sama. tapi hampa sebab ada papan tanda " doktor cuti hari ini". kenapa x letak semalam???? klinik tu agak jauh dari rumah kami, dalam 45 minit cmtu. kalau 10min xpe la. so lepas tu kami cari2 kat klinik lain.

1st klinik, boleh scan katanya tapi kena tunggu doktor. orang yang jaga kaunter tu cakap doktor masuk petang. tapi petang kol 4 la. kidding me??? of cos la xkan nak menunggu 5jam kat situ kan?kol 4 masuk, kol 5 balik? klinik sendiri sukahati la kan?duhhhhh

2nd klinik, boleh scan kata mereka2 yang bertugas di kaunter. " boleh kalau doktor yang buat. " i even explained to them that we want to scan for batu karang. then tunggu giliran. mula2 abah tak bagi masuk. n i know why. no need to explain here. 

bila dah abes rupa2nya, doktor cakap dorang xleyh buat pon kat situ.cmne akak2 yang kat depan cakap boleh check at the first place? sebab taknak pelanggan lari ke?? so doktor just bagi ubat je la. bengang x bengang la kan. then aku masuk semula untuk mintak surat rujukan/penyata yang menyatakan abah aku nye condition, senang bila dia nak pergi hospital nanti. paham2 aje la orang tua kan. so kalau ada surat tu senang sikit. n penyakit abah bukan yang kecik2 demam je. batu karang kot. macam aku dapat surat dari doktor klinik swasta masa keguguran dulu. bila jumpa doktor kat hospital senang sebab doktor lain dah bagi kenyataan kan.

tapi doktor ni taknak bagi! seriously, berat sangat ke aku mintak. aku just mintak doktor buat surat, buat kenyataan je pasal penyakit abah aku. atau doktor tu tak paham apa yang aku nak. cakap susah nanti dia kena buat appointment la. memang jenuh aku bercerita, aku bukan duk kat kampung. balik hujung minggu je. so kalau ada surat senang la abah aku nak pergi hospital nanti. sampai dah menangis2 berendam air mata dah kat situ. then doktor suruh aku bawak abah pergi check kat hospital yang dekat ngan rumah aku, hospital yang sama yang doktor bagi ubat aje tu. sebab kat sana ada pakar katanya. macam2 lah lagi. dia suruh aku bawak pergi tinggal kat aku di umah aku skang kat selangor sebab banyak klinik2 pakar. ada alat nak scan , nak check bagai. oh tau pun solution. 

masa husband aku masuk skalik ngan abah tadi, xde pulak nak cerita, bila husband duk tanya how serious it is, cmne nak tengok ada ke x..langsung xnak cakap. macam nak taknak aje. dia just nak bagi ubat, then bila husband tanya lepas ni mcm mane sumer dia just cakap " dah abes ubat datang lah balik amek ubat" padahal dia sendiri xtau how serious it is! no need to check whutsoever! bila aku tnye dia nye opinion, dia cakap dah gtau td, and dia pon xsure apa condition. need to check in details. bawak pergi hospital yang ada macam2 kelengkapan untuk check. cakap belit2 ni cmne doktor?

dan bila last skali aku cakap nak dia nye contact number, supaya senang aku nak gtau next hospital yang aku nak pergi bahawa doktor yang sarankan untuk buat pemeriksaan lanjut.. baru lah dia cakap nak buat surat tu. see?? apa masalah sebelumnya. pastu sempat lagi cakap, "penat dah saya tulis dua surat arini, makan pon belum", DUA ok, bukan 20!! DUA. surat yang dia tulis tu panjangnya macam satu perenggan karangan je pon. and that time was 11 am! bukannya kol 2, kot la dia x lunch lagi kan.. oh maybe he was talking about coffee time. biasalah orang malaysia ni banyak waktu rehat. bfast, coffee break, lunch, minum petang, makan malam, supper. 

kecewanya hati ini. apa masalahnye?

mintak maaf banyak2 kalau apa yang aku cerita ni menyinggung mana2 doktor, mungkin anda xpernah buat macam ni tapi sebab aku sebut doktor semua doktor terasa ke apa. tapi ni luahan terhadap apa yang berlaku. kami ni naif pasal sakit2, kalau doktor tak bagitahu in details, memang kami xkan tahu. kalau yang muda2 cerdik bijak pandai boleh la banyak bertanya, tapi kalau golongan warga emas yang xtau apa2, memang mengharapkan sepenuhnya dari keterangan doktor. sebab kami x belajar apa yang doktor belajar, dan kami bukan doktor. sebab tu kami pergi jumpa doktor

so, please, please and please.......hargailah kami as your patient. we need your cooperation as well as you need us to be patient eventhough we are dying waiting our turn for hours.

ikhlas,
yang memerlukan khidmat doktor.


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting