Assalamualaikum ~
Sebelum terlambat, Selamat Hari Raya!!!! hehehehe. mintak ampun salah dan silap..
Harini dah masuk 6 Syawal. alkesahnye aku dah pun berada nun jauh dari kampung halaman , kembali bertugas. dah 2 hari bekerjaaaaa..
bukan ini yang aku pinta. T_T
Sungguh, kita merancang Allah yang menentukan.
Sebelum balik beraya, memang dah rasa sangat rapi lah perancangan. Di hujung minggu terakhir, beli baju raya itu ini, beli macam2 barang keperluan nak buat kuih raya sendiri konon2... siap dah susun jadual raya pertama kedua sampai lah abes cuti nak beraya ke mana. Dari Terengganu, kelantan dan kedah semua dah masuk dalam jadual..
tapi aturan Allah tiada siapa yang tahu.
hari Isnin, 13 August bersamaan , sedang aku bertungkus lumus buat kerja kat ofis dapat call dari mak kat kampung cakap abah kat hospital berdekatan dengan rumah, sesak nafas. mak suruh call p.ngah. masa ni memang mata dah berair. sebak x terkata. buat kerja tangan terketar2.
call no semua orang 2,3 x tak terangkat. lagi la sebak. selang bape minit call kampung tanya keadaan abah cmne. sehingga lah diberitahu abah dipindahkan ke hospital lain. contact adik, kakak semua. terus amek keputusan balik kampung on the spot. aku mintak kebenaran ngan supervisor pon air mata dah berair, tinggal nak menitik je.
petang isnin gerak dari rumah.. kejap2 call kakak, kejap2 call sana sini. memang menangis je. sebab abah x pernah sakit2 sampai masuk hospital macam ni.
amek kakak sulung kat klang, balik kampung sampai hospital pukul 11 malam. tak boleh nak masuk pun sebab bukan waktu melawat. pergi jumpa ma ngan adik je yang ngah tunggu. abah ditempatkan di CCU. esoknye pergi hospital waktu melawat. kena gilir2 masuk 2 orang je setiap kali. saat tengok abah terlantar kat katil, dengan wayar berselirat kat tangan, tiub lagi kat hidung mulut, dengan bantuan pernafasan lagi, memang terus sebak menangis. tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. pilu rasa hati ini. air mata menitis tak henti2.
begitulah seterusnya hari demi hari, seminggu abah ditempatkan di CCU. ulang-alik dari rumah ke hospital. ma n adik gilir2 kat hospital.
Saat dengar azan kat kampung, sebak je sebab selalu abah yang azankan.
Alhamdulillah, sekarang abah makin pulih. 18august abah dipindahkan ke wad pemulihan jantung. jantung abah makin stabil tapi skang komplikasi kat kaki belum pulih. dah seminggu lebih kaki abah kebas. x hilang2.
tahun ni giliran beraya rumah mertua. walaupun raya sakan sampai demam jadiknya, tapi hati dan perasaan nun jauh di hospital teringat kat abah. rasa raya lain macam sangat. pertama kali raya jauh dari family, dengan keadaan abah macam ni pulak.
21 august kami gerak balik sini sebab dah lama sangat cuti. risau jugak kalau2 bos mengamuk kan haha. tapi berat hati nak tinggalkan abah. walaupun aku x banyak membantu, sekadar melawat di hospital, xpernah tunggu kat hospital, tapi sebak , susah hati nak tinggal jauh2 dalam keadaan macam ni.
Ya Allah, sembuhkanlah penyakit abah. Tabahkanlah hati kami menumpuh dugaanMu ini.
1 ♥:
Syikin, so sorry to hear about ur abah :( semoga cepat dikembalikan kesihatan k! Byk2 doa insyaAllah cepat sembuh. Selamat hari raya, maaf zahir batin ex-housemate!
Post a Comment