Assalamualaikum.
Salam ramadhan. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. :)
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menempuhi ramadhan penuh barakah ini. sebab apa?
sebab kedatangan ramadhan ini kadang-kala menjadi pencetus kepada diri sendiri untuk banyakkan berfikir, banyakkan beramal. kalau selain ramadhan tu macam susah sangat kan nak jadik macam ni. *sigh*
kat ofis, aku suka dengar lagu sambil buat kerja. of cos la my favourite rock kapak. tapi kadang2 dengar jugak nasyid, alquran.zikir.
tapi berlainan di bulan ramadhan, secara automatik datang kesedaran dengan sendiri. bila nak dengar lagu2 lain je mesti terdetik lam hati " daripada aku dengar lagu2 yang entah apa2 tu baiklah aku dengar alquran ke, zikir ke, lagu nasyid ke yang lebih membawa aku dekat dengan Allah."
so harini aku dengar nasyid lah kebanyankannya.
dan jugak surah2 yang pernah dihafal masa sekolah tapi dah lupa T_T. so dengar balik nak bagi refresh.
kadang2 bila dengar nasyid tu aku x tumpu sangat pada lirik bila ngah fokus kerja. tapi time kerja santai2 tu boleh la dengar betul2. sampai lah di satu lagu ni. tetiba hati macam tersentak. jadi sayu je. sebab lirik sangat merobek jantung segala. meremang bulu roma.
kadang2 bila dengar nasyid tu aku x tumpu sangat pada lirik bila ngah fokus kerja. tapi time kerja santai2 tu boleh la dengar betul2. sampai lah di satu lagu ni. tetiba hati macam tersentak. jadi sayu je. sebab lirik sangat merobek jantung segala. meremang bulu roma.
pastu terus cari lirik, then dengar betul2 berulang2. terus buat aku jadi sebak. tarik nafas, hembus nafas berulang kali untuk mengawal keadaan. kang tetiba termenangis kat ofis, naya je haha.
so guys, apakata cuba dengar lagu ni betul2. memang mengingatkan kita kepada kematian. kerana mati itu pasti. p search kat youtube kejap, pastu dengar okayyyyyy!
Menanti di Barzakh- Far East
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Selesai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Di muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,