May 26, 2010

duhai hati

10:53 PM
duhai hati
kenapa kamu sejak akhir-akhir ini menjadi terlalu rapuh?
kurang `makanan` barangkali....

duhai empunyai hati
sudahkah bersihkan hati dengan membaca al-quran?
baca lah alquran, nescaya hati dan jiwamu akan tenang.

entah kenapa, sejak akhir-akhir ini hati aku kerap kali tersentuh.
tak, bukan disebabkan mereka-mereka yang melampaui batas...tapi hati aku yang terlalu rapuh.
diriku 2 3 hari kebelakangan ini bukanlah diriku yang dahulu.luaran memang betul tapi dalaman?
jika dulu kamu2 cakap benda yang biasa bagiku, buat2 lawak, aku boleh bergelak ketawa sama-sama tanpa rasa kurang senang tapi sekarang berbeza.
kamu-kamu buat perkara yang sama macam dulu tapi hati aku sekarang cepat terasa. rasa menyampah, geram, tidak suka cuma tidak dizahirkan.astaghfirullah~
jauhkan aku dari rasa begitu.jauhkan lah diriku dari hasutan syaitan.

mungkin Tuhan mahu mengujiku dengan sifat sabar. kerana aku memohon dikurniakan kesabaran yang tinggi.

oh hati, kenapa perlu begini. sangat tidak best ok?
adakah kerana aku sudah jauh dari-Nya?
Ya Rahman penjaga hati, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting