" berat mata memandang berat lagi bahu memikul"
hari ini mahu tukar jadi ; berat mata memandang tidak semestinya berat bahu yang memikul .
Bagi aku, apa sekalipun perkara di dunia ini bergantung kepada sejauh mana mata yang memandang dan sejauh mana bahu yang memikul. Kerana ada sesetengah perkara yang terasa begitu berat bagi mereka yang memandang tapi siapa tahu terasa begitu ringan di bahu yang memikul. Tidak mustahil bukan. depends on how you see it. <betul ke english aku? hihi
sebagai contoh.
Semalam dan hari ini aku pulang dari 研究室@lab agak lambat dari biasa iaitu melebihi jam 6 petang. bagi sesetengah pihak perkara ini mungkin kelihatan seperti aku sangat sibuk. kerja di lab sangat memenatkan. Jka di awal semester sudah begini, akhir semester nanti bagaimana?
Tapi berbeza pulak pandangannya bagi bahu yang memikul iaitu aku. Hari ini aku seronok berada di lab ; menyiapkan 課題 @ soalan berkaitan programming yang aku mula pelajari sedikit demi sedikit. Menyiapkan soalan sehingga tidak menyedari hari sudah beransur malam. Aku sedikit pun tidak kisah akan hal ini. Jika aku pulang terlebih awal pun, tidak ada apa-apa yang aku boleh lakukan melainkan duduk di hadapan komputer menunggu mata mengantuk kemudian tidur.
Apa yang aku ingin kongsi kan di sini ialah, sesuatu perkara bergantung kepada bagaimana sesorang itu melihatnya. if you always think positive, u will always get it positive. erk betul ke? hehe itu bergantung kepada kamu lah. dan aku tidak memaksa kamu untuk mengikut sahaja apa yang aku perkatakan di sini. kalau kamu rasa berat maka berat lah ia dan sebaliknya.
mungkin juga boleh ditukar kepada ; ringan mata memandang tapi berat bahu yang memikul. haaaa apa pendapat anda?
1 ♥:
yeah.. think +ve.. org laen tatau kimocho dpt wt kadai ngan jayanya.. haha..
Post a Comment