selamat sejahtera~
annyonggggggggggg~
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
actually ada banyak cerita yang mahu dikongsi bersama pembaca-pembaca di luar sana. tidak kira lah seorang atau dua orang atau mungkin lebih?
first of all, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rezeki melimpah ruah yang tidak di sangka-sangka. Datang bergolek-golek. Bagi mereka yang masih samar-samar, di sini aku ingin bercerita perihal cuti minggu emasku atau lebih masyhur dengan panggilan golden week.
Di sebabkan negara jepun mempunyai cuti 5 hari secara berturutan; sabtu + ahad + 憲法記念日(constitution day) on 3rd may + みどりの日(green day) on 4th may + 子供の日(children`s day , 5th may).
Pada cuti ini aku telah ke Tokyo menyertai career fair. Interview kerja sana sini di samping dapat berjumpa dengan rakan2 yang setelah sekian lama tidak bersua. Alhamdulillah, pada hari tersebut juga aku telah mendapat berita bahawa telah diterima untuk bekerja di Kobe Precision Technology di Pulau Pinang. Syukur yang tidak terhingga. Memamg tidak dinafikan, ada segelintir yang tidak percaya di saat mendapat berita ini. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana aku sendiri pun masih buntu di saat mendapat panggilan telefon dari kakitangan syarikat tersebut. Bahkan ketika diminta menandatangi Letter of appointment tersebut aku masih mengajukan soalan " ermmm apa maksudnya ni?". Terpaksa si pakcik tadi mengulangi balik. "kamu dah diterima kerja di sini la cik adik oiiiii " ok, bahagian tulisan kecil ditokok tambah.
Memang! pada mulanya aku sendiri beranggapan syarikat ini ala kadar sahaja kerana menerima orang seperti aku. Betapa kurangnya keyakinan dalam diri. Tapi aku agak panas apabila ada yang mengutarakan kata-kata seperti " interviewer lelaki? patut la kau diterima","oh kerja kat penang ke?kat sana mmg senang je nak dapat kerja" hey!! sekurang-kurangnya aku sudah diterima kerja.Sememangnya luaran aku nampak seperti clumsy /kalut/ tidak terurus, tapi kamu pernah ke duduk satu kerusi tatkala aku ditemuramah? sekalut2 aku pun, senervous tahap alam aku ni pun ada juga manusia berkerjaya yang ingin ambil aku bekerja. Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat kelebihan aku yang aku sendiri pun tidak tahu.
at least, aku berbangga membuatkan abah aku rasa bangga dengan aku.
fuhhh~akhirnya dapat jugak aku luahkan apa yang terbuku di hati.
Sekian, Terima Kasih.