Apr 21, 2012

terasa macam artis!

12:02 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!


Ok pertamanya, nak tanya. kenapa budak2 sangat suka kereta mini cooper?

ok, x semua la tapi kebanyakannya mcm suke bebenor dgn mini cooper. slalu kalo lalu tepi budak2 bukan main seronok lg dorg tgk mini cooper.

tapi kali ni lain dr yang lain.

harini balik dr keje lalu lalun tol y br, hanya utk pengguna touch n go di tol batu 3 menghala ke klang. malangnya, ada jugak y xpaham2 bhs, wpun dah 3 hari berkuatkuasa masih ada lagi org y sengal beratur sama2 kat laluan n nak bayar tunai. so berlaku lah urusniaga di situ setiap kali nya. tensen!

tapi xpe, sbb arini aku rs mcm artis. haha

sebab tiba2 bila dah seiring dgn satu bas ni, tetiba sekumpulan kanak2 yang berada di tepi tingkap lambai2 sambil senyum2 riang. aku xtau, sape y sepatutnya perasan artis, kami atau dorg haha.

mula2 hubby ckp dia lambai sumer kete. so nk kepastian aku intai side mirror bila kami terkedepan sket. mmg sah! dorang xlmbai pon bila bas tu seiring ngan kete lain. bila ktorg dpt seiring blk, kanak2 riang tu kembali tersenyum riang n lambai tgn ramai2 kt kami.

ms ni mmg rs sgt kelakar. segan pon ado. bila dorg dah mcm nk terkedepan. kami pon lambai la balik sbg tanda penghargaan, sbb bg kami peluang rs mcm artis. hahaha

Apr 14, 2012

kesedaran sivik?

12:23 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!


rasa2nye kan, mcm mane nak memupuk kesedaran sivik dalam diri seseorang?
pendidikan yang bagus?

tak jugak kadang2. sebab yang bekerja semua rata2 dah dapat pendidikan yang bagus kan. kalau x, xkan kau dapat kerja bagus2 kan?

tapi aku masih tak paham kenapa..........


1. nak buang tissue atas penutup tong sampah. padahal tong sampah tu boleh pijak guna kaki utk bukak penutup. dalam tong masih kosong xde isi.

2. nak buang sampah dari tingkap rumah kalau duk kat umah flat, kereta parking kat bawah. tak ke bangang namanye?

3. nak merokok dalam lif. dah la lif uzur bebenor xde ekon xde apa. xcukup dengan conteng2 nak tambah pulak asap rokok?

4. nak berborak2 bagai nak rak dalam surau yang mampu menampung 3-5 orang je . still ko nak duduk lepak2 bergossip sakan, orang kat sebelah ngah solat. ada jugak yang jadikan tempat nak makan ?? ko sendiri pon susah nak khusyuk dalam solat kan, kenapa nak menambahkan lagi kesukaran org lain utk khusyuk dalam solat?

dan banyak lagi perkara2 yang sepatutnya korang2 ni dah boleh fikir patut atau tak patut buat. tapi kenapa masih buat. tak paham lah

Apr 4, 2012

How i spent my weekend #1

9:53 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

Sekarang ni, hujung minggu tak payah dah nak sesak2 nafas nak fikir nak pergi mana. Sebabnya semua dah diisi oleh facebook events. Kenduri kahwin bersusun-susun . tiap-tiap minggu ada. Jenuh nak menghadirkan diri.

Yang mana sempat, yang dekat, yang berkesempatan memang aku akan pergi insyaAllah. Biarlah xde orang datang kenduri aku pon :p. aku mahu menyebokkan diri di kenduri orang haha.

Minggu lepas pergi kenduri senior. Bukan satu dai(universiti) pon, tapi dah orang jemput kita kena memenuhi jemputan kan hihi. Plus, senior tu satu batch ngan my hubby.

Before pergi sebok cari baju kurung baru hak2. sebabnya sekarang ni ada 3 pasang je baju kurung. Yang lain sumer duk kat kampong. Lagipun dah lama x beli baju kurung, so alang-alang..melaramlah sekali sekala.

Tapi lain pulak jadiknya. Ingatkan dapatlah jadi perempuan melayu terakhir. Sekali dah macam maid lah pulak gayanya. Pakai tudung sarung. Pakai baju kurung pahang bunga kecik2. memang gaya makcik2. nasib baik dah kawen kan, kalau tak jatuh merundum saham! Hahaha

Nak carik tudung sarung yang cantik2 sikit , tapi mengenangkan harga 80hengget, nak sama mahal ngan baju kurung aku ni haaaa. Xpo lah. Aku amek yang 15hengget je lah.

erm...gambar next time lah. internet slow mcm siput xleyh upload..

so, how about ur weekend? xkan membuta je kottt
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting