Jan 12, 2013

meroyan

10:38 PM
reactions 
Assalamualaikum.

haih lama sudah tidak buat post baru. mood nak blogging dah kelaut. mungkin sejak akhir2 ini fikiran aku banyak tertumpu pada kerja dan anak dalam kandungan, cewah konon2. padahal memang skang otak mcm x aktif sangat. langsung xmo nak fikir pasal ape2. kosong je mcm xde ape pong. haihhh

so serba sedikit tentang diri ini sekarang ini.

diri sendiri?

Alhamdulillah, sekarang sudah berbadan 2. minggu ke 25 kini. baby pompuan ke lelaki xtau lagi. tgu dah masuk 7 bulan nak try g scan tgk gender. harapan? keinginan? entah. xde spesifik nak laki ke pompuan. yela, anak pertama kan. syukur dapat zuriat di saat ada insan yang mungkin lama dah tunggu zuriat kan. so, aku lebih dari bersyukur bila dapat pregnant lagi setelah gugur dulu. 

family?
sekarang baru sebulan++ duk umah baru, lepas setahun di rumah lama. Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan keluar dari kejiranan sebegitu. di rumah baru skang ni so far ok, xde apa2 yang rasa xpuas hati ke apa, cukup ok dan selesa sesuai dengan kehidupan kami mungkin. ak xde la nak demand2 mcm2 kan. kami pun tengah pelan2 mengayuh sampan , xnak bagi tenggelam.

kerja?

Alhamdulillah, masih bertahan di tempat kerja sekarang. in sha Allah bulan depan masuk setahun. macam x percaya je. rasa macam sekejap pulak kerja kat sini. so far so good. xde la rs stress ke apa. boleh lagi nak menelan dan menerima keadaan sekeliling. walaupun mungkin ada yang xkena di sana sini, mungkin bagi sesetengah org xbest , ala biasa la tempat kerja, kalau milik bapak ko baru la best kan haha. so xde apa y luar biasa, hanya biasa2 saja yang mana aku masih boleh kerja macam biasa kekeke.

masa depan?
xtau nak cter apa psl masa depan haha. aku hanya manusia biasa xde la ada perancangan besar gabak pon kan. kalo ada pon xkn aku nak bukak cter kat sini kan. hak2

cuma sejak dua menjak ni asyik fikir pasal diri sendiri la, untuk ke arah lebih baik. dulu rs mcm dah lalu zaman jahiliah. zaman x fikir pape pon. xdela nk kata skang ni ni dah jadik baik gila ke apa. cuma rs mcm ntah lah, dah byk sgt bermain2 ngan hal dunia. mungkin sbb dah kahwen, so xde dah benda2 nk fikir sgt mcm zaman alam remaja kan. maybe la sbb tu kana. ape2 pon, semoga aku diberi kekuatan utk menjadi lebih baik, untuk keluar dari kegelapan. Amin.

ok lah,bosan dah tulis panjang2. nanti nak tgu next entri maunya lepas anak kua kot hak2. 

Assalamualaikum!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting