Feb 17, 2013

beringat sebelum kena

1:08 AM
Assalamualaikum.

dulu bila naik kereta xpernah nak perasan sangat perangai2 manusia yang kurang berhemah di jalan raya.

tapi sejak dah pandai drive sendiri ni, walaupun xjadik driver sekadar jadi co-pilot aku makin alert dan perasan lah macam2 kerenah manusia di jalan raya.

xperlu aku nak hurai satu2 sebab semua orang pun macam dah terkena kat diri sendiri, terkena dengan perangai manusia yang ego, xreti bahasa, buat jalan macam diri sendiri yang punya daaaaaaaaaaaaan macam2 lagi lah. 

kalau nanti xmelibatkan nyawa orang lain xpe la jugak, kalau melibatkan orang lain tu yang buat kita hangin satu badan, ye dak?

meh nak cter satu insiden yang berlaku betul2 depan mata sampai jantung berdegup kencang, seperti genderang mau perang~EH?

alkesahnya kami on the way ke bangi, melalui lebuhraya SKVE. time ni x banyak sangat pun kereta atas jalan, sebab semua orang ngah bercuti raya cina lagi. kami gerak dari ofis lepas balik kerja.

time ni pun kami bersantai2 aje lah, encik suami pun bawak dgn kelajuan 80-100km/h cmtu la. sebab mmg aku xbenarkan lebih 100. nanti jantung aku cepat aje mengepam darah.so encik suami stay je 80.

kami kat lorong tengah. tetiba kat lorong kanan , kami dipotong oleh kereta myvi yang macam dikejar oleh kereta Viva. time ni encik suami cakap yang kereta Viva ni laju lain macam aje. aku xtau la sesi kejar mengejar ke apa sebab nampak sangat kereta Viva tu gopoh semacam nak potong myvi tu. 

pastu sebab macam xlepas nak potong, dia masuk lane tengah which is depan kami lah yang beza jarak dalam 2-3 kereta macam tu tapi xde kereta la antara kami. kat lane tengah ni pun ada sebuah kereta yang sama laju ngan myvi kat bhg kanan so Viva ni xlepas nak potong, dia nak masuk balik macam tu je kat lane belah kanan. 

bayangkanlah dengan kelajuan yang aku pun xtau berapa, kereta Viva dah goyang2 sebab nak tukar lane tiba2 pastu memang dah goyang kiri kanan, hilang kawalan,pusing langgar divider tengah, kereta berpusing2 terbalik kat tengah2 jalan raya, lalu depan kereta kami, lalu di tengah2 antara 3 buah motor di lane kiri, pecah cermin kanan bhg pemandu, terseret ke divider kiri tepi jalan dan terbalik lagi sekali. nampak pemandu cepat2 keluar dari cermin driver y dah pecah, kereta dah terbaring atas jalan.

within a few seconds! right in front of us!

aku dengan jantung berdegup2 kencang tu, paksa encik suami berhenti, pergi tolong. ada kereta lain berhenti jugak depan kami tepi jalan, kuar kereta sambil call polis/ambulans aku xtau lah. motor yang sipi2 nak kena langgar tadi pun berhenti tengok mangsa kemalangan yang xmembabitkan orang lain. encik suami cakap pemandu kereta sorang2 je, xde bawak penumpang ke apa. cedera di tangan sikit, ada la darah2.

lepas terbalikkan kereta ramai2, semua orang blah biar pemandu tunggu sorang2. encik suami cakap semua orang pun macam bengang sebab tau dia bawak laju macam orang gila, nasib baik xmembabitkan orang lain. kira dia sorang2 je la yang terbabit.

lepas tu mmg mata aku xlepas dari meter kereta encik suami. jangan mimpi la nak lepas 80. cuak tau x! bukan setakat aku, baby D dalam kandungan pun boleh cuak tau~

so kawan2 yang memandu di jalan raya, silalah berhemah. ni salah satu contoh aja yang menyebabkan kemalangan. banyak lagi kerenah manusia yang macam2, yang boleh menbahayakan nyawa orang lain.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting