Oct 12, 2014

1 jawapan Ebit Lew

3:48 PM
reactions 
Assalamualaikum..

Semuanya bermula ketika aku tengah pantang. sebab bosan sangat xtau nak buat apa, tangan tap tap tap kat henpon je lah. browsing newsfeed kat facebook when i saw someone shared Ebit Lew's status. And i started to follow him. and I liked his page. 

Status dari fb beliau memang semua panjang2, dan aku akan baca sampai habis setiap patah perkataan yang ditulis. aku seronok membaca kisah2 yang diceritakannya. setiap masalah dari segenap lapisan kategori yang datang mengadu kepadanya.

suami isteri yang mempunyai masalah rumahtangga.
seorang ibu yang risaukan anaknya.
seorang wanita tua yang hidup dalam kemiskinan.
seorang pekerja yang mempunyai masalah di tempat kerja

you name it. 

semua pasti ada di sana.

dan aku suka penyelesaian yang beliau nasihatkan buat mereka semua. kadang2 jalan penyelesaian nampak berbeza mengikut setiap masalah yang didengarinya. namun bila baca betul2 ada satu nasihat yang diberikan untuk mereka semua. hanya satu yang serupa.satu yang buat hati aku terkesan.satu nasihat yang buat aku liked fb beliau.dan satu yang buat aku suka untuk membaca lagi..dan lagi.

kembali kepadaNya.

apa pun masalah kita, yang paling penting kita kembali kepadaNya. perbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. insyaAllah, dengan izinNya Dia akan baiki hubungan kita dengan mereka di sekeliling kita.

yes. it will takes times indeed. for all the problem to get fixed. but insyaAllah everything will get better.

sometimes, bila ada sesuatu yang x kena dengan kita, dengan keluarga, kawan, di rumah mahupun pejabat...kita cenderung untuk tengok orang lain. walaupun kita betul, kita cenderung untuk perbetulkan our partner. they should change,they should do this, they shouldnt do it like that and the list will go on and on.

tapi kita lupa untuk tengok pada diri kita. apa kekurangan diri kita yang menyebabkan timbulnya sesuatu masalah.

sebab itu hanya satu pesan beliau. kembali kepadaNya. of course ada lagi nasihat lain yang dia tulis bergantung kepada isu tersendiri.

why dont we give a try? and see the result for ourselves...
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting