Oct 31, 2014

jangan biar ia pergi

10:06 AM
Assalamualaikum!

harini terbaca satu msg di wassap. panjang sgt. tp nk bc smpai habes jugak. dan x menyesal pun bc. kenapa?

let me tell you more....

setiap hari tengok kawan kat ofis solat dhuha. bagusnya dia. tp ada suara halus duk cakap

"xpe, kalau berpeluang buat la. make sure keje siap then boleh pg buat.sunat.jgn smpai ganggu tanggungjawab keje kt ofis.elakkan timbul fitnah terhadap agama y suci"

tapi smpai ke tengahari keje xsiap2 jugak kannnn.

bila balik kampung atau mil datang sini, selalu tgk dia solat dhuha. tapi ak ttp jugak x berganjak. sehinggalah harini, tetiba aku terfikir cmni....

Bila badan berlemak sana sini, cepat2 google ubat n cara mana yang berkesan untuk hilangkan lemak.

Bila susu xcukup cepat2 tanya expert mommies out there mcm mana nk meriahkan susu.

Tapi...

Bila dah terang lagi bersuluh dinyatakan bhw solat dhuha tu byk fadhilatnya,banyak kelebihannya,dpt murahkan rezeki etc..kenapa aku xnak ikut?

xrasa sesuatu ke?

walaupun xberdosa xbuat, tapi kenapa masih lagi ragu2 atau keras hati?

sehinggalah bc msg kt wassap. ada part y disentuh psl hidayah.


Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
⚓Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.

Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

so what are you waiting for?
grab your sejadah n perform your dhuha!

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting