Oct 19, 2016

95% EP MOM? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

10:46 AM 0 ♥
Assalamualaikum.

Secara rasminya bermula minggu lepas, aku dah hampir2 memikul gelaran EP mom. Exclusive Pumping.

Kenapa 95%.

Sebabnya..sejak dari 12 hari lepas.. baru 1 hari baby nak direct feeding. 2x feeding session. Sebab dia terlampau mamai dan letih agaknya untuk refuse makanya bila disua terus minum.

Tapi bangun pukul 4 pagi esoknya ditolak mentah2.

Sangat penat.

Kalau tolak saja lepas tu minum botol dengan bahagia xpe lah.

Ni kalau dia tolak..terus mengamuk2 keraskan badan. Kalau angkat badan lurus kaki tangan sebab dia buat keras. Mengamuk2 tangan kaki meronta2. Kena lah angkat dipujuk2 dulu. Lepas tu tak boleh baringkan dia walaupun nak bagi guna botol selagi tak cool down.

Dah beberapa malam tidur atas mama je nak cepat cool down.

Kadang2 susu sejuk taknak jugak. Kena bangun panaskan. Bila lambat mengamuk lagi. Again and again sampai semua exhausted ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ya Allah...berilah daku kekuatan untuk membesarkan anak syurga ini. Diberi kekuatan untuk teruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

Amin.

๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Fighting mama! Gambare!

Oct 12, 2016

Benarkah syurga impian kita?

9:54 AM 0 ♥
Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas..aku terfikir sesuatu.

Dari kecil kita mempunyai impian. Walaupun mungkin tidak tinggi melangit...tapi impian itu tetap ada.

Mahu berjaya dalam peperiksaan.
Mahu masuk universiti
Mahu belajar di luar negara
Mahu kerja bagus2
Mahu ada rumah sendiri
Mahu kahwin dan mempunyai anak
Etc.

Lantas, apa yang kita buat bila impian kita sudah jelas?

Kita usaha..usaha dan usaha
Berapa orang yang punyai impian tapi tak berusaha?

Maka, apakah impian kita selepas mati?
Mahu masuk syurga?
Syurga yang mana?

Tapi apakah usaha kita untuk masuk syurga?
Tak seberapa bukan kalau dibandingkan dengan usaha untuk impian duniawi..

Kenapa berlaku macam tu?

Sebab kita kurang jelas tentang matlamat sebenar. Kita nak masuk syurga tapi tak tahu syurga tu macam mana. Jadi kita tak bersungguh2 melaksanakan impian tu.

Apa perlu kita buat?

Kenalilah syurga terlebih dahulu.
Syurga tu macam mana.
Bau. Rasa. Suasana.

Mari kita mulakan dengan mengenali apa yang kita mahukan nanti.
Sebagaimana kita tahu apa keadaannya bila berjaya dalam exam. Bila dapat kerja bagus. Bila dapat rumah idaman. Bila dapat rezeki kahwin dan anak..dan sebagainya.

Sebab kita jelas dengan semua tu.

Bagaimana dengan syurga???

Jul 21, 2016

mencari 'diri' yang hilang

12:56 AM 0 ♥
Jam menunjukkan pukul 0042. 

Si bongsu sudah pun melelapkan mata setelah aku berhempas pulas cuba menidurkannya sejak dari tadi.

Sebenarnya aku cuba untuk tidur...

tapi mungkin kesan kafein dari segelas kopi hazelnut petand tadi menyebabkan mata susah untuk dipejam..atau lebih tepat otakku masih ligat berfungsi...

Selesai urusan keibuan (mengepam sebenarnya) , aku cuba mencari aktiviti sementara menunggu rasa mengantuk datang..dan aku tersangkut di sini, mencuba untuk menjadi diriku kembali.

bila selesai membaca 1,2 entri di sini buat aku berfikir.

mana perginya aku yang dulu?
akukah yang menulis semua itu?

Dulu, menulis merupakan satu terapi..aku tulis apa yang aku mahu
kadang-kala penuh emosi
ada juga penuh dengan ayat gila-gila
tapi aku terus menulis tanpa sebarang prejudis
tanpa sebarang pengharapan
tidak pernah peduli pandangan luar

namun..
Lama kelamaan rasa itu hilang
Aku semakin terhimpit dengan bermacam perasaan
lantas aku ketepikan sesuatu yang aku tidak pernah jemu suatu ketika dulu
sepatutnya aku lebih bersedia...

perlukah aku kembalikan 'diriku' yang dulu?
Sebahagian 'diriku' yang telah lama aku abaikan....
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting