Jul 21, 2016

mencari 'diri' yang hilang

12:56 AM 0 ♥
Jam menunjukkan pukul 0042. 

Si bongsu sudah pun melelapkan mata setelah aku berhempas pulas cuba menidurkannya sejak dari tadi.

Sebenarnya aku cuba untuk tidur...

tapi mungkin kesan kafein dari segelas kopi hazelnut petand tadi menyebabkan mata susah untuk dipejam..atau lebih tepat otakku masih ligat berfungsi...

Selesai urusan keibuan (mengepam sebenarnya) , aku cuba mencari aktiviti sementara menunggu rasa mengantuk datang..dan aku tersangkut di sini, mencuba untuk menjadi diriku kembali.

bila selesai membaca 1,2 entri di sini buat aku berfikir.

mana perginya aku yang dulu?
akukah yang menulis semua itu?

Dulu, menulis merupakan satu terapi..aku tulis apa yang aku mahu
kadang-kala penuh emosi
ada juga penuh dengan ayat gila-gila
tapi aku terus menulis tanpa sebarang prejudis
tanpa sebarang pengharapan
tidak pernah peduli pandangan luar

namun..
Lama kelamaan rasa itu hilang
Aku semakin terhimpit dengan bermacam perasaan
lantas aku ketepikan sesuatu yang aku tidak pernah jemu suatu ketika dulu
sepatutnya aku lebih bersedia...

perlukah aku kembalikan 'diriku' yang dulu?
Sebahagian 'diriku' yang telah lama aku abaikan....
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting