May 27, 2012

How i spent my weekend #3

8:27 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

cuti hujung minggu sudah hampir ke penghujungnya?

bersedia untuk blues monday esok? hahaha

maybe not for me. sebab minggu ni dah pergi terapi paling berkesan! hahahahaha

hubby shoping baju

spek hubby hand made in japan!! jeles hokayyyyyyy

Cartoon-Handbag
handbag baruuuuuuuuuuuuuuuuu. dah lama intai2 kedai ni. pergi la mane2 memang  telan air liur je.
thank you to monthly incentive i got thid month!! hahahahaha
sushi masih xdapat menandingi sushi kat jepun. sobssss. rindu jepunnnn

kalau esok monday blues memang dasar xsedar diri la kan hahahahaha

how about you guys?? happy weekend?

p/s : hopefully hujung bulan tak makan pasir hak2

kerja oh kerja

12:35 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

dah masuk 3 bulan keje. isnin ni ada evaluation. nak tentukan aku akn kompem ke x. cuak jugak. sbb sepanjang2 keje ni pernah jugak buat salah. of course la buat salah kan. nama pun baru belajar, bidang xde kena mengena ngan study pulak tu haha

dalam skop kerja aku sekarang, tak macam kerja yang aku terlibat masa kat kilang dulu..mungkin. kalau buat salah, maybe kerja x jalan atau x dapat result yang bagus. as long as x bagi kesan to product. maybe melambatkan proses restoration kat machine. maybe... sebab aku kerja kejap je dulu n x sempat nak mendalami sepenuhnya lagi

tapi sekarang direct to customer. kalau salah tafsir amount, salah charge shipment... alamatnye terus direct to customer. customer complain, xnak bayar kat company, hilang customer, hilang la kerja. huwaaaaaaaaaaaaaaaa.... sometimes memang stress bila fikir2 balik.

..........................................................................................................................................

haritu aku and budak2 team ada la borak2 pasal kerja, pasal career objektif la ape la..sebab one of my team member dah nak berhenti. 

dalam soal kerja ni, setiap orang ada objektif masing2. ada aim masing2. ada yang sukakan cabaran. bila kerja tu mcm boring, slow je terus nak carik kerja lain. 

ada yang kejar duit. of course la sape yang taknak duit kan. lagi2 sekarang semua dah mahal2. nak kawen satu hal, nak beli rumah sendiri satu hal.... so ada yang akan cari kerja lain bila dia rasa gaji yang dia dapat macam rendah, bila ada tempat yang offer lagi tinggi. tapi kalo setahun sekali tukar kerja agak susah jugak kot. sekali dua ok lagi, tapi kalodah selalu sape nak amek kan. nanti kerja x sampai setahun dah nak berhenti.

kalau kira nak cari duit banyak2, it depends on what you are expecting from your life. baru la rasa kerja ko akan cukup. gaji cukup. kadang2 manusia ni, makin tinggi gaji, makin tinggi demand terhadap perkara sekeliling. kalau dulu gaji seribu, maybe keinginan nak beli barang2 pon xde la tinggi. tapi bila gaji berubah, keinginan pon berubah. dan seterusnya ..it will never end. 

aku ni mcm xde angan2 sangat la hahahaha. sebab dulu cita2 nak jadi surirumah je. tp memandangkn anak pun xde lagi, kalau duk rumah sorang2 boleh mati kutu. memang bosan ok. dulu 2bulan jadi surirumah memang rs nm menangis je hari2 hahaha.


so bila dah kerja ni ok la sket. im happy with my job right now. stress xde la sgt. blk umah dah xyah pk psl kerja. sebab kerja aku semuanya on daily basis. data hari2 lain, n need to done hari tu jugak. so bila abes wektu kerja, abes la kerja on that day. tgu esok pulak haha. otak pon x stress :P


ada orang cadangkan aku wat bisnes from rumah. mcm shopping online ke. tapi im not into that kind ofbisnes. sebab kena disiplin yang sgt tinggi. semua bergantung kpd diri sendiri. kalo rajen dpt la byk kan. tp aku ni jenis susah mcm tu. lagi prefer follow rules yang dah disediakan. cukup bulan dpt gaji haha

dan tetiba aku rasa macam merapu entah apa2 yang x berkesudahan. 

cau~

May 22, 2012

panas hati

9:43 PM 0 ♥
kat ofis korang ada tak makhluk yang suka sangat amek gelas orang lain pastu wat harta sendiri tak reti nak simpan balik , pastu terus menerus guna tanpa rasa bersalah???


GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


memang panas hati. hampir seminggu! aku duk ulang alik datang opis intai gelas kat pantry. aritu tinggal kat rak sinki sebab baru lepas basuh nak terus balik. esok2 nye datang terus xde.


selang beberapa hari, masa nak basuh gelas baru nampak gelasku dalam sinki direndam air kosong. memang panas hati! terus amek basuh2, masuk lam bag bawak balik umah!

esoknya terus bawak gelas baru!

terus simpan lam drawer je tiap2 hari.

haihhhhh. sabor aje lah

May 10, 2012

How I Spent my weekend #2

6:13 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

Dah lama x menjengah sini. ahakz~

Minggu lepas Jepun cuti panjang, sempena golden week. so aku menumpang sekaki hahaha. maka diputuskan untuk balik kampung. dah lama x balik. alang-alang dah cuti empat hari kannnnnn.

malam balik kampung tu aku drive tau. dari shah alam sampai lah ke kampung halaman suami. 4jam lebih kot ek. gerak kol 1140 malam, lepas lepaking ngan fukuians... sampai umah kol 4 pagi cmtu. memang xde orang sangat atas jalan. sedar tak sedar sampai 160 aku tekan minyak tu hahahaha

lepas tu satu hari tidur sepuas2nya kat umah mertua.. ish very bad menantu!! T_T

Petang tu balik kampung halaman pulak. sangat excited bila nampak ini! trade mark negeri kottttt


sempat bedal keropok lekor losong yang dah lama x makan. fresh! baru lepas rebus terus hangkat bungkus masuk plastik, balik goreng..yummmyyyy

pagi sabtu aku n suami pergi pasar sabtu naik motor. masa ni rasa akulah isteri paling bahagia di dunia! sebab pergi pasar naik motor ngan hubby hak2.

borong barang2. sebab ada agenda baikkkkkkk punya!

 sangat2 gembira balik kampung this time sebab dapat mandi sungai!!!!!!!! dah lama okeyh tak mandi sungai yang airnya jernih, segar, bersih dan terpelihara itu!

penuh jugak la kat belakang kete y dah sedia kecik cenonet ni
 taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni jaraknye xsampai pon 5 min naik kereta dr umah aku.
dulu xde pon papan2 tanda bagai nih. skang dah makin maju
nak masuk pon kena bayar rm2 tau! haha

tempat parking pon dah cantik bertar bagai
orang2 y takut kete kototr xyah risau dah, jalan cantik sumer sampai le ke pinggir sungai tu

air pun jernih kalau bukan hari hujan mencurah2. boleh nampak kalau ikan lalu lalang
so, bermulalah aktiviti hehehe. sementara para lelaki gagah perkasa sibuk hidupkan api, aku basuh2 ayam untuk dibakar. adik aku rajeng nak membantu

basuh2 ayam

dgn adik bongsu!

suami pon nak beraksi! basuh jaring tempat nak bakar ayam lerrr. mana ntah dibedal nye haha

main aktiviti weehoooooo
nampak x pelampung kat belakang tu?haaaa ada orang sewakan pelampung. sejam singgit je. tapi sbb aku org kampung bayar singgit pastu guna sampai puas hahahahapelampung utk kegunaan suami kekekeke

 


tukang bakar ayam kekekeke



tu boleh dikatakan aktiviti wajib kalau balik kampung. kalau x pergi bakar2 ayam kat tempat ni, cukuplah sekadar pergi mandi sungai belakang umah mak ngah ke, umah makcik ke, hujung kampung ke. sumer xsmpai pon 5 minit.memang dekat ngan sungai..dan Alhamdulillah masih lagi terpelihara dan terjaga kebersihan dan keindahannya

sedih tengok ni bila dah nak berangkat balik.
lain kali, boleh buat aktiviti lagi. saper2 yang agak2 nak mai bercuti ke tempat ni roger2 la aku ahahaha. boleh tunjuk jalan. xsusah mane pong :P

abes sudah cuti empat hari di terengganu! on the way balik aritu... kat gambang, ada kemalangan yang sangat teruk. kereta terbabas langgar divider sampai ke seberang jalan lagi satu. xtau la bape kereta yang terlibat. macam ada kematian. suami cakap ada orang berlumuran darah lam kereta yang remuk, tak bagi aku intai. 

ni je yang mampu snap. suami lambat bertindak.
dan macam biasa la, jalan sebelah kami ni xde pape pon, selamat je nak lalu tapi sebab rakyat malaysia ni prihatin sangat, sumer pakat berhenti tepi jalan. ada yang siap bawak kuar video camera lagi. tapi kami teruskan perjalanan, jauh lagi nak tempuh ni.

Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan kami. tiada kemalangan jiwa dilaporkan hehe. sampai umah dah malam..terus tumbang! 

tak sabar nak tunggu next holiday, boleh pergi ramai2 satu family!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting