Showing posts with label salam perantauan. Show all posts
Showing posts with label salam perantauan. Show all posts

Nov 17, 2010

agar dapat kurasa nikmati hari raya

9:24 AM 0 ♥
seperti insan yang lain. sobs~ ngah amek feeling dengar lagu raya ni. baru balik dari sembahyang raya di masjid fukui. memang semangat sket. kenapa semangat sangat ni?

insiden malam tadi 
tahun lepas, aku tak pergi sembahyang raya. sebabnya tak terjaga. bangun2 je tidur orang dah abes sembahyang. duk kat perantauan ni, kalau tak pergi sembahyang raya memang xkan ada rasa lah suasana raya tu. pagi2 dengar takbir raya pun macam nak menitis air mata kan. 

so memang semalam sebelum tidur, aku set alarm. supaya aku terjaga. tambah dengan syarat dia suruh kejut pukul 630 malaysia, maksudnye 730 sini la kan? nak taknak kena la bangun. nanti kalah! hahaha. so pagi2 aku bangun, mandi2 lepas tu semangat pulak nak pakai baju raya. walaupun takde baju baru, aku rembat aje lah baju raya tahun2 lepas. merah menyala makngah! 

macam dah lewat tapi nak jugak gosok baju segala. xpe2, sempat. dah siap tu msg jihan chan n quyyum kun. sorang tak berbalas. call pon x angkat!! cuak gila. mana la tau da start solat ke kan. cepat2 aku melangkah. nak pulak ada sorang mamat indonesia kot jalan kat depan, dengan slumbernye die smoke. T_T abes baju i bau asap rokok! dush3.

sampai2 je baru 2 orang muslimah dalam masjid. yokatta. aku tak lambat la. kemudian datang lagi 2 orang. 4 orang indonesia dan aku je la sorang2 melayu, malaysia. sobs~ dengar bising2 dari sebelah muslimin tuh sedih je.T_T

nasi beriyani

kuih dan buah

rendang? tp rasa mcm paprik hehe
makan ngan roti kebab
lepas solat, dengar khutbah raya then makan2 time! sedap.sedap.sedap. 

p/s : nak sambung tdo aci x? ngantokkkkkk
p/p/s : mentang2 raya, dan2 tukar  jadik  muslimin dan muslimah kekekeke
p/p/p/s: selamat hari raya semua!

Nov 16, 2010

cuti raya haji ditunda ke minggu depan

5:23 PM 0 ♥
aku tahu ramai yang dah mula bercuti barangkali, nak balik korbankan lembu kat kampung. seronok lah kamu2 semua bercuti. nasib diri aku yang hidup di perantauan ni. raya haji tak pernah balik kampung. raya di sini je la mampu.

tahun lepas aku terlepas nak sembahyang raya. tidur tak hingat dunia. bukak2 mata je dah habis pun orang takbir segala. memang tak merasa la. dan kali ni cuti raya haji aku ditunda ke minggu depan. maksudnya esok aku xde cuti. siap ada discussion lagi. tapi masih sempat untuk ke masjid fukui. doa-doa la aku bangun pagi esok.

kalau kat rumah abah, pagi2 dah terbangun dengar bising2 adik2 aku bersiap. bukan bersiap yang bising, halilintar dari mak aku lah yang bingitnya. nak buat macam mana, adik2 aku semua nya degil! bangun tdo bukan main liat!

oh pasal cuti ditunda? sebenarnya bukan ditunda. mana la nak ada cuti khusus untuk raya haji di negara yang kurang penduduk mempunyai kepercayaan agama ni. tapi hari rabu depan cuti satu jepun. national  holiday sempena 勤労感謝の日 Kinrō kansha no hi iaitu labour thanksgiving day.

Labor Thanksgiving Day (勤労感謝の日 Kinrō kansha no hi?) is a national holiday in Japan. It takes place annually on November 23. The law establishing the holiday cites it as an occasion for commemorating labor and production and giving one another thanks.
Events are held throughout Japan, one such being the Nagano Labor Festival. The event encourages thinking about the environment, peace and human rights.

so di saat korang bergembira esok, aku pun gembira jugak sebab boleh la nak g sembahyang raya kan. tapi di saat korang dah mula balik dari cuti minggu depan aku pulak bergembira! rabu depan aku cuti! yeay! yeay! yeay!

p/s : takde baju raya lah. siapa nak poskan baju raya? 

Oct 11, 2010

ingat senang ke nak buat ucapan raya ramai2?

8:00 AM 0 ♥
lihatlah hasil percubaan kami ni hahaha. aku malas nk edit ke trim ke ape kan.
khas untuk semua pembaca cerita ckynwan ni <--poyo!

act, khas untuk family dan kawan-kawan di malaysia.
walaupun raya dah abes, ni versi raya haji la pulak aci x? =P


Oct 10, 2010

majlis 101010

7:24 PM 0 ♥
Alhamdulillah. segalanya selsesai mengikut perancangan. majlis yang berlangsung tadi habes awal dari masa sebenar yang dijangka2. meriah tak meriah sebab ade artis jemputan lagi. nyanyi penuh perasaan , bisa buatorang tak kering gusi ha ha ha ha. tapi semua nya seronok. makan pun sedap.

oh kepenatan yang amat. penat buat ape pon tak tahu. penat makan agaknye. tadi aku makan kek lapis, bihun goreng, nasik beryani, rendang daging, rendang ayam, satay ayam, buah limau 3 bijik,keropok ikan,dan air teh segelas. mau tak kembung?

aku malas nak menulis~kamu layan je lah gambar2 kat bawah ni ok?

tak sempat nak amek nombor 10:10

9:37 AM 0 ♥
harini tarikh cantek sangat. kena pulak dengan hari cuti. kompem2 la ramai majlis ni kan. majlis tunang majlis kahwen . eh angkasawan Dr Sheikh Muzaffar yang gambar pre-wedding terbang2 tu pun hari ni kan majlisnye? semua pun teruja nak tengok macam mana la keadaannya. agak2 ada kapal angkasa x? hehehe aku pun tak sabar2 nak tengok kan. mana tahu kali ni shooting terbang sampai ke awan pulak ke.

oh semalam ada orang cakap kat aku, pagi ni bangun pukul 10:10 amek gambar letak lah mane2 sebagai kenangan kan. haihhhh tak sempat pulak. aku bangun2 dah kol 10:23 hahaha tapi bukan la sebab tu aku bangun. hari ni ada jamuan raya. kena la bangun siap2 masak2 menu cubaan aku yang pertama ni hahaha

ape ek nak buat hari 10 ni? makan satay sampai pecah perut lah haha.

sikit-sikit ugut nak panggil polis...

1:49 AM 0 ♥
banyak betul rintangan nak bakar satay , baru semangat nak memeriahkan malam raya. cadangnya nak bakar atas bumbung rumah kayangan tu, tapi tetiba ade pulak pakcik lanjut usia tak puas hati. cakap tak boleh bakar satay kat situ. bising la ape la. so terpaksa la cancel.

kami berpusu-pusu menuju ke sungai berdekatan, sebab selalunya kat sini kalau nak buat aktiviti pembakaran ke mesti dekat ngan sumber api. tup2 ada pulak makcik ni datang siap ugut-ugut nak panggil polis kalau nak jugak buat kat situ.

Oct 9, 2010

raya dah abes baru nak buat jamuan ape kes?

2:39 PM 0 ♥


haaa tu la alkesahnye. kami di rantauan ni baru je nak panas2kan kembali skil masak memasak banyak2 untuk orang ni. baru nak semangat2 nak bakar satay bagai kan hahaha. raya dah pon abes. tapi xpe, semangat yang penting.


jamuan raya ni akan diadakan esok, bersama warga malaysia di bumi fukui ni. so semalam aku dah geledah2 menu yang macam menarik untuk disajikan esok la. aku taknak buat kek sebab pakar kek dah ramai tu hah. semua terer2. taknak  buat biskut2 raya sebab tokey biskut n kuih muih raya pun dah ada hahahaha amboih semua dahada kan. cantik punya alasan. so apa yang aku nak masak?



Aug 29, 2010

salam perantauan musim kedua sebagai contest

1:13 PM 8 ♥
oke. 1st skalik meh kita bergembira ramai-ramai

 

kenape?
kenape?
kenape?





masih ingat lagi entri salam perantauan? ye, percubaan untuk menghantar gambar di ruangan salam perantauan. Alhamdulillah. tadi ngade2 p search nama sendiri sekalik kuar jugak yang link ni.


gambar pilihan ciktembam

okeh. sekarang semua orang pergi beli utusan!!! kalau jumpa gamba aku yang macam ni aku kat utusan bagi hadiah!!! hahahaha gaya macam nak promo utusan ke nak promo diri sendiri. eh macam menarik je untuk contest kan. nak buat contest lah hahaha 


contest salam perantauan
syarat-syarat penyertaan

  1. perlu rajin menyelak ruangan utusan untuk mencari gambar di atas.
  2. ambil gambar sebagai bukti kamu yang nampak@jumpa gambar aku ni keluar utusan. bukan yang online ok. yang betul kat kertas surat khabar
  3. tunjukkan kepada aku tak kira lah nak tulis dalam blog@hantar gambar melalui emel @ macam mane janji sampai kat aku. emel: sick_kien[at]yahoo[dot]com
  4.  mestilah warganegara malaysia tidak kira di mana anda berada.
  5.  tidak wajib follow blog aku. nak follow pon boleh juga
  6. tidak wajib tag orang tapi nak tag pon boleh juga supaya contest ini membiak
  7.  pemenang dikira sebagai orang pertama,kedua dan ketiga yang jumpa gambar di atas di akhbar utusan dan inform aku.
  8. tarikh tamat contest : until ada 3orang jumpa gamba di atas kat utusan
  9. oh banner? kalau rajin letak la ni kat tepi blog kamu. taknak letak pon xpe hihihi



nanti lah aku terasa nak tambah nanti aku tambah okeh.

motif contest : aku tak ada masa nak g belek utusan kat malaysia haha

hadiah utk orang luar dari negara jepun : barangan dari jepun la semestinya. berlambak nih xlarat nak simpan. keychain ke, t-shirt i love japan ke. nanti aku pikiaq okeh.
hadiah untuk orang yang duk jepun : korang nak apa? keychain dari malaysia? haha aku bagi keychain jepun gak lah.

sekarang dengan rasminya aku tag semua pembaca blog aku. tak ada kompromi! haha

entah2 tak keluar kat paper pon haha
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting