Showing posts with label japan VS malaysia. Show all posts
Showing posts with label japan VS malaysia. Show all posts

Dec 21, 2011

aduhai anak mudaaaaa

11:06 PM 0 ♥
assalamualaikum semua. wah lama bebenor dah aku x mencoret2 kat sini. tapi harini nekad gila nk menconteng kat sini disebabkan satu peristiwaaaaaaa. panas betol lah hati ni . meh sini nk cte.

alkesahnye mcm ni. harini aku ade 2nd interview kat satu company ni. so kena la naik public transport sebab xde kete kan. lesen dah ada. dah boleh bwk sket2 hehehe. ok, berbalik ke cte harini. masa perjalanan balik naik komuter dari stesen kl central, aku x masuk ladies coach sebab dah penuh. so aku masuk la coach sebelah. means bercampur2 la kan.

and ada one group anak2 muda ni..lelaki...erm anak muda mcm umor bape takut korang xleyh nk agak lak. to be specific, budak sekolah y xlepas spm pon lagi. cmne aku tahu, sebab aku dengar drpd dorg duk borak2 tu la. bukan aku tumpang saje nk dengar2, tapi.....

haaaa sini la ctenye. dorang ni aku xtau la cikgu x ajar ke kt skolah ke cmne. boleh pulak dorg wt gerabak komuter tu mcm  mak bapak dorg y beli. dorg tu bayar tambang je  kot, kongsi ngan org len so agak2 la sket. memula tu start ngan sesi borak2 yang maha hebat. bergema2 satu gerabak. dah la kebetulan gerabak tu majoritynye pakcik2 n makcik2 tua (kecuali aku hehe) . dorg borak x hengat dunia gelak mcm hantu ( haaa kan dah kua bhs x sopan aku ) . ms ni aku rs sumer org dah panas dah tapi bdak2 zaman skang nk ke terima teguran kan. lepas tu boleh pulak one of them bukak lagu kuat2. lagu apa aku x engat dah. pastu sorg lak wt lagak mcm konon2 ikot org y men drum lam lagu tu. ala2 jamming bagai, hentak2 kaki. wallaweyhhhhh nak jamming bagai pegi la studio.

pastu ckp2 gelak2 langsung xhormat org sekeliling. dah la naik public transport, jaga la manner tu sket. kalo kt umah korang lantak la kan. ade org nk kesah ke. tp masalahnye ni tempat awam. jaga2 la sket. haihhhhh sabor aje la. aku ni menahan je panas. kalo ikot brutal nk je bangun bagi sedas sorg2 tapi masalahnye aku ni x brutal hak2. kang x psl2 naik lebam muka aku y xbrape nk cun ni hak2.

if one of you (anak2 muda tadi) terbaca sini, please lahhhhhhh. beringat la sikit. jangan nak buat ikut sesedap hati je kt tempat awam cmtu. semua org pon bayar sama mcm korang. so berpada2 lah sket.

ok dah lepas segala. harap2 xjumpa lagi lepas ni. tu x cmpur lagi ngan sorg pakcik y aku xtau konpius ngan diri snirik ke apa, dah nama ladies coach nak masuk jugakkkkkk. haiyaaaa. 

ok dah. nk tdoq. oyasumikkkkkkkk


Oct 29, 2010

posmen hantar barang ikut pintu dapur | oh i love japan

8:41 PM 0 ♥
gila ke ape kan posmen hantar barangikut pintu dapur. tapi tu lah hakikatnya kat jepun @ rumah sewaan aku ni. kenapa pintu dapur? takde pintu utama ke? macam tak bermoral je intai orang tengah masak kan. haaaaa jangan la tak tahu, kebanyakan rumah / apa-to yang kami duduk  ni mane ade banyak pintu. eh sama la mcm msia. duk flat ke mane banyak pintu kan. lagi2 tingkat atas. pintu nak terjun ade la haha.

sama macam kat malaysia, cuma susun atur dalam rumah jepun ni agak pelik. bukak2 pintu je, kau langkah dua tiga tapak kalau tak jumpa toilet, kau akan jumpa dapur. yes! memang akan jumpa dapur. kalau macam rumah aku ni. bukak pintu. masuk 4 langkah je, belah kanan dapur, belah kiri toilet. jumpa pintu. lepas tu ruang tamu kemudian baru bilik tidur aku.
 
abaikan lukisan skema. aku tak amek art lah.


so pintu utama ialah garisan merah yang paling pendek. bukan y dekat ngan tulisan pintu tu, tapi katkotak kasut. so memang la hantar brg ikut dapur. ngah syok2 aku masak smbil pakai tudung tadi, tup2 posmen datang! huwaaaaa berbunga2 lah. memang punctual! i like~

order barang suh hantar between 8-9. kol 8:03 dah tingtong pintu rumah.
p/s : oh senangnya dalam hati...dapat barang ini. kekekeke


Sep 29, 2010

i hate japan # 01

2:36 PM 0 ♥
eceh. ni aku nak amek balik mana-mana hati rakyat malaysia yang kalau2 terguris dengan coretan liar aku kat sini :


kali ni aku nak cakap pasal benda yang aku tak suka pasal jepun dan sekitarnya lak. apa ingat orang jepun ni perfect sangat ke? ish mestilah tak. because nobody `s perfect. eceh. 

okay, kalau hangpa semua nak tahu tempat yang aku belajar dan tinggal untuk sementara ni sangat la terkenal(pepandai aku je cakap) dengan musim hujan. memang hujan je selalu sampaikan aku buat teori sendiri 

Sep 22, 2010

jepun VS malaysia versi mesra pelanggan

2:58 PM 6 ♥
ok. masih lagi berkisar pasal perbandingan. kalau sebelum ni versi pengankutan awam, kali ni versi mesra pelanggan lak. oh, bagi taknak menimbulkan apa-apa masalah dah tanggapan, ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. bukan dengar cerita orang. mesra pelanggan ni biasa la, mana lagi kalau bukan pasaraya, kedai mahal barang berjenama takpun kedai makan. tarik nafas panjang-panjang, dan baca dengan senyuman. eceh.


pengalaman pertama aku. balik beraya tahun lepas. belum sampai jauh pun lagi. masih di KLIA. international epot lagi tu. aku ngan kawan aku masuk kedai apa aku dah lupa. tapi kat situ aku beli topup. ada 2 orang jurujual. sorang melayu dan sorang india.kedai tu pun penuh barangan letrik. ade camera semua kan. so aku ni carik2 la nk topup eh ke nak beli nombor ntah tak ingat pulak.. pastu pulak jakun. sebab nya ada macam-macam. celcom blue la, xpax, maxis (eh tak pasti ada ke x). aku n kawan aku bertanya la kat minah melayu bertudung tu. tapi mak aih sombong gila! layan tak layan je. pelanggan ni. rakyat malaysia pulak tu. memang panas hati la. nak kata senyuman tu toksah cerita la, jauh panggang dari api. masam mencuka. macam mana bisnes nak laku? ceit. buat hilang mood je.

pengalaman kedua. aku masuk kedai. kedai ada nama jugak la. sebab nak bayar tu kena seret dan menang dulu. menggeletar la jugak masuk kedai mahal-mahal ni. aku ni bukan le jenis suka sangat perabih duit kat barang mahal2. tapi mengecewakan sebab takda langsung layanan mesra. aku tak harap pun yang istimewa. cukup la sekadar layan biasa2. mungkin sebab die nampak gaya aku ni semacam je. baju pun xde la ada brand. pakai pun kasut biase2 je.boleh pulak dorang buat bodoh je duk borak2 sendiri kat kaunter pembayaran tu. kira macam tak nampak la aku ni sebagai customer. tuptup aku panggil dorang sebab berkenan kat satu barang tu. baru la datang. masa nak bayar aku bagi la kad credit special, baru la nak senyum2 tetibe je mesra rakyat kan.siap tanya lagi mana dapat kad credit yang comel tu. hampeh!

ape salah ke orang yang berpakaian 3-seploh-hinggit ni nak masuk kedai mahal2. ape la mentaliti mcm tu.

kalau kat jepun ni. servis mmg tiptop. masuk kedai je memang bergema la satu kedai 

irasshaimase = selamat datang.

sebabnye semua pelayan dalam kedai akan cakap mcm tu setiap kali pelanggan datang. SETIAP KALI. bukan sekali sehari. pastu mesti senyum sampai telinga. tak kesah la kau pakai seluar  koyak kat bawah ke, baju buruk ke, selipar jepun ke sama je layanan ngan orang yang pakai kasut jimmy choo tu. ehem! pastu layan baik la walaupun kadang2 rimas asik nak promote je kan. kau masuk la kedai barang yang paling mahal sekalipun, layanan tetap ada!

aku paling suke makcik softbank. masa mula2 nak beli henset n line. dengan masalah bahasanya. dengar penerangan berjam-jam pon dia senyum je. sejuk hati aku ni. kan seronok.rasa nak datang lagi. tak gitu?

Sep 21, 2010

jepun VS malaysia

3:47 PM 6 ♥
ok. mungkin entri aku ni aku bikin panas saja kan. tapi aku nak sangat berkongsi pengalaman aku kat negara maju 10 tahun ke depan ni. sila relax dulu ok semua orang. tunggu aku abes tulis dulu br nk label aku lupa daratan atau apa okeh. hari ni aku nak cakap pasal pengangkutan awam di malaysia. komuter. gara-gara peritiwa 15 september, memang aku nekad nak buat entri ni.tak nak cakap pasal benda lain, tapi pasal komuter atau tren. erm bas sket2 masuk jugak

aku bukan nak compare cmne.cuma nak ceritakan dari awal semasa korang tunggu tren sehingga lah korang turun balik. ok lapang kan dada. taknak hard-feeling okeh.

1. semasa tunggu tren. 
cmne korangtunggu tren? ya aku tahu la duduk, kalau seat penuh korang berdiri. tapi kat mana korang tunggu?

nampak tak perbezaan? serius aku tak tipu. walaupun aku jarang-jarang naik tren kat sini, tapi kalau travel memang ini yang aku nampak dan kena prektikkan. di setiap stesen akan di pintu tren akan berhenti kat mana. so tak perlu nak berpeleseran satu platform tu sementara tunggu tren sampai. just tunggu tren smpai. tapi kat malaysia macam mana la sangat stesen kan. dan mungkin lagi satu kekurangan sebab tren men suke2 je berhenti kan. 

2. apabila tren sampai.

time ni semua dah berpusu-pusu gerak g kat tepi tu. intai-intai. pastu bajet kat mana tren nak berhenti.



pastu tak reti2 nak tunggu orang keluar dulu. sebuk je kan nak redah masuk. pastu mula lah ade yang tertinggal anak dalam tren. berbeza sekali kat sini, org jepun memang tunggu semua yang nak turun habis turun dulu baru la yang kat luar masuk. kalau dah penuh tak perlu nak tolak2 boloskan diri jugak nak masuk sampai kena ada orang jerit baru nak stop.

nampak muka senyum kaler biru kat atas tu? haaa kalau kat sini, dorang yang muka kaler biru ni akan turun dulu kalau dorg kat depan pintu sebab bagi laluan org nak keluar. kemudian masuk balik. aku tak tipu. sebab haritu baru je aku naik tren dari airport nak balik fukui.

3. manner dalam gerabak

ni memang out terus lah kalau kat malaysia. aku tak cakap sembarangan sebab haritu masa naik tren dari stesen putra ke batu tiga tak henti-henti aku dengar macam-macam bunyi. lagu raya ada, lagu omputih ada. macam-macam ada.ayat kursi pun ada. takbir raya pun ada. lengkap. boleh tak kalau nek tren silent mode? 

kat sini memang kena silent mode kalau masuk kenderaan awam. tak kira la bas sekalipun. aku pun dah terbiasa setiap kali nak naik bas atau tren, mesti silentkan henset. 

orang jepun ni bukan nye tak de henset. bukan xde org dorg nak msg atau call sebab dorg ni workaholic. tapi bisnes pon kena layan. dorg msg je memanjang. malah kadang2 semua duk pegang henset je lam tren. tapi in silent mode la. kalau ada important call sekalipun masuk, boleh je angkat tapi terus cakap 

"eh, aku dalam tren ni, nanti aku call kau balik ok"
4. ladies coach. 

heh tak macam ladies coach je aku rasa kan. ada lagi yang tak boleh kenal pasti jantina masing-masing. 
so apa yang kita perlu buat?lu pikir la sendiri. malu kadang-kadang bila kawan atau cikgu jepun yang pernah holiday kat malaysia. 

Aug 11, 2010

i love japan #01

2:11 AM 0 ♥
jepun sangat bersih. tempat aku tinggal sekarang ni iaitu fukui sangatlah bersih. aku tak tahu la jepun kawasan lain macam mana.  tapi aku berani jamin, jepun di mana-mana pun bersih. erm mungkin sebab aku tak pernah jumpa lagi kawasan yang sangat2 kotor.

perkara pertama yang aku kagum gila2 masa mula2 menjejakkan kaki di bumi matahari terbit ni ialah kebersihan.bukan aku nak sentuh pasal bersih hati, bersih luaran dalaman wutsoeva tuh. nih bersih yang bermaksud kat jalan2 tuh xde sampah. masa mula2 sampai kat kansai airport kemudian naik bas tuh, aku memang tengok jalan je. melilau mata aku carik sampah2 besar. jalan pulak bersih kemain.  sangat susah nk jumpe sampah. daun2 kering ada la sikit. atas jalan tu hanya jalan okeh. tepi2 tuh xde la plastik ke, straw ke, kertas ke. bersih sebersih2 nya. nanti aku amek gamba bagi contoh. tempat aku la. kang ade pulak yang datang mengamuk cakap tempat dia kotor haha

kalau musim luruh daun2 kering gugur tuh kadang2 ade pakcik2 yang akan sapu sampah bersihkan tepi2 jalan tu. aku xtahu sukarela orada syarikat yang memang pay dorang. itu daun2 ok.bagus kan?

Aug 8, 2010

pakcik 佐川(sagawa), datang cepat2 ok~

10:17 AM 0 ♥
 petang tadi bosan2 xtau nak buat apa aku pergi shopping.online.bahaya okeh kalau hima sangat xtau nak buat apa ni. so aku menunggu je la pakcik sagawa nak datang 2 3 hari lagi. oh, sagawa is one of the syarikat yang mengendalikan penghantaran barang di jepun. macam pejabat pos la ek? 

ok, cerita pasal pakcik sagawa ni meh nak habaq mai sket pasal sistem pos-mengepos di jepun ni. aku sangat suka! lagi2 online shopping kan. lagi syok beli kat kedai2 yang bersistematik. aku selalu pow kat rakuten je haha. senang. tak reti nak cari kedai lain sebenarnye ha ha ha. dah la boleh pilih barang nak hantar hari apa, pukul berapa. senang sikit kerja kan. pastu kalau kalau barang datang time tak ada kat rumah nanti dia letak 不在連絡票(fuzairenrakuhyou). message of non- delivery. macam ni ha. 




so kau boleh call balik cakap suh hantar pukul berapa dan bila. setakat 3 tahun lebih aku duk jepun ni tak pernah lagi la kena kes barang tak sampai ke, kena tipu ngan kedai ke, alhamdulillah. 

kat malaysia aku sangat tidak menggunakan pejabat pos. tak pernah la pulak ada fuzaihyou kat umah kan. sebabnye selalu ada orang kat umah dan posmen kenal family ktorg siap datang hantar depan tangga lagi. tapi aku pernah la baca entri pasal pos malaysia ni yang agak kurang sikit. bukan nak cakap malaysia teruk ke apa kan, biasala la negara membangun bak kata insan tinggi hehe. tapi bila dah duk negara maju macam jepun ni terasa la perbezaan yang ketara.

ayuh, majukan malaysia! peace~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting