Showing posts with label 30 day challenge of happiness. Show all posts
Showing posts with label 30 day challenge of happiness. Show all posts

Feb 19, 2013

when will you be mine?

8:49 PM 0 ♥
Angan-angan xmau tinggi lagi ke? haha

Tapi tengok aje lah y mampu..

banyak lagi yang perlu didahulukan..

x gitew Baby D?


jangan tanya kenapa saya nak yang ni
*sigh*

Day 22 : Post something that you dream about

Jan 2, 2011

happiness tu apa ek?

3:38 PM 0 ♥
happiness tu adalah kebahagiaan.
kebahagiaan macam mana ye?
kebahagiaan masa lalu, kebahagiaan masa sekarang dan kebahagiaan menempuh hari2 mendatang.

yela..bahagia tu macam mana? senyum sorang2 tu bahagia ke? erk..

hmmmm.........susah nye soalan???

day 18 : define happiness in your own words

rasa bahagia itu wujud apabila
*kau boleh tersenyum, gelak ketawa dengan gembira
*kau gembira, ada orang yang tumpang gembira
*kau bersedih, ada orang di sisi untuk berkongsi kesedihan
*orang sekeliling kau bersedih, kau berusaha kurangkan kesedihan tu, diajak untuk berkongsi sama-sama
*orang sekeliling bergembira, kau boleh tumpang gembira, diajak bergembira

source: sini

woih susah lah nk define happiness in my own word. what say you about happiness?

Jan 1, 2011

“Love” on Tumblr.

5:32 PM 0 ♥



DAY 18 : something i found when searching "love" on tumblr.



Dec 31, 2010

What inspires me all these days

9:59 PM 0 ♥
dalam menempuh hari-hari mendatang, paling tidak pun mesti ada something yang kita jadikan sandaran ataupun penguat semangat untuk terus maju ke depan. so sebagai menyahut day 17 happiness challenge  : what inspires me, maka harini nak  bercerita lah serba sedikit apa yang jadi pendorong dan perangsang serta pemberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. ceh, ayat tetap takmahu kalah.

aku ada 2 akak dan sorang abang. masa aku kecik2 dulu, aku suka tengok akak-akak n abang aku pergi sekolah asrama. bila ikut abah aku nak hantar dorang, aku rasa best sangat pastu mula la berangan nak duk asrama jugak. kecik2 kau dah berangan nak duk asrama. dan akak sulung aku merupakan salah satu sumber isnpirasi aku. akak aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. sebelum tu masuk uitm arau, perlis kalau tak silap aku.  so bila akak sulung aku masuk U, aku memang lah teruja. rasa best.kagum. nak jugak jadik macam akak aku. nak jugak masuk U. orang kampung, kalau masuk U dah hebat kot masa tu kan.

kami ni orang kampung. kalau masuk simpang nak ke kampung aku memang dah xde jalan tembus. jauh pergi sket  lagi terus jumpa jalan mati. kat hujung kampung tu boleh jumpa kawasan air terjun yang udara bersih, fresh air jernih lagi boleh nampak ikan berenang-renang. nak cakap nya kampung aku nih belum diteroka sepenuh lagi la time tu. eh panjang pulak mukaddimah. masa aku bersekolah menengah kat besut, ada la segelintir kawan2 aku yang maybe la nak gurau2 je, duk ejek2 pasal kampung aku ni. ye la, mereka2 semua dari kecik lagi dah ngadap komputer. dah kenal internet. aku sumpah la xtahu kan. ape jadah tu? hari demi hari aku makan hati ngan ejekan dorang. cakap belakang rumah aku ni tempat harimau tidur lah.tapi last2 hujung minggu nak datang mandi sungai, main air tejun korang gedik2 datang jugak kan lalu ikut rumah aku ni.cehh. 

dari situ, aku tebalkan lagi nekad nak belajar rajin2, sebab aku nak keluar dari kepompong yang kawan aku duk ejek2, cakap kawasan umah ulu la ape la.walaupun aku tak tunjuk tapi memang terkesan jugak lah lam hati.masa tu memang aku geram, menyemarakkan lagi semangat aku nak tunjuk kat dorang, aku budak ulu pun boleh jugak berjaya. korang konon2 dah maju sangat kalau xberjaya xpayah la nak ejek2 orang yang tak maju macam aku ni. tapi xpe lah, thanks to them aku dapat masuk ke sekolah berasrama penuh after PMR. dan aku keluar dari kepompong orang2 yang mulut busuk nih. Terima kasih banyak2!

bila masuk SBP, orang sumer hebat2. daripada impian nak masuk U, keinginan aku mula berubah bila pengetua duk umumkan senior2 aku ramai dapat tawaran ke luar negara. bila duk belajar ngan orang pandai2 ni, kalau kau malas terus dapat no corot, malu dowh. malu sangat. so nak taknak kena la berusaha. mungkin usaha aku takde la berapa padu sangat ngan orang yang dapat keputusan bagus2 gila, tapi alhamdulillah aku dapat lah tawaran nak melanjutkan pelajaran ke Jepun ni. dan sekarang aku berada di tahun akhir. sepanjang tiga tahun duk sini, nak kata senang tu memang penipu tahap alam la kan. sebab aku bukan macam orang yang bijak pandai, yang baca sekali terus paham, yang kerajinan sentiasa 100%. so ada la jugak jatuh bangunnya. tapi untuk terus give up tu memang tak pernah terlintas di hati aku ni. kenapa?

pendorong terbesar : ABAH.

yes, selain daripada pendorong2 kat atas tu, pemberi semangat aku yang paling besar dan paling kuat is abah. macam mana sekalipun aku rasa down, rasa nak give up, aku mesti teringat kat abah. aku fikir balik macam mana susah abah kerja , kalau tak silap aku sebelum abah kawen ngan ma lagi abah da keje ngan syarikat perkayuan tu n until now, even abah dah nak  bersara pun orang tak nak bagi sebab x cukup orang kan, abah membanting tulang keja everyday,membanting tulang bukan sekadar penggunaan peribahasa je ok. abah   pernah keje mesin pokok2 balak lam hutan guna mesin tu. abah guna jentera berat hangkut2 balak masuk lam lori(?). balik rumah pun hujung minggu je dari aku kecik sampai aku besar, tolak hujung tahun la x keje sebab musim hujan. macam mana aku nak terfikir untuk give up sedangkan abah tak pernah pun give up nak  besarkan kami anak beranak, nak sekolahkan kami, nak bagi keperluan kat kami. dan  benda tu aku pun xtau sampai bila akan berterusan. adik2 aku ade lagi nak sekolah sumer. can u imagine that? macam mana aku nak give up bila fikirkan pengorbanan abah. tak sanggup lah. aku tak tahulah kalau korang sanggup nak stop tengah jalan, mungkin la korang family kaya raya. xlulus periksa boleh masuk university swasta. ada duit semua boleh jalan kan.

so bila masa aku down, aku rasa dah x larat nak kayuh dah perahu hidup aku yang terkontang-kanting ke, aku akan ingat balik semua. macam mana sekalipun, aku kena harungi jugak. sebab dah smpai masa untuk abah berehat. biarlah kami anak2 lak yang tanggung abah. semoga perjalanan aku kali ni selamat ke penghujung yang sepatutnya. tahun depan dah start keje, moga aku sentiasa dikurniakan hati yang baik untuk terus berbakti kat abah n family. semoga hati aku ni terus dengan ingatan nak berbakti kepada family. xmo lah jadik anak lupa daratan weyyyy.



Dec 30, 2010

the happiest day of my life

1:27 PM 0 ♥
kalah dah. baru sampai half way aku dah kalah. bukan mengalah tapi terkalah? hahaha ape benda la yang aku merepek ni. ok. harini mari menyambung 30days challenge of happiness

day 16 : tell about the happiest day of my life

**************************************************

satu kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. dulu masa aku kecik-kecik, setiap hari jumaat abah akan  bawak g jalan2. paling best g pantai. kat terengganu kan cuti hari jumaat ngan sabtu. abah kerja weekdays. weekend br ada kat umah. so selalunya hari khamis malam tu abah balik umah. esok nya mesti terus ajak abah g jalan2 after solat jumaat. yang paling best pergi tangkap lala kat tepi pantai. korang pernah ke? hehe time ni seronok sangat sebab best lah duk kejar2 lala tu kat tepi pantai, sebelum die lari masuk lam pasir. balik umah goreng kicap ke, sambal ke hehe

dulu kecik2, hari jumaat la yang paling best. sebab time ni je sumer orang ada. kalau sabtu pagi2 lagi abah dah kena gerak g kerja. akak yang duk asrama pun kena g asrama kan.

ni lah the happiest day in my life. kenapa? xde la nak kata hari2 lepas tu x happy. tapi sebab time kecik2 mana la ada nak  berdepan ngan masalah ke, nak fikir apa-apa kan. tahu bergembira je. best kan jadik budak kecik? hehe modoritainaaaa, ano toki ni.

so what is your happiest day of your life?

Dec 18, 2010

bukan setakat senyum, malah ketawa berdekah-dekah

7:34 PM 0 ♥
at first, macam ragu-ragu sket " TV show" tu macam mana ek? haha ok la kalau japan`s TV show ni sangat lah banyak kot. macam2 ada. tapi disebabkan dah berkurun aku biar je TV-gedabak-made-in-malaysia dalam bilik aku tu OFF sepanjang masa, maka celah mana aku nak ingat any Tv show. am i right? maka aku fikir2 la balik, malaysia`s TV show? hmmmmmm apekah itu.

Day 15 : A T.V. Show that makes me smile



fikir dan fikir dan fikir aku teringat la yang ni.


SPONTAN. junior yang susume kat aku nih. dulu tengok ramai2 ngan dorang. sumpah lawak tak hingat. lagi2 part pemberita berkepala 3. OMG~ pecah perut aku nak gelak2 ni weyh. tp sorry to say, aku x berapa suka part siapa ntah yang guna mulut buat gaya org gesek CD besar ala2 gaya rap tu. 

haaaa, kamu suka tgk TV show apa lak?

p/s : walaupun aku belajar kat negara orang, rancangan tv malaysia tetap menjadi po-ja-an hatiku.eceh. semangat patriotik beb~
p/p/s : eh perempuan melayu terakhir mana boleh keatwa berdekah-dekah

Dec 14, 2010

A Story of something that made me happy this day.

10:59 PM 0 ♥
Day 11 : A Story of something that made me happy this day.

aku tak de la manja sangat ngan abah. sebab manja ngan mak? nope. i lost my mom since i was 6. so dengan siapa lagi nak manja kalau bukan ngan abah kan. even though aku ada stepmom, yeah u know...susah kot nak manja2 ngan orang yang bukan mak sendiri. walaupun dah berbelas tahun membesar bersama. ok, taknak cter pasal tu. nak citer pasal abah.

aku bukan jenis yang banyak bercerita duk kat rumah. kiranya xde la sesi luahan perasaan, heart to heart ngan abah. cuma kalau ada perkara penting pasal sekolah ke barulah aku bercerita. dan abah pun bukanlah jenis yang manjakan anak-anak. xde nak manja2, nak gedik2 ke. malah dari tingkatan 1 aku dah start pergi asrama sendiri, jauhnya 2jam dari rumah. kena naik 2kali bas. oh , aku bet adik pompuan aku skang xmampu nak buat cmtu! hahaha

masa tingkatan 3, ada sesi perjumpaan ibu-bapa ngan guru. i told abah to come. jumpa guru tingkatan. discuss pasal pelajaran la kan. nak pmr. aku kan nak jadik pelajar cemerlang! haha. and that day, aku menangis terharu. menitik2 air mata depan cikgu tingkatan. kenapa?

"ikin ni saya tak risau sangat cikgu banding ngan adik-beradik yang lain. rajin buat kerja sekolah. kat rumah dia la yang paling rajin belajar bla bla bla....."

yes. very simple . but for me,priceless. sebab abah ni bukan jenis yang puji anak-anak dia depan2 mcm tu. bukan jenis yang nak cakap depan orang "abah bangga la ngan anak abah"no!abah jenis y cool.tapi, bila abah cakap macam tu kat cikgu, and yang paling penting depan aku sendiri..aku menangis terharu.sekurang-kurangnya aku tahu abah bangga dengan aku. dan beri aku semangat yang lebih untuk belajar.sebab tu la pmr dapat banyak A haha.

cerita ni cerita yang aku duk selalu sangat ulang2 ngan org sekeliling. haha gomennasaine~

Thanks abah~sayang abah sokmo. tetibe homesick. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Dec 13, 2010

you are my destiny ♥

10:47 PM 0 ♥

day 10 : a youtube video that makes me happy

-sarangae-
(^_^)~



Dec 12, 2010

aku gembira dengan kehadiran keduanya~

1:00 AM 0 ♥
celoteh ckynwan

stepbystep
day 9. sites that make me happy

Dec 11, 2010

happiness is a way of travel, not a destination

12:08 AM 0 ♥


day 8 ; Something i found when searching “Happiness” on Tumblr.

aku x reti la nk terang part "a way of travel" tapi "not a destination" tu kira mcm ok la sket. apa yang korang fikir berkaitan kebahagiaan.apa dalam bayangan kepala tu kalau sebut kebahagiaan.  amek contoh mudah.dapat kahwin ngan jejaka idaman? memang la seronok kan.gembira. tapi bila kau dah kahwin, dah siap akad nikah, dah peluk cium sumer, semua berakhir kat situ je ke? xkan? panjang lagi jalan yang kau perlu lalui.kenapa?









sebab  happiness is not a destination. its a way of travel. 

















hahahahahaha 

Dec 10, 2010

patut la fukui ni ceria je haha

8:33 AM 0 ♥
day 7 : Something i found when searching “Smile” on Tumblr.

Dec 9, 2010

andai dia senyum, aku bahagia

12:07 PM 0 ♥

day 6 : A Picture of someone famous special smiling

okeh. ayat sebenar untuk day 6 ni : someone famous. tapi aku tukar special lah. kalau nak amek gambar orang famous like a celebrity, sorry mereka langsung tak layak nak tersenarai dalam list yang menyumbang kebahagiaan aku.. 

so i change it to someone special. dalam gambar ni ada someone special. my father/dad/papa/ayah and banyak lagi lah kan org guna. and this is my abah.dua dari kanan. kalau tengok abah senyum tu merupakan one of my happiness. tak sanggup dah rasanya nak tengok abah susah2. 

eh takleyh tulis panjang2, nanti menitik air mata. korang baca sini je lah. 

i love my abah!

Dec 7, 2010

sila senyum bila tengok gambar saya ok?

10:56 AM 0 ♥

day 4 : A picture i think will make someone else smile

Dec 5, 2010

a quote that make me smile

2:37 PM 0 ♥

day 2 : a quote that make me smile

Dec 4, 2010

day 1 : a picture of you smiling

8:10 PM 0 ♥
ngah nak kemas2 satu rumah. tetibe tensen sebab makin bersepah! hahaha. biasalah tu kalau dah set mind nak kemas satu rumah, bukan setakat kemas malah aku ubah semua susunan perabot. duduk sorang. bosan2 aku ubah sana sini. duk sorang, semua pun hangkut sorang2. last2 sendiri yang tensen. sebab barang dalam rumah aku ni bukan macam duk sorang. tapi macam duk 10 orang!haha

so, untuk rehat sekejap. aku nak try complete 30day challenge of happiness yang aku rembat di sini. jom.

Day 1 : a picture of you smiling.
sesuai sangat lah sebab ngah tensen2ni. mari kita senyummmmmmm.

me with boo-boo
ceh.awat mintak satu picture je? aku ada banyak ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting