Showing posts with label beloved family. Show all posts
Showing posts with label beloved family. Show all posts

Feb 22, 2012

Abah

1:28 PM 0 ♥
Day 10 - A picture of someone who inspires you



Jun 19, 2011

i love u abah!

10:51 PM 0 ♥
enough said.
terima kasih abah for everything. 

*homesick*

p/s : tulis banyak2 kang aku nangis tersedu2 mata bengkak cmne nk g keje esok?

Dec 17, 2010

A Convo that makes me happy

10:58 PM 0 ♥
masa natsu yasumi (summer  holiday) tahun lepas. aku balik beraya kan. ada satu hari tu, abah cakap nak g pantai. sebab nak naikkan bot dia. nak bercuti dari pergi ke laut. sebab nak pergi kl after that 2,3 hari. sebelum kua tu, tetiba abah cakap macam ni

"ke nak bawak kin pergi ronda2 nek boat dulu?"
"ikut abah  lah mane-mane pon"

then abah bawak masuk balik tong minyak enjin boat lam kete, kami ronda2 naik boat abah. meluncur laju kat muara sungai. nak pergi ke laut mak x berani. mak x bagi haha.walaupun aku naaaaaaaaaaaaak sangat rasa pengalaman tu kan. 









abah aku  ni suka sangat memancing kat laut. hobi lah. then abah ni suka tau bawak anak-anak dia (kami la ) pergi tempat2 yang dia teroka. kalau tempat mancing tu abah bawak la p muara sungai. tangkap udang galah. takpun kat paya2 bakau tu kutip lokang. kadang-kadang abah bawak kami p tempat abah kerja lam hutan. tempat abah hangkut2 balak ngan jenteratu.seronok btol. sampai besar pon xkn puas tengok tempat kerja abah, hasil dari titik peluh yang membesarkan kami satu family.i lov u abah!

p/s : bila mode homesick dah datang menyeru2 ni payah laaaaa
p/p/s : Day 14 : a convo that makes me happy

Dec 15, 2010

A Description or Picture of someone yang hensem who makes me happy

11:41 AM 0 ♥
day 12 :A Description or Picture of someone who makes you happy.

ada ramai sangat `someone` yang buat aku happy di dunia ini. let say aku nak letak my future husband kan, lagi la afdhal aku letak  family dulu. lepas tu nak letak akak yang aku rapat, tapi yang lain2 pun adik beradik jugak. yang buat aku happy jugak. mace mano nih? hahaha xpe lah, letak sorang dulu. kalau rajing kang banyak la puloks yang akan kua. hehehe

ok. banyak sangat mukaddimah nih. mari masuk ke isi penting. 

hensem tak yang belah kanan tu?

this is my beloved adik. satu-satunya adik yang aku ada,seibu dan sebapa. adik aku ngan arwah mak. dia ni manja sangat kecik2 dulu. masa mak aku meninggal umur dia baru je 3tahun. xpaham apa lagi kot. aku yang masa tu umur 6tahun paham la jugak sket2 kan. kadang2 meratapi jugak arwah mak yang xde.sebab sempat kenal arwah mak kejap je. muka pun dah samar2 je dalam kepala ni. tapi kadang-kadang aku lupa la jugak, adik aku ni lagi la sikit je memori yang die boleh ingat kan. 3 tahun kot. kau ingat ke apa y kau buat masa umur 3 tahun dulu? tak kan. so atas sebab tu lah kadang2 aku ni pilih kasih sket ngan adik2 aku yang lain, yang berlainan mak. hehe. kalau boleh nak bagi yang terbaik je. bila nak balik malaysia, nak bawak balik souvenir yang best2 aje. menyesal la pulak tak simpan duit banyak2 bawak adik aku ni datang sini. kalau tak boleh men salji sama2 next week. kekeke

xpe lah, g main salji buatan je lah kat malaysia tu =P

adik aku ni ikut jejak langkah aku la. sekolah rendah yang sama. sekolah menengah yang sama tapi aku sampai form 3 je la.adik aku ni stay smpai f5.dapat tawaran g saser pon taknak pg sebab nak belajar lebih sket bahagian agama. yelah, sekolah agama kan ada PQS, PSI. kalau sekolah biasa tu ada PAI je kan. ikut harapan abah nih. bagus tau. anak soleh ni hehe siapa2 berkenan meh isi borang jadik adik ipar. tapi kena tanya empunya badan la dulu dah ada orang cop ke x. haha

Dec 9, 2010

andai dia senyum, aku bahagia

12:07 PM 0 ♥

day 6 : A Picture of someone famous special smiling

okeh. ayat sebenar untuk day 6 ni : someone famous. tapi aku tukar special lah. kalau nak amek gambar orang famous like a celebrity, sorry mereka langsung tak layak nak tersenarai dalam list yang menyumbang kebahagiaan aku.. 

so i change it to someone special. dalam gambar ni ada someone special. my father/dad/papa/ayah and banyak lagi lah kan org guna. and this is my abah.dua dari kanan. kalau tengok abah senyum tu merupakan one of my happiness. tak sanggup dah rasanya nak tengok abah susah2. 

eh takleyh tulis panjang2, nanti menitik air mata. korang baca sini je lah. 

i love my abah!

Sep 18, 2010

bahana belajar di jepun

3:15 PM 2 ♥
suatu hari, sedang aku masak-masak padahal goreng ikan je pun, datang la adik aku. suruh masakkan megi goreng. ceh megi je ke. so aku turunkan segala ilmu dalam bab masak-memasak ni. maka selesai lah satu menu megi goreng berkuah. aku taruk telur 2 bijik. maka aku panggil la adik aku syairazi n syafik tu untuk menjamu selera. bila syafik makan sesudu dua....


"sedapnye! kak nor masak macam ni ke kat jepun?"

aah. macam ni la kak masak. sedap kan? hahaha padahal aku ni dah gelak pecah perut tapi dalam hati. budak-budak kena layankan aje.

kemudian, satul agi insiden hari raya ke berapa ntah. aku buat air bandung. sila baca lagisekali. AIR BANDUNG. bukannya air teh jepun pun. sekali lagi...

"sedapnye! kat jepun kak nor buat air ni jugak ke?"

hahahahahaha aku gelak guling-guling. itu lah telatah syafik, adikku yang kini beradadi darjah satu. nampak macam cool tapi masih terserlah kebudak-budakan nya. tak cukup dengan peristiwa dia buat aku malu dengan diri sendiri haha nanti aku cerita lagi

Aug 30, 2010

mari kita shopping!![updated]

7:12 PM 5 ♥
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tak lama lagi akan pulang ke malaysia. apa yang sinonim dengan perkataan balik-malaysia? atau apa yang korang akan terfikir @ perlu buat bila balik malaysia? makanan sedap2? itu sudah pasti.tapi yang selalu aku duk teringat and terfikir adalah omiyage @ buah tangan. mulanya rasa macam taknak beli apa2 sebab decide nak balik pun last minit. dan tak save la duit untuk bahagian omiyage ni. tapi bila fikir2 balik, xbest pulak kalau balik tak beli apa2 untuk family. so di sini saya sertakan senarai yang perlu dibeli untuk my family.


1. ma & abah : rahsia
2. kak ugi & family : yukata budak utk anas
3. abg T & family : set cawan
4. kak jang &family : yukata budak kecik utk airiel
5. joe : T-shirt "i love japan"
6. yo : T-shirt "i love japan"
7. sya : kereta mainan
8. Ira : onepeace
9. sapik : kereta mainan



semua sudah beres!!!!

Aug 12, 2010

jom shopping raya!!!

11:33 PM 2 ♥
tadi petang aku keluar bersiar2 sambil window shopping. tapi biasalah. kalau dah namanya aku, daripada window shopping tu, orang lain yang dah ada matlamat belum sempat jumpa barang aku dah hangkut seketul dua. apa lagi, gores dan menang. takpelah, demi keluarga tercinta. malas nak buat list baru maka aku cilok dari sini aje lah senarai yang aku perlu selesaikan.

1. ma & abah : rahsia
2. kak ugi & family : yukata budak utk anas
3. abg T & family : set cawan
4. kak jang &family : yukata budak kecik utk airiel
5. joe : T-shirt @ crocs
6. yo : T-shirt @ crocs
7. sya : kereta mainan
8. Ira : onepeace
9. sapik : kereta mainan
10.mok : tak tahu lagi 

sorry again for my beloved frens yang kat malaysia. no souvenir from japan this time ok? hehe bajet xde la. ni pun decide balik on the spot. hehehe
lagi dua orang yang belum setel. pening kepala pikir. nak beli baju demand xnak serupa ngan yang kat malaysia. apa aku nak hangkut nih?

oh! hai hai bai bai seterika pinky!
ingat lagi autobiografi aku sebuah seterika? aku dah pun mengucapkan hai hai bai bai kepadanya. maaflah tuanmu ini belum lagi grad so terpaksa khianat sikit. bukan taknak jaga sampai bebila tapi dah tak mampu. tadi masuk kedai letrik ada yang seterika lain main kenyit-kenyit mata lak. hati tertawan.

nampak tu berkilat-kilat kotak (padahal flash)

segak berdiri

eh, korang dah shopping raya?

Aug 10, 2010

i love my family

7:01 PM 0 ♥
assalamualaikum =)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kalau orang jepun tanya brape adik beradik, aku dah siap sedia ngan perisai. yela, adik beradik ramai. 9 orang. orang malaysia sendiri yang rata2 adik beradik average 4,5 orang pun kadang-kadang terkejut 

"ramainyaaaaa"

apatah lagi orang jepun yang average adik beradik adalah 2 sahaja. 5 tuh dah cukup banyak. apatah lagi 9 macam aku nih. bila aku beritahu kat sensei pun dia cakap 

" kesiannya mak ayah nak kena carik duit banyak"

sebabnya perbelanjaan sekolah kat jepun nih mahal. haiihhh. kalau dah nama jepun ni semua lah mahal.sebab taraf hidup depa ni tinggi. kalau ikot currency sekarang ni air tin kat vending machine pun boleh cecah rm4. erm air tin kat malaysia bape ek? dah lupa. tapi xyah la nk convert satu2 kan kalau nak beli apa2.alamatnya tak beli apa2 la.

ok. this is my big happy family.



uwah rindunye nak balik jumpe semua orang! tapi macam tak sempat je nak jumpa semua. akak2 balik beraya with mertua. k.jang balik raya kedah. macam xde chance nak jmpe ngan die n fam. k.Ug insyaAllah sempat sbb aku lepak kl dulu b4 balik ganu. abg pun insyaAllah sempat. adik2 yang len beraya kat umah aje.

3weeks left~

Jun 21, 2010

happy father`s day!

12:42 AM 6 ♥
assalamualaikum semua =)

apa khabar iman pada hari ini?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

di sana sini " selamat hari bapa"
same goes with me. walaupun mengucapkan selamat hari bapa secara terang-terangan kepada abah bukanlah satu kebiasaan kami satu family, tapi aku tetap mahu mengucapkan selamat hari bapa untuk abah..you are everything in my life. dulu aku pernah karang satu sajak sempena hari bapa.tapi entry di blog lama telah ku hapuskan.maka sudah tiada.. hmmm nk karang sajak tapi tidak ada idea pulak hehe

apa-apa pun, abah is always the best! dari aku kecil sampai lah sekarang. senyum abah tidak pernah lekang dari bibir. dari aku dilahirkan sampai sekarang, abah kerja membanting tulang tidak putus-putus. sehinggakan raut wajah abah sudah melangkaui umurnya sekarang. setiap hari abah akan mengendalikan jentera berat untuk memunggah kayu balak di hutan. aku tidak pernah malu dengan pekerjaan abah.kenapa? kerana bukan semua orang mampu mengendalikan jentera berat seperti itu. abah kamu mampu ke? =P

pakaian abah memang x sama dengan pakaian ayah kamu. setiap hari pakai kemeja & tie naik kereta besar pergi pejabat. abah pula pakai baju tak chantik sebab nak kendalikan jentera berat. abah tak masuk opis tapi masuk hutan. tiap-tiap hari abah kamu tidur dalam bilik ber`ekon` tapi abah saya tiap2 hari tidur dalam rumah panjang yang dinding lubang2 kat tempat kerja. di kelilingi hutan berteman nyamuk. sesekali abah ditemani gajah. Alhamdulillah umur abah masih panjang. walauapa pun keadaannya, saya tahu abah kerja dengan tujuan yang sama ayah kamu kerja.

setiap kali cuti umum, abah akan bawak kami melawat tempat kerja abah. aku suka! seronok. dapat lihat suasana abah kerja. kadang-kadang sedih. sebab susahnya abah kerja. sepatutnya abah dah nak berhenti, tapi pihak syarikat tidak izinkan.sebab abah orang lama dan berpengalaman. im proud of you abah! tak sabar-sabar mahu menghabiskan pelajaran then kerja untuk berbakti kepada abah and family.











abah bawak jentera ni time kerja. ganas woooo

sayang abah!


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting