Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

May 2, 2013

it's not that easy~

1:04 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

semenjak, 2 - 3 menjak kebelakangan ni ( act im not really sure when it started ) , ada 2 - 3 perkara yang sibuk duk bertapa dalam otak aku. 

masih xde jalan penyelesaian. walaupun aku tahu sebenarnye jalan penyelesaian tu dah lama ada..cuma aku masih lagi ego mungkin? takut dengan bayang-bayang sendiri?

bila suara sebelah sini cakap " just let it go, life must go on...bla3 " hati aku dah layu, bersedia untuk memberi ruang..

tapi tang tu jugak suara sebelah sana pulak berbisik " its not that easy....can you just forget everything?"

hati aku jadi berbelah bahagi balik...dan seterusnya sehingga ia dah terlalu lama terbuku..aku pun xtau sampai bila ia akan kekal terbuku di sudut itu...

tapi aku x pedulikan semua itu~

*sigh*

p/s : aku suka menulis bila suasana yang nyaman dan tenteram..sebab hanya ketika itulah segala2nya jelas dan nyata...

Mar 9, 2013

Antara TAHU dan SEDAR

9:58 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

Semalam masa on the way pergi kerja, terdengar satu topik yang menarik di IKIM.

Orang yang tahu tidak semestinya sedar,

tapi orang yang sedar insyaAllah dia tahu.

Nak bagi contoh senang, kita tahu yang kita ni tak kaya mana pun, tapi TAK SEDAR diri nak berlagak macam orang kaya. kita beli macam2 barang yang berjenama walaupun kita tahu diri sendiri tak mampu tapi sebab x sedar diri. Erk, kasar sangat ke haha.

Erm contoh lain..

Kita tahu apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, tapi adakah kita betul2 sedar akan tanggungjawab itu?

So, sama la juga dengan perihal di bawah. seperti yang dikongsikan kat IKIM smalam.

Kita tahu bahawa kita adalah hamba Allah , tapi adakah kita sedar yang kita ni hamba Allah?

Kalau kita sedar yang diri ini hamba Allah, mestilah kita tahu yang kita ni hamba Allah kan.

Kita tahu, tapi kenapa masih lagi tegar melakukan perkara yang dilarang, dan tinggal perkara yang disuruh..

Kita tahu apa yang kita buat itu satu dosa, tapi kita sedar atau tidak yang kita ni sedang buat dosa?

Sebab manusia ni memang tidak akan lari dari melakukan dosa, bahkan sesiapa yang merasakan diri dia tak pernah buat dosa, tidak melakukan dosa, tidak berdosa itu pun merupakan satu dosa. -quote dari IKIM

Jadi, bila kita sedar yang kita ni dah berdosa, apa yang perlu kita lakukan?

Paling cepat, paling mudah, teruslah beristighfar.

Kemudian disusuli dengan bertaubat.

So, rasa-rasanya kita sekarang ni sudah mempunyai kesedaran atau sekadar “tahu” tapi belum “sedar”?

Marilah sama-sama kita renung2kan…

p/s : tetiba aku pulak yang pening kepala bila baca banyak2 kali. sedarkah aku?

Mar 3, 2013

jangan la buat aku rasa marah smpai nak nanges macam dulu lagi~

11:28 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

tajuk tak panjang lagi boleh?

haaa pagi2 lagi dah nak buat aku emo kan...

alkesahnya sekarang ni tengah menunggu panggilan dari pakcik2 perabot yang janji nak hantar barang pukul 10, tapi sekarang dah nak masuk pukul 1130 pun xde sebarang panggilan telefon lagi. cemano?

sebab tu semalam awal2 lagi aku dah cakap bila bosnye cakap nak hantar pukul 11 aku xnak terima.sebabnya kalau janji pukul 11, pukul berapa baru boleh sampai kan. tengok sendiri la, janji kol 10 pun belum tentu pukul 11 korang sampai.

waduh2...gi mana ni?

sekurang2nya telefon la dulu ke apa, ni panggilan telefon pun xde. kami sebagai pelanggan la jugak yang nak kena call balik? masalahnya call xberangkat semua...


kenapa servis ini macam? benci la! dush2~

kita pun ada plan sendiri yang nak dibuat di hujung minggu ni. bukan nak mengabdikan diri menunggu barang je satu hari..

cukuplah peristiwa dulu sekali, xkan setiap kali nak hantar barang kena jadik macam ni.

Dec 22, 2012

marah sampai nak nanges!

5:55 PM 0 ♥
Hi!

harini dorang telah buat mood saya hilang begitu sahaja! semua plan dah kacau bilau.

Semalam pergi jusco kat sunway pyramid nak beli barang rumah. bila dah setel semua, bayar segala  dan promoter tu dengan konfidennya cakap nak hantar barang hari sabtu, iaitu hari ini lah.

tapi dia ada cakap satu barang kena check dulu ada stock ke x, kalau xde akan dihantar next saturday so dia akan call blk lah untuk confirmation.

di hari sabtu....

bangun awal pagi dari biasa. paksa hubby bangun awal sebab nak pergi management office untuk isi borang kebenaran orang luar nak masuk kws apartment. 

pukul 10 pagi call driver delivery service tu tanya pukul berapa nak hantar sebab dalam DO promoter x mention pukul berapa nak hantar. like i care lah kan kalau isi pun, kompem2 la xkan datang on time. kalau datang di hari yang dijanjikan tu pun dah cukup bagus.

mula2 driver tu cakap dah dtg smalam tp xde org kt umah. i was like " hello! i br order smalam, delivery today" . tersalah customer. then dia ckp nanti dia akn g amek brg kat sunway.

tunggu punya tunggu kol 12 i called again the driver. then dia cakap duk kat bukit jalil maybe around 3pm br boleh nk amek brg then hantar.

tunggu punya tunggu lagi smpai kol 330 pm, called again and the driver said he cannot deliver the goods today. tomorrow br okay. 

then i called department y berkenaan kat AEON, xde org angkat. call customer service, byk pulak cekadak nk kena isi bagai, then dorg ckp akn bg feedback in 24hours. kidding me? 24hours tu dah masuk hari esok la!

then call again department store. nasib baik ada org angkat. bila gtau psl brg x smpai , dia check2 ckp arini xde delivery for me. delivery next saturday. dah bengang2 tahap alam tu, i gtau everything.

smalam janji nk hantar arini. 
pastu i sendiri y call driver, driver pulak know nothing about the delivery.
not a single call from AEON to tell me about the changing of the delivery time.

then, org y angkat tepon tu pass kat promoter smalam. aku tnye la ape cter ni? janji nak hantar arini tp tunggu satu hari xde pun call dr AEON. call driver dorg pun xtau ape2. of cos la xtau ape2 sebab semua dah ditukar ke next saturday kan

promoter tu gtau yang tarikh ditukar sbb one of the good cannot be delivered today, so dorg change the date .

then why you didn't tel me 1st?

"sorry akak, sepatutnya saya call pagi tadi tapi lupa. baru nak call balik akak dah call"

SEPATUTNYA CALL PAGI TADI TAPI AKU DAH CALL DULU? AKU CALL PUKUL 4 LEBIH DAH KOT.

"kalau next sabtu xde delivery, i want to cancel everything"

"jangan la akak, confirm next saturday barang akak dihantar"

enough!

aku tau, x semua servis kat malaysia ni teruk, aku tau xsemua orang pernah alami macam ni tapi kenapa hal macam ni boleh berlaku. kenapa??? aku memang xpuas hati!

satu hari aku tunggu, sampai lunch pun tapau je sebab tgu nak beli barang dapur after dpt peti ais baru. and kol 4 petang br nk explain everything tu pun lepas aku call. satu hari duk umah je semata2 utk dpt tahu delivery dah ditunda tanpa sebarang pemberitahuan. ape ni????

stressnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mar 22, 2011

macam mana nak cantik berseri niiii :(

11:13 PM 0 ♥
lagi dua minit nak masuk 23rd march, tarikh yang aku tunggu2. 4tahun aku tunggu. tarikh keramat. tarikh bersejarah. kalau sebelum2 ni duk pergi tengok orang lain je pada tarikh ni, tapi akhirnya dengan izin Allah, dengan rahmat Allah aku dapat menghadirkan diri pada majlis esok hari sebagai orang yang diraikan, bukan meraikan. :) 

esok merupakan my graduation day. 

tapi kenapa boleh ada depan laptop lagi niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii???? padahal semalam tdo 3jam je sebab sibuk bergosip. maka malam ni sangat2 la penat x terkira. sebabnya after 3hours tdo yang xtahu lena ke x, bangun pagi2 kol 8 nak pergi setelkan pasal visa kat imigresen. then pukul 10 pagi gerak pergi skijam , nak teman family kawan2 aku ni nak main salji katanya hehe. then pukul 430 mcm tu gerak pergi taikukan lak. main badminton. uwah bersenam bukan main lagi kan. lepas tu singgah pasaraya youth jap then balik rumah.

after mandi2, solat, makan dinner simple tapi sedap , tunggu makanan hadam kejap then pukul 10 malam dah merangkak masuk lam selimut. masa ni mata memang xmampu nak bukak dah. kejap je letak kepala atas bantal terus terlelap kot. x sempat nak fikir untuk mimpi indah2.

then tetiba terjaga sebab dengar lagu "today was a fairytale". its from my handphone yang jauh di hujung penjuru sebab tgh charge. bangun la balik. after siap cakap, dah bagi apa yang my fren mintak then guling2 balik lam selimut. 

guling punya guling mata ni xnak lelap. segar bugar ok. grrrrrrrrrrrrr tensen. pusing kiri dah, kanan dah, terlentang dah semua dah try, selubung satu badan pun dah. then tetiba keitai (handphone) menyala2 tanda ada call nak masuk. ada lagi?? another fren called me sebab nak tanya pasal esok jugak. pastu bila letak phone tengok jam dah pukul 11 lebih. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak nanges.

pusing lagi kiri kanan. last2 bangun. pergi check pintu, masuk toilet, bukak laptop n now im here. blogging!

esok kalau mata aku lebam memang nak kena la 2orang mamat yang call aku tadiiiiiiiiiiiiiiii! dush!

Dec 13, 2010

hari malas sedunia

10:00 PM 0 ♥
hari ni ponteng ken9(=lab). semua gara-gara sakit perut yang sukar dimengerti.cewah. mana taknya, nak menggeliat pon sakit, nak ketawa pon sakit. kenapa ek? mcm sakit otot dalam perut.bukan sakit perut biasa2 tu.and harini langsung xde ciri2 nak jadik isteri solehah. eh belum jadik isteri lagi, cuma melatih diri. haha (o^_^o)

bangun tengahari. kalau hari minggu boleh pulak nak bangun awal, tapi masuk je hari isnin, nak pejam mata selagi boleh.sampai dah xdaya nak pejam baru bangun. tu pun terkedek2 aje. haihhhh malas betol. nasib baik masih mampu lagi nak masak nasik goreng kan. kalau ada kedai makan depan umah ni, kompem g makan kat kedai aje.

pastu harini langsung xde mood nak buat apa-apa. nak baca blog orang malas. nak BW lagi la malas. nak tulis entri pon super duper malas. apa yang aku rajin? tengok conan kun yang comel! hahaha

haihhhh tak leyh jadik  ni. cmne nak jadik isteri solehah mcm ni? jam dah pukul 22:57. dinner pon belum masak. sebab petang tadi terbungkang aje. sampai dah rasa xlarat nak pejam mata, maka aku bangun lah godek2 apa yang patut. kalau lah perut ni xde deria rasa lapar, kompem2 aku tak bangun masak.

hmmmm, cmno nak kawen ni oiii. nak bagi anak orang kebulur ke? haha
ok2, jom masak daging masak merah! nyum3~

Dec 6, 2010

jangan ingat orang y `cool` xde perasaan

12:16 PM 0 ♥
semua orang ada perasaan, ada emosi. tak payah nak tipu.sebab itu memang fitrah kejadian manusia. ada  hati dan perasaan,ada emosi. kalau tak, hambar la hidup. cuma yang membezakan macam mana setiap orang handle semua benda tu.

ada yang cepat melenting, sensitif terlebih. terus boleh nampak depan mata, nampak kat raut muka tu. tapi ada jugak jenis yang sensitif jugak, cepat terasa jugak tapi berlagak `cool` atau dalam erti kata lainnya pendam. buatlah macam mana pun, orang yang `cool` ni jenis tak tunjuk depan orang emosi dia. tak suka nak pamerkan bila sensitiviti disentuh, dicuit. so pendam aje lah. cool down sendiri. cukup masa, dia pulih sendiri. kadang2 orang tak tahu pun dia tu terasa ke apa.

tapi, kena la jugak fikir logik akal. orang-orang yang berlagak `cool` ni pun ada perasaan yang nak sentap gak. lagi-lagi perempuan. kalau lelaki tu lebih kepada ego dan pride yang menggunung. sentap2 ni x remaja la bai. tak gitu? tapi satu je orang selalu lupa nak hitung, orang yang jenis `cool` a.k.a pendam ni padahnya kadang2 di luar jangkaan. sebab bila dah sampai limit, memang xkira tempat x kira masa meletup aje.

dan jangan ingat kalau sekali kau jentik dia ok, jangan la kau amek kesempatan nak jentik banyak2 kali. dan kadang-kadang kita kena gtau terus kalau terasa, supaya orang tak pijak kepala. mentang-mentang dia `cool`, suka-suka hati je kan nak buat apa. 

eh, dia tak kacau hidup kau kot untuk kau kacau hidup dia.

-emo-

Dec 3, 2010

bina keyakinan diri melalui penulisan blog?

4:54 PM 0 ♥
siapa yang kenal aku dari sekolah menengah, kenal aku kat aaj tau la macam mana perangai aku. tahu la macam mana sikap aku. dari luaran memang orang kenal aku as a happy-go-lucky person mungkin. jenis yang sukaaaaaaaaaaaa sangat bercakap. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat gelak. oh tak lupa. kalut. ni masa kat aaj satu lagi sikap aku yang dikenal pasti.ceit!

tapi pernah tak orang tanya, pernah tak orang selami dalam hati aku masa tu. mungkin aku tak bagi ruang untuk mereka yang pernah kenal rapat ngan aku. aku tak pernah bagi ruang untuk masuk dan tengok apa yang aku simpan dalam hati aku. oh ini bukan soal hati dan perasaan, mahupun masa untuk jiwang-jiwang. erm complicated??

kalau lah kamu2 yang pernah kenal aku dulu, mesti perasan yang aku ni orang yang suka memendam perasaan. nope! aku bukan jenis yang murung tak bergaul.aku cuma x suarakan segalanya dengan jelas. tapi semalam kawan aku ada cakap. aku sekarang dah lain sket.hahaha.

since aku tulis blog, mungkin. blog aku tak macam blog orang lain.blog yang ada macam2 maklumat. blog aku lebih kepada online diary. apa yang aku rasa, seronok mahupun sedih, saat mahu ketawa girang mahupun menangis tersedu-sedan, aku zahirkan di sini. mungkin aku x tulis direct. sebab niat asal bukan nak suruh orang paham, tapi cukuplah sekadar aku keluarkan dari sangkar hati. sebab lumrah manusia yang mahu bercerita. 

dan aku juga serupa. tapi mungkin aku lebih selesa kongsi di sini. orang baca tak baca itu belakang kira, orang suka tak suka pun lain ceritanya. yang penting , semuanya terhambur. sebab memendam perasaan itu memeritkan. tak begitu?

p/s: rasa macam tajuk x kena ngan isi. lantaklah haha

Nov 27, 2010

aku taknak sama ngan orang lain lah!

1:42 AM 0 ♥
aku tak tahu la ni normal ke x. tapi aku anti sikit kalau nak beli barang sama ngan ramai-ramai orang. hahaha. tak tahu la cmne nk describe tu cmtu lah. sebagai contoh, masa mula-mula iphone keluar , berduyun2 budak2 sini guna iphone. kiri iphone kanan iphone. haiihhh. memangla gajet bagus kan, semua orang nak. mata aku pun berpinau gak la. tapi sebab dah raaaaaaaaaaaaaaaaaamai sangat guna kiri kanan ni, aku dah jadik tawar hati nak pakai jugak.

CONFUSE Pictures, Images and Photos
sama jugak ngan kes2 lain. kalau benda tu rare ataupun kurang jadi buah mulut, aku no hal la. tapi kalau macam mana cantik canggih meletup pun sesuatu barang, tengok pun dah meleleh air liur tapi tetibe orang sekeliling aku semua duk guna, memang terus padam keinginan aku nak guna. xto kenapa. tapi xsuka! hahaha

bukanlah kata nak jadik yang ordinary ataupun lain dari yang lain, tapi tak suka. and tak tahu kenapa. tak pelik kan perangan macam ni. oh tapi kalau masa mula2 aku beli org lain xramai lagi guna, then tetiba ramai2 orang guna jugak. aku x kesah.hihi

 kenapa tetiba tulis pasal ni? sebenarnya aku nak tulis post cmni petang tadi.

Post :

hari rabu tengok duit bertambah 4ringgit. seronok terus update tabung kawen. ahaks. khamis check lagi. ala dah tak tambah dah. haha tamak gilo kau nak hari2 tambah duit kaaaaaa?? harini bukak nuffnang lagi. tapi duit dah kena amek 2ringgit. apekah? hahahaha nak gelak pun ado. xpe2, xde rezeki. pihak nuffnang tersalah kira kot sebelum ni tertambah banyak lak kan. kekekeke


dah kurang 2ringgit hahahaha




tapi aku draft dulu. then blogwalking sana sini. tup2 ramai gilaaaaaaa orang duk tulis benda cmtu. yela, ingat aku sorang je kan. terus tak jadik publish tadi! hahaha

yayakoshi?

Nov 20, 2010

expect the unexpected

10:47 AM 0 ♥
kenapa aku baru nak sedar dunia ni macam ni sebenarnya ek? benda nampak simple bagi orang2 yang tidak meletakkan sepenuh jiwa raganya, tapi sebaliknya bagi mereka. tak pernah terfikir dek akal sampai macam tu sekali jadiknya.

atau mungkin sebenarnye perkara itu masih lagi biasa, tapi aku yang memandangnya dengan terlalu luarbiasa?

agak2 nanti ada tajuk dalam paper macam ni

dendam dunia blogging akhirnya terbalas, seorang blogger mati terbunuh

eceh, ada tak gaya macam tajuk kosmo ke, utusan ke kekeke. tapi tak mustahil kan suatu hari nanti, jenayah dunia blogging mungkin akan muncul di dada2 akhbar. mana taknya, orang  ni buat entri macam ni, yang ni lak nak terasa, yang tu back up yang ni, yang sana lak bengang. adeh tak paham aku.

tu masing2 punya hal la kan. aku blogging pun suka-suka. menulis apa yang tersirat dari yang tersurat. kamu nak baca silakan, kamu nak blah pun aku tak pernah tutup pintu. kamu nak terasa pun, sorry aku tak pernah mention nama kamu jadi anggap sahaja kebetulan. kamu nak sayang, aku tak pernah paksa ikut aku. jadi, buat keputusan kamu sendiri, yang mana selesa.

ini dunia tafsiran aku, keluar dari kepala dan pemikiran aku melalui pemerhatian aku. hanya aku. kalau aku salah kamu  boleh hentam aku tapi perkara kena bagi jelas, jangan main hentam membabi buta. oh, aku lupa tulisan ini tiada disertakan intonasi maka perlu aku ingatkan yang semua ini hasil dari pemikiran yang tenang. 

eh apa aku merepek bangun pagi2 ni. eh dah tengahari. lapaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nov 16, 2010

My 9 Minutes Survey

2:32 PM 0 ♥
Starting time : 15.12 p.m


Name : ckynwan
Brother(s) : 5
Eye colour : hitam kot
Shoe size : 6/7
Hair : ada
Piercings : xde
Height : 156<== pendek sgt ke?
What are you wearing right now : baju
Where do you live : jepun (wakakaka)
Favourite number : 15
Favourite drink : nescafe
Favourite month : january
Favourite breakfast : tauhu goreng celup telur


-Have you ever-
1. Broken a bone : no
2. Been in a police car : no
3. Fallen for a friend : ermmm......pernah
4. Fallen for a guy/girl in a short period of time : crush ade la kot
5. Swam in the ocean : pernah
6. Fallen asleep in school : ade ke orang xpeernah tdo lam kelas?
7. Broken someone's heart : selalu kot huhu
8. Cried when someone died : atarimae jyanai desuka?
9. Sat by the phone all night waiting for someone to call : pernah
10. Saved e-mails : yes
11. Been cheated on : ermmmm pernah kot. xkn la xpernah


-What-
1. Your room look like : stor hahaha
2. What is right beside you : bag bekas bentou
3. What is the last thing you ate : nasik lauk udang masak merah


-Ever Had-
1. Chicken pox : pernah
2. Sore throat : setahun sekali
3. Stitches : tak
4. Broken nose : tak pernah


-Do You-
1. Believe in love at first sight : 50/50
2. Like picnis? : daisuki!

-Who-
1. Who did you last yell at? : dia
2. Who was the last person you danced with? : xpernah menari
3. Who last made you smile? : dia

-Final Questions-
1. What are you listening to right now? : bebelan labmate hahaha
2. What did you do today? : blogging
3. Are you the oldest? : no
4. Indoors or outdoors? : both

-Today did you-
1. Talk to someone you like? : yes
2. Kiss anyone? : tak
3. Sing? : no
4. Talk to an ex? : ish, soklan sensitip
5. Miss someone ? : mestilah
6. Eat? : yes


-Last person who-
1. You talked to on the phone? : dia lagi
2. Made you cry? : dia jugak haha
3. Went to the movies with? : eh lagi2 dia
4. You went to the mall with? : jihan chan, huda chan, quyyum kun, nad chan
5. Who cheered you up? : dia lagi lah

-Have you-
1. Been to Mexico? : no
2. Been to USA? : no

-Random-
1. Have a crush on someone? : mestilah pernah
2. What books are you reading right now? : denki kairo
3. Best feeling in the world? : baring tepi pantai tengok meteor shower hehe
4. Future kids name? : tak pikir lagi
5. Do you sleep with a stuffed animal? : yes. buncuk, bunbun, and boo-boo
6. What's under your bed? : kotak2
7. Favourite sport(s) : bowling kekeke
8. Favourite place : pantai
9. Who do you really hate? : kamu dan kamu
10. Do you have a job? : student
11. What time is it now? : 15:21


p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people.


  1. http://sudirsuichi.blogspot.com/
  2. http://cikjelitaku.blogspot.com/
  3. http://sufyrayyan.blogspot.com/
  4. http://aduka5.blogspot.com/
  5. http://kelyza.blogspot.com/
  6. http://variasisimfoni.blogspot.com/
  7. http://www.annenyss.blogspot.com/
  8. http://akukeini2.blogspot.com/
  9. http://mohdapih.com/blog/
  10. http://billyinfo.blogspot.com/
  11. http://aestheticakmal.blogspot.com/
  12. http://kusutmusutkehidupan.blogspot.com/
  13. http://hanysapek.blogspot.com/
  14. http://www.anastasyea.com/
  15. http://touyakaruma.com/blog/

Nov 15, 2010

sorry nabil, populariti u dah ade orang kebas.

10:05 PM 0 ♥
ingatkan nabill-uqasha je glamour, pakwe-makwe klcc lagi mantap lah! semalam buka je blog, semua 20 blog cte pasal nabil-uqasha. tapi kejap je populariti dorang. ada lagi hangat rupanya sampai 50 blog buat cerita sama. maybe sebab lagi up, tepi jalan jalan je.

p/s : i pilih jeju island boleh?

Oct 24, 2010

Susahnya nak cari orang hilang

10:19 AM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
# tulisan colour oren akan membawa anda ke link rahsia.eceh.


Jenuh lah nak mencari orang hilang ni. bukannya sikit-sikit. ramai tau tak???? pastu nak cari pun kena la ada syarat-syarat pulak. eh nak carik orang hilang pon kena ada syarat2 pulak.? kalau mcm tu bile nak jumpa nye? ingat senang ke nak jumpa? bukannya dekat2. merata-rata pulak tuh. dah la tak kenal. abes tu mcm mane nk carik orang yang ko tak kenal? haihhhhhh. nak  buat macam mane, kena la carik jugak. tak kesian ke orang hilang ni.....

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged.You have to tagged the person who tagged you.If I tag you, its because i want to know more about you.

25?? pale hotak dia! eh bukan pale hotak org yang tag tapi pale hotak lah 25. jenuh nak senaraikan ni. sape y start buat tag ni!!!!!!!!!????

ok. sila baca tanpa jemu 25 perkara kat bawah. dah lama tak buat tag, dah lama tak ditag dan dah lama jugak tak mengetag orang. so xpe lah, alang2 aku dah bosan ni.




  1. Menyayangi semua ahli keluarga.[abah,ma,kak UG,Abg T, kak jang, joe, yoe, sa, ira, syafik]
  2. Seorang hamba Allah yang sedang merantau di bumi Jepun.
  3. Sangat suka tengok cerita Korea compare to cerita Jepun. tapi tak minat mana-mana band korea mahupun jepun.
  4. Start blogging since February 2008 dan start aktif bersosial di dunia blog sejak akhir2 ini.
  5. Cuba untuk menjana pendapatan with nuffnang sejak terbaca blog Redmummy yang dapat income ribu-riban.
  6. Sangat susah nak hafal lirik lagu.
  7. Masih bujang but not available. ahahahaha
  8. Mempunyai ketinggian yang boleh dikatakan average ketinggian untuk perempuan atau dengan kata lain aku tak pendek lah!
  9. Tahun depan dah start kerja di Penang, insyaAllah. yeay!
  10. Mesti menonton cerita while having my meal. 1 part pon xpo.
  11. Suka tengok cerita  korea yang ada hero y mempunyai perwatakan nakal/bad boy/kakkoi yang comel dan hensem. sebab tu aku suka kamu! eceh.
  12. Pernah minat gila kat Kimutaku sehinggakan pernah terjerit di tepi jalan semasa melaui kedai yang memaparkan majalah ada muka Takuya Kimura.
  13. Sangat pendiam bila jumpa dengan orang yang pertama kali jumpa dan akan tak reti nak stop bercakap kalau dah kenal lama sket.
  14. Tak tahan makanan pedas.
  15. Buat keputusan tanpa fikir panjang.
  16. Tak sabar nak blah dari Jepun
  17. Selalu berangan ada orang nak bagi duit free 2000000yen.
  18. Pernah berharap untuk dihilangkan ingatan
  19. dan sekarang sangat  cepat lupa sesuatu perkara
  20. Pernah berharap untuk dengar luahan hati seseorang.
  21. Pernah simpan satu nama dalam hati selama berbelas tahun tanpa pernah gtau orang berkenaan
  22. Dan sekarang dah gantikan ngan nama orang lain dalam hati. eceh.
  23. Berharap dapat banyak duit dari  nuffnang boleh masuk tabung kahwin! hahaha
  24. I hate you! and you know who you are.
  25. I love you. and you know who you are.
-----------------------------------------------------------

DONE! ooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. habes jugak!

mangsa-mangsa keadaan. aku amek random dari 25 blogger yang ade dalam senarai paling atas lam blog list kat sebelah ni {semasa entri ini ditulis}


p/s : dah jumpa org hilang?

Oct 16, 2010

salam cemerlang di hari sabtu

3:02 PM 0 ♥
hari ini hari sabtu. semua ngah cuti kan. hari cuti adalah hari cuti semalaysia sebabnya semua negeri cuti hari sabtu, berbeza dengan hari jumaat dan ahad.

tapi tidak bagi aku. hari sabtu aku keje lebih masa. OT tanpa gaji. sebab aku kan cemerlang! ppffttttt!

aku kat lab lah! buang tebiat datang lab hari minggu. lusa nak kena hantar report kak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Oct 15, 2010

tak boleh tidoq

12:51 AM 0 ♥
macam mana nak tidur kalau dalam kepala banyak benda berlegar2 macam UFO? 
tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....

eh takkan nak buang rambut lagi kot?

oh aku ade habit y agak...erm tak normal? kalo tensen je mesti nak potong rambut. serius tak tipu. kalo tension je rasa serabut nek kat atas kepala pastu rasa nak buang segala benda kat kepala.erk?

ke aku tension sebab aku potong rambut tak cantik? ha ha ha ha

Oct 9, 2010

semangat patriotik mesti ada beb!

12:50 AM 0 ♥
okeh harini berjiwa patriotik sket. semangat gitu! kelmarin dengan semangatnya aku mendendangkan lagu daerah setiu ni kat dia. hahaha padan lah muka kan kena dengar lagu ni dengan suara sumbang tapi penuh semangat gitu.

tadi aku tanye pakcik google pasal daerah sendiri pastu terjumpa link best. 1st time aku jumpa nih. hahahaha. semangat punya pasal aku nak suh dengar lagu ni. seingat aku , belajar time sekolah rendah. memang terhafal sampai sekarang lah. tak ingat dah aku masa sekolah rendah dulu agaknye nyanyi lagu ni setiap isnin kot haha

lagu sekolah pun aku tak ingat. tapi aku ingat lagu setiu ni. haha meh dengar ramai2 

Oct 8, 2010

eyh? kenapa dah berubah? tak suke ok~

2:01 PM 0 ♥
macam mane aku nak tengok blog y update selalu byk2 ni? xkn nk tekan satu2 blog kot...........

dah xde scroll kat tepi tuuuuuuu.

ni pengakhirannye.cmne nk tgk y len2 kat bwh ni??

ke aku sorg je y jadik mcm ni? uhuk2~

Aug 7, 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat pun berpada-pada

12:30 PM 0 ♥
kita ni manusia, nak kata buat jahat jangan sekali tuh memang dah bagus la nasihat. tapi manusia ni lemah. syaitan pula dah memang berjanji sebelum kita lahir lagi, dia dah bersumpah dengan Allah nak sesatkan manusia ni supaya boleh sama-sama teman dalam neraka kelak. ya, aku bercakap berdasarkan dalil yang nyata.

Al-Araf


Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)


aku rasa dalam agama lain pun sama je. ni pasal perangai kau. mana-mana kelompok masyarakat dan agama pun sama je konsep dia. so kali ni aku nak cakap. buat jahat biar berpada-pada. kalau orang dah buat baik, why not kau balas balik dengan baik. kalau orang dah layan baik, why not kau pun layan baik. susah sangat ke?

kalau ikut hati aku ni, tak hadap la ngan muka kau tu. 関係ないし。


ya. aku emo harini!

ok, ckywan..sila pergi tenangkan diri. kau tengah marah2 syaitan lagi suka. fuuuuuuuu~ tarik nafas dalam2. hembus kuat2 pun xpe. orang xde.haiihhhh saje je bikin aku panas tengah2 hari panas membahang nih.

macam mana mau tambah berat???

7:00 AM 0 ♥
harini aku termiss lunch. bukan sengaja taknak makan tapi cuaca panas sangat duk minum air sampai 3 gelas-tinggi-23cm. pastu makan aiskrim 2 batang. petang sikit makan 4 sudu cheesecake. then malam tadi baru makan nasik lauk sayur masak lemak ngan telur goreng.

pastu timbang2 berat adala gerak 400gram je. so berat lepas makan tadi dah jadik 44.4 kg. eh banyak sangat no 4. orang jepun sensitip. so kira cincai-cincai 44.5 lah kan. gilo ko apo??? kang abah aku sedih tengok aku kurus dah tak menawan ni.nanti pergi mengadu kata Kak Ug.

" tengok Ikin tu makin kurus"

meh nak citer sikit pasal berat aku nih. masa sekolah menengah berat aku 48kg. makan banyak tak hengat kat asrama tak pernah miss. kalau breakfast sediakan roti je aku p beli mee goreng / nasik goreng kat kantin. pastu masuk AAJ kat UM 2 tahun aku tak ingat lah berat aku berapa. tapi since disahkan ada gastrik oleh doktor dan dinasihatkan untuk makan selang 4jam, aku memang makan tak berhenti 6x sehari. sampai junior tegur terang-terangan pipi dah kembung. malu tapi mahu makan lagi haha

after datang Jepun 5 bulan berat aku turun 5kg. zaaap! sekaligus cmtu je. pastu aku mengembalikan tenaga untuk makan dan makan lagi sampai la menten 46 @ 47kg. bukan menten tak mahu bagi  naik tapi menten tak mahu bagi turun. so 5 6 bulan kebelakangan ni berat aku duk selang seli gerak turun naik 45 @ 46. dan dah berapa kurun dah duk menten 44 @ 45 kg. sakit jiwa. penat dah makan banyak2. masak tiap2 hari kat umah nih. budak2 sini pun dah cakap lam perut aku ada black hole. makan2 je lalu usus sampai black hole makanan lesap xtau p mana. hahaha

so, siapa-siapa yang ada cadangan baik punya supaya berat aku ni naik la sikit2 kan. sila beri cadangan . sangat2 memerlukan. tq =)

kuman di seberang mata nampak, gajah di depan mata tak nampak

3:30 AM 0 ♥
alah, semua org pon mcm tu kan?

biasalah kita sebagai manusia...kadang2 kita rasa mcm dah betul ape y kita buat tuh, ape y kite pk...dah x salah...bak kata nihonjin... niggen tte iro2.. eh ke salah men bantai la pulak kan haha tapi di mata orang len lak cmne? agak2 semua org rasa betul ke?

arini aku bukan nk bercakap psl org yang boleh nampak kuman kat seberang, tapi tak boleyh nampak gajah kt depan mata. rabun ke ape?tapi aku nak ckp psl mcm mane nak buat supaya kita ni ; manusia y perasan serba hebat boleh nampak kuman kt seberang mata tapi sebesar2 gajah kt depan mata tu xnampak pulak kan.

kadang2 aku terfikir, selama aku hidup ni..dah 23 tahun, (alhamdulillah terima kasih Allah bagi aku umur y panjang ni.) apa y aku buat, apa y aku fikir...ada y aku amek masa lama, ade y amek masa kejap tapi last2 tuh mesti lah sesuatu y aku rasa mcm dah ok....... sebenarnye semua itu ok ke kt mata org? bukanlah nk kata nk puaskan hati semua org tapi mcm mane kita nk tahu apa y kita buat tu oke je kt mata org? sebab kdg2, mmg lah ape y kita rasa dah betul tu mmg2 dah betul tapi perlaksanaan tu kdg2 buat org len nmpak salah. adoih pening pulak jadiknye.

dulu aku slalu wt cmnih...aku bayangkan apa y aku buat n laksanakan, apa y aku fikir tu aku jadikan ia lam satu watak dalam drama n aku ckp kt diri snirik, kalau ade watak mcm aku ni lam drama..agak2 aku suke ke x watak tu?meyampah ke, geram ke, tensen ke....haaaa time tu la br mcm bleyh nampak

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting