pernah dengar lagu alejandro nyanyian Lady Gaga? aku xde la peminat Lady Gaga yang terkenal ngan pakaian makhluk asing dia ni haha.
ok.to cut it short, hari tu aku dapat emel daripada penghantar emel forward tegar haha terkejut jugak lah baca. maybe isi ni berat sikit. so rasa macam nak kongsi2 ngan pembaca kat luar. n maybe dah ada yang tahu pasal ni. maybe citer ni dah basi. tapi mungkin ada yang baru tahu macam aku ni yang tak berkembang duk bawah tempurung je. so, have a look. macam mana korang nak nilai is up to you all lah.
*****************************
Assalamualaikum.Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat-peminat cik Gaga ni. InsyaAllah. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan bari cik Gaga yangsaya sudah tahu tentang dia dan iluminati.Rupanya video untuk lagu ALejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni.Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak.yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah. Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ini, jadi saya play jugak. sepeti yang disangka banyak benda dapat dilihat dalam video yang membuktikan dia memang iluminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far..
video yang mencapai lebih 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya cuba explain dari apa yang saya dapat di satu web.Rasanya ramai jugak yang dah tahu cikGaga adalah salah satu artis di bawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh la ke web mistisfiles[dot]blogspot[dot]com. and tengok dekat belah kanan cari jentera Fitnah Al-Masih Al-Dajjal. Ada complete explanation tentang illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni.
Dalam video terbaru dia ada sesuatu yang cuba disampaikan.ada jalan cerita yang tersembunyi di sebalik yang dinyanyikan. Kalau hanya dengarl agu mungkin tak banyak yang boleh kita tahu. kita akan mula analisa dari permulaan video lagu alejandro-Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi buka minda.
Video dimulakan dengan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah seorang adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
I know that we are young
And i know you may love me
but i just can`t be with you like this anymore, Alejandro
Selepas itu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapa tnampak cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (hati kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata sacred Heart? tengok gambar bawah. Hati yang LadyGaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang dililit2 (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus. Google untuk baca lebih lagi.
But i just can`t be with you like this anymore, Alejandro
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando?(berdasarkan lirik). jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa video mungkin takkan faham.Gambaran video ni mengatakan bahawa Alenjandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.Jadi kalau bukan manusia, apa dan siapa Alejandro?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya.Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol Illuminati-The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka.Yang jelas menunjukkan yangada seseorang control dia atau senang kita guna sitilah 'mind-control slave'. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.Dan memegang senjata di kemaluanyya. Wajah dia Nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang dicontrol segala pergerakannya oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan seterusnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (kristian)
dan memegang tasbih.Okay jadi boleh nampakkan. waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part
Stop, Please justletme go, Alejandro
Sebaik sahaja die sebut Alejandro gaga mengangkat kedua tangannya ke langit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
She hides the true love
En su bolsillo
She`s got a halo `round her finger
A round you
Maksud lirik ini pulak. A halo bermaksud dianggap suci(holy). A round her finger (cincin kahwin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya. Dalam bahasa sepanyol bolsillo bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan Selepas sahaja lirik itu, konsep penolakan ditujukan kepada tuhan bermula. kerana tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru . Dalam cideo ini lebih menunjukkan yangGaga telah bertukar dari biarawtai menjadi paderi Luciferian(syaitan). Kenapa jadi paderi syaitan?
matayang satu kitatahu simbolik kepada Illuminati
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud jelas. Kita tahu salib simbol keimanan bagai agama kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam kristian, salib terbalik dikenali sebagai Cross of st.peter, untuk menghormati simon peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti kristian lain. tapi dalam kalangan bukan-kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terblaik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan satanisme iaitu pemujaan syaitan.
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yangselalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan.Untuk memuja dan menyeru syaitan
In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magis is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. it merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.
Manly p.Hall
Waktu ni lirik yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu olehtuhan.
Dont bother me, dont bother me Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don`t call myname,
Dont call my name ,
bye fernando
i`m not your babe,
im not your babe, Alejandro
Salib terbalik(simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik dialat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan gaga, menyambut kedatangan gaga ke dalam kumpulan mereka.
Selepas itu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih ke dalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud caragaga untuk mendapatkan ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keahlian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif lucifier. jelas menunjukkan yang gaga bukan menyembah tuhan tetapi lucifier.
Im not your babe
im not your babe, Alejandro
waktu menyebut fernando, gaga membuat simbol tangan macam tu yang jelas merujuk kepada jesus. itu adalah tanda berkatbagi ajaran kristian, katolik kepada mereka yangdianggap suci. janganlah ingat gaga buat simbol tu suka2.sebab semua simbol membawa makna tersendiri. kita yang kena solve apa makna dia.
Dapat tengok kan katbelakang gaga ada salib. gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang2 lirik
dont call my name
dont call my name
bye fernando(jesus)
Di akhir video ditunjukkan gaga dilampirkan dengan strings. Pada mulanya gaga control lelaki itu dan akhir video ditunjukkan pula gaga dikawal. oleh siapa? fikir-fikirkan la siapa yang control cik Gaga ni. siapa dalang disebalik semua ni? Siapa ketua? Anda mampu cari jawapannya. insyaAllah pasti
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan maisng-masing. Namun demikian, rasanya bahagian video Alejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka-teki macam video telephone dan bad romance. jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari videonya? dalam ni gaga menolak iman kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang ada suatu kuasa spiritual lain. lepas ni apa? menghina alquran dan islam? nauzubillah. jauh-jauhkan lah Ya Allah
Cik gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri gaga, tindakan dalam setiap video tapi masih todak boleh berhenti mendengar lagunya. ingin saya katakan di sini, berhentilah dengar lagu gaga. Tidak mustahil nanti dia akan menyelit lirik yang akan menyebut la-la-la Allah. Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut dan pada saat itu apa akan jadi?
Ya Allah lindungilah kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya. Amin ya rabbal Alamin. sumberasal : viligant citizen
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya (al-isra` 17:36)
************************************
aku copy paste xde yang tinggal mana2 ok.
aku dah lama simpan entri ni.cuak gila nak publish.tak tahu apa yang aku takutkan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
aku tekan butang publish.