Showing posts with label juadah berbuka dan sahur. Show all posts
Showing posts with label juadah berbuka dan sahur. Show all posts

Aug 22, 2010

juadah ramadhan #09,#11,#12

♥ 9:22 PM 0 ♥
dari ramadhan 05 aku skip terus ke 09 terus ke 11 dan 12 . punya la tak istiqamah. hangat-hangat tahi ayam betol. mana pergi janji-janji manismu eh eh ape kes? 
haaa jangan tingat kat sini xde bazar ramadhan xleyh makan sedap2. entah2 menu aku lagi sedap dari kamu. ye tak?


haaaaa. punya la meriah. hijau nye sayur. agak2 la kan, ni apa ek?














































































bihun sup je
kekekeke


ramadhan #11


ye aku tau kalau letak katbazar xdeorang nak beli. xjadik aku gtau nama


sambal sotong

ramadhan #12

sagu


ayam bakar





Aug 17, 2010

juadah ramadhan #06

♥ 2:35 AM 4 ♥
hampir terlupa juadah ramadhan harini. sebab semangat sangat nak tengok pertunjukan bunga api, maka yang ni je la sempat dibeli untuk buat alas perut.

ish muka senyum tak ikhlas dapat makan onigiri sahaja haha



yang ni je mampu n sempat nak rembat. pastu otak sejengkal dek kerana puasa , aku p beli air coca-cola? lepas baca doa buka puasa aku telan seteguk, perut aku rasa macam dicurah-curah asid. sakitnya Tuhan saja la yang tahu. betapa tak bijak. dah la gastrik. perut kosong. p balun air bergas(?). memang otak sejengkal betul haiihhh.

apa menu korang berbuka?jangan buat aku jeles sudah. kalau makan murtabak jangan bagitahu aku.

Aug 16, 2010

juadah ramadhan #05

♥ 3:12 AM 0 ♥
assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

just a quick update.eceh. macam biasa menu saya pada 5 ramadhan. cuba untuk memasak nasi minyak + ayam tandoori bakar + acar timun

nih belum masak sepenuhnya tapi aku dah teruja nak amek gambar haha

resepi ayam tandoori bakar

bahan-bahan
  • ayam
  • perencah tandoori
  • susu

cara-cara
  • gaulkan ayam dengan perencah tandoori yang dicampur susu. 
  • perap kemudian bakar selama 25 minit




acar timun + lobak + nenas

resepi acar timun 

bahan-bahan
  • sebiji nenas
  • 5 batang timun (timun jepun lebih kecil berbanding malaysia)
  • 2 biji lobak merah
  • 1/4 bawang besar(bawang jepun lebih besarberbanding bawang di malaysia)
  • 3 sudu cuka
  • gula
  • garam
  • 5 biji cili


cara-cara
  • potong nenas timun dan lobak merahsecara memanjang
  • campurkan 3 sudu cuka, gula dan garam.
  • gaulkan sehingga rata



watermelon@timun cina@tsuika@tembikai
tak pernah jumpa tembikai warna kuning di jepun

ini la juadah berbuka saya kat sini. kamu pula macam mana? hehehe tapi semua yang dimasak ni sedikit lari daripada apa yang aku(eh kejap aku kejap saya la pulak) bayangkan. ada la kurang sikit2. xpe2, prektis banyak2 make perfect! yosh! haha macam apa je kan

ok2. alang2 dah masuk bab makanan ni aku sekalikan terus ngan makanan sahur. rajin okeh aku masak len pulak. sempat aku tungtang tungtang kat dapur seploh minit goreng udon. best2. korang boleh cuba


menyelerakan tak? hehehe

resepi udon goreng

bahan-bahan
  • satu paket udon
  • sayur sawi
  • seafood
  • sebiji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4  bawang merah
  • sos cili
  • sos tomato
  • cili giling

cara-cara
  • panaskan minyak
  • tumis bawang putih dan bawang besar yangdihiris
  • masukkan sos cili, sos tomato dan cili giling
  • masak sehingga naik minyak
  • masukkan seafood sehingga masak
  • masukkan sayur dan kemudian telur
  • biarkan seketika dan kacau supaya telur hancur
  • masukkan udon
  • goreng sehingga masak
oh. saja nak beritahu. waktu subuh kat sini masuk pukul 3:41 am bersamaan dengan 2:41 am waktu malaysia. so memang kena bangun awal la untk bersahur. bayangkan la kena tidur pukul berapa. kadang-kadang aku tidur seawal 9@10 malam sebab nak bangun sahur pagi-pagi. kadang-kadang tak tidur. lepas subuh baru tidur balik. pening jugak la nak atur waktu tidur ni.

esok macam nak g jalan-jalan tengok pesta bunga api. so kena bangun awal pagi untuk pergi lab sebab tengah hari nak cabut pergi merayau.ampunkan daku ya sensei kekekeke

Aug 15, 2010

juadah ramadhan #04

♥ 12:17 AM 0 ♥
assalamualaikum =)
hai hai bai bai tapi jangan babai dulu okeh

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
juadah hari ni? aku tak masak
sebab meronda kat bandar sikit

jom tengok gamba! aku malas nak cerita panjang lebar. penat lah puasa =P

nih depan kedai tu.

kehadiran kami disambut oleh ketam kecik comel ni.tertulis irasshaimase = selamat datang

menunggu makanan

sudah sampai. ika to geso tendon
nasik lauk sotong goreng

dekat2 sikit kasik nampak hehe

ni pulak junior aku nye menu. unagi tendon
nasik lauk belut salai kot hehe

sedap katanya
tapi aku tak suka belut @ unagi.tak sedappppppppp!
menu korang apakah? makin meriah ke juadah berbuka?

Aug 14, 2010

juadah ramadhan #03

♥ 10:34 AM 0 ♥
assalamualaikum =)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

harini kurang aktif blogwalking. semalam dah malas nak update. penat apa pun aku tak tahu. malam hari bukannya puasa pun ha ha ha

ok, tak mahu panjang2 sangat. nanti kamu bukan seronok pun nak baca bulan puasa ni hehehe semalam hari ke3 ramadhan. so nak kongsi la juadah aku berbuka. semalam agak malas nak masak pelik-pelik dan yang memerlukan banyak masa. so decided to cook sup sayur je. tapi nak taruk seafood. mula lah datang resepi aku yang macam-macam hal. so aku siap-siap g bazar ramadhan mitsuwa yang jauhnya 5,6 minit dari rumah. korang bayangkan pukul 6:49 masuk waktu berbuka 6:15 baru gerak pergi pasar haha

Alhamdulillah, sempat balik berbuka di rumah. dan ini lah juadah berbuka puasa semalam. nak resepi sup sayur pun boleh.

sup sayur + seafood

bahan-bahan
  • 5 ekor udang
  • campuran seafood
  • sayur hijau
  • mushroom
  • bawang putih
  • garam
  • lada hitam
  • ajinomoto
  • air


cara memasak
  • rebuskan udang dan camuran seafood di dalam periuk
  • setelah masak masukkan bawang putih yang dihiris
  • kemudian masukkan cendawan dan sayur hijau
  • masukkan lada hitan dan garam secukup rasa
  • tunggu sehingga mendidih dan cendawan, sayuran empuk dan masak
  • tunggu waktu berbuka kemudian rasa hehe


senang cepat dan sedap
selamat mencuba!

Aug 12, 2010

juadah ramadhan #02

♥ 10:54 PM 2 ♥
hai hai haiiii~
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

macam mana puasa today? banyak dugaan tak? bagi mereka yang masih berada di jepun dan sedang menikmati holiday tu harap2 la bersabar. maklumlah komuniti muslim di jepun sangat sikit. maka terpaksa la menahan kesabaran tengok mereka nih makan aiskrim.sejuuuuuuuuuk di musim panas ni. memang mencabar!

seperti semalam, nak kongsi juadah untuk hari ini. ikan goreng masak kicap sampur sos banyak hahahaha


bahan-bahan
  • ikan
  • bawang putih
  • bawang merah
  • sos tomato
  • sos cili
  • serbuk cili kering
  • gula
  • garam
  • air


cara-cara
  • gorengkan ikan di dalam kuali kemudian asingkan
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
  • campurkan serbuk cili, sos tomato, sos cili, kicap dan serbuk jintan kemudian masukkan ke dalam kuali selepas selesai menumis bawang
  • goreng sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuah
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • masukkan ikan goreng
  • tunggu sehingga masak
sebenarnya harini bukak puasa ngan junior dan rakan lain. so banyak lagi la lauknya. memandangkan yang ni je aku amek gambar so yang ni lah sahaja untuk harini.

p/s : teringin nak makan murtabak!!

juadah ramadhan #00

♥ 5:14 AM 2 ♥
sure semua orang semangat gile nak masak sedap2 kan.minggu 1st puasa katakan. kita tengok  minggu depan cmne kekeke

saje nak buat korang terliur.sape suh pagi2 datang jalan2 kat blog aku wakakaka

































 hehe saje je nak bagi korang ilham nak masak apa untuk berbuka. baik tak aku? baik kan~

juadah ramadhan #01

♥ 1:10 AM 0 ♥
salam ramadhan semua =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ok. now mari kita sama2 berkongsi apa juadah untuk sahur dan berbuka pada hari raya  pertama berpuasa. selalunya juadah berbuka and sahur sama je kan? lain ceritanya dengan kamu2 yang makan luar. bagi mereka yang rajin masak seperti kami cukuplah juadah yang sama untuk berbuka dan disimpan untuk bersahur. so hows your 1st day berpuasa? sharing is caring, come on~

so this is mine. sup udang. haha ada ke? lantak lah janji sedap



resepi? simple gile. since 1stday puasa malas gile nak masak kan sebab aku tak puasa

bahan-bahan
  • perencah sup
  • bawang putih dan bawang besar
  • udang


cara-cara
  • hiris bawang putih dan bawangbesar
  • panaskan minyak kemudian tumiskan bawang
  • setelah naik bau, masukkan perencah sup
  • tambahkan sedikitair mengikut sukatan masing-masing
  • kemudian masukkan udang
  • tunggu sehingga udang masak
  • sedap dimakan semasa masih panas
  • lastly, taburkan daun bawang dan daun sup. nyum2~


selamat mencuba!jom2. try to cook 30 different meals in this ramadhan. hehehe





 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting