Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Dec 7, 2010

di mana silapnya....mari bersemangat!

10:28 PM 0 ♥
amaran awal : pemerhatian ni ke atas diri aku sorang je. xde kaitan ngan orang lain, sama ada yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. kalau ada persamaan hanyalah kebetulan, atau dalam erti kata lain kita serupa! haha

zaman tadika & prasekolah:
bangun pagi semangat nak g sekolah. semangat nak pakai baju cantik-cantik. sorry lah, tadika aku time ni belum ada baju seragam petak2 tuh. so suka hati nak pakai baju apa. zaman tadika ni, berlumba2 nak siapkan latihan cikgu bagi. lumba ngan kawan aku, siapa lambat hantar kat cikgu akan kalah.

darjah 1-darjah 6 :
time ni toksah cerita la. semangat nak belaja membuak2. rajin betul. kerja sekolah pon selalu jadik rujukan kawan-kawan. kat kelas belajar betul2. sebab nak jadik pelajar cemerlang.paling cemerlang. tamak. taknak bagi orang lagi pandai dari aku. penolong kelas tu dah memang xde muka lain. ketua pengawas pon aku  lah. ketua rumah pon aku. solo nasyid pon aku. komander kawad kaki pon aku. ketua pasukan puteri islam pon aku. semua aku lah. pelajar harapan katakan. time nak upsr pon pejam mata lah.sebab rajin buat latihan time kelas tambahan. balik rumah tengok tv pon abah x marah. cemerlang tak aku? bagi kawasan kampung aku, paling cemerlang la. haha

form1-form3 :
sebab upsr dapat 4A je, masuk sekolah dapat kelas ranking no 2. sebab aku skema, g prep belajar rajeng2. walaupun kadang2 aku tdo je haha. tapi bila nak exam, aku pulun. pulun gila buat latihan. hapal sana sini. rezeki aku, dapat masuk kelas 1st time form 2 n 3. bila nk PMR, pulun jugak. orang lain dapat 9A xkn aku xleyh kan. tapi dah xleyh nak pejam mata la jawab exam.sebab aku xterer semua subjek. kureng sket. haha

form4-form5 :
Alhamdulillah, result PMR ok. dapat masuk SBP. time ni dah merundum sket. sebab nak kena fight ngan sumer yang terer2. subjek makin banyak. 12 subjek. tekanan pun makin tinggi. kerajinan pulak makin kurang. masa duk sekolah ni la 1st time aku tepon abah masa nak exam. sebab risau takut xleyh jawab exam. and masa ni aku xbelajar sama macam aku belajar time nak upsr and pmr. dulu belajar nak pastikan semua aku tahu. supaya nak masuk exam x cuak. semua lam kepala. org tanya dah boleh jawab. tapi time ni, boleh kira ngan jari je ilmu yang betul2 aku serap lam kepala. masa ni pun dah start dah pk, cukup2 makan pon xpe. xcemerlang macam orang lain pon xpe. xdpt masuk top 10 pelajar cemerlang pon xpe. janji spm aku xteruk sgt.

AAJ :
after SPM, dapat tawaran study kat jepun.so kena amek foundation kat RPKJ, UM. time ni toksah citer la. tahap ketensenan belajar yang paling tinggi kot lam hidup. haha. subjek sikit je. tapi sebab aku ni xsuka la belajar bahasa, memang silap la. sebab time ni la nk belajar fizik, kimia, matematik lam bahasa jepun. time ni baru nak belajar hiragana, katakana, kanji. time ni dah hilang semangat nak jadik orang paling cemerlang. dalam kepala, kalau dah lulus pergi jepun pun dah kira syukur sangat2. bape kali gak la nama naik ngan mama ros sebab result teruk. nanges2 banyak kali jugak lah. dalam kelas belajar apa pun xtahu la. dalam kepala banyak perkataan tensen, tensen, tensen je kot haha.

Tahun 1-4 di fukui university :
Syukur tak terhingga sebab ada rezeki jugak nak sambung ke sini. walaupun result cukup2 makan. tahun pertama ngan kedua,satu sem 15-16 subjek. exam seminggu je. satu hari 3-4 paper.minggu ni last belajar minggu depan start exam. tanpa study week. semangat tu pelan2 jatuh. impian nak jadik yang paling cemerlang pun dah lama hilang, cukup kalau dapat jawab soklan time exam. tu pun pernah masuk exam sambil termenung je. zaman kena repeat subjek. zaman bila xdpt jawab soklan dah start kira markah bagi cukup2 je lulus. kalau dapat A tu memang terus sujud syukur 

alam kerjaya : ??? 
macam mana la agaknye ye? hmmmmm....

marilah sama-sama bangkitkan kembali semangat kamu wahai ckynwan! semangat2! kau bukan orang mcm ni tak lama dulu. org len boleh menten je jadik yang paling cemerlang, kenapa kau xleyh? dush3~

wuwuwu~

Oct 9, 2010

semangat patriotik mesti ada beb!

12:50 AM 0 ♥
okeh harini berjiwa patriotik sket. semangat gitu! kelmarin dengan semangatnya aku mendendangkan lagu daerah setiu ni kat dia. hahaha padan lah muka kan kena dengar lagu ni dengan suara sumbang tapi penuh semangat gitu.

tadi aku tanye pakcik google pasal daerah sendiri pastu terjumpa link best. 1st time aku jumpa nih. hahahaha. semangat punya pasal aku nak suh dengar lagu ni. seingat aku , belajar time sekolah rendah. memang terhafal sampai sekarang lah. tak ingat dah aku masa sekolah rendah dulu agaknye nyanyi lagu ni setiap isnin kot haha

lagu sekolah pun aku tak ingat. tapi aku ingat lagu setiu ni. haha meh dengar ramai2 

Sep 27, 2010

ayuh, kembali ke sekolah!

10:36 AM 0 ♥
ayuh kembali ke new era! haaaa ingat tak lagu ni dulu. suke betol aku hehehe. kalau diikutkan sem baru start 2hb 10, officially. tapi untuk budak tahun akhir macam aku ni, xdenye nak tunggu sem start. abes je cuti 2minggu haritu sepatutnya aku dah kena datang kenkyushitsu. 

tapi disebabkan minggu lepas sensei takde sebab outstation maka aku sesuka hati la kan tak pergi lab. harini baru sensei akan memunculkan diri maka

Aug 29, 2010

salam perantauan musim kedua sebagai contest

1:13 PM 8 ♥
oke. 1st skalik meh kita bergembira ramai-ramai

 

kenape?
kenape?
kenape?





masih ingat lagi entri salam perantauan? ye, percubaan untuk menghantar gambar di ruangan salam perantauan. Alhamdulillah. tadi ngade2 p search nama sendiri sekalik kuar jugak yang link ni.


gambar pilihan ciktembam

okeh. sekarang semua orang pergi beli utusan!!! kalau jumpa gamba aku yang macam ni aku kat utusan bagi hadiah!!! hahahaha gaya macam nak promo utusan ke nak promo diri sendiri. eh macam menarik je untuk contest kan. nak buat contest lah hahaha 


contest salam perantauan
syarat-syarat penyertaan

  1. perlu rajin menyelak ruangan utusan untuk mencari gambar di atas.
  2. ambil gambar sebagai bukti kamu yang nampak@jumpa gambar aku ni keluar utusan. bukan yang online ok. yang betul kat kertas surat khabar
  3. tunjukkan kepada aku tak kira lah nak tulis dalam blog@hantar gambar melalui emel @ macam mane janji sampai kat aku. emel: sick_kien[at]yahoo[dot]com
  4.  mestilah warganegara malaysia tidak kira di mana anda berada.
  5.  tidak wajib follow blog aku. nak follow pon boleh juga
  6. tidak wajib tag orang tapi nak tag pon boleh juga supaya contest ini membiak
  7.  pemenang dikira sebagai orang pertama,kedua dan ketiga yang jumpa gambar di atas di akhbar utusan dan inform aku.
  8. tarikh tamat contest : until ada 3orang jumpa gamba di atas kat utusan
  9. oh banner? kalau rajin letak la ni kat tepi blog kamu. taknak letak pon xpe hihihi



nanti lah aku terasa nak tambah nanti aku tambah okeh.

motif contest : aku tak ada masa nak g belek utusan kat malaysia haha

hadiah utk orang luar dari negara jepun : barangan dari jepun la semestinya. berlambak nih xlarat nak simpan. keychain ke, t-shirt i love japan ke. nanti aku pikiaq okeh.
hadiah untuk orang yang duk jepun : korang nak apa? keychain dari malaysia? haha aku bagi keychain jepun gak lah.

sekarang dengan rasminya aku tag semua pembaca blog aku. tak ada kompromi! haha

entah2 tak keluar kat paper pon haha

Aug 7, 2010

kita perlu ingat bahawa artis juga manusia biasa sahaja

8:25 PM 0 ♥
assalamualaikum =)
salam sejahtera

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

pernah tak rasa kecewa bila dapat tahu artis kesayangan kau sebenarnya berperangai buruk? xda la kesayangan mana pun, cuma kau mengagumi la bakat. ya. aku sangat suka ngan nasha aziz. nasib baik aku ni pompuan kan. kalau tak jatuh hati terus. dia pun ada body cantik. model katakan. aku tak tahu bakat modeling dia hebat macam mana tapi aku suka lakonan dia. u just name it. perempuan ayu, tomboy, i bet nasha aziz mesti dapat lakonkan dengan baik, memang power. kalau ada lakonan yang dibintangi oleh beliau memang aku tak pernah akan tolak la. xde la nak kata semua aku x miss. tapi kalau tau je nasha aziz berlakon aku mesti nak tengok punya lah. haaaa sampai macam tu sekali kan.



sampai la suatu ketika aku blogwalking kat page Red Mummy and i was shocked. ish, pelakon kebanggaanku. kenapa macam ni? memang la dah banyak sangat cerita2 pasal artis ni. hanya orang dalam dunia artis je tahu. kita yang rakyat biasa ni memang terpedaya la kan. 

nak tahu apa yang besar sangat tu? jom terjah entri Red Mummy kat sini.

isk, sedih. <--- tak pasal2 je hahahaha

buat baik berpada-pada, buat jahat pun berpada-pada

12:30 PM 0 ♥
kita ni manusia, nak kata buat jahat jangan sekali tuh memang dah bagus la nasihat. tapi manusia ni lemah. syaitan pula dah memang berjanji sebelum kita lahir lagi, dia dah bersumpah dengan Allah nak sesatkan manusia ni supaya boleh sama-sama teman dalam neraka kelak. ya, aku bercakap berdasarkan dalil yang nyata.

Al-Araf


Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)


aku rasa dalam agama lain pun sama je. ni pasal perangai kau. mana-mana kelompok masyarakat dan agama pun sama je konsep dia. so kali ni aku nak cakap. buat jahat biar berpada-pada. kalau orang dah buat baik, why not kau balas balik dengan baik. kalau orang dah layan baik, why not kau pun layan baik. susah sangat ke?

kalau ikut hati aku ni, tak hadap la ngan muka kau tu. 関係ないし。


ya. aku emo harini!

ok, ckywan..sila pergi tenangkan diri. kau tengah marah2 syaitan lagi suka. fuuuuuuuu~ tarik nafas dalam2. hembus kuat2 pun xpe. orang xde.haiihhhh saje je bikin aku panas tengah2 hari panas membahang nih.

seorang lagi bakal pelajar untuk sekolah perempuan mengandung

10:54 AM 0 ♥
baru je 2 hari lepas aku baca berita pasal bayi yang ditinggalkan di dalam kotak. tupaptuptap harini terbaca lagi berita semalam mengenai bayi yang ditinggalkan di dalam saluran batang paip di dalam terowong. nasib baik sebelum hujan, kalau tak dah lemas bayi tu. Alhamdulillah sempat diselamatkan. apabila dunia semakain kejam, inilah padahnya. nak tuduh perempuan tu pun xtau asal-usul cerita. mana la tahu kena rogol ke kan. tak semestinya sebab dia ngan rela hati nak dotdotdot kan. nak salahkan lelaki seratus peratus pun kadang2 rasa tak boleh.nanti ramai pulak pembaca lelaki di luar sana melentingtak tentu pasal memang la patut dipersalahkan kalau jantan tu yang p rogol. tapi banyak sebenarnya sebab dan musabab berlakunya perkara macam ni. nanti kita cerita-cerita lepas ni okeh.

baca di sini.

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah hatiku, dan imanku. Berikanlah aku petunjuk ke jalan kebenaranMu. Jauhkanlah aku dari segala anasir2 jahat. Pandulah aku ke jalan yang diredhai. Tetapkanlah hati dan imanku. Amin.

kes kematian pelajar di kolej kediaman Raja Nazrin Shah(kolej 12) di UM bukan kes bunuh diri

9:00 AM 0 ♥
assalamualaikum =)
******************************

sebagai seorang pelajar yang pernah menghuni di kediaman kolej 12, peristiwa ini memang sangat concern perhatian aku. terkejut. sangat-sangat terkejut. sebelum ni pernah terbaca status twitter kawan aku cakap kolej 12 akan berhantu pahni. tapi aku xbajetapa2. justmcm biasala la kan kalo peristiwa hantu2 kat kolej. kemudian labmate aku cerita la pasal peristiwa ni. katanya arwah terjatuh sebab cuba nak memasuki biliknya daripada koridor bilik sebelah di tingkat 5. sudah tiba ajalnya padahari itu, lalu terjatuh.

harini aku blogwalking lagi. dan terjumpa satu post pasal peristiwa ni. so saya merasakan keinginan untuk berkongsi cerita dari penulis. untuk mengelak sebarang fitnah kelak. tiada sebarang perubahan. di copy-paste terus dari blog penulis.

************************************************

Ehem. Walaupun hari ini dah 7 Ogos 2010, saya terbuka hati nak cerita tentang kejadian tragis yang berlaku di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah pada 30 Julai 2010. Tujuan saya menulis kisah ini bukanlah untuk memburuk2kan mana2 pihak apatah lagi mengaibkan. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan kita. Insya Allah (:

30 Julai 2010. Jumaat.
Pada lebih kurang jam 2.33 p.m. saya terbaca status fb salah seorang junior Asasi katanya ada seorang budak terjatuh dari balkoni tingkat 5. Lalu, lebih kurang jam 3p.m. saya dan rumet saya Ati'qa pun turun la ke bawah, ke kawasan antara Blok B dengan Kafe. Masa tu dah ramai orang kerumun tempat tu dengan Polis sume bagai. Mangsa pun dah ditutup masa tu. Saya dan kawan2 saya tunggu kat situ sehingga la mangsa dialihkan dan dibawa pergi oleh van Polis pada lebih kurang jam 4.30p.m. Masa tu hujan turun renyai2.

Malam tu, jam 10.30p.m. lebih kurang 25 orang wakil Kolej Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, rakan2 arwah, wakil PEMASHOR (Persatuan Mahasiswa Johor) bertolak ke Rompin menaiki bas.

31 Julai 2010. Sabtu.
Kami tiba di rumah Makcik arwah pada jam 3.30 a.m. Bacaan Al-Qur'an, Yassin dan tahlil berkumandang. Kami menanti sehingga masuknya waktu Subuh. Arwah disolatkan oleh jemaah kawasan kampung tersebut selepas waktu Subuh. Kemudian kami bergerak ke tanah perkuburan yang terletak lebih kurang 15minit dari rumah Makcik arwah. Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan.
.
.
.
Walaupun saya tak menyaksikan secara live bagaimana arwah terjatuh, saya ingin menegaskan di sini bahawa, arwah terjatuh. Bukanlah membunuh diri atau selain dari itu. Tolong jangan mengada-adakan cerita2 tak enak yang mungkin boleh mengaibkan arwah & keluarganya. Sudah tersurat di Loh Mahfuz yang Zulkhairil Azmi bin Md. Bukhary diambil nyawanya pada hari tersebut dengan cara yang sebegitu. Alhamdulillah pada pandangan saya, Ibu dan Ayah arwah sangatlah tabah. Walaupun tak henti2 air mata mereka mengalir, namun dari cara Ibunya bercerita dengan kami, insya Allah dia mampu terima kehilangan anak sulung mereka. Lebih menyayat hati, 30 Julai ialah hari lahir Ibunya yang ke-45. Ibunya juga berkata :

"Anak baik, Allah nak ambil dulu, taknak kasik dia buat dosa."

"Dia anak yang tak mendatangkan masalah."

Selepas Subuh kami berkesempatan melihat wajah arwah. Alhamdulillah putih suci je wajahnya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Husnul khatimah insya Allah. Kita yang masih hidup ni bersedialah ke arah itu. Wa'Allahu'alam.

************************************************

macam mana mau tambah berat???

7:00 AM 0 ♥
harini aku termiss lunch. bukan sengaja taknak makan tapi cuaca panas sangat duk minum air sampai 3 gelas-tinggi-23cm. pastu makan aiskrim 2 batang. petang sikit makan 4 sudu cheesecake. then malam tadi baru makan nasik lauk sayur masak lemak ngan telur goreng.

pastu timbang2 berat adala gerak 400gram je. so berat lepas makan tadi dah jadik 44.4 kg. eh banyak sangat no 4. orang jepun sensitip. so kira cincai-cincai 44.5 lah kan. gilo ko apo??? kang abah aku sedih tengok aku kurus dah tak menawan ni.nanti pergi mengadu kata Kak Ug.

" tengok Ikin tu makin kurus"

meh nak citer sikit pasal berat aku nih. masa sekolah menengah berat aku 48kg. makan banyak tak hengat kat asrama tak pernah miss. kalau breakfast sediakan roti je aku p beli mee goreng / nasik goreng kat kantin. pastu masuk AAJ kat UM 2 tahun aku tak ingat lah berat aku berapa. tapi since disahkan ada gastrik oleh doktor dan dinasihatkan untuk makan selang 4jam, aku memang makan tak berhenti 6x sehari. sampai junior tegur terang-terangan pipi dah kembung. malu tapi mahu makan lagi haha

after datang Jepun 5 bulan berat aku turun 5kg. zaaap! sekaligus cmtu je. pastu aku mengembalikan tenaga untuk makan dan makan lagi sampai la menten 46 @ 47kg. bukan menten tak mahu bagi  naik tapi menten tak mahu bagi turun. so 5 6 bulan kebelakangan ni berat aku duk selang seli gerak turun naik 45 @ 46. dan dah berapa kurun dah duk menten 44 @ 45 kg. sakit jiwa. penat dah makan banyak2. masak tiap2 hari kat umah nih. budak2 sini pun dah cakap lam perut aku ada black hole. makan2 je lalu usus sampai black hole makanan lesap xtau p mana. hahaha

so, siapa-siapa yang ada cadangan baik punya supaya berat aku ni naik la sikit2 kan. sila beri cadangan . sangat2 memerlukan. tq =)

kuman di seberang mata nampak, gajah di depan mata tak nampak

3:30 AM 0 ♥
alah, semua org pon mcm tu kan?

biasalah kita sebagai manusia...kadang2 kita rasa mcm dah betul ape y kita buat tuh, ape y kite pk...dah x salah...bak kata nihonjin... niggen tte iro2.. eh ke salah men bantai la pulak kan haha tapi di mata orang len lak cmne? agak2 semua org rasa betul ke?

arini aku bukan nk bercakap psl org yang boleh nampak kuman kat seberang, tapi tak boleyh nampak gajah kt depan mata. rabun ke ape?tapi aku nak ckp psl mcm mane nak buat supaya kita ni ; manusia y perasan serba hebat boleh nampak kuman kt seberang mata tapi sebesar2 gajah kt depan mata tu xnampak pulak kan.

kadang2 aku terfikir, selama aku hidup ni..dah 23 tahun, (alhamdulillah terima kasih Allah bagi aku umur y panjang ni.) apa y aku buat, apa y aku fikir...ada y aku amek masa lama, ade y amek masa kejap tapi last2 tuh mesti lah sesuatu y aku rasa mcm dah ok....... sebenarnye semua itu ok ke kt mata org? bukanlah nk kata nk puaskan hati semua org tapi mcm mane kita nk tahu apa y kita buat tu oke je kt mata org? sebab kdg2, mmg lah ape y kita rasa dah betul tu mmg2 dah betul tapi perlaksanaan tu kdg2 buat org len nmpak salah. adoih pening pulak jadiknye.

dulu aku slalu wt cmnih...aku bayangkan apa y aku buat n laksanakan, apa y aku fikir tu aku jadikan ia lam satu watak dalam drama n aku ckp kt diri snirik, kalau ade watak mcm aku ni lam drama..agak2 aku suke ke x watak tu?meyampah ke, geram ke, tensen ke....haaaa time tu la br mcm bleyh nampak

Aug 5, 2010

hina sebab tiada biskut famous amous?

6:06 PM 0 ♥




tadi aku blogwalking jap, tuptaptuptap terjumpa lg satu mangsa facebook. mangsa glamour sebab facebook. ingat lagi pasal adik rifqin darwish (aku x engat nama dia eja cmne) yang glamour sebab dia kutuk arway din beramboi tu.? memang glamour terus. haaa kali ni pulak kes seorang akak ni. aku dah siap g bukak group ni kat facebook.. nape? alkesahnya nak bergurau aje. cakap johor tak best, johor tak maju, johor hina sebab tak jumpa cari biskut famous amous? duk tulis macam2 sambil komen2 ngan kawan2 je pun. skalik mungkin la ada kawan2 dia yang berasal dari johor terbaca pastu hangin satu badan. takpun kalau dia buat profile tak private, orang johor yang lain baca terus pergi buat page benci akak nih. kesian. siap ada gambar dia ngan anak dia. memang kena kaw2 lah.

so kawan2 yang ada facebook, jangan main redah je nak cakap apa2 sekarang ni. kang tak pasal2 buat fanpage. huiihhhhhh dasyat betul! beringat sikit bahasa okeh. insap2. nak try p search nama sendiri la kot2 keluar fanpage aku ke. 


Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta

3:06 PM 0 ♥
******************************************************

Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta
05/08/2010 9:04am
SABAK BERNAM 5 Ogos – Seorang lelaki bersama rakan wanitanya terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di dalam kotak di tepi keretanya di Sungai Besar di sini malam tadi.
Pasangan itu bagaimanapun membuat laporan penemuan bayi tersebut di Balai Polis Bangi dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, bayi berusia kira-kira seminggu yang ditemui pada pukul 9 malam itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan setelah keterangan pengadu diperolehi memandangkan pengadu membuat laporan di luar kawasan. - Utusan

******************************************************


ni lah antara sebab2 kerajaan Melaka nak tubuhkan sekolah untuk perempuan mengandung. pastu Maim nak benarkan pelajar kahwin awal . seawal umur 18 bagi lelaki dan 16 bagi perempuan.
haiihhh.

berita seterusnya.



******************************************************

Kanak-kanak ditemui selepas dua jam diculik

05/08/2010 2:04pm


IPOH 5 Ogos — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilarikan seorang lelaki dengan sebuah kereta di Taman Meru di sini malam tadi, ditemui selepas dua jam diculik.



******************************************************


masih ingat kes adik NURIN, SHARLINIE dan banyak lagi kes2 culik yang menggemparkan negara suatu ketika dulu? sila pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan yang sepatutnya. kadang-kadang orang sekitar pun boleh jadi penjenayah dalam sekelip mata je. gerunnya~



kes pelajar tumbuk guru-salah siapa?

11:34 AM 0 ♥
assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



dah tengok video ni? dengarnya dah masuk tv.kat youtube pun dah 58 ribu ++ org view. seronoknya tukang upload video nih.ramai orang tengok video dia. okeh mari kita kaji dan selidik video nih. aku dengar dan dengar banyak kali. banyak pro n contra. aku xtahu la asal-usul alkesahnya. siapa salah siapa yang betul. ternyata pelajar tuh macam dah lama simpan dendam kat cikgu tuh . katanya 2 tahun berdendam. marah tanpa sebab. marah tanpa usul periksa. cikgu tuh pulak jenis taknak mengalah. dua2 taknak mengalah. memang kalau dah kena provoke macam tu memang haru la jadiknya. aku takleh nak cakap....

"oh, budak ni memang kurang ajar gila!!" 
"eh ckgu ni cuba bersabar sikit dengardulu apa budak tu nak cakap". 

sebab aku bukan seorang guru yang mengajar di sekolah. mungkin aku tak tahu macam mana lagaknya menjadi seorang guru nak menangani masalah pelajar. entah, sepanjang aku bersekolah daripada tadika sampai la form 5. tak pernah pulak di sekolah aku ada kes2 macam ni. guru tumbuk pelajar. eh terbalik. pelajar tumbuk guru. yang selalu dengar guru la yang rotan, denda. alah biasa la tu denda tak siap kerja sekolah, langgar peraturan. aku dulu tak siap kerja matematik time darjah 3, perut kena pulas sampai terangkat2 kaki. sakit xyah cite tapi takde la smpai nak balik meraung2 gtau mak ayah. kalau balik meraung nak repot kat mak ayah sah2 lagi sedas aku kena ngan abah aku kan haha

rata2 sekarang budak2 makin lemak. dan cikgu pun lebih kurang je kot. (maafkan aku wahai guru-guru di luar sana ) kalau dulu penuh dengan rasa hormat terhadap cikgu, sekarang kenapa boleh berkurang rasa hormat tu di kalangan pelajar? tak boleh nak tuding jari kat satu pihak je. sebab keduanya memainkan peranan penting. kena ada give and take. erk ada kaitan ke? ada2.kalau dalam keadaan macam ni, ikut dalam video kat atas tu siapa yang salah? cikgu ke pelajar? ke ibu bapa kedua-duanya? korang dengar dan teliti dan buat la penilaian sendiri. 

dan lagi satu. yang duk atas kerusi tuh tengok gelak2. yang tukang merakam pun satu. apesal perlu dirakam? nak tunjuk kat satu dunia yang budak tu bermasalah? nak tunjuk kat satu dunia macam mana cikgu2 handle masalah kat sekolah? awat bijak benor ni cikgu? nasib baik ada cikgu yang datang nak menenangkan keadaan tapi sudah terlewat. kan dah kena sedas. eh banyak jugak tu. agak2nya la kan, kalau si pelajar tak tumbuk cikgu tu, sampai bila orang ni nak merakam? 

dan apakah kesudahannya? pelajar tadi kompem kena punya. paling kurang gantung sekolah. kena buang? cikgu tuh pulak? naik pangkat sebab berjaya buang pelajar bermasalah?




Aug 3, 2010

dalam hati ada syaitan, bukan taman

8:03 PM 0 ♥
assalamualaikum people =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


  1. tamak dan buruk sangka
  2. cintakan hidup dan panjang angan-angan
  3. mencintai kenikmatan dan kerehatan
  4. kagum pada diri sendiri
  5. memandang rendah pada orang lain
  6. hasad dengki
  7. riak dan suka dipuji
  8. kedekut dan bakhil
  9. takabbur(menolak kebenaran, ego)
  10. sombong dan angkuh


anda mempunyai sifat di atas? sila beristighfar sekarang.
kenapa?
kerana yang tersebut adalah cara-cara syaitan memasuki hati manusia.
dan terus mengajak kepada keburukan.
astaghfirullahal`azim

Jul 31, 2010

lidah setajam pisau

3:48 PM 0 ♥
kadang kala aku juga mempunyai keinginan untuk bebas bersuara.
tanpa perlu risau dengan mereka di sekeliling
tanpa perlu memikirkan kesudahan kelak

tapi dunia ini bukan milik aku seorang
dan hati  mereka kadang kala terlalu rapuh untuk menelan
sebuah hakikat yang digelar kebenaran
lantas, sampai bila sanggup diteruskan?

mimpi mainan tidur

9:17 AM 0 ♥
semalam mimpi ngeri.

sejauh mana korang percaya mimpi? kadang-kadang mimpi nih banyak yang mengarut2. memang mengarut pun. tapi kadang-kadang mimpi ni macam petunjuk pun ada bagi sesetengah orang. mimpi mainan tidur. dan aku ; sebagai manusia yang susah sebenarnye nak mimpi melainkan jika keadaan emosi aku pada ketika dan waktu itu kurang stabil, macam2 la yang aku mimpi.

sebanarnya, mimpi adakalanya datang sebab 2 3 hari sebelum tuh duk asyik terfikir je pasal benda sama. aku xtahu orang lain macam mana tapi aku jenis yang macam tu. contohnya, dulu masa kat sekolah, ada satu ketika ni aku selalu duk belek2 bulu mata aku ni depan cermin. yelah, bulu mata tak lentik, tak lebat dan tak panjang. tapi aku bersyukur dengan ciptaan Tuhan. so setiap kali ngadap cermin aku duk belek2 cari lah seurat dua bulu mata yang agak2 lentik sikit kan. 

"hmmm, ada jugak bulu mata aku yang lentik. walaupun tak sampai 45 darjah macam iklan mascara tuh."

nak jugak sedapkan hati. pastu, tak lama lepas tu aku mimpi dorm-mate aku 2 3 orang duk puji bulu mata aku lentik. ha ha ha ha nak sangat kan? terus mimpi. so kadang-kadang kalau dapat mimpi entah pape, jangan la cepat sangat panik. kita terlampau fikir sangat sampai masuk lam mimpi hehe

tapi tak mustahil ada orang yang taksub ngan mimpi kan? terlalu mempercayai mimpi. dapat mimpi macam tu macam ni terus fikir macam2.

Jul 30, 2010

jalan-jalan dengar bunyi bunga api

10:59 PM 0 ♥
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

petang tadi ada orang yang bersemangat waja nak pergi tengok pertunjukan bunga api sambil jogging. depa duk jalan setapak dua tapak mengikut bunyi dan cahaya bunga api. nampak je dari jauh. dum dam menyemarakkan langit. kami jalan lagi.ops, aku nek beskal. bawak tripod bagai. penat tadi selongkar bateri baru. nak amek gamba chantek2.

mereka jalan dan aku kayuh lagi.sampai lah ke satu simpang zebra crossing yang paling panjang. kat sini dah nampak dengan jelas sikitla percikan bunga api. dah makin dekat nih. tetiba kawan kami yang dah lama  sampai kat sana talipon. 

"dengan ini dimaklumkan pertunjukan bunga api dahabes.sekian!"

what the hello kitty la kan. hahahahaha kesian depa duk jalan jogging. tempat yang nak dituju xsempat pun nak sampai. haiya. xdapek la nak letak gamba bunga api. aku letak yang last year aci x? amek snirik ni.1st time hihi.

















Jul 27, 2010

soro-soro shakaijin ni naru.kyaaaaaaaaaaaa~

1:47 PM 2 ♥
assalamualaikum.
salam sejahtera

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi check emel. skalik ade satu emel yang tak pernah dilihat nama pengirim. siapakah dia.jeng2 hahaha



***************************************************
Salam,

Wan Norasikin,

How are you? Hope you are fine.
If you need further information about KPTec, kindly email to me.
See you on 3rd of May 2011.
Anyhow, we will communicate from time to time, InsyaALlah.
Kindly reply my email so that I am understand that you still with us.



***************************************************


alamak! macam mano nak balas nih. kekeke haha berdebar2 mcm ape je. sat na nak pikiaq ayat jap. 1st time seumur hidupku nak menempuh alam pekerjaan.

oh btw, entri aku nya tajuk nih maknanya : aku dah nak jadik org yang berkerjaya

myspace-->friendter-->facebook-->twitter--> ???

10:51 AM 4 ♥
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



dulu zaman my space.oh aku ada jugak acc myspace jgn xtau.dah berhabuk tak bukak. bukan myspace je, tagged pon ada. flixter pun! berzaman jugak tak bukak. lepas tu bukak acc friedster. 


friedster setelah malaysia ambil alih.tapi ade orang men lagi ke..


hooohhh zaman berlumba2 nak tambah 'kawan'. nak tengok siapa paling dapat banyak kawan. kalau banyak2 rasa bangga. tak kesah dah sapa yang request fren pon balun aja. mamat bangla ke, nama takleh nak sebut ke semua hantam saja. janji kawan ramai. padahal bape kerat je y ko contact betul2. bape kerat je y betul2 jadi kawan. pastu hari2 check ade ke x msg. dulu kalau xde pun tak ape. janji dapat tengok sape y view profile. lagi banyak lagi rasa glamour. ha ha ha ha



bila dah bosan menjebakkan diri pulak ke alam facebook. nih lagi mantap. semua ada. gila2 main application. jawab soklan sana sini. memenuhkan notification orang ngan kau punya application yang entah apa2. satu hari MESTI ada notification. yelah, zaman semua orang gile facebook. tak kan tak ada notification. sorang jawab new application, maka esok berderetlah dekat newsfeed pasal application yang sama. pastu pakat2 nak komen2. haiihhhh...

sekarang?
masih lagi bukak facebook tiap2 hari, selang 10 saat refresh. notification tetap tak ada. sunyi nye rasa diri ini hahahah ayat xleh blah. xpayah tunggu 5 saat pun tak apa.sebab eventhough satu hari kau tidur esok bangun pagi2 belum tentu ada notification kekekeke application? dah bosan. sekarang semua nak hide. supaya kat newsfeed tak ada.buat semak aja. lagi pulak bila kau kawan ngan orang yang baru nak kenal facebook. invite macam2. dik, akak dah tak  minat.ecewah~

sibuk lak ngan twitter. orang bertwitter ko pun nak jugak.xnak ketinggalan haha. layankan aje..



aku gune tweetdeck aje.tapi xleyh baca nihongo =(

eh ade lagi satu! formspringggggg! haaaa aku pun ade jugak haha. konon2 kalau nak tanye2 ape2 bulih la tanye kat sini. nanti aku tryjawabdengan jujur nya hihi


kau tengok la bahasa budak2 sekarang.
  • bilew kaw naq blk niew?
  • tak remaja la enn
  • tak un kaw pg lew dulu
adeh. an in un . ape tu?? tak paham aku. semua nak tambah2 'w', nak gune yang mcm ni : [Lew, Kew, Jew, Niew, Kowunk, AQ...etc]. cuba g tengok sini .kalau tak kua, p search : Kami Benci Orang Type Macam Rempit [Lew, Kew, Jew, Niew, Kowunk, AQ...etc] katfacebook. tergelak guling2 aku baca. nih kalau dpt msg cm ni sure aku ignore je. tak paham lah!! serius jiki dah berbeza.tua sangat dah ke aku ni? baru 23tahun ni.ehem2. walau apa pun, blog tetap menjadi pujaan hatiku. dari dulu smpai sekarang, aku tetap setia ngan blogspot.



 ade orang gune macam2 untuk expressi penulisan masing2.

tumblr


wordpress


note dalam ipod@iphone
*gamba curik daripada belog incik neng

ade yang public ade yang private. nak mengutuk la tu kan hahaha xde lah. aku pun ada blog private,. kadang2 nak menulis something yang tak boleh nak bagi orang baca. nak meluahkan perasaan yang mungkin ada kaitan ngan orang sekeliling. kalau kantoi kang gaduh pulak. tak kantoi pun dah gaduh kekeke kang tak pasal2 kena saman juta2.

so, which one is yours?



Jul 26, 2010

dunia kita berbeza

3:50 PM 0 ♥
ha ha ha ha aku berlagak hima(tak busy) apabila cuba update sekerap yang mungkin kekeke
xnk ckp panjang. cuma sikit je hihi

apa yang berbeza? dunia ngan sapa? 

dulu masa zaman masih lagi budak hingusan. sekarang pun berhingus lagi kalau selsema.ehem. time sekolah2, zaman2 innocent. bila tengok cerita @ baca novel @ apa2 je lah. kadang-kadang terfikir 

"eh ada betul ke orang macam ni" 

tak kisah la watak jahat ke baik sekalipun. tapi selalunya watak jahat la.sebabnya time tu tak terdedah lagi ngan dunia luar. duk terkurung kat kampung and sekolah. dunia aku hanya lah sekolah dan kat kampung je. kalau skrip yang wajib ada dalam sesebuah cerita mesti macam ni 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting