Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Nov 13, 2013

Bikin panas

10:27 PM 0 ♥

Kat atas jalan raya ni ada dua manusia y bisa membuatkan darah menyirap.

1. Belok kiri kanan x bg signal. Kalau mmg jalan kosong xde orang xpo la. Ni duk melangut tgu tup2 dia nk masuk simpang rupanya. Ni contoh ye.

2. Signal dah elok bagi, tp x amek kira ada org ke x kt sebelah, terus je belok. Apa dia ingat kita ni halimunan ke apa?

Kalau kome nmpak kawe buat gini jugok, silelah hon kuat2 bagi ambe sedar diri hak2.

Jul 4, 2013

Kisah hari ini

11:45 PM 0 ♥

Assalamualaikum!

Petang tadi kua awal dari opis. Nak pergi jemput puteri kesayangan.

Sampai di traffic lights,  lampu merah tengah menyala dan di hadapanku berduyun2 kereta beratur menunggu lampu hijau.

Aku yang baru u turn merapatkan kereta ke kereta depan.

Tiba-tiba....

Si pemandu kereta di hadapanku keluar,  di tangan pegang satu bag.
Dibuka pintu belakang, ambil lagi satu bag.

Dalam hati..."nak tukar bag kot sementara lampu merah, sempat la kot"

Meleset rupanya...

Si pemandu kemudian kunci pintu kereta, dan berlalu melintas jalan di sebelah kanan , meninggalkan kereta di tengah2 jalan.

No signal, no lampu kecemasan..nothing!

Membuatkan aku terpinga-pinga.

Apakah yang berlaku?

Mar 3, 2013

jangan la buat aku rasa marah smpai nak nanges macam dulu lagi~

11:28 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

tajuk tak panjang lagi boleh?

haaa pagi2 lagi dah nak buat aku emo kan...

alkesahnya sekarang ni tengah menunggu panggilan dari pakcik2 perabot yang janji nak hantar barang pukul 10, tapi sekarang dah nak masuk pukul 1130 pun xde sebarang panggilan telefon lagi. cemano?

sebab tu semalam awal2 lagi aku dah cakap bila bosnye cakap nak hantar pukul 11 aku xnak terima.sebabnya kalau janji pukul 11, pukul berapa baru boleh sampai kan. tengok sendiri la, janji kol 10 pun belum tentu pukul 11 korang sampai.

waduh2...gi mana ni?

sekurang2nya telefon la dulu ke apa, ni panggilan telefon pun xde. kami sebagai pelanggan la jugak yang nak kena call balik? masalahnya call xberangkat semua...


kenapa servis ini macam? benci la! dush2~

kita pun ada plan sendiri yang nak dibuat di hujung minggu ni. bukan nak mengabdikan diri menunggu barang je satu hari..

cukuplah peristiwa dulu sekali, xkan setiap kali nak hantar barang kena jadik macam ni.

Dec 22, 2012

marah sampai nak nanges!

5:55 PM 0 ♥
Hi!

harini dorang telah buat mood saya hilang begitu sahaja! semua plan dah kacau bilau.

Semalam pergi jusco kat sunway pyramid nak beli barang rumah. bila dah setel semua, bayar segala  dan promoter tu dengan konfidennya cakap nak hantar barang hari sabtu, iaitu hari ini lah.

tapi dia ada cakap satu barang kena check dulu ada stock ke x, kalau xde akan dihantar next saturday so dia akan call blk lah untuk confirmation.

di hari sabtu....

bangun awal pagi dari biasa. paksa hubby bangun awal sebab nak pergi management office untuk isi borang kebenaran orang luar nak masuk kws apartment. 

pukul 10 pagi call driver delivery service tu tanya pukul berapa nak hantar sebab dalam DO promoter x mention pukul berapa nak hantar. like i care lah kan kalau isi pun, kompem2 la xkan datang on time. kalau datang di hari yang dijanjikan tu pun dah cukup bagus.

mula2 driver tu cakap dah dtg smalam tp xde org kt umah. i was like " hello! i br order smalam, delivery today" . tersalah customer. then dia ckp nanti dia akn g amek brg kat sunway.

tunggu punya tunggu kol 12 i called again the driver. then dia cakap duk kat bukit jalil maybe around 3pm br boleh nk amek brg then hantar.

tunggu punya tunggu lagi smpai kol 330 pm, called again and the driver said he cannot deliver the goods today. tomorrow br okay. 

then i called department y berkenaan kat AEON, xde org angkat. call customer service, byk pulak cekadak nk kena isi bagai, then dorg ckp akn bg feedback in 24hours. kidding me? 24hours tu dah masuk hari esok la!

then call again department store. nasib baik ada org angkat. bila gtau psl brg x smpai , dia check2 ckp arini xde delivery for me. delivery next saturday. dah bengang2 tahap alam tu, i gtau everything.

smalam janji nk hantar arini. 
pastu i sendiri y call driver, driver pulak know nothing about the delivery.
not a single call from AEON to tell me about the changing of the delivery time.

then, org y angkat tepon tu pass kat promoter smalam. aku tnye la ape cter ni? janji nak hantar arini tp tunggu satu hari xde pun call dr AEON. call driver dorg pun xtau ape2. of cos la xtau ape2 sebab semua dah ditukar ke next saturday kan

promoter tu gtau yang tarikh ditukar sbb one of the good cannot be delivered today, so dorg change the date .

then why you didn't tel me 1st?

"sorry akak, sepatutnya saya call pagi tadi tapi lupa. baru nak call balik akak dah call"

SEPATUTNYA CALL PAGI TADI TAPI AKU DAH CALL DULU? AKU CALL PUKUL 4 LEBIH DAH KOT.

"kalau next sabtu xde delivery, i want to cancel everything"

"jangan la akak, confirm next saturday barang akak dihantar"

enough!

aku tau, x semua servis kat malaysia ni teruk, aku tau xsemua orang pernah alami macam ni tapi kenapa hal macam ni boleh berlaku. kenapa??? aku memang xpuas hati!

satu hari aku tunggu, sampai lunch pun tapau je sebab tgu nak beli barang dapur after dpt peti ais baru. and kol 4 petang br nk explain everything tu pun lepas aku call. satu hari duk umah je semata2 utk dpt tahu delivery dah ditunda tanpa sebarang pemberitahuan. ape ni????

stressnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jun 10, 2012

Dear doctor #2

8:13 AM 0 ♥
ok, ini bukan lagi post luahan perasaan macam last post. cuma nak bercerita sikit kejadian di sebalik surat rasmi kepada doktor secara tak 'rasmi' tu..

kalau nak cter pengalaman berjumpa doktor ni , aku memang xlayak la sebab baru beberapak kali pergi klinik. Alhamdulillah, diberi kesihatan oleh Allah. tapi xtau lah kenapa, setiap kali pergi ada aje masalah dengan doktor yang bertugas. 

pertama sekali peristiwa masa aku keguguran. macam mana aku boleh fobia nak pergi jumpa doktor walaupun tengah menahan sakit2 keguguran. masih tersimpan di kepala otak sampai sekarang macam mana doktor on call layan aku malam tu ; sehari sebelum aku gugur. marah2 aku sebab datang malam2. dia ingat aku ni rajen sangat la kan nak datang malam2. lepas tu dengan pembantu yang jugak marah2, cakap macam aku ni pernah mengandung sepuluh kali kan. aku ni 1st time pregnant sah2 la cuak kalau darah dah keluar berketul2. nasib baik hari aku gugur tu dorang xde. kalau ada memang laju je mulut aku kang.

dan aku memang x boleh tahan lah kalau dah membabitkan mak ayah kan.

minggu lepas, aku balik kampung. kenduri kahwin dan menjenguk abah yang disyaki penyakit batu karang. balik memang tujuan nak membawa abah ke klinik. macam mana x risau, bila mak beritahu abah gatal2 lepas makan satu ubat  dari klinik kesihatan. maybe abah alergik kat ubat tu. 

doktor sekalian, kalau tarikh ubat expired in MAY 2012..dan memang lah abah pergi bulan 5, adakah ubat itu masih boleh digunakan? mana la tau kan kot1 badan gatal sebab ubat dah expired.

ok, sambung cerita. sebelum ni abah dah pergi hospital,, bila check air kencing semua memang doktor cakap ada sisa batu karang. n abah cakap "doktor suspect ada batu karang". suspect? or maybe penggunaan bahasa abah y salah. but the doctor only gave abah ubat-ubatan. no other solution. x cakap pon boleh check tengok kat perut ke apa. just bagi ubat. sepatutnya doktor kena bagitahu, dah la yang pergi tu orang tua x reti nak bertanya. kan?

 hari sabtu  last week kan cuti agong so we expect hari ahad pon akan cuti la. tapi redah jugak pergi bandar jerteh sebab nak jugak bawak abah. mula2 pergi berdua je ngan suami ke klinik. kesian abah kalau pergi2 klinik x bukak langsung. bila kami pergi, doktor ada sekali. dah siap tanya pasal perkhidmatan. memang boleh buat. so i told them nanti nak datang balik la. oh, i called earlier but no one answer the phone..sigh! thats why we went first to check.

then petang tu pergi lah dengan harapan boleh la scan. sebab doktor kata kalau batu karang dah ada, memang boleh scan. pergi dua buah kereta sebab adik2 nak follow nak g mandi pantai lepas abes jumpa doktor. abah sampai dulu. tanya kat klinik cakap doktor akan masuk pukul 330. masa tu kol 130 cmtu la. so abah pergi surau nak sembahyang la sementara tunggu. then aku sampai, bila pergi klinik akak kat kaunter tu cakap doktor dah x masuk. padahal selang 15 minit aje lepas abah aku tanya. so aku tanya la " tadi cakap kat abah saya, doktor nak masuk 330" n guess what she said? " xjadi masuk"

perghh memang nak terbakar je rasa. dengan xde signboard apa2, what if kalau ktorg tgu sampai 330 n pergi balik dia cakap doktor xde? menyirap jugak la kan. ok la, maybe doktor ada emergency, doktor pon manusia biasa tapi sakit hati tengok abah datang sakit2 tu sia2 aje. g tanya klinik2 lain pon useless. sbb xsemua ada perkhidmatan y kami nak.

maka kami balik kosong jela. esok paginya, pagi2 lagi kami pergi ke klinik yang sama. tapi hampa sebab ada papan tanda " doktor cuti hari ini". kenapa x letak semalam???? klinik tu agak jauh dari rumah kami, dalam 45 minit cmtu. kalau 10min xpe la. so lepas tu kami cari2 kat klinik lain.

1st klinik, boleh scan katanya tapi kena tunggu doktor. orang yang jaga kaunter tu cakap doktor masuk petang. tapi petang kol 4 la. kidding me??? of cos la xkan nak menunggu 5jam kat situ kan?kol 4 masuk, kol 5 balik? klinik sendiri sukahati la kan?duhhhhh

2nd klinik, boleh scan kata mereka2 yang bertugas di kaunter. " boleh kalau doktor yang buat. " i even explained to them that we want to scan for batu karang. then tunggu giliran. mula2 abah tak bagi masuk. n i know why. no need to explain here. 

bila dah abes rupa2nya, doktor cakap dorang xleyh buat pon kat situ.cmne akak2 yang kat depan cakap boleh check at the first place? sebab taknak pelanggan lari ke?? so doktor just bagi ubat je la. bengang x bengang la kan. then aku masuk semula untuk mintak surat rujukan/penyata yang menyatakan abah aku nye condition, senang bila dia nak pergi hospital nanti. paham2 aje la orang tua kan. so kalau ada surat tu senang sikit. n penyakit abah bukan yang kecik2 demam je. batu karang kot. macam aku dapat surat dari doktor klinik swasta masa keguguran dulu. bila jumpa doktor kat hospital senang sebab doktor lain dah bagi kenyataan kan.

tapi doktor ni taknak bagi! seriously, berat sangat ke aku mintak. aku just mintak doktor buat surat, buat kenyataan je pasal penyakit abah aku. atau doktor tu tak paham apa yang aku nak. cakap susah nanti dia kena buat appointment la. memang jenuh aku bercerita, aku bukan duk kat kampung. balik hujung minggu je. so kalau ada surat senang la abah aku nak pergi hospital nanti. sampai dah menangis2 berendam air mata dah kat situ. then doktor suruh aku bawak abah pergi check kat hospital yang dekat ngan rumah aku, hospital yang sama yang doktor bagi ubat aje tu. sebab kat sana ada pakar katanya. macam2 lah lagi. dia suruh aku bawak pergi tinggal kat aku di umah aku skang kat selangor sebab banyak klinik2 pakar. ada alat nak scan , nak check bagai. oh tau pun solution. 

masa husband aku masuk skalik ngan abah tadi, xde pulak nak cerita, bila husband duk tanya how serious it is, cmne nak tengok ada ke x..langsung xnak cakap. macam nak taknak aje. dia just nak bagi ubat, then bila husband tanya lepas ni mcm mane sumer dia just cakap " dah abes ubat datang lah balik amek ubat" padahal dia sendiri xtau how serious it is! no need to check whutsoever! bila aku tnye dia nye opinion, dia cakap dah gtau td, and dia pon xsure apa condition. need to check in details. bawak pergi hospital yang ada macam2 kelengkapan untuk check. cakap belit2 ni cmne doktor?

dan bila last skali aku cakap nak dia nye contact number, supaya senang aku nak gtau next hospital yang aku nak pergi bahawa doktor yang sarankan untuk buat pemeriksaan lanjut.. baru lah dia cakap nak buat surat tu. see?? apa masalah sebelumnya. pastu sempat lagi cakap, "penat dah saya tulis dua surat arini, makan pon belum", DUA ok, bukan 20!! DUA. surat yang dia tulis tu panjangnya macam satu perenggan karangan je pon. and that time was 11 am! bukannya kol 2, kot la dia x lunch lagi kan.. oh maybe he was talking about coffee time. biasalah orang malaysia ni banyak waktu rehat. bfast, coffee break, lunch, minum petang, makan malam, supper. 

kecewanya hati ini. apa masalahnye?

mintak maaf banyak2 kalau apa yang aku cerita ni menyinggung mana2 doktor, mungkin anda xpernah buat macam ni tapi sebab aku sebut doktor semua doktor terasa ke apa. tapi ni luahan terhadap apa yang berlaku. kami ni naif pasal sakit2, kalau doktor tak bagitahu in details, memang kami xkan tahu. kalau yang muda2 cerdik bijak pandai boleh la banyak bertanya, tapi kalau golongan warga emas yang xtau apa2, memang mengharapkan sepenuhnya dari keterangan doktor. sebab kami x belajar apa yang doktor belajar, dan kami bukan doktor. sebab tu kami pergi jumpa doktor

so, please, please and please.......hargailah kami as your patient. we need your cooperation as well as you need us to be patient eventhough we are dying waiting our turn for hours.

ikhlas,
yang memerlukan khidmat doktor.


Apr 14, 2012

kesedaran sivik?

12:23 PM 0 ♥
Assalamualaikum!


rasa2nye kan, mcm mane nak memupuk kesedaran sivik dalam diri seseorang?
pendidikan yang bagus?

tak jugak kadang2. sebab yang bekerja semua rata2 dah dapat pendidikan yang bagus kan. kalau x, xkan kau dapat kerja bagus2 kan?

tapi aku masih tak paham kenapa..........


1. nak buang tissue atas penutup tong sampah. padahal tong sampah tu boleh pijak guna kaki utk bukak penutup. dalam tong masih kosong xde isi.

2. nak buang sampah dari tingkap rumah kalau duk kat umah flat, kereta parking kat bawah. tak ke bangang namanye?

3. nak merokok dalam lif. dah la lif uzur bebenor xde ekon xde apa. xcukup dengan conteng2 nak tambah pulak asap rokok?

4. nak berborak2 bagai nak rak dalam surau yang mampu menampung 3-5 orang je . still ko nak duduk lepak2 bergossip sakan, orang kat sebelah ngah solat. ada jugak yang jadikan tempat nak makan ?? ko sendiri pon susah nak khusyuk dalam solat kan, kenapa nak menambahkan lagi kesukaran org lain utk khusyuk dalam solat?

dan banyak lagi perkara2 yang sepatutnya korang2 ni dah boleh fikir patut atau tak patut buat. tapi kenapa masih buat. tak paham lah

Mar 30, 2012

Gelagat manusia

9:49 PM 0 ♥
Assalamualaikum

Dah sebulan kami duk ulang alik bawak kereta pagi-pagi dan petang-petang menempuh traffic jam. Lambat 5 min jalan mulalah penuh. Awal-awal masa skema lagi memang kuar rumah awal.

Skang ni bila dah tahu kelonggaran sana sini, mulalah liat nak bangun. Makin hari makin lambat bangun, makin hari makin lambat sampai ofis. Memang hangat2 tahi ayam.

Hari-hari tempuh jem ni macam-macam la gelagat orang yang boleh kita tengok. Kalau pagi-pagi ada gelagat tersendiri, bila nak balik umah petang tu ada pulak gelagat yang lain.

Pagi-pagi biasalah sumer orang nak cepat. Tukar2 lane xbagi signal tu macam dah xlarat nak hadap. Jantung aku dah bape kali turun naik sebab hubby duk brake mengejut aje kan.

Pastu pulak, yang x pahamnye selalu sangat terkena ngan lampu kereta di belakang yang super tinggi. Apa nak disuluhnya pun aku xtahu la. Padahal kereta penuh jalan, bukan ko tak nampak jalan yang bengkang bengkok ke apa..malah jalan raya lurusssss gitu.

Pagi semalam pulak xtau nak tergelak ke nak marah. Ingatkan kereta tu x de lampu signal sebab membelok cmtu je, rupa-rupanya lampu signal warna merah! Tetiba je lampu merah berkelip2. haihhhhhh sabor aje la

Lain halnya pulak di sebelah petang. Ada yang tak sabar2 nak balik ada yang bermalas-malasan di jalan raya. Tapi kalau malas tu x kacau org xpe la jugak kan. Kadang-kadang dari jauh dah tahu bila tengok gayanya.

Cuba bayangkan. Lane sebelah kiri dan kanan bergerak dengan lajunya, tapi lane korang je yang slow macam siput. Intai punya intai depan mcm kosong. Bila potong je kereta depan, memang dah dapat agak….

1. Makcik atau pakcik yang dah berumur. Ni kira boleh la nak dimaafkan..ye x

2. Perempuan / Lelaki yang main henpon sambil drive! Ni mmg kadang2 buat hangin satu badan je haha. Kalau nampak gaya calling tu ok lagi, tapi kalau gaya duk msg2 la, baca2 la, geram kan! Bertambah2 geram kalo dorang ni duk lane paling kanan. Xbagi laluan langsung. Nak slow2, duk la kt tpt y sepatutnya kan

aku pulak yang hangin. padahal tak drive pon hahaha. kalo aku duk lane kanan masa drive, aku lah super laju sebab xsuka ada kereta follow belakang nanti aku nervous x hengat donia, berpeluh2 satu badan walaupun pasnag ekon hak2

Mar 13, 2012

4:22 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

Salam sejahtera

_____________________________________________

Masuk surau untuk menunaikan kewajiban sebagai orang islam. Dalam surau macam2 ragam orang yang kelihatan. Tudung labuh tudung pendek, xde tudung. Tang baju pulak, baju kurung, jubah, seluar tiga suku, baju lengan pendek. Tang rambut pulak. Ade hitam, ade coklat, ade merah. Macam2 ada. Yang ori n tak ori.

Lalu terdetik di hati.

“Kalau macam ni baik tak payah solat”
“Sah ke sembahyang dia ni”
“waktu solat bertutup litup, lepas solat dedah sana sini”
Tetiba teringat pulak… Solat itu mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.

------mcm2 y berlegar2 di fikiran------

Ewah ewah ewahhhhhhhhhhh!

Tetiba zuppppppp sesuatu masuk dalam jantung!

Teringat diri yang bukannya maksum. Walaupun berbaju kurung, bertudung menutup dada (ketika itu) , bukannya dia xpernah melakukan dosa. Macam-macam dosa yang dia dah lakukan samada sedar ataupun tidak. Kerana dia juga manusia biasa.

“harini pun aku bukan pakai stoking pon, aurat tak tutup sepenuhnya”

Rasa macam kepala itu dihempap ke batu. ]

lain kali nk mengata orang tengok diri sendiri dulu.walaupun nak mengata dalam hati. ye tak?

Mar 10, 2012

toiletku toiletmu jua ..okayyyyy!

9:58 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

Dulu kan masa mula2 masuk kerja, macam2 dapat training. Dari segala aspek diberi training. Pastu ada pengenalan utk semua dept lam company. Baru la dapat gambaran sebenar kan ngan sape kita berurusan, ape function dorang summer.

Pastu ada sekali tu ada ternampak slide ni. Kami ramai2 duk gelak bila baca. Aku x engat the exact title tapi ada kaitan ngan penggunaan toilet. Ala2 manner lam toilet gitu. Pastu trainer tu terang la benda tu memang perlu pon, lagi2 untuk foreigner y keje kt situ.

Tapi bila aku fikir2 balik memang perlu pon training tu, walaupun semua dah besar2 panjang, dah matang, dah grad, keje bagus2 tapi aku masih tak pahammmmmmmmmmmmmm!

Why, why, why la semua orang mcm xde common sense langsung! Tak reti ke menggunakan tandas dengan sebaik2 nya. Aku kadang2 tak paham ngan sesetengah orang yang malas sangat nak meninggalkan tandas lepas guna tu dalam keadaan yang baik.

Bila masuk tandas, tengok tisu2 bertaburan. Aku duk bayangkan, masa nak sumbat tisu lam tong sampah pastu terjatuh xde hati nak angkat balik ke? KOTOR? Its yours! Bukan org len punya pun.

Pastu kalau dah siap wt bisnes lam tu, flush la. Kalau sekalik xjalan, flush byk2 kali. Kotor tak kotor pon korang punya gak. Tak rasa malu ke bila ada orang tunggu kat lua, tp korang biar je x bersih ngan hasil korang tu. X malu ke? Xde rs malu ke?

Aku kalau nk kua tu nampak setitik air kt ats tmpat duduk tu pon xbleh nk biar. Kena lap jugak. Sebab bila aku masuk toilet, kalo ada air pon rs kotor kan nk duduk. So , sama la jugak ngan orang lain.

Please la make sure the toilet is ready for the next person to use.

EMO! grrrrrrrrrr.......

Feb 10, 2012

alahai makcik n adik cashier....

11:42 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

Alkesahnye aritu kuar pergi giant..beli barang dapur sketttttttttttttttt. dalam kepala dah list siap2 barang nak beli. takut exceed. amek dwet sket kt atm. maka jalan2 lah beli barang yang nak diBELI tadi. y dah senaraikan dalam LIST tadi. 

tuptaptuptap......

eh,yang ni pon xde  lagi.
aah la, kita kena beli yang ni.
paaaa, yang ni boleh tak?

bila bawak kat cashier,sipi2 je lepas duit y kua dr atm td. *sigh*

bila list barang 10 je, sudahnya 30 yang bawak balik. bila kuar dwet 50, kena tambah lagi 50 tiga keping. so, wtpe sibuk buat list??? hahahaha

ok cte sebenar bermula di sini.....

masa beratur kat cashier tu,depan aku ada la sorang pakcik ngan anak dia. banyak betol barang dia beli. tungtangtungtang....200++ bil nye. pastu dia hulurkan kad credit ke debit xtau lah. tiba-tiba....

cashier 1 : kat sini cash only!
pakcik : oh tak boleh pakai kat sini ek. *sambil intai2 counter lain
cashier 2 : muka masam jeling2 macamnakmakanorang
cashier 1 : tak boleh! kat sini xleyh pakai sebab mesin dah rosak. sebab tu ktorg letak ni! 
*sambiltunjuk kertas tertulis CASH ONLY di mesin tu. aku pon baru ternampak time tu.
pakcik : alah,x ternampak pulak. *sambil intai2 kertas tu,intai2 cashier lain* kalau tukar line xleyh ek
cashier 1 : kena buat balik satu2. so, ada cash tak ni.
pakcik : .................
cashier 1 & 2 : dah buat muka xsenonoh. *aku pulak y panas hati.

lantas pakcik tu kuarkan cash dr wallet dia. xde kurang pon. makcik n adik cashier tu ngan muka x puas hati teruskan pekerjaan. bila pakcik tu belah sempat jugak aku dengar dorang mengomel. tapi x pasti pulak. senyum? jauh panggang dari api la. bukan nak cakap elok2. 

ktorg sebelum ni bukan xpernah x cukup dwet, bukan x pernah mesin x jadik tapi cashier time tu bagus je tunggu. explain betul2 mesin xjadik wt hal. then hubby ckp nk draw je. apa ke susah sangat ke nak cakap baik2. pakcik pulak tu. hadoiiiiiiiiiiiiiiii. bikin panas je

Dec 29, 2010

penipuan tak beragak

12:41 PM 0 ♥
semalam dapat msg cmni : maybank2u.com account update required. baca2 je aku terus tergelak2.

penipuan tak  beragak betol lah. kenapa aku  begitu yakin msg y aku dapat ni adalah menipu.

1st. aku mana ada pakai maybank. aku ada bank fukui, bank hokuriku je haha
2nd. celah mana lak hantar email kat no jepun aku.

cehhh. nasib baik la aku xleyh bukak n xleyh baca n aku xde akaun maybank n sekaligus aku tau la penipu! 
tup2 harini bukak  blog tubelawak ada lak tulis pasal benda alah ni.

so berhati2 lah semua orang. macam2 orang buat skang ni. sebelum ni pernah dengar gak pasal msg dr ayah yang duk balai polis konon2 suh topup tu . jangan la tertipu. y tu lagi la senang nak detect kot.

1st. bahasa panggilan ayah kt umah. kat umah panggil daddy dr kecik smpai besar tup2 dpt msg tulis ayah xkn boleh percaya kan
2nd. kalau ayah dalam kesusahan macam tu kat balai polis pon, pk logik la sket. alang2 call la guna no tepon balai ye x. xpon polis snirik kot y call.

macam-macam la sekarang ni. manusia ni memang menakutkan lah. wuwuwu~

Dec 11, 2010

aku xde henfon canggih nak update twitter setiap saat

1:45 AM 0 ♥
zaman skang ni maju.semua pakai henpon sumer canggih2. jadik dunia di hujung jari lah. hari2 check facebook kat henpon. hari2 chek blog kat handphone. hari2 update twitter kat handphone. eh kalau twitter tu, selang 3 saat ade je kan.adeeeeeeeeeeeee.mane ade tak ade!eh?

tapi kalau lah kita duk bertweet2(?), tag org kat twitter jangan la expect org nak balas on the spot. sebab ada y jenis bukak kat kom je (*mcm aku ni). bukan semua orang boleh nak update setiap yang dia buat kt twit cmtu je.duk kat dapo daging terbakar xkn nak lari2 masuk lam bilik bukak twitter semata2 nk tulis "daging terbakar xleyh nk mkn". ni contoh je lah. hahaha

so xyah la nk emo2 kalo ada org x tego kt twitter.lambat reply kalo tnye kt twitter. eh twitter die sukati die la kan. kalo xsuka, unfollow aje.haha

pastu y xleyh nk twit every second tu jgn la jeles,xpuas hati kalau kau x twit sebanyak y die twit smpai menyemakkan home twitter kau. sukati dia la nk twit byk2 mana pon kan.hahaha xsuka unfollow aje.abesla cte.

tapi manusia ni xpernah lah nk senang hati ngan semua benda. lepas satu, satu die nk kondem. contoh mudah. masa mula2 facebook glamour.sumer duk terkejar2. pastu ade y addicted(*aku la tu haha). semua la nak luahkan kat wall.kecik hati la.sedih la. gembira.geram.lapa. penuh newsfeed. mula la ada org bengang, annoyed enough to delete fren kan haha

pastu duk ckp2, facebook ni bukan tempat nk luah2 perasaan kan. sbb tu adanya twitter.senang je. utk status pendek2 contohnya. xde la meluas sgt mcm facebook tu. tp bila ada org duk twit/tweet/wuteva it is , ada jugak y xsenang duduk. rs rimas sebab setiap satu saat die duk update je kan. makan nasik update. tgk tv update. conan comel pon nak update. gelak sorg2 pon update. but still, dah mmg tu pon tujuan dia kan. xsuka unfollow je lah apa susah. haha

kadang2 xpaham jugak ngan MANUSIA ni, ntah mcm mane la y die nak baru mulut tu boleh diam. haha. haaaa xpayah nk hangguk2 jeling2, kita serupa je kekekeke

Nov 29, 2010

perempuan itu materialistik? kata lelaki

6:14 PM 0 ♥
dalam perjalanan pulang dari toyama, kami decide untuk makan di kedai kashmir. tempah beriyani. tapi sebelum sampai tu, mereka ni duk provoke la kata kedai tu x cantik la, macam reban ayam la, macam2 lagi lah. pastu ada la kawan laki aku ni bertanya/berkata : 

"eh orang perempuan kalau nak masuk kedai makan la contohnya, mesti pentingkan persekitaran yang cantik kan? nak masuk kedai yang dihias cantik-cantik aje. buruk2 ni taknak la."

aku sentap! eh, ada ke macam tu? maka aku dan junior ku terus la mempertahankan prinsip kami, yang nasib baik la serupa kan. hahaha. 

bagi aku, kecantikan sesuatu kedai tu merupakan satu bonus la. janji makanan sedap. tapi jangan la sampai tikus2 pun meliar aje kat lantai. lipas2 pun merata2 sampai bersiar2 dalam pinggan. lalat2 terbang di sana sini. kalau dah takat macam ni punya kedai orang lelaki pun x masuk kan?

mungkinlah ada kaum perempuan di luar sana yang nak masuk kedai mahal2 je. kedai murah2 taknak masuk. tapi orang lelaki pun ada je kot yang macam ni. selalunya yang kaya raya la tu takut saham jatuh masuk kedai buruk. yang tak kaya bajet kaya pun ado jugak.

haaaaa, kamu-kamu macam mana?


p/s : curik 7 minit nak update blog jap hehe

Nov 15, 2010

sorry nabil, populariti u dah ade orang kebas.

10:05 PM 0 ♥
ingatkan nabill-uqasha je glamour, pakwe-makwe klcc lagi mantap lah! semalam buka je blog, semua 20 blog cte pasal nabil-uqasha. tapi kejap je populariti dorang. ada lagi hangat rupanya sampai 50 blog buat cerita sama. maybe sebab lagi up, tepi jalan jalan je.

p/s : i pilih jeju island boleh?

kenapa semua nak post pasal nabil dan uqasha ni?

2:44 AM 0 ♥
okay. siapa yang tak tahu. sekarang hangat gila pasal gambar kurang senonoh yang dikatakan menyerupai nabil raja lawak dan gadis misteri uqasha ; gadis yang dipercayai punca keretakan hubungan nabil dan irma. ok abes. dah macam pemberita tv10 dah.

aku ni memang la hari2 jenguk blog orang. suka lah jadi stalker hidup orang ni. haha eh bukan stalker. kalau cerita menarik aku baca la. banyak la berita yang kadang2 aku terlepas lupa baca paper orang letak lam blog. ok la.

tapi kalau dah 10blog aku bukak, sumer duk citer pasal nabil-uqasha-irma ni naik minyak lah jugak jadiknya. eh naik minyak lak. ntah, kamu tak rasa cmtu ke? 

yelah, gambar tu memang la amat dasyat. huuu tapi aku taknak lah dapat saham sekali kat sana. kamu  nak ke?aku taknak. membuka aib satu. kalau gambar tu tipu, dah jadik fitnah. oh artis, kesian kat kamu. setiap inci pergerakan orang nak tahu. tak rimas ke? haha

Nov 10, 2010

bukan ini yang dipinta

11:30 PM 0 ♥
suhu sekarang semakin menggila. cukup untuk buat aku malas bangun pagi. lebih selesa dengan futon dan mofu yang membaluti tubuh. oh, hotblanket juga tidak ketinggalan, berserta stokin bulu-bulu. eh bulu-bulu?

menghitung hari, saat ketika dan waktu untuk Allah turunkan salji yang memutih ibarat kapas. itu hanya pandangan. tapi yang sebenar tidak ubah seperti hancuran ketulan ais. ah, mana mungkin aku lupa pengalaman melihat sendiri struktur salji yang pelbagai bentuk. indah ciptaan-Nya.

dan aku masih teruja, menunggu salji menjelma di saki-baki perjalanan hidup di bumi asing ini. meskipun ada kalanya aku lebih gemar andai suhu tidak terlalu dingin. 

tapi sebaliknya di sana. mereka tidak pinta untuk dikurniakan `salji` yang begini. berat sekali bagi mereka. aku yang hanya kesejukan di sini, mungkin tidak layak untuk dibandingkan dengan kesulitan mereka.  

rentetan dari peristiwa letusan gunung merapi di yogyakarta. bayangkan kalian di tempat mereka.









































p/s : lantas, masih mahu mengeluh? anda sudah cukup beruntung!

Nov 9, 2010

adeh, iklan deepavali pon ada kontroversi gak ke?

6:05 PM 0 ♥

aku tak tahu menahu pon pasal video iklan deepavali keluaran FINAS ni sehinggalah terbaca kat satu blog yang cakap pasal iklan kontroversi ni. maklumlah aku ni mana la nak hadap iklan kan hari-hari. nk tengok tv3 online pon lembab macam siput je.

apa pendapat korang pasal video ni? marilah kita berkongsi ilmu. mungkin apa yang aku nampak tak macam yang korang nampak. pandangan masing2 lain. mungkin pandangan korang tu boleh bagi aku buka mata dan bukan minda sikit, kot2 ada yang aku terlepas pandang. mungkin aku ada nampak kat satu side je, satu side lagi aku tak nampak.

Nov 7, 2010

jangan beli Iphone 4g! buang baju upin ipin! kata mereka la. bukan kata aku ha ha ha ha

10:17 PM 0 ♥
fuhhhhh. baru ingat nak beli Iphone 4g. tapi terus tak jadi.baju upin ipin aku bawak 2lai dari malaysia! 1 kaler merah dan 1 lagi kaler hitam! dengan bangganya aku pakai. semangat aku beli balik raya 2 tahun lepas. kat adik sendiri pun aku tak bagi tau. tup2 harini nak kena buang ke?

kahkahkahkahkahkahkah. eh gelak langsung tak sopan lah! pe cite ni????

biasalah di hujung minggu bosan2 ni aku terjah sana sini. tiba2 mata terpacak di satu entri. 



aku curik ni dari blog pejuang kesenian extreme. eh tapi yang kat atas ni bukan dia tulis. die amek dari mana aku tak tahu lah. dinyatakan bahawa petikan kat atas tu tersebar luas di laman sosial tapi ni lah pertama kali aku jumpa di blog PKE ni.

aku tak berani nak kata yang ni betul ataupun salah sebab Allah lebih mengetahui. apa-apa pun berpeganglah pada quran dan sunnah sebab tu peninggalan yang benar. 

tapi kan, akhir-akhir ni banyak betul yang dikaitkan dengan konspirasi freemason. kalau yang macam video gaga tu aku mungkin akan terpengaruh sket2 sebab dia duk cte pasal hal2 kristian lah apelah mcm nampak logik. kalau dalam lirik lagu shinee pon nampak macam kena la jugak bila tengok lirik betul2 plus nama lucifer tu sendiri.

sumber : sini

tapi bila upin dan ipin bermaksud USA dan Israel? Iphone tu untuk Israel ? adehhhhhhhhhhh. dah macam2 pulak jadiknya. wallahuallam~

pasal iluminati dan freemason itu sendiri aku tidak menolak mahupun menerima dengan sebulat suara.

semoga Allah tidak membolak-balikkan hatiku. pimpinlah aku ke jalan yang lurus dan benar, jalan yang Engkau redhai. 

p/s : agak2 kat negara lain ada tak yang mengaitkan apa-apa dengan benda2 alah ni ek? kartun dorang ke. handphone dorg ke.

p/p/s : eh aku tak jadik beli iphone sebab mmg xde duit.

Oct 30, 2010

fida aishah dan ariffshah dah kembali!

12:45 PM 0 ♥
quick update je ni. adeh dah macam mami jarum pulak hahaha. aku tahu sekarang ni ramai yang tertanya-tanya pasal konspirasi fida aishah dan ariffshah. dah bape kali aku duk refresh page ariffshah. asyik under construction. blog fida pon private.

dan akhirnya dua2 dah kembali berfungsi. ariffshah pon dah bagi komen dia pasal konspirasi ni. aku taknak ulas. jenguk lah sendiri ok!


haaa sape2 y duk pening2 ngan masalah konspirasi ni pegi la tengok. hahaha

Oct 28, 2010

kalah kontroversi freemason nih ha ha ha ha

5:19 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
#harini xde tulisan oren yang membawa ke link rahsia.eceh

alkesahnye. aku duk jenguk2 sekali ternampak satu link blog yang mungkin agak terkenal lah jugak. post pasal kontroversi fida aishah. aku buat derk je memula. lepas baca2 sket aku macam heran. pastu keinginan nak tahu membuak2 lah.

aku p search fida aishah. tanya pakcik google jap. banyak lah jugak link yang kua. sumer aku tekan. yang akhirnya menjurus kepada blog milik fida aishah ni. pastu tetibe je rasa macam...

eh.eh. dulu pernah baca blog ni
memang. dulu aku pernah baca blog fida aishah ni. jatuh cinta pandang pertama. sebab ayat dia terlalu puitis , terus menusuk ke jantung aku yang memang berjiwa seni tapi tak pandai nak zahirkan. rasanya aku jadi anonymos follower je kot. 

pastu dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama gila aku tak baca blog dia. dah berkurun. tak tahu lah kenapa. lost kot hahaha. sehinggakan harini yang membawa aku kembali ke blog tu melalui penulisan kontroversi di blog orang lain.

ko bayangkan lah berapa banyak masa aku habes nak khatamkan 388 komen tu haha. macam-macam lah orang komen. ada yang puji ada yang bela, ada yang tertipu ada yang menyokong. apa pun ia memang suatu konspirasi rashii. hahaha pastu bila nak bukak lagi skalik tup2 dah private and blog ariffshah pulak xleyh nk bukak. esok br pulih dan siap, under construction katanya. tetibe je kan hehe

walaupun aku pernah baca blog si fida aishah ni , bila baca komen2 orang tu xde la pulak aku nak sentap ke apa. sebab aku just baca entri dia. tu je. dia nak tipu ke apa ke kankei nai ngan aku. haha tapi serius woooo semua orang yang pernah baca blog dia rasa tertipu. bukan aku la tapinye sebab aku tak pernah komen entri die(kot), tak pernah ym ngan dia, tak pernah komen kat fb dia macam orang lain buat. so aku jauh la dari rasa tertipu pastu nak sentap2 dalam ruangan komen  gaduh kat situ nak keluar hadis kuar quran macam dorang tu.  tapi aku komen cmni :

dah xde org nk komen kot kekeke


siapa yang tak masuk dunia blog ni mungkin pening. ntah apa-apa la yang aku merapik ni kan. xpe, tak penting pon haha. 

p/s : tapi aku bukan fake tau. betul ni. tak tipu pun. haha tak caya tanya la dorang kekeke
p/p/s : tingkatkan prestasi, jauhi kontroversi. eh macam kenal ayat ni
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting