Showing posts with label hard-feeling. Show all posts
Showing posts with label hard-feeling. Show all posts

Mar 3, 2013

jangan la buat aku rasa marah smpai nak nanges macam dulu lagi~

♥ 11:28 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

tajuk tak panjang lagi boleh?

haaa pagi2 lagi dah nak buat aku emo kan...

alkesahnya sekarang ni tengah menunggu panggilan dari pakcik2 perabot yang janji nak hantar barang pukul 10, tapi sekarang dah nak masuk pukul 1130 pun xde sebarang panggilan telefon lagi. cemano?

sebab tu semalam awal2 lagi aku dah cakap bila bosnye cakap nak hantar pukul 11 aku xnak terima.sebabnya kalau janji pukul 11, pukul berapa baru boleh sampai kan. tengok sendiri la, janji kol 10 pun belum tentu pukul 11 korang sampai.

waduh2...gi mana ni?

sekurang2nya telefon la dulu ke apa, ni panggilan telefon pun xde. kami sebagai pelanggan la jugak yang nak kena call balik? masalahnya call xberangkat semua...


kenapa servis ini macam? benci la! dush2~

kita pun ada plan sendiri yang nak dibuat di hujung minggu ni. bukan nak mengabdikan diri menunggu barang je satu hari..

cukuplah peristiwa dulu sekali, xkan setiap kali nak hantar barang kena jadik macam ni.

Jul 13, 2011

Penang~Shah Alam. kenapa 7jam?

♥ 12:57 AM 0 ♥
Sejak-sejak datang Penang ni makin kurang aku update . haihh malas betul. sepanjang 2 bulan duk sini dah 3x aku ulang- alik naik bas dari sungai nibong ke shah alam. hujung minggu je balik kampung.eh, sejak bila ada kampung kat shah alam ni hahaahaha.

Actually, aku balik rumah akak aku kat p.klang. sambil2 nak uruskan apa2 yang patut n yang berkenaan. Masa mula2 nak naik bas tu punya la cuak. kali pertama nak naik bas, aku kelam kabut g station sg.nibong. bas dijadualkan gerak kol 730. penumpang kena ada kat platform kol 715. aku dengan innocent nya sampai kat situ pukul 7 lebih sket. tunggu punya tunggu jam 740 bas x sampai2 mula la aku kelam kelibut. takut kena tinggal la, ape la. macam2 ak fikir. 

tapi bila tanya member aku,bas memang datang lambat. memang pon. 745 bas datang. sekalik dia duk tunggu sampai kol 8 baru gerak. aku mula2 tensen dah satu badan tapi sabor je la. keinginan nak menjauhkan diri dari penang sangat tinggi kan ahaha.

tapi tak seperti yang aku dapat info, sepatutnya perjalanan 4-5 jam tapi jadi 7jam lebih. macam mana hati aku tak panas kan. sebabnya dia p stop kat jalan duta, pudu sumer. pastu pukul 1230 tu baru sto makan kat slim river. kot. sebab bas tu siap kua tol ke slim river. aku duk dengar2 pakcik drebar ckp kat ipoh. haaa jangan la gelak ke apa sebab aku xtau, slim river ke ipoh. dekat ke jauh dua tempat tu jgn tanya aku. xtau! haha. aku duk heran nape la dorang  ni suka sangat stop kat situ. x stop kat r&r je. after 4 hours br smpai situ then kena sambung lagi 2hours++ untk sampai kl. boleh x? 

kali pertama aku boleh la nak buat xtau je kan. then 2nd time aku p kaunter lain. siap tanya lagi kat orang tu sampai kol bape. bila makcik tu gtau kol 12 aku pon lega la kan. ingat ok la tapi sama je sebab sampai kol 3 pagi gak. penat tol!! serius terus tak suka bas penang! walaupun xde kena mengena ke ape. sowi la org penang ahhaha. aku penat la naik bas 7jam. macam nak pergi johor dah tu kot.

pastu last week buat keje gila pergi shah alam time orang duk sibuk2 ngan perhimpunan BERSIH 2.0. x ke tegar? agak2 kol bape aku sampai? haaaaaaaaaaaa. jengjengjeng

to be continued~

*malas nk menaip. ngntok nk tdoq. oyasumi

Dec 6, 2010

jangan ingat orang y `cool` xde perasaan

♥ 12:16 PM 0 ♥
semua orang ada perasaan, ada emosi. tak payah nak tipu.sebab itu memang fitrah kejadian manusia. ada  hati dan perasaan,ada emosi. kalau tak, hambar la hidup. cuma yang membezakan macam mana setiap orang handle semua benda tu.

ada yang cepat melenting, sensitif terlebih. terus boleh nampak depan mata, nampak kat raut muka tu. tapi ada jugak jenis yang sensitif jugak, cepat terasa jugak tapi berlagak `cool` atau dalam erti kata lainnya pendam. buatlah macam mana pun, orang yang `cool` ni jenis tak tunjuk depan orang emosi dia. tak suka nak pamerkan bila sensitiviti disentuh, dicuit. so pendam aje lah. cool down sendiri. cukup masa, dia pulih sendiri. kadang2 orang tak tahu pun dia tu terasa ke apa.

tapi, kena la jugak fikir logik akal. orang-orang yang berlagak `cool` ni pun ada perasaan yang nak sentap gak. lagi-lagi perempuan. kalau lelaki tu lebih kepada ego dan pride yang menggunung. sentap2 ni x remaja la bai. tak gitu? tapi satu je orang selalu lupa nak hitung, orang yang jenis `cool` a.k.a pendam ni padahnya kadang2 di luar jangkaan. sebab bila dah sampai limit, memang xkira tempat x kira masa meletup aje.

dan jangan ingat kalau sekali kau jentik dia ok, jangan la kau amek kesempatan nak jentik banyak2 kali. dan kadang-kadang kita kena gtau terus kalau terasa, supaya orang tak pijak kepala. mentang-mentang dia `cool`, suka-suka hati je kan nak buat apa. 

eh, dia tak kacau hidup kau kot untuk kau kacau hidup dia.

-emo-

Nov 24, 2010

susah bila rasa malas membuak-buak

♥ 10:55 AM 0 ♥
petang nantri ade zemi(discussion) ngan horimoto-kun.

pukul satu ada kelas

tapi aku masih lagi lenggang kangkung lam rumah. baru nak masak nasik.

pernah tak ada perasaan malas yang membuak2 sangat dalam diri ni. padahal perjalanan masih jauh. hanya perlu bersabar untuk jangka masa yang singkat. dan lepas tu segala-galanya selesai, sebelum menempuhi fasa baru. dan pastinya perasaan macam ni akan berulang-ulang.

oh, semangat..datanglah engkau berduyun-duyun tanpa jemu. jangan biarkan aku begini. wuwuwuwuwu

p/s : cepatla abessssssssssssss. nak balik!

Nov 20, 2010

expect the unexpected

♥ 10:47 AM 0 ♥
kenapa aku baru nak sedar dunia ni macam ni sebenarnya ek? benda nampak simple bagi orang2 yang tidak meletakkan sepenuh jiwa raganya, tapi sebaliknya bagi mereka. tak pernah terfikir dek akal sampai macam tu sekali jadiknya.

atau mungkin sebenarnye perkara itu masih lagi biasa, tapi aku yang memandangnya dengan terlalu luarbiasa?

agak2 nanti ada tajuk dalam paper macam ni

dendam dunia blogging akhirnya terbalas, seorang blogger mati terbunuh

eceh, ada tak gaya macam tajuk kosmo ke, utusan ke kekeke. tapi tak mustahil kan suatu hari nanti, jenayah dunia blogging mungkin akan muncul di dada2 akhbar. mana taknya, orang  ni buat entri macam ni, yang ni lak nak terasa, yang tu back up yang ni, yang sana lak bengang. adeh tak paham aku.

tu masing2 punya hal la kan. aku blogging pun suka-suka. menulis apa yang tersirat dari yang tersurat. kamu nak baca silakan, kamu nak blah pun aku tak pernah tutup pintu. kamu nak terasa pun, sorry aku tak pernah mention nama kamu jadi anggap sahaja kebetulan. kamu nak sayang, aku tak pernah paksa ikut aku. jadi, buat keputusan kamu sendiri, yang mana selesa.

ini dunia tafsiran aku, keluar dari kepala dan pemikiran aku melalui pemerhatian aku. hanya aku. kalau aku salah kamu  boleh hentam aku tapi perkara kena bagi jelas, jangan main hentam membabi buta. oh, aku lupa tulisan ini tiada disertakan intonasi maka perlu aku ingatkan yang semua ini hasil dari pemikiran yang tenang. 

eh apa aku merepek bangun pagi2 ni. eh dah tengahari. lapaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nov 13, 2010

selalu stress boleh kuruskan badan ke?

♥ 12:58 PM 0 ♥
ada suatu ketika dulu, erm sebelum balik cuti raya haritu kot aku ada la jumpa ngan sorang member ni. pastu jumpa2 je aku dia cakap la aku ni makin lama makin kurus. aku gelak je la. pastu dia tanya aku, risaukan something ke? aku gelak lagi. mana ada risau apa-apa.

kawan aku ni tau la pasal aku ngan ex-bf. i mean tau aku pernah couple ngan ex pastu jumpa2 je aku dah ada ganti baru. eceh, gaya macam hot sangat je kan. .eh tapi bukan harini putus esok cari pengganti. lama la jugak memendam rasa bersedih sana sini. takut dah nak bercinta lagi.ha ha ha ok abaikan. then dia tanya lagi, aku ni ada risaukan something ke? risau pasal relationship sekarang ke? bla bla bla hahah memang dia ni banyak sangat songeh! banyak tanya! macam-macam la. aku gelak2 je la, sambil jawab ala2 org cool. 

eh xde la risau macam tu sangat. 

yela, bila orang dah ada pengalaman bercinta and putus cinta pastu bercinta lagi sekali ni..perasaan dia tu lain macam sikit kot. macam mana lain tu tak perlulah aku cakap kat sini. siapa yang pernah ada pengalaman macam tu paham la. yang tak tahu tu senyap2 sudah. haha

ok2, taknak cakap pasal cinta ke whatever. cuma, bila kawan aku cakap macam tu ..memang terus lah masuk lam kepala otak aku ni. ye, aku memang suka amek pusing apa orang kata. pastu macam tak puas hati dan berfikir lah.

kalau tension2, banyak fikir, stress ni boleh kurus ke?
hahahahaha. nampak pelik kan. tapi aku tak tahu la sejauh mana. yes, of course dalam kepala aku  ni ada benda macam2 yang masih belum selesai. fikir macam-macam. alah semua orang pun macam tu kan.
人は誰でもそれぞれに悩みを抱えて生きる
壊れそうな心を必死に抱きしめて
macam lirik lagu let me hear your voice(koe wo kikasete) oleh bigbang.  eh ke salah lirik eh haahaha lantak lah. janji ada point di situ. tapi betul ke macam tu ek? kalau duk tension2, stress je sokmo boleh jadik kurus ke? aku tak tahu lah aku ni stress ke apa. tension ke. banyak fikir sangat ke sampai memudaratkan badan aku ni. memang ramai dah tegur aku makin kurus sejak datang jepun, dan semakin menjadi2 sejak akhir ni la kot. even abah aku pun cakap. bukan aku nak bangga sebab kurus dan boleh kurangkan berat badan, tapi tahap kurus ni bukan dalam apa yang aku nak. erm paham x? kalau orang sebuk diet nak kurus, seronok melompat2  bila berat turun tapi tak bagi aku. penurunan berat badan aku ni macam nampak tak sihat lak. (haha) setiap kali timbang,jarum tu antara dua je kedudukan dia. tetap kat berat lama , takpun ke kiri..harini timbang berat badan xgerak. esok timbang eh dah ke kiri balik. begitulah seterusnya bila aku timbang dan timbang berat sampai dah xnak naik atas penimbang tu.
semakin lama aku duk jepun, semakin banyak berat turun.

aci x buat hipotesis macam ni? ingat lagi sebelum aku datang sini dulu. borak2 ngan pakcik teksi. bila aku cakap aku akan datang jepun belajar engineering, dia terus gelak dan cakap macam ni

lepas 4 tahun duk sana, kompem tinggal tulang la kamu  nanti

eh.eh pakcik ni. ramai je orang makin gemuk datang jepun. ok sesiapa jangan terasa.tapi aku dah memang tahap nak tinggal tulang dah ni. haha ada la isi sikit2.

kalau nak cakap aku tak makan, ko tanya la dorang. aku lah manusia yang kuat makan. tapi berat aku makin susut. nape ek? sebab aku banyak fikir ke ek? kalah einstein dah pulak banyak2 pk. aku pernah tanya dia pasal ni.
aku  :  kalau selalu tension2, banyak fikir boleh kurus ke?
dia  :  kalau selalu tension, banyak fikir nanti banyak tenaga pakai. so nanti mesti selalu nak makan. jadik gemuk lah. orang tension ni selalunya makan dengan banyak.
aku  :  tapi kalau orang yang tension tu jenis tak nak makan? kurus la jadi nye kan?
dia  :  hahahahahahaha

hmmmm doushiou~

Nov 9, 2010

tolong jangan 'jentik' aku lagi!

♥ 11:58 PM 0 ♥
kadang2 apa yang aku nak sampaikan , atau nak tulis pasal hati dan perasaan ni tersekat2. yelah, blog aku ni ramai yang baca. bukan perasan tapi ramai kawan2 aku tau pasal blog ni. pastu rakan satu universiti pun tahu. yang tak tahu pulak boleh jadi tahu sebab aku dah ngade2 g letak setting auto publish kat facebook. so secara automatik fren kat facebook akan nampak lah kat news feed. bukak ke tak aku tak tahu la. kadang2 malu lah jugak. haha

pastu risau , nak jugak fikir perasaan orang lah bila nak cakap apa yang tersirat. takut orang tu terasa, orang ni terasa. tapi perasaan sendiri simpan dalam2, terguris terasa bernanah pun tak apa, selagi tak pecah berdarah sampai luka parah.

tapi harini, aku jalan2 jumpa satu entri. cukup untuk meluahkan rasa hati aku. terima kasih kepada entri itu. moga2 manusia2 ini semakin mengerti. sebab aku dah penat kena 'jentik'! 

p/s : to blog owner, kalau tak mahu saya letak link ni cakap ek. hihi
p/p/s : mahu mimpi2 indah. jangan cuba masuk dalam mimpi aku untuk men jentik2.eh jentik2?


-oyasumi people-

Nov 1, 2010

ada jugak orang bodoh plus bangang macam kau

♥ 11:13 AM 0 ♥
isi entri dah delete lepas publish selama 7 jam

-sekian-

Oct 27, 2010

apa yang berlaku sekali pun, aku tetap sayang!

♥ 9:51 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian


heh. aku tak sanggup lah kehilangan. walaupun dalam beberapa tahun ni aku belum cukup untuk kenali sampai ke isi dalam, tak memahami sampai ke hujung pangkalnya...sayang aku jangan ditanya, usah dihitung malah dipersoal. biarpun kerap kali aku seakan mahu berkerat rotan berpatah arang. tapi aku masih sabar dengan segalanya.



biarpun mereka ketawa berdekah-dekah mengata sana sini, aku tak heran. sebab sayang aku bukan hak mereka nak  nilaikan.

usah dirisau. hari baru bakal menjelma. sinar mentari akan menyinari, biarpun hembusan bayu sehingga menjamah temulang.



i cant wait for the time to come!

yosh!


p/s : sayang tetap sayang!

Oct 19, 2010

sikit pon aku tak sentap lah

♥ 9:12 PM 0 ♥
harini aku pergi lab macam biasa, takde yang luar biasa. cuma lambat sket , dalam kol 1 lebih cmtu. aku jalan2 aku berangan, jalan lagi aku  berangan makin panjang. tak payah la tanya ape yang aku angankan. paling2 kurang pon nak ada majlis cinderella-wedding.


Oct 18, 2010

physical.memory.dump.complete

♥ 8:15 PM 0 ♥
baru beberapa jam aku pulang dari lab hati berbunga riang. yelah, sebab report dihantar dengan jayanya sedangkan pelajar  kesayangan sensei sedang bertungkus lumus lagi. satu kepuasan ok! oh bukan nak cerita pasal tu. lalu aku balik rumah seperti biasa, bukak komputer kemudian bukak facebook, bukak blog, bukak skype, bukak semualah!

sedang aku gerakkan cursor lambang team baju MU di page zara sensei (membaca update terbaru hantaran 30k kekekekeke), tetibe semuanya kaku. dan aku tidaklah kelu. kerana sudah menjangka kan apa yang bakal berlaku seterusnya.


Oct 13, 2010

jangan ky sangat boleh x?

♥ 6:04 PM 0 ♥
amaran : entri berapi sket

kadang2 aku tak paham sangat dengan orang yang ky tak bertempat nih. aku pon ky jugak tapi xde la ky macam sesetengah orang. yang tak bertempat. nak ky pon jangan la sampai nak merobek hati dan perasaan orang!

pastu kena la paham2, walaupun sesetengah orang tak zahirkan, benda basic cmtu patutnye semua org dah boleh tau la.

PMS!

ini entri sentap! ha ha ha

♥ 7:31 AM 0 ♥
kenapa ek nak sentap2? hahaha biar aku habis bercerita dulu baru aku gtau nape. korang suka tengok cerita seram n ganas tak? macam cerita saw ke, cerita hantu ke, cerita pembunuhan ke...aku tak berapa suka sangat sebab nanti jiwa aku kacau, malam2 mimpi ngeri buat aku berpeluh kebasahan dalam tidur je. 

korang suka baca novel tak? kalau mat2 atau minah jiwang macam aku ni , memang sangat suka baca novel. ke mana aku pergi, rumah siapa aku pergi mesti tertarik kalau nampak almari buku yang  ada novel. kalau rumah cousin aku, kompem aku dah amek , p duduk satu sudut dan aku baca sampai abes.

hmmmm ape lagi ek? tu je kot. ok next.

Oct 2, 2010

semua kena bayar nanti

♥ 1:36 PM 0 ♥
okay.after bukak link yang dikongsikan oleh mi yang mencari erti tadi, hati  mula resah gelisah. ish aku ni dah berada dalam fasa dunia akhir zaman tapi tak insaf-insaf buat dosa. bila angkat tangan berdoa mintak keampunan dengan Allah meremang bulu roma sebut dosa satu persatu. 


pastu aku terfikir la kan, nak bertanya. eh apa punya ayat la. dah lama pendam, simpan sampai lebam. tapi tak kira lah hari ni nak tanya jugak.

Aug 7, 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat pun berpada-pada

♥ 12:30 PM 0 ♥
kita ni manusia, nak kata buat jahat jangan sekali tuh memang dah bagus la nasihat. tapi manusia ni lemah. syaitan pula dah memang berjanji sebelum kita lahir lagi, dia dah bersumpah dengan Allah nak sesatkan manusia ni supaya boleh sama-sama teman dalam neraka kelak. ya, aku bercakap berdasarkan dalil yang nyata.

Al-Araf


Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)


aku rasa dalam agama lain pun sama je. ni pasal perangai kau. mana-mana kelompok masyarakat dan agama pun sama je konsep dia. so kali ni aku nak cakap. buat jahat biar berpada-pada. kalau orang dah buat baik, why not kau balas balik dengan baik. kalau orang dah layan baik, why not kau pun layan baik. susah sangat ke?

kalau ikut hati aku ni, tak hadap la ngan muka kau tu. 関係ないし。


ya. aku emo harini!

ok, ckywan..sila pergi tenangkan diri. kau tengah marah2 syaitan lagi suka. fuuuuuuuu~ tarik nafas dalam2. hembus kuat2 pun xpe. orang xde.haiihhhh saje je bikin aku panas tengah2 hari panas membahang nih.

Jul 24, 2010

ego tinggi melangit

♥ 1:36 PM 0 ♥
kadang-kadang ego tinggi melangit.

kes 1
A dan B gaduh. sampai satu tahap xnak bercakap. si A yangterasa ni diam je. selagi si B ni tak memujuk, tak mengaku bersalah selagi tu la taknak mengalah.
tapi kadang2 sampai satu tahap si B dah xtau apa lagi nak buat, hilang idea dah nak memujuk. diturunkan ego. tapi si A nih dek kerana terlampau tinggi ego sampaikan diri sendiri xtau nak buat mcm mane. walaupun luka kat hati tuh dah hilang, tapi sebab ego tinggi dibiarkan cmtu je.

kes 2
si A dan B ni xde la macam musuh.kawan je. tapi kadang2 si A ngan B ni xleyh nak tengok masing2 kurang. nak lebih je. bila tiba keadaan yang salah seorang ni memerlukan bantuan sorg lagi, tapi sanggup tak tanya @ mintak bantuan sebab ego tinggi melangit. pride tuh tinggi menggunung. tak remaja katakan. eh sekali lagi guna tak remaja

kes 3
haaa ni lagi satu ego tak bertempat. dah tahu salah sendiri tapi engat dia tu anak raja negeri atas kayangan mana ke sampai tak nak mintak maaf. yang dia nak dengar hanya maaf dari orang, tunggu orang tegur dulu. kena pulak ngan si mangsa yang jugak ego tinggi tak ke mana la jawabnya. haaiihhhh~

dah aku yang emo tetibe ni kenapa? haha
hari ini hari emo sedunia barangkali kekeke

Jul 23, 2010

janji tak masuk melodi

♥ 11:22 PM 0 ♥
wahai lelaki
apa yang korang buat bila marah sangat?

  1. tumbuk dinding?
  2. sepak kipas? erk kenapa kipas..sebab cuaca sangat panas, kipas xbrapa membantu kekeke
  3. mencarut2
  4. g tumbuk orang yang punca segala kemarahan
  5. menangis ngadu kat mak. erk?


wahai perempuan

  1. korang pula buat apa?
  2. menangis
  3. menangis
  4. dan menangis lagi
  5. mencarut2
  6. g pelempang orang yang buat kita  marah
  7. main tarik2 rambut


dah2, jom baca apa sabda Rasulullah s.a.w

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia menlekatkan dirinya ke bumi ”.
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)
dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan jika tidak maka hendaklah di berbaring”
(Hadith riwayat Abu Daud)
Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.
(Hadith riwayat Ahmad)

kerana kau lelaki

♥ 7:51 PM 0 ♥
biasa lah, kalau umur dah cecah 20++ kalau tak cakap pasal cinta, pasal kahwin tak sah. tak remaja lah. aku pun tak paham apa maksud tak remaja kekeke tapi bila aku baca kat blog orang macam best pulak, so nk try guna. tapi sesuka hati sesedap oren je aku letak kat mana2 hahaha ok abes cerita.

sambung.
apa pulak pasal cinta yang aku nak membebel ni? kalau setakat nak bercerita pasal kahwin aku ada blog lagi satu. SILA TEKAN SINI UNTUK KE BLOG AKU YANG LAGI SATU
tu dia tulisan besar2 mcm nak marah orang je kan. 

suatu petang , sedang A, B dan C bercerita kisah cinta masing-masing, si A berkata 

A : apa-apa pun mesti sebab perempuan yang mulakan. lelaki tak akan mula kalau bukan sebab perempuan yang nak bagi dulu.
B n C : diam membisu. tapi dihati C pula "mungkin si A nih dah pernah melaluinya kot."

dan si A ialah kaum adam @ lelaki. mesti lah dia akan cakap macam tu sebab dia lelaki. kena la backing kaum sendiri kan. oh semestinya gaya penulisan aku ni macam tak puas hati je kan. apehal pulak macam tu?

tetapi suatu ketika dahulu, si D mengatakan perkara yang sama sebijik sejibon ngan apa yang si C cakap. dan D adalah perempuan. eh dia ni tak pulak nak backing kaum sendiri.

dan suatu hari E berkata perempuan takkan ke mana-mana kalau lelaki tak bagi respons.

oh, sedikit sebanyak menyokong pernyataan di atas. 

so aku buat kesimpulan : when u r in a relationship, kebanyakan stage akan dimulakan oleh perempuan dan akan disusuli & dilengkapi oleh lelaki. anda setuju? tak kisah la macam mana anda nak tafsirkan 'start' tu kepada keadaan yang macam mana. kalau yang alim2 sikit anti couple2 ni akan merujuk kepada sms, tegur2. kalau yang biasa2 psl couple pulak akan refer tu sesi pegang2 tangan, cubit2 sana-sini sikit. nak up lagi pulak sesi ringan2. nak lagi advance sesi teroka sana sini.

HOIII! amboih sesuka hati sesedap oren je kan nak salahkan perempuan. kalau perempuan tak start, laki tak de la nak teruskan. dah kalau tahu perempuan tu hati keras macam kerak nasik rendam air dah lembik senang sangat nak start, kamu tu kalau dah rasa terlebih macho cukup bertanggungjawab kenapa tak stopkan je? dah nama rezeki. ewah2, semua nak cakap rezeki kan. banyak cantik! 

Pastu pulak, bila si perempuan yang iman tak seberapa ni dah start dulu, depa terima aje kan. tapi jangan la kamu2 wahai perempuan di luar sana senang2 nak sengih2 dalam hati berbisik malu2 sendiri "eh, tanda dia sayang aku" pale hangguk kau! kat dalam hati dorg tuh, kalau tak banyak pun ada la terdetik " senang jugak rupanya awek ni, tak payah susah2 ayat dah dapat" oh..pecah berderai hati kan. ni dah bukan keras kerak nasik. berkecai macam kaca je. masa ni tak payah nk hulur dah rasa cinta setinggi gunung, kalau ego kau tingi sikit, pride terlebih sikit sampai ke sudah lah kau akan rasa terhina. padahal kau penat duk tunggu dia konon2 abes macho la mainkan perasaan orang.

oh, aku xtahu aku marahkan sapa sampai macam ni sekali aku emo. sebab nak exam barangkali. haha
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting