Showing posts with label my-1st-job. Show all posts
Showing posts with label my-1st-job. Show all posts

Oct 3, 2011

i bukan anak dato`

♥ 9:07 PM 0 ♥
housemate dah gerak p hongkong untuk seminggu. bermakna seminggu ni aku kena p keje sendiri. alkesah suatu hari jumaat lepas, konon2 nak berdikari naik bas. nak ulang alik p kejela sepanjang housemate xde nanti.

jeng jeng jeng,dengan penuh semangatnya aku tahan bas petang jumaat tu. walaupun nampak riak wajah pemandu yang macam nak taknak berhenti je

"kenapa tak naik bas lagi satu?"

aik?tanya aku ke?obviously, aku sorang je kan dalam bas tu. ke dia nampak orang lain ha ha ha ha.

"pakcik, bas ni pergi BJ tak?"

"bas ni mana pergi BJ. xde2, tak lalu pon ikut BJ. bla bla bla ..."

amboih2 bukan main lagi pakcik ni marah2 kan. aku apa lagi. balas balik la

"takpayah la nak marah2,saya ni baru 1st time naik bas ni.kat stesenbas tu ada je letak nama BJ" 
dengan muka separuh nak menangis kannnn. hahaha sure pakcik tu tahan gila nak gelak tengok muka aku

tetiba pakcik tu stop kat tepi jambatan. pastu dia duk terang2 lah segalanya pasal bas nye route bagai.yang mana satu hapa pun xlekat lam kepala aku. haha . agaknya pakcik tu kesian tengok muka aku yang separuh nak nanges tu hak2.

pastu terpaksa la aku menebalkan muka kat tepi jalan semata2 tunggu housemate balik keje. nak patah balik kilang lagi la malu. duk tepi jalan tu pun malu gak. dah la kebetulan ada motor rosak kat situ. mestidorang ingat aku nye motor.aiseymannnnn.

disebabkan bas xde,maka aku berulang la harini naik teksi. mahal tak mahal jugak la sampai kan ada orang cakap aku anak dato`. cucu datuk ada la. seminggu kot nak kena ulang alik. nak buat cmne. kete snirik xde. sabor ajelahhhhhhh.

p/s : awak, nak mini! hak2

Aug 17, 2011

bila stress ingat abah

♥ 6:50 AM 0 ♥
hai hai hai

sekarang i dah kerja tau. hak2 ngade2 nak ber"i" pulak kan. bila hitung2 dah nak masuk 4bulan keje. awal2 dulu terkapai2 dibiarkan menjelajah pelusuk production floor, kenal selok belok mesin sebab aku kan under maintenance. satu2nya engineer pompuan under maintenance. xtau nak bangga ke nak risau, nak cuak. mix feelings.

mula2 keje biasala...bos xnak bagi keje sangat. sebab dia mesti la lagi tau yang aku ni xtau apa2. fresh grad la katakan. aku ni part time pun belum pernah buat. setakat jual kuih time daisai(universiti festival) tu ada la hak2.

skang bos dah start bagi aku handle projek kecik2. mungkin nak test how fast i can learn. masih jugak terkapai2. nak kena ikot flow bos besar n bos kecik. nak kena adapt ngan new team members. nak kena jaga hati semua orang. cuba untuk tak nampak macam pilih kasih ,berat sebelah.

dan benda2 kecik macam ni kalau campur2 terus lah nampak macam big problem for a beginner like me. terus rasa stress. rasa nak berhenti keje. rasa xtahan. kadang2 xbuat apa2 keje pun just tgk n blaja cara dorg buat keje pun boleh jadik satu stress haha. berdiri dari kol 8 pagi sampai 530 petang dalam line pun boleh buat aku stress. haha. entah. macam2 lah

tapi setiap kali rasa stress, rasa nak give up terus teringat kat abah. teringat abah dah berpuluh2 tahun keje. keje abah tu lagi la payah. membanting tulang 4 kerat. balik rumah hujung minggu je. ce cakap kat aku, sapa yang x stress keje cmtu. weekend je jumpa fam. untuk berpuluh2 tahun. can u imagine that?

bila fikir cmtu, terus rasa insaf jap. aku nye stress ni ciput je kalau nak banding. keje baru 3bulan lebih. dah nk ngade2 kan. 

so sabarlah wahai hati. nantoka dekiruyo. :)

Jun 29, 2011

penat rupanya kerja ni

♥ 10:04 PM 0 ♥
sejak dua menjak ni, dah malas nak aktif sangat.

twitter ke, facebook ke, blog ke.....

hari2 balik keje makan nasik layan drama tengok berita sat dah terlelap depan tv.

sekarang ni pantang letak kepala sket, sure tertido.

syakaijin la sangat kan~

*sigh*

Jun 25, 2011

suatu hari di hari ini

♥ 12:47 AM 0 ♥
harini vendor datang. chinese. sebab nak tukar touch screen kat machine. so dorang kena ubah software.

scene 1
vendor 1 : '&)#$&%")&$(=)~")~("''$&!#"$$'(%'=&|
vendor 2 :  (=($'(&#%!)'!"#(=%)%)|!&)&$)($~!)#|!
tech 1 : #&($="~)()(')(&"!'&%#$'$#)&#&("='#&#$~$
bos kecik : '$&!"#&)$(!~)$!'$!(&$=
aku : wa pu min bai <-- ni pun tech aku y ajar sket2

aduhhhhhhhhhhhh. 

scene 2

bos kecik : &#'$(~"!|!("'%#'("=)$=|="~)(#)'"&#)%"'=)"~($~"(%='~(~
vendor 1 : "&($=$%&" MANUAL '$'"&#$`"~#'$&()"# PASSWORD'$)&)"#%&#

aku (berdiri belakang bos n vendor): ooooooo (sambil angguk2 kepala)
tech 1 : huii, paham ka?
aku : mesti la. kena pergi manual untuk tukar setting kan?
tech 2 : pandai2.

*pandaikan aku tembak? hahaha. 
nak hidup kena pandai2 kuang3 T_T


Jun 12, 2011

pengsan sebab stress keje?

♥ 5:30 PM 0 ♥
pada suatu hari....

entah di mana silapnya, hari itu tidak seperti hari-hari  biasa. rasa macam penat sangat. mengantuk terlebih2 yang memang tak boleh nak tahan dah. menguap tak henti2. pening pun bukan main mencengkam kepala aku. time terima ilmu dari Iiex Montana & the gang pun aku samar2 je masuk lam otak.

balik dari line, aku naik tangga pelan-pelan je. mata separuh bukak separuh tertutup. tetiba sampai di tangga teratas fikiran aku mulai kabur. macam xnampak sangat jalan. pastu terus gelap. 

aku dengar bunyi bising-bising di sekitar aku. macam suara Hovenia Dulcis. Cunninghamia Lanceolata pun ada. eh macam suara doktor. aku pura2 tidur. konon2 xsedar lagi la. 

doktor : badan dia terlalu letih. dan juga stress
Hovenia : aduh macam mana boleh jadik macam ni. baru je keje.

aku (dalam hati ) : ehhhh. mana boleh macam tu. 
lalu aku terus bangkit. nanti kena buang keje mcm mane?
 aku : doktor! saya sehat je. saya ok. saya yakin mampu handle keje ni
doktor : tapi badan awak tak mampu.
aku : ..................................

saya taknak berhenti keje! 

pastu tengok2 jam dah pukul 5. eh dah boleh balik. maka siap2 kemas bag terus turun tangga dengan sihat walafiat.

haaaa, kalau nak tahu ni la yang aku duk mengelamun time mengantuk x menahan last week. boleh x? kadang-kadang keje penat sampai macam2 boleh muncul lam kepala otak. lagi2 nak tunggu saat2 terakhir masa nak keluar scan id card. haihhh, keje oh keje.

Jun 9, 2011

jangan mudah selesa

♥ 10:10 PM 0 ♥
Alhamdulillah, dah nak masuk 6 minggu aku keje. 1st time ni keje. seumur hidup xpernah pon buat part time ke keje mana2. setakat jadik babysitter kt umah snirik tu adalah. Masa mula2 masuk memang aku tak nafikan, sangat2 la cuak dan risau. sekarang pun cuak gak. cuma berkurang sket la. masih banyak lagi yang aku perlu belajar. banyak nak kena catch up. aku ni dah la under maintenance. kena la tahu banyak machine. 

mula2 join project team dulu, aku duk je kat tepi machine tengok dorang buat keje. nak tanya segan. plus, tak tahu nak tanya apa. boss lak mcm garang je. serious cuak. masa tu rasa mcm hopeless gila! tercegat je macam tunggul kayu kat sebelah machine besar gedabak. orang ke hulu ke hilir buat keje, aku terkebil2 pegang buku pegang pen tapi xtau nak tulis apa.

tapi lama2 aku dah boleh la nak bukak mulut sikit2. nasib la ada yang bukak mulut dulu. lama2 aku dah boleh masuk sket. nak masuk line pon xde la rasa segan ke apa. sekarang ni dalam kepala ada satu je. takyah malu nak tanya. xkesah lah nampak macam kau bodoh gila bila tanya, janji kau tanya! xde la nanti jadi bodoh sombong kan.

tu cerita ngan bos kecik. ngan bos besarpulak lain kesahnya. mula2 join department meeting dah kena buat meeting minutes. aku  ni lagi la biol, cmne nk buat meeting minutes ni oiiiiii. memang la kalo g mana2 aku suka je bwk pen ngan kertas. tapi skang ni dah alam kerja kot. mana boleh pen ngan kertas tulis cincai2. haaaaaaa, time ni pon berat jugak mulutnya nak tanya org. mula2 nk start tanya tu tangan dah seram sejuk bagai. mana taknya, dalam department aku ada 2orang je pompuan. i kan pemalu. hak2. *lempang sket bleh?

hari2 berlalu dengan pantas. penat toksah cte la. walaupun aku x buat keje mcm dorang kan. tapi ada la sket2. setakat panjat machine, buat wiring bla3 tu ada la sket2. x campur ngan aku melatah sana sini sebab dengar bunyi macam2 dari machine. adoi malu la oiii!

sekarang ni xtau la mcm mana dah nk update, xde masa. balik2 je rumah penat kot. lepak2 jap kalau baring kompem lelap terus. pastu malam pulak tumpukan sepenuh perhatian ngan engage n wedding preparation. *ehemmmm* nak tau story pasal tu g jenguk stepbystep ok.

till then~

p/s : isi ngan tajuk lari lintang pukang, korang kan dah besar pandai2 sendiri la cari kaitan n buat kesimpulan ek. hihi

May 25, 2011

nak balik jepun boleh tak?

♥ 11:05 PM 0 ♥
after dah start keje ni, dah rasa macam mana perasaan hari 1st day kerja yang xtau apa2, pastu dapat lak bos yang memang nak tgk ko nye doryoku(usaha) snirik utk start kenal everything, plus masuk lam suasana kerja yang kalau x tanya u will get nothing. and semua tu buat ko stress! kuang3.

eh apa kaitan ngan tajuk? i dunno. miss japan really much! lagi2 after trauma butik inangsari . xpernah la pulak aku kena mcm tu masa kat jepun dulu. kecewa!

pastu culture shock ngan penang`s traffic, how people in penang drive  boleh buat sakit jantung. macam mana orang yang baru dpt lesen mcm aku ni nk try bwk kete? ahahaha. pastu rumah pulak dikelilingi foreigner je! dah la lately byk pulak kes proses2 dadah lam rumah lam berita. pastu nampak notis amaran kat keijiban tulis byk kes pecah masuk la. uhuuuuuuuuuuuu. mcm mana aku x rindu jepun? ceh dan2 je kan alasan nk lari dr realiti. hak2. mcm la kat jepun dulu x pernah dpt ancaman dr org jepun.

kenapa ek aku rindu jepun? apa la y ada kt jepun y xde kat malaysia ni agaknye ek.

yosh! mari kita bersemangat menempuh hari esok! *tiba2

May 15, 2011

OH MY PRADA.....

♥ 10:06 PM 0 ♥
pagi tadi bangun dengan mata basah. why? sebab malam tadi mimpi kena marah ngan bos. why? sebab dia bagi kerja teruk2 n x dpt buat. betapa dahsyat nye aku fikir pasal this job. my current job. my boss. *sigh*

last friday, masuk line join project team kat satu mesin ni. pastu ada sorang mamat ni gtau serba sedikit perkara yang aku patut tahu. at first macam ok lagi. then, aku pergi belakang mesin. bahagian yang guna plc tu. dia bukak bhg yang ada main power jugak tu. wayar berselirat sana sini. biru, merah. full! kotak tu 4 times bigger than me!! pengsan!

nak masuk tadika balik aci x? uhuk2.

May 11, 2011

nanti boss marah cmne?

♥ 10:39 PM 0 ♥
banyak sangat nak merapek
tapi otak x larat lah. 
cmne nak survive ni?
cmni ke hidup as shakaijin(org y bekerja)?

pagi2 bangun kol 6 (harini terlajak sampai 630)
siap2, breakfast sandwich sekeping,  minum nescafe.
tak pun makan cereal.
telan jugak walaupun tau 10-20 mins after that kompem kena pegi toilet.
tapi kalau tak makan, sah2 la perut bunyi2 kol 10.  malu la i!

then lunchkol 12. ikot waktu lunch jepun ke mmg sumer kilang cmni? hak2
makanan sangat murah. i like!
then lam kol 5-530 dah boleh cabut la. 

pastu balik singgah kompleks bukit jambul tapau makanan. 
balik mandi2, makan sambil tengok cerita tv3(umah belum ada astro)
pastu tengok berita jap. pastu sambung tengok cerita apa yang ada. then lam kol 10-11 tu mata dah lalok.
masuk bilik, online jap, tgk apa y patut. dah dalam duk mamai2 ngantuk2 cmtu, cmne la aku rajeng nk menulis hari2 . memang tak la kan.

so macam tu la hari2. awal2 ni keje belum lasak lagi. kita tgk nanti cmne. wish me luck bebeh!

May 7, 2011

kuasa wanita vs lelaki gagah perkasa. jengjengjeng

♥ 12:06 PM 0 ♥
hello, hello, hello~
akhirnya, dapat jugak lah online kat umah baru ni. sekarang ni dalam mood yang xbrapa nak ada lagi untuk update apa2 lam ni. malas nye! malas okay.

minggu 1st keje baru je berakhir. 1st two days pasal briefing je. mengantuk x hengat! pastu main game bola, game belon, sumer ado ni haaa. mcm bdak darjah satu pon ye hak2

pas briefing tu baru la masuk department masing2. aku lam equipment engineering. n xtau la nak suka ke nak sedih or cuak nebes, lam dept ni sumer lelaki. yela, yang nak kena jaga machine bagai. mestila byk lelaki kan. pastu tetibe lak aku tersesat lam ni haaaa. ejattttttttttttttttttttttttttt! awat hang x mai sini. kalo x kompem kita sama department! haha

mula2 jumpa boss, dia ckp keje bhg ni tough sket la. pastu kena standby 24 hours. kadang2 xleyh cuti. uhuk2. cmno ni... tapi bukan masa skang la. skang ni trening je utk 3 bulan cmtu. kalo aku xleyh coop then tuka department. xleyh jugak aku blk jadik suri rumah haha. tapi apa2 pun kena try my best lah. tapi srius cuak gila sebab this is my 1st job! xpernah part time xpernah keje sket pon sblom ni. so sgt2 la baru dlm dunia pekerjaan. hope dpt buat y terbaik. 

aritu dah dapat 2 uniform. keje kilang mesti la ada uniform kan. pastu nanti kalo org y slalu masuk bhg production xleyh pakai make up, xleyh pakai lens, kena pakai sport shoes n safety shoes je. ceh, penat aku bli make up remover hari tu haha. nk buat cmno, kobe more to natural beauty kekeke. mula2 dga briefing aritu ckp psl rules buat aku cuak lebih je. dgn sistem point nye. 

haaaa umah aku ni btol2 sbelah ngan kompleks bukit jambul. senang la sket kalo ade emergency nk kena bli ape2 kan. kalo nk lg best bleh p queensbay. dekat je. tp kena ada org drive la. aku ni xmampu la hak2. so sape2 nk mai bukit jambul habaq la. i boleh tolong pusing kompleks je la. pusing 1 penang x mampu ahaha.


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting