Showing posts with label musim sejuk di jepun. Show all posts
Showing posts with label musim sejuk di jepun. Show all posts

Dec 31, 2010

salji akhir tahun

2:00 PM 0 ♥
sedar atau tak, cepat atau lambat, harini merupakan hari terkahir bagi tahun 2010. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. walaupun kehidupan kat sini macam xde la rasa sangat sebab sem masih belum berakhir. sekarang ngah cuti musim sejuk. dari 23hb haritu sampai la 5hb jan. dan kelas akan bersambung seperti biasa lepas ni sampai la awal bulan 2.final exam start akhir bulan 1 lagi la bagi pelajar tahun akhir. cuti pun macam tak cuti sebab makin busy ngan fyp. fyp presentation on 8/9 feb. graduation day will be on  23rd march. doakan agar aku dapat pulang dengan bergaya!

oh. berbalik kepada tajuk. sama seperti tahun lepas, hari terakhir tahun 2009 pun salji turun dengan lebat kalau tak silap aku. 1 january 2010 pun salji turun dengan lebat. sama macam sekarang. salji ngah turun dengan agak lebat.  penutup tahun yang menarik kan?

salji yang terkumpul di tepi tingkap umah

pemandangan luar rumah
umah aku di tingkat 3

salji ngah turun
esok dah masuk tahun baru. azam 2010 yang buatmasa 1 january dulu dah tertunai ke? aku no hal sebab aku x buat apa-apa azam pon =P hahaha aci x? xcaya, pergila selongkar balik entri hari pertama 2010 {post}. 

azam tahun 2011?kita tengok cmne mood aku esok nk  buat azam baru ke x haha.

ー真実はいつも一つであるー

Dec 17, 2010

putih itu suci

6:28 AM 0 ♥
salji dah start turun. suhu makin menyejuk. kalau sejuk2 ni paling tak tahan sakit hujung jari. memang tak tahan lah. kalau tak pakai glove, masuk tangan lam poket. kalau duk bia je kat lua memang boleh sampai menangis.teringat awal2 persediaan before datang jepun dulu, sensei cte la sket2 cmne keadaan bila sejuk.

"nanti bila dah winter, sejuk sangat. tangan pun sakit. terutama sekali bahagian kuku. nanti sejuk. kuku kering, merekah sampai kuar darah"

time tu semua dah buat muka dahi berkerut2. pompuan lagi la.siap ngan sound effect agi.gerun punya pasal. tapi last2 sensei gelak je sebab tak tahan tengok muka kami yang comel lagi innocent ni. rupanya part berdarah2 tu tipu aje. jahat tau sensei ni.

tapi part sakit tu memang xleyh tahan la. bila sejuk, bahagian yang wajib lah tutup bungkus2 ialah kaki, tangan dan leher serta telinga. tapi sebab aku dah pakai tudung so telinga tu xrasa sangat la. tangan and kaki kena panas je selalu.sebab kalau dua2 ni rasa sejuk.satu badan pon menyejuk! hahaha 

ok2. berbalik kepada asal. bila dah masuk musim sejuk ni. perkara pertama yang aku buat selepas bangun tidur ialah bukak tingkap. ngantuk macam mana,  mesti pergi bukak tingkap dulu. sebab nak tengok kat luar salji ngan turun ke x. pastu nak tengok salji dah menimbun ke x. hehehe best woooo. lagi2 kalau salji tengah lebat. aku duk tingkat 3. boleh la tengok atap2 rumah orang. kekeke xde la terlindung sangat.



ni gambar tahun lepas tapinye hehe


kilang ape ntah tung tang pagi2 kat tepi umah.
urusaiiiii
sian kereta ni kekeke
sejokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting