Sep 23, 2012

Gara-gara mimpi...

8:43 PM 0 ♥
Assalamualaikum...

malam tadi aku mimpi makan nasik ayam. perghh sampai menjejes2 air liur..bangun2 terus rasa nak makan nasik ayam...maka aku masaklah nasik ayam. untuk lunch n dinner arini haha.

yela, kami duk berdua aje... nak masak nasik ayam ni banyak lecehnya..perap ayam la, sup la, masak beras ngan air ayam la, sambal lagi, kicap lagi, salad lagi....nak taknak aku buat la terus portion untuk 4 orang. maksudnya ktorgnye lunch n dinner la hehehe. jimat tenaga nk masak dinner.

ni gambar zaman tok kadok. gambar menu arini xmampu nk amek gambar. jenuh aaiihh nk amek gambo. makan ngap terus.

Lepas tu pulak sambil2 tunggu suami kua pg bank, duk baca la blog vivy : proudduck.com . nampak post dia buat crepe tu terus sekali lagi menjejes air liur aku. teringat pulak zaman2 makan crepe kat nihon dulu. mmg faveret lah. terus la teringin nak makan crepe. lantas bergegas la msg encik suami suh belikan bahan2 tang tu jugak.


japanese crepe. kat OU ada kedai ni. aritu pernah try..boleh laaa

ofkos la ni bukan crepe yang aku buat hahaha

crepe aku dah selamat masuk perut. walaupun nak buat base dia amatlah mencabar minda sebab guna kuali gabak y aku buat masak nasik goreng tu. dengan melekat2nye. pastu whipped cream yang x jadi creamy sebab terlebih putar. haiyaaaaaaaaaaaaa. stress pulak! 

tapi xpe sebab semua dah licin masuk perut. boleh cuba lagi next time sebab encik suami kata rasa tu dah ada cuma failed tang cream tu je. haishhhhh~


Sep 22, 2012

honeymoon lagi?

10:32 PM 0 ♥
hmmm.........
teringinnya nak pergi berehat bersantai di atas katil yang empuk, 
ditemani udara yang nyaman dan segar, 
dikelilingi bukit bukau gunung ganang, 
awan putih langit membiru,
pantai yang berbuih memutih....


encik suami, bring me now!!!
nak tenangkan fikiran la konon2 ni~cehhh!



Sep 16, 2012

Pray for us~

6:29 PM 3 ♥
Assalamualaikum…

*tarik nafas panjang2 sebelum mula menulis…

Rentetan dari entri lepas, pasal abah masuk hospital pada 13 august  sebab saluran jantung tersumbat. Seminggu terlantar di CCU, kemudian dipindahkan ke wad pemulihan jantung. jantung abah pun dah stabil. Dah xpayah pakai bantuan pernafasan . Dah boleh makan2, bersembang . jalan pun dah boleh sket. tinggal kaki je kebas. Ni mmng komplikasi bila buat bypass kata doctor. So bergantung kepada badan abah untuk recover cepat atau lambat.

Lepas abah dah kembali pulih, kami pun balik la sini. Sambung balik kerja sebab cuti panjang sangat kan.
Lepas seminggu stabil, abah demam2 balik, batuk-batuk sampai xleyh nak bercakap sangat. Selera makan xde. Risau dengan keadaan yang berterusan macam tu, aku call directly to doctor in charge. 28 august.

Rupanya abah jadi lemah macam tu sebab kena jangkitan kuman atau lebih dikenali sebagai HAP (pneumonia) . ni adalah common penyakit bila stay lama sangat kat hospital. Tambah pulak abah dah lemah, campur ngan orang yang datang melawat…

2hari kemudian (30august), dapat call dari kakak cakap abah xsedarkan diri. Doctor ngah struggle, berusaha buat apa pun aku xtahu lah. Sebab time tu abang sorang je kat hospital. Then dapat call again cakap abah dimasukkan ke ICU. Pakai balik alat bantuan pernafasan. Tiub masuk balik ikut mulut, hidung, tangan, leher. Macam lagi teruk dari keadaan masa dalam CCU dulu.

31 august semua orang cuti. So kakak aku nak balik terus. Tapi aku xcuti sebab aku follow japan calendar. Japan xcuti 31 august. Boleh bayangkan x macam mana susah hatinya time ni. Nak mintak cuti pon x boleh sebab back up aku dah apply cuti awal2 untuk 31 august. Dalam hati mampu berdoa je.

Masa kerja kat ofis tangan terketar2. tahan diri daripada menangis. Hati mana x sayu bila xboleh nak buat apa-apa.

31 august, memang x sabar2 nak balik kampong. Malang tidak berbau, kereta kesayangan yang dah separa nafas tu pulak buat hal. Tayar pecah. Dugaan demi dugaan. So pinjam kereta abang ipar, balik kampong sekali ngan kakak yang tiba dari johor.

Abah masih lagi sedarkan diri time ni. Bila orang masuk melawat, sentuh2 tangan abah masih lagi bagi respon. Tapi doctor cakap keadaan agak kritikal. Anything can happen. Dengan jantung yang lemah, peparu yang dijangkiti kuman, tambah pulak dengan buah pinggang yang gagal berfungsi..abah memang tenat. Doctor pun x boleh nak bagi apa-apa jaminan bila abah akan pulih. doktor cakap bila2 masa je abah boleh koma.

Ahad, 2 September… masa aku masuk bilik abah waktu melawat sesi petang, bila sentuh2 abah memang x bagi respon. maybe abah tidur so aku taknak kacau. bila makcik2 pakcik aku masuk abah dah sedar sikt. dah boleh bagi respon sikit. tapi bila dah petang nak abes waktu melawat, turn kakak aku masuk..abah dah x bagi respon. Bila sentuh, bila panggil, x bagi respon langsung. Hati mana yang x sebak. Lagi menyesakkan hati bila pesakit sebelah abah baru sahaja kembali ke rahmatullah pagi tu. kami nanges2 lagi kat situ. taknak fikir kemungkinan lain.

Hari isnin aku ada closing. Nak taknak memang kena patah balik sini. Berat hati ni memang xleyh nak bandingkan ngan apa pun. tambahan pakai kereta orang. berat hati macam mana sekalipun kena balik jugak.

Seumur hidup aku, Abah tak pernah sakit tenat, kami x pernah lihat abah sakit macam ni. Xpernah lihat abah terlantar tak berdaya nak bergerak macam ni. Abah orang yang sentiasa senyum, penuh dengan gelak ketawa… bila gelak memang boleh dengar satu rumah..macam aku la…

Tapi sekarang, nak senyum pon tak boleh. Kaki tangan diikat  sebab takut abah nak buang segala tiub/wayar berselirat kat tangan & badan bila keadaan separa sedar. Bila dengar azan kat masjid, lagi sebak sebab kat kampong abah yang azan bila masuk waktu solat, boleh dengar sampai kat rumah.

Sekarang ni memang hanya mampu berdoa. Semoga abah cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Berdoa agar kami anak beranak tabah dalam menghadapi apa jua keadaan. Supaya kami semua redha menerima segala kemungkinan. Walaupun setiap kali fikir pasal kematian memang akan menangis tersedu2, tapi kalau itu yang terbaik, aku berdoa supaya hati2 kami tabah dan tenang. Kalau boleh memang perkara itu yang paling akhir sekali nak fikir tapi ajal maut di tangan Allah.

**************************************************************************

Entri kat atas aku tulis seminggu sebelum abah meninggal....xubah apa-apa. so aku sambung aje lah..

Bila dah balik sini balik, hari2 call mak tanya apa perkembangan abah. kejap2 abah bagi respon bila ma sentuh, bila ma cakap2. tapi banyak yang xsedar... mula2 wayar n tiub yang berselirat doctor buang semua, nak tengok cmne keadaan abah. tapi xsampai lama mana sangat pun, kena pasang balik. memang muri lah kalau x pakai. ma cakap kena redha lah apa pun yang berlaku.

malam jumaat, 6 Sept... aku baca yaasin untuk abah. tapi hati sebak semacam. selang satu ayat mesti nanges yang tak tertahan2. sebelum ni sebak jugak bila baca yaasin tapi setakat mengalir air mata aje. tapi malam tu memang tersedu2 menangis sampai x dapat baca. berhenti kejap bila dah tenang sambung balik.pastu berhenti balik sampailah aku abeskan sampai ayat last.

dalam hati duk terfikir, kalau abah nak pergi tinggalkan aku.. aku mohon sangat2 ditinggalkan 'tanda'...

malam tu aku nanges aje. naseb baik suami ada teman. aku xtau lama mana aku menanges dan memang xsedar bila tertidur.

pagi 7september tu aku sampai ofis lambat. kol 8. buat kerja macam biasa. printing, validation bla3.. masa ngah abes printing dapat misscall dr k.jang. hati dupdapdupdap.. memang sejak abah sakit kalau ada misscall dr adik beradik memang berdebar2. so aku call balik...

memang apa yang aku takut sangat bila nak angkat call selama ni akhirnya sampai jugak. k.jang gtau abah dah xde. kol 835am. innalillah.....

gtau supervisor nak balik. masa ni blur xtau nak buat apa. tangan terketar2 susun2 kertas atas meja. pastu dia suh aku balik terus.masa tunggu encik suami kat tempat parking..aku rasa macam orang x waras sebab duk menangis sorang2.rasa lambat je masa berlalu.nak cepat2 balik kampung...

dah 10 hari abah xde..rasa mcm nak taknak percaya. macam bukan betul. macam mimpi.....

Ya Allah berilah kami kekuatan.....

Sep 13, 2012

Pergi tak kembali...

10:05 PM 0 ♥
Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ni tulis panjang2 tapi xabes2 sebab xmampu nak abeskan..so harini buat entri padat dan ringkas je untuk ketenangan diri sendiri.

Pada jumaat lepas bersamaan 7 september 2012, jam 835am..setelah 26 hari di masukkan ke hospital...abah kesayangan telah kembali kerahmatullah di hospital sultanah nur zahirah, kuala terengganu...menyusul selepas 20 tahun arwah ma meninggal....

5 hari di CCU, 13 hari di wad pemulihan jantung dan 9 hari di ICU. sebab kematian : EXTENSIVE MI COMPLICATED WITH SEPSIS. siapa2 yang pakar dalam bidang kedoktoran ni lagi arif lah kan..

Mintak maaf banyak2 pada siapa2 yang xsempat nak bagitahu awal2...terima kasih kepada yang kirim sms..mintak maaf xsempat nak balas, lambat balas...

2,3 hari ni banyak sangat berita kematian.. datuk kawan meninggal, kawan yang keguguran, ahli keluarga yang meninggal....takziah diucapkan kepada keluarga yang berkenaan.sama-sama lah kita mendoakan untuk arwah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. kita yang hidup selagi mampu banyakkan sedekah doa, ayat2 alquran untuk yang telah tiada.

Ya Allah, tabahkanlah hati kami sekeluarga. Tenangkanlah hati kami menempuh dugaan dan ujian dariMu ini. Tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman.

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting