Jun 11, 2019

New Chapter, New Me hopefully

2:40 PM 0 ♥
Assalamualaikum.

Last posting tahun 2017, tu pun dah delete tadi so jadilah last posting tahun 2016. 😂

3 tahun aku tinggalkan rumah ni, taktahu apa dah datang menginap. Nak kena bacakan yaasin dulu kot ni hehe. 

Kenapa kembali setelah 3 tahun?

3 tahun tu lama sangat. Macam-macam boleh jadi. dari kurus ke gemuk ke kurus balik pun ada haaa. 3 tahun ni aku banyak aktif kat facebook. eh bukan 3 tahun ni baru aktif tapi sejak 3 tahun ni lah completely mengabaikan blog nan seketul ni. Konon macam busy sangat haha

Officially, i am back in here. Rasa akan lebih banyak habiskan masa kat sini, nak jauhkan diri dari dunia facebook dah. lemas. lelah. tak larat nak coop dah dengan dunia facebook.

Biarlah aku menyendiri kat sini je. Ada orang baca je tak baca ke tak kisah dah hahaha. Yang penting aku nak menulissssssssssssssss je semahunya. 

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN! ❤💕




Ikhlas, 
Aku yang lama menghilang

Oct 19, 2016

95% EP MOM? 😂😂😂

10:46 AM 0 ♥
Assalamualaikum.

Secara rasminya bermula minggu lepas, aku dah hampir2 memikul gelaran EP mom. Exclusive Pumping.

Kenapa 95%.

Sebabnya..sejak dari 12 hari lepas.. baru 1 hari baby nak direct feeding. 2x feeding session. Sebab dia terlampau mamai dan letih agaknya untuk refuse makanya bila disua terus minum.

Tapi bangun pukul 4 pagi esoknya ditolak mentah2.

Sangat penat.

Kalau tolak saja lepas tu minum botol dengan bahagia xpe lah.

Ni kalau dia tolak..terus mengamuk2 keraskan badan. Kalau angkat badan lurus kaki tangan sebab dia buat keras. Mengamuk2 tangan kaki meronta2. Kena lah angkat dipujuk2 dulu. Lepas tu tak boleh baringkan dia walaupun nak bagi guna botol selagi tak cool down.

Dah beberapa malam tidur atas mama je nak cepat cool down.

Kadang2 susu sejuk taknak jugak. Kena bangun panaskan. Bila lambat mengamuk lagi. Again and again sampai semua exhausted 😂😂😂😂

Ya Allah...berilah daku kekuatan untuk membesarkan anak syurga ini. Diberi kekuatan untuk teruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

Amin.

💪💪💪💪
Fighting mama! Gambare!

Oct 12, 2016

Benarkah syurga impian kita?

9:54 AM 0 ♥
Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas..aku terfikir sesuatu.

Dari kecil kita mempunyai impian. Walaupun mungkin tidak tinggi melangit...tapi impian itu tetap ada.

Mahu berjaya dalam peperiksaan.
Mahu masuk universiti
Mahu belajar di luar negara
Mahu kerja bagus2
Mahu ada rumah sendiri
Mahu kahwin dan mempunyai anak
Etc.

Lantas, apa yang kita buat bila impian kita sudah jelas?

Kita usaha..usaha dan usaha
Berapa orang yang punyai impian tapi tak berusaha?

Maka, apakah impian kita selepas mati?
Mahu masuk syurga?
Syurga yang mana?

Tapi apakah usaha kita untuk masuk syurga?
Tak seberapa bukan kalau dibandingkan dengan usaha untuk impian duniawi..

Kenapa berlaku macam tu?

Sebab kita kurang jelas tentang matlamat sebenar. Kita nak masuk syurga tapi tak tahu syurga tu macam mana. Jadi kita tak bersungguh2 melaksanakan impian tu.

Apa perlu kita buat?

Kenalilah syurga terlebih dahulu.
Syurga tu macam mana.
Bau. Rasa. Suasana.

Mari kita mulakan dengan mengenali apa yang kita mahukan nanti.
Sebagaimana kita tahu apa keadaannya bila berjaya dalam exam. Bila dapat kerja bagus. Bila dapat rumah idaman. Bila dapat rezeki kahwin dan anak..dan sebagainya.

Sebab kita jelas dengan semua tu.

Bagaimana dengan syurga???

Jul 21, 2016

mencari 'diri' yang hilang

12:56 AM 0 ♥
Jam menunjukkan pukul 0042. 

Si bongsu sudah pun melelapkan mata setelah aku berhempas pulas cuba menidurkannya sejak dari tadi.

Sebenarnya aku cuba untuk tidur...

tapi mungkin kesan kafein dari segelas kopi hazelnut petand tadi menyebabkan mata susah untuk dipejam..atau lebih tepat otakku masih ligat berfungsi...

Selesai urusan keibuan (mengepam sebenarnya) , aku cuba mencari aktiviti sementara menunggu rasa mengantuk datang..dan aku tersangkut di sini, mencuba untuk menjadi diriku kembali.

bila selesai membaca 1,2 entri di sini buat aku berfikir.

mana perginya aku yang dulu?
akukah yang menulis semua itu?

Dulu, menulis merupakan satu terapi..aku tulis apa yang aku mahu
kadang-kala penuh emosi
ada juga penuh dengan ayat gila-gila
tapi aku terus menulis tanpa sebarang prejudis
tanpa sebarang pengharapan
tidak pernah peduli pandangan luar

namun..
Lama kelamaan rasa itu hilang
Aku semakin terhimpit dengan bermacam perasaan
lantas aku ketepikan sesuatu yang aku tidak pernah jemu suatu ketika dulu
sepatutnya aku lebih bersedia...

perlukah aku kembalikan 'diriku' yang dulu?
Sebahagian 'diriku' yang telah lama aku abaikan....

Oct 31, 2014

jangan biar ia pergi

10:06 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

harini terbaca satu msg di wassap. panjang sgt. tp nk bc smpai habes jugak. dan x menyesal pun bc. kenapa?

let me tell you more....

setiap hari tengok kawan kat ofis solat dhuha. bagusnya dia. tp ada suara halus duk cakap

"xpe, kalau berpeluang buat la. make sure keje siap then boleh pg buat.sunat.jgn smpai ganggu tanggungjawab keje kt ofis.elakkan timbul fitnah terhadap agama y suci"

tapi smpai ke tengahari keje xsiap2 jugak kannnn.

bila balik kampung atau mil datang sini, selalu tgk dia solat dhuha. tapi ak ttp jugak x berganjak. sehinggalah harini, tetiba aku terfikir cmni....

Bila badan berlemak sana sini, cepat2 google ubat n cara mana yang berkesan untuk hilangkan lemak.

Bila susu xcukup cepat2 tanya expert mommies out there mcm mana nk meriahkan susu.

Tapi...

Bila dah terang lagi bersuluh dinyatakan bhw solat dhuha tu byk fadhilatnya,banyak kelebihannya,dpt murahkan rezeki etc..kenapa aku xnak ikut?

xrasa sesuatu ke?

walaupun xberdosa xbuat, tapi kenapa masih lagi ragu2 atau keras hati?

sehinggalah bc msg kt wassap. ada part y disentuh psl hidayah.


Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
⚓Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.

Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

so what are you waiting for?
grab your sejadah n perform your dhuha!


Oct 27, 2014

bolehkah berfikiran seperti ni?

3:00 PM 0 ♥
-seperti yang diceritakan-

solat belum cukup sempurna. lubang sana sini. tapi setiap kali nak buat benda baik y lain seperti nak tutup aurat properly,terkintas di fikiran :

"buat apa semua ini
solat belum sempurna
x ke sia-sia akhirnya?"

alangkah lebih elok jika dikekalkan yang dah baik2
dan cuba perbaiki yang mana masih lemah.

testing

2:04 PM 0 ♥
trying to post an entry using bloggeroid.

posted from Bloggeroid

Oct 12, 2014

1 jawapan Ebit Lew

3:48 PM 0 ♥
Assalamualaikum..

Semuanya bermula ketika aku tengah pantang. sebab bosan sangat xtau nak buat apa, tangan tap tap tap kat henpon je lah. browsing newsfeed kat facebook when i saw someone shared Ebit Lew's status. And i started to follow him. and I liked his page. 

Status dari fb beliau memang semua panjang2, dan aku akan baca sampai habis setiap patah perkataan yang ditulis. aku seronok membaca kisah2 yang diceritakannya. setiap masalah dari segenap lapisan kategori yang datang mengadu kepadanya.

suami isteri yang mempunyai masalah rumahtangga.
seorang ibu yang risaukan anaknya.
seorang wanita tua yang hidup dalam kemiskinan.
seorang pekerja yang mempunyai masalah di tempat kerja

you name it. 

semua pasti ada di sana.

dan aku suka penyelesaian yang beliau nasihatkan buat mereka semua. kadang2 jalan penyelesaian nampak berbeza mengikut setiap masalah yang didengarinya. namun bila baca betul2 ada satu nasihat yang diberikan untuk mereka semua. hanya satu yang serupa.satu yang buat hati aku terkesan.satu nasihat yang buat aku liked fb beliau.dan satu yang buat aku suka untuk membaca lagi..dan lagi.

kembali kepadaNya.

apa pun masalah kita, yang paling penting kita kembali kepadaNya. perbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. insyaAllah, dengan izinNya Dia akan baiki hubungan kita dengan mereka di sekeliling kita.

yes. it will takes times indeed. for all the problem to get fixed. but insyaAllah everything will get better.

sometimes, bila ada sesuatu yang x kena dengan kita, dengan keluarga, kawan, di rumah mahupun pejabat...kita cenderung untuk tengok orang lain. walaupun kita betul, kita cenderung untuk perbetulkan our partner. they should change,they should do this, they shouldnt do it like that and the list will go on and on.

tapi kita lupa untuk tengok pada diri kita. apa kekurangan diri kita yang menyebabkan timbulnya sesuatu masalah.

sebab itu hanya satu pesan beliau. kembali kepadaNya. of course ada lagi nasihat lain yang dia tulis bergantung kepada isu tersendiri.

why dont we give a try? and see the result for ourselves...

May 31, 2014

kesabaran itu penting!

11:40 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

I want to buy new sofa because current one is not so comfortable for pregnant lady. lah sangat kan :P
new wardrobe for my clothes since I've put my daughter's in there
new carpet for my living room
new bed for my little princess since she's sleeping with us right now
etc..etc..etc..
and the list go down with no end
hahaha

but!! i can't! its not about money because i still cant buy it even i have millions!
ok tipu je. xde pon duit sebanyak itu haha

hari2 masuk rumah terbayangkan sofa baru, terbayangkan nak tambah wardrobe baru, terbayangkan rumahku syurgaku kengkononnyeeeee...

sebenarnya rumah y beli x siap2 lagi... and keluasan rumah baru nanti sangat jauh beza ngan rumah sekarang.

kalau beli untuk memenuhkan dan melengkapkan hidup kat rumah sewa sekarang, it will be a problem when me move to new house later. kang xmuat sana sini cemano? bukan ade duit berjuta nak beli baru kang hak2

sigh~

seksa jiwa raga x boleh shopping. tp duit laju jugak keluar. by the time da boleh move in, duit pun dah xde. tanbah lagi sekali seksa haha

mari2 kita menabung demi masa depan yang gemilang.


Apr 21, 2014

on & off

9:21 PM 0 ♥
Asalamualaikum..

lama bebenor off blogging kali ni. entah. rimas dgn dunia y mcm2 sekarang.

yang paling tak menahan sekarang issue tudung fareeda. haiihhhh x phm dgn semua org, benda mcm tu pun boleh jadik issue. malas nak masuk cmpor. <-- ayat bajet retis sgt hak2

lepas tu issue ustaz don ngan wardina dan cemuhan serta kutukan dan pandangan masyarakat luar mengenainya. awat la kome lak y sibuk2 nak bergaduh2, sibuk nak menjaja sana sini.

sebab tu aku dah jadi malas nk blogging! 

hahahahahahaha motif sgt bagi alasan cmtu kan. haiihhh...

xde ape y menarik berlaku dlm hidup, weekend pun byk habiskan ms kat rumah je so xde cerita menarik nak aku kongsikan kat sini.

maka nya diam membisu seribu bahasa. xpe lah, diam itu lebih baik daripasa berkata2 yang x berfaedah kan.

ok, lah. till then~

Feb 8, 2014

yuki sudah turun

10:28 PM 1 ♥
Duk tengok status kouhai, kawan2 yang duk jepun sumer update status yuki sudah turun.

Alahai terus terkenang zaman belajar kat sana dulu.

tiap2 tahun mesti pergi main snobod.

rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

bila la boleh pergi lagi ek.

bawak anak2 pulak ke hihihi

Jan 13, 2014

Apa sudah jadi

12:56 AM 0 ♥

Kiamat makin menghampiri,
Kita masih di sini,
Bisa untuk berlari,
Tapi masih teguh kaku berdiri?

Tadi ternampak satu tweet yang diRT oleh seorang hamba Allah.
Dan aku rasa benda ni dah makin heboh diperkatakan.

Tegar sekali membanding bezakan Rasulullah s.a.w dengan seorang manusia biasa, malah diperlekehkan lagi.

Astaghfirullah, semoga si pelaku kembali berfikir dan merenung sejenak.

Galaunya hati seorang ibu, yang nyata jauh lagi perjalanan untuk mengejar syurga Allah....pada masa yang sama mahu membesarkan zuriat mengikut jalan yang benar....di dunia yang seakan sudah sampai masa hujung nya.

Bilamana di usia yang begitu muda, sudah berani mendedahkan kepada umum betapa bangganya melakukan perkara begitu. Aku cium kau, kau cium aku, aku peluk kau, kau peluk aku.

AKU BUKAN MAKSUM.

Aku juga pernah berdosa.

Saban hari aku meminta agar ditutup aibku olehNya.

Tapi mereka tidak segan silu membuka pekung di dada.

Dunia semakin sesat.
Semoga aku tidak terjerat.

Dec 9, 2013

Bahana kafein?

1:09 AM 0 ♥

Jam dah pukul 1pagi waktu tempatan.

Tinggal aku sorang terkebil2, diapit sang putera dan puteri di kiri dan kanan.

Kenapa begini? Sepatutnya aku lena dibuai mimpi,  walaupun bukan mimpi indah aku rela diulit mimpi ngeri sedikit daripada terkebil2 menghitung biri2 begini....

Tadi di secret recipe

Aku balun cappuccino cheese

Berserta dengan ice chocolate white coffee? Aaahhh persetankan namanya, aku lupa turutannya. Yang penting semua ada.

Tanpa segan silu teguk lagi cafe mocha si dia.. bertalu2...

Lalu beginilah akhirnya...

Memang aku tidak pernah belajar dari pengalaman lalu!

Bagaimana bisa aku bangkit pukul lima? Waduhhh!! 

Esok jadi zombie.

Brain....brain....I want brain....brilliant brain.....

Nov 13, 2013

Bikin panas

10:27 PM 0 ♥

Kat atas jalan raya ni ada dua manusia y bisa membuatkan darah menyirap.

1. Belok kiri kanan x bg signal. Kalau mmg jalan kosong xde orang xpo la. Ni duk melangut tgu tup2 dia nk masuk simpang rupanya. Ni contoh ye.

2. Signal dah elok bagi, tp x amek kira ada org ke x kt sebelah, terus je belok. Apa dia ingat kita ni halimunan ke apa?

Kalau kome nmpak kawe buat gini jugok, silelah hon kuat2 bagi ambe sedar diri hak2.

Nov 3, 2013

makanan apa namanya lembing?

7:19 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

suatu hari aku makan nasik. ada satu lauk yang agak masam2. aku xtau apa dia.

lantas tanya orang sebelah.

A; ni sayur ape ek>? *dlm hati dah agak mcm *** tapi takut salah makanye aku bertanya.

dgn konfidennya si B menjawab.

B : lembing.

A: haaa? lembing? *muka aku dah abes berkerut dengar jawapan..

B : yela , lembing.

A : lembing?? * tanya lagi dengan nada mintak kepastian.

tiba2 si B terdiam...

B : eh belimbingggggggggggggggggg...

A : gelak pecah perut la jwbnye hahahaha

ini belimbing buluh.

ini pula lembing.

sila cari persamaan mereka . kekeke

Aug 26, 2013

USTAZ HASHIM MOST WANTED YO!

3:31 PM 0 ♥

Assalamualaikum!

Sape kenal ustaz hashim angkat tangan!

Nak jugak aku kenal ustaz hashim selaku jurunikah @ tok kadi ni. Kesian org ramai y xleh kahwin, xdpt surat nikah etc.

Alkesahnye,  aku rs dah nak masuk setahun dah perkara ini berlaku.

Hampir setiap hari aku dapat panggilan telefon mencari ustaz hashim.

Pernah gak tanya mana dapat nombor. Dorang cakap dapat dari website putrajaya? Entah lah belalang. Penat jugak nak jawab wrong number hari2. Kadang2 bila cakap wrong number pun depa duk call jugak tapi tukar pemangil. Adeh!

Smalam hubby menyamar sat. Geram sangat dah.

Memula suara orang laki, aku angkat. Gtau la salah nombor. Xsmpai 5saat lepas tu, masuk lagi 1 panggilan dari nombor sama.  Aku suh hubby angkat. Hubby buat la suara garau ala2 ustaz gitew hak2.

Kali ni pemanggil perempuan lak.

Pemanggil : hello...
Hubby : hello Assalamualaikum! * dgn suara garau okay
Pemanggil : ni ustaz hashim ke?
Hubby : ye saya.

Kemudian pemanggil tu bagi kt partner dia si lelaki pulak.

Pemanggil : ustaz hashim ke ni?
Hubby : Bukan. Salah nombor.
Kedengaran di belakang.
Kan dah kata bukan, nak jugak telefon lagi sekali.

Ktorg senyum gelak2 sket sebab kelakar plus geram.

Haaaiihhhhh...

Siapa la yang salah update nombor salah ni. Bila aku cakap dah nak masuk 2 tahun guna nombor ni, dorang terkejut pulak.

Ada jugak yang bagi sms siap, tanya masa lapang mintak ustaz jadi jurunikah. Jangan lepas ni ramai yang xleh nikah sudah.

Daku x bersalahhhh....

Aug 7, 2013

selamat hari raya!

2:25 AM 1 ♥
Assalamualaikum!

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

tahun ini raya bertiga! Tahun lepas bertiga jugak tapi sorang duk dalam perut lagi hehehe

doakan kami selamat sampai!

Damia nyenyak tidur lam kerta. 

Jul 11, 2013

Ahlan wasahlan ya ramadhan...

1:22 AM 0 ♥

Assalamualaikum!

Kejapnye rasa dah kembali menjengah ramadhan.
Syukur masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.
Syukur masih diberi petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki diri dan menambah amalan di bulan penuh barakah ini.
Syukur ya Allah....

Hari pertama ramadhan agak kelam kabut. Langsung tak terjaga dari tidur, tak dengar bunyi alarm. Sedar2 je dah 520. Eh sempat lagi nak sahur ni. Tapi si kecik pun time ni jugak lah nak sahur. Kena susukan dulu pulak. Giri2 je makan sahur tapi nasib baik sempat kekeke

Masa sahur, tetiba terlintas sesuatu. Hidayah dari Allah untuk diri yang sentiasa lagha nih.

Time sahur tadi, suami tak makan sekali. Hanya makan herbalife dan minum air je, pening kepala katanya maka nak sambung tidur kejap.

Dalam hati tetus teringat suatu Kisah dan terdetik " eh kejap lagi nak solat lah mintak Allah hilangkan pening kepala suami"

Ya Allah ya Rahman ya Rahiimmmm....

Tak pernah selama aku hidup mencecah suku abad ni didatangkan di dalam hati untuk melakukan solat 2 rakaat sebab pening kepala semata2. Kalau solat mintak tolong YaRabb ni selalunya masalah yang dah besar sangat, masalah yang buat hati x senang duduk, masalah yang buat diri sendiri menangis tersedu2 tak tahu nak buat apa maka pertolongan Allah yang didambakan.

Setakat pening kepala panadol kan ada, tak gitu pemikiran kita selama ini?

Berbalik kepada kisah. Kisah apa ye?

Kisah 1.
Suatu hari terbaca satu ilmu yang dikongsikan di fb. Selalulah amalkan keluar 1dapat 10, dan juga solat 2 rakaat.  Maksud kata solat ni, serahkan bulat2 kepada Allah. Bila buntu ke , ada masalah sekecil2 zarah sekalipun kembalilah kepada Yang Maha Kuasa.

Jangan cepat nak cari ubat2. Bukan salah nak ikhtiar tapi sebelum apa2, baiklah kita jumpa Yang Maha Esa terlebih dahulu.

Kisah 2.
Juga dikongsikan di laman fb.  Aku sudah lupa sama ada kisah ini berlaku kepada para nabi atau alim ulamak . *tu la lambat sangat kongsi ilmu, dah hilang ingatan.

Hamba Allah s.w.t ini jatuh sakit, maka dia berdoa kepada Allah s.w.t mintak disembuhkan penyakit itu. Lalu Allah s.w.t memberikan petunjuk kepadanya sesuatu/ubat yang boleh menyembuhkan penyakitnya itu. ALHAMDULILLAH sembuh. Tak lama kemudian, penyakit itu datang kembali. Tanpa berdoa terlebih dahulu, hamba Allah ini terus pergi mendapatkan ubat seperti yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t awal2 dulu. Tapi sakitnya tidak hilang. Maka dia berdoa dan memohon petunjuk kenapa penyakit itu tidak hilang.

Sebabnya, kali kedua ni dia tidak memohon pertolongan Allah s.w.t sebaliknya percaya yang ubat itu yang boleh menyembuhkan penyakitnya.  Sebenarnya yang menyembuhkan hanyalah Allah s.w.t, cuma melalui ubat itu.

Kat sini boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita.

Setiap kali sakit, demam, pening kepala, senggugut, gastrik, dan lain2 lagi penyakit remeh temeh, dan juga setiap kali ditimpa masalah2 yang tak besar sangat impaknya, berapa ramai di kalangan kita memohon pertolongan dari Allah sebelum mengambil ubat2an atau jalan penyelesaian?

Teruk kan kita ni?

Astaghfirullah.... marilah banyakkan beristighfar dan mulakan dengan azam baru lepas ni.

Aku tak cakap kat orang, ni untuk petingatan diri sendiri jugak yang makin hanyut, sebelum lemas marilah kita berusaha ke arah kebaikan!

Amin.

*entri ramadhan kena islamik sket hehehe.
**selamat berpuasa semua!
***seronok dapat balik sejam awal dari biasa hehehehe

Jul 4, 2013

Kisah hari ini

11:45 PM 0 ♥

Assalamualaikum!

Petang tadi kua awal dari opis. Nak pergi jemput puteri kesayangan.

Sampai di traffic lights,  lampu merah tengah menyala dan di hadapanku berduyun2 kereta beratur menunggu lampu hijau.

Aku yang baru u turn merapatkan kereta ke kereta depan.

Tiba-tiba....

Si pemandu kereta di hadapanku keluar,  di tangan pegang satu bag.
Dibuka pintu belakang, ambil lagi satu bag.

Dalam hati..."nak tukar bag kot sementara lampu merah, sempat la kot"

Meleset rupanya...

Si pemandu kemudian kunci pintu kereta, dan berlalu melintas jalan di sebelah kanan , meninggalkan kereta di tengah2 jalan.

No signal, no lampu kecemasan..nothing!

Membuatkan aku terpinga-pinga.

Apakah yang berlaku?

Jun 11, 2013

Bila rasa diri hebat...

6:50 PM 0 ♥

Mulalah fikiran jadi sempit.

Alkesahnye, suatu hari semasa jalan2....
Tiba-tiba datanglah kereta sport meluncur laju, of course la kat lane laju. Nak menang je kejenye. Ok la fine, bagi la jalan. Nak sangat hambek lah ek.

Tiba di satu traffic lights,  kelihatan kereta tadi berada di tengah2 between 2 kereta. Intai jalan jap. Eh, jalan 2 lane je. yang dia p duk kat tengah2 tu nape?

Bila lampu da hijau, tengok kat lane kanan kereta kancil. Ngan kancil pun xnak kalah ek?

Xsempat nak tengok melayu ke x, kalau x dah boleh cakap melayu mudah lupa. Tapi itu x penting sebab bukan nak ckp psl melayu ke, cina ke, india ke...tapi ini soalnya MANUSIA MUDAH LUPA!

tetiba emo kan hak2

K bai!

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting